Teknik Menjawab Soalan Objektif Kertas 1 Sains UPSR

TEKNIK MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1 SAINS.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Jenis Item

✔ Objektif Aneka Pilihan

✔ Pilihan Jawapan Terdiri Daripada Empat Jawapan A,B,C Dan D

✔ Tiada Soalan Aneka Gabungan Seperti
A. I ,Ii
B. Ii , Iii
C. Iii, Iv
D. I, Ii, Iii ,Iv

✔ Bilangan Soalan 40

✔ Jumlah Markah 40

✔ Satu Soalan Membawa Satu Markah

✔Tempoh Ujian 1 Jam

✔ Satu Soalan Diperuntukkan 1.5 Minit

Konstruk Yang Diuji

✎ Mengetahui = Fakta, Istilah, Mengelas, Urutan, Kaedah, Prinsip

✎ Memahami =Terjemahan, Pentafsiran, Ekstrapolasi

✎ Aplikasi

➳ Garis Panduan Apabila Menjawab Soalan Kertas 1.

Berikut adalah beberapa panduan yang akan membantu pelajar menjawab dengan betul soalan Kertas 1 Sains UPSR.

✍ Bulatkan atau gariskan perkataan yang penting dalam perkara ini. Ini akan membantu anda memberi tumpuan kepada maklumat yang paling diperlukan untuk mengenal pasti pilihan jawapan yang betul.

✍ Baca semua pilihan jawapan.

✍ Batalkan pilihan jawapan yang anda pasti salah. Ini akan membantu anda mencari pilihan jawapan yang betul.

✍ Mencari dua pilihan jawapan yang bertentangan. Salah satu daripada dua pilihan jawapan mungkin betul.

✍ Cari petunjuk tentang pilihan jawapan yang betul. Petunjuk diperoleh melalui pengalaman daripada latih tubi yang dilakukan sebelum peperiksaan.

✍ Cari pilihan jawapan yang mengandungi bahasa yang digunakan oleh guru atau yang terdapat dalam buku-buku teks anda.

✍ Jangan menukar jawapan awal anda melainkan anda pasti satu lagi pilihan jawapan adalah betul.

⚑ Langkah-Langkah Ketika Menjawab Soalan Objektif Kertas 1

Mari kita bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh calon bagi menjawab Soalan Objektif Sains Kertas 1

☞ Langkah 1

➟ Baca soalan dengan tenang.

➟ Gariskan perkataan/kekunci/petunjuk yang diberikan dalam soalan.

☞ Langkah 2

➟ Fahami arahan soalan. Anda perlu tahu apa tugasan yang diberikan untuk membantu anda memilih jawapan yang betul.

➟ Contoh arahan atau tugasan soalan adalah seperti berikut;

1. Apakah maksud tenaga yang boleh diperbaharui?

2. Kenapa kulapok tumbuh di atas permukaan roti selepas seminggu?

3. Apakah kesan penebangan hutan secara tidak terkawal?

4. Kira kelajuan kereta A.

5. Apakah yang akan terjadi sekiranya semua tikus mati diracun?

6. Yang manakah faktor-faktor yang menyebabkan hakisan tanah boleh berlaku?

☞ Langkah 3

➟ Cari petunjuk jawapan yang betul.

➟ Selalunya, petunjuk boleh dikenalpasti pada rangsangan soalan seperti rajah, jadual, keterangan soalan dan pilihan jawapan.

☞ Langkah 4

➟ Singkirkan pilihan jawapan yang kamu pasti salah. Lazim, terdapat dua pilihan jawapan yang pasti salah.

➟ Pengalaman melalui latihan menjawab soalan, nasihat guru dan kekerapan latih tubi akan banyak membantu kamu mengenalpasti pilihan jawapan yang salah.

☞ Langkah 5

➟ Tandakan pilihan jawapan yang betul dalam kertas soalan.

➟ Hitamkan pilihan jawapan yang betul dengan baik pada Borang Jawapan.

➟ Semak nombor soalan. Pastikan kamu menghitamkan jawapan pada Borang Jawapan mengikut nombor soalan dalam kertas soalan.

TEKNIK GPS

G = Garis: Garis kehendak soalan

P = Potong: Potong bukan jawapan

S = Selesai: bulatkan jawapan

Semoga dengan coretan Cikgu ini dapat membuka mata dan minda Ibu Bapa, Guru-guru dan Anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR 2019 untuk mengorak langkah dengan membaiki kelemahan anak-anak dalam menjawab Kertas 1 Sains. Insya Allah…

 

Sumber: Personal Home Tuition Cikgu Shahrul

Untuk pertanyaan lanjut Bagaimana untuk bantu anak anda secara personal Tuition, boleh Whatsapp ‘bHTM’ ke 0194626840.

AKTIF KOKU VS PENCAPAIAN AKADEMIK!

Penting ke kokurikulum ni dengan pencapaian akademik?

Di setiap sekolah menegah mahupun sekolah rendah mempunyai kokurikulum dan unit beruniform, kenapa?

Kementerian Pelajaran memberitahu bahawa “WAJID” bagi setiap sekolah mempunyai kokurikulum dan unit beruniform kerana ia akan memberi pelajar pencapaian selain daripada pendidikan sahaja. Malah bukan sahaja di sekolah mempunyai kokurikulum, di university, politeknik, uitm dan yang lain-lain university jugak mengamalkan kokurikulum.

Sekolah menawarkan beberapa jenis kokurikulum dan badan beruniform seperti, Polis, Bomba, Pispa, Olahragawan, Pengakap, PBSM, Pandu Puteri dan sebagainya.

Related imageRelated imageImage result for polis logo

Di atas adalah logo badan beruniform :-

Penting ke kokurikulum kepada pelajar sekolah? sebernya kokurikulum ini adalah untuk memberi pelajar sekolah pencapaian yang lebih selain daripada pencapaian pendidikan. Sekiranya pelajar sekolah mendapat keputusan yang kurang baik, mereka mempunyai pencapaian kokurikulum. Kenapa pencapaian kokurikulum dapat berikan apa-apa impak ke?

Sebernya sekiranya kokurikulum pelajar sekolah baik dan aktive, pelajar tersebut boleh dipanggil dari mana-mana university mahupun tempat pengajian lain. kenapa? kerana kokurikulum merupakan no 2 yang di pandang oleh pihak pendidikan.

Pelajar sekolah yang lemah dalam mata pelajaran mahupun dalam pendidikan mereka sebernya mempunyai kelebihan tersendiri dan minat yang tersendiri. Ada pelajar sekolah yang minat dalam kokurikulum dan ada yang minat dalam sukan dan sebagainya, dan itu adalah kejayaan bagi mereka.

Ya memang pendidikan itu penting pada zaman sekarang, sekiranya anak tuan dan puan minat dalam bidang kokurikulum, beri semangat dan sokong mereka dan pada masa yang sama ibu bapa menyuruh mereka belajar untuk pendidikan mereka. Sekiranya pelajar susah untuk belajar di sekolah mungkin kerana ramai pelajar? ibu bapa boleh lah mengambil Home Tuition untuk anak meraka ataupun hantar mereka ke pusat tuition?

5 Tips Yang Meningkatkan Pembelajaran Anak Anda..

Selain itu, sukan juga merupakan pencapaian yang amat baik bagi pelajar sekolah. Kerana sukan juga merupakan aset penting bagi Negara kita. Pelajar sekolah yang minat dalam sukan akan merupakan atlet untuk masa hadapan dan akan di ajar oleh jurulatih yang professional.

Related image

Terdapat beberapa pelajar yang tidak minat untuk belajar dan hanya ingin bersukan sahaja, ia agak bahaya bagi ibu bapa yang pentingkan sukan sahaja, ibu bapa haruslah bahagikan masa anak mereka supaya tidak melupakan atau pentingkan pelajaran. Anak-anak akan mendengar cakap ibu bapa mereka sekiranya ibu bapa bercakap dengan baik dan menghadian kan mereka sekiranya mereka berjaya dalam pendidikan.

Kokurikulum dan Badan Beruniform penting bagi pelajar sekolah tetapi ia merupakan kepentingan yang ke 2. Untuk pendidikan merupakan yang pertama kerana pelajar sekolah wajib tahu dan belajar untuk masa hadapan mereka.

Di bawah adalah video seorang guru yang berpengalaman dan menceritakan tentang perbandingan kokurikulum dan pendidikan :-

“Daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah nak jadi olahragawan, akhirnya masa tingkatan 5 baru saya berjaya jadi Atlit Wakil Negeri!”

Dengarkan perkongsian daripada Cikgu Syahir Mustaqim berkongsi tips bagaimana beliau cemerlang dalam kokurikulum tanpa mengabaikan akademik.

Anak anda sangat aktif dalam koku atau sukan sehingga ketinggalan dalam pelajaran?

Ingin kami bantu anda dengan Home Tuition Mentoring untuk anak belajar dan ulangkaji pelajaran di rumah? KLIK https://tinyurl.com/nakHTM-live untuk maklumat lanjut.

Modul Kreatif & Inovatif Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

[PERCUMA] – 5 EBOOK IAITU 3 KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN UPSR, PT3 & SPM, TAJWID INFOGRAFIK, & MAHIR ARAB DARI ALQURAN AKAN DIBERIKAN. KHAS UTK ANDA SEMPENA PBAKL 2019.


.
PERCUMA!
PERCUMA!
PERCUMA!
.
.
 Kenapa kena dapatkan ebook ni segera?

1-EBOOK MAHIR ARAB DARI ALQURAN
.
Dalam ebook ini didedahkan rahsia bagaimana anda boleh faham dan hafal banyak perkataan Bahasa Arab hanya dari satu perkataan ayat Alquran sahaja. Unik kan Bahasa Alquran?
.

2- KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN 3 EXAM PENTING
.
Jika di luar,anda perlu keluarkan duit untuk dapatkan koleksi soalan2 UPSR,PT3 dan SPM tapi di PBAKL ni kami berikan anda secara PERCUMA JER!.

Best ke best sangat?
.
3- EBOOK TAJWID INFOGRAFIK
.
Anda atau anak anda susah nak ingat kaedah Tajwid? Kami berikan PERCUMA ebook ringkasan ini agar anda dapat belajar Tajwid secara keyword atau berimaginasi.

Lepas ni takde alasan lagi tak ingat ilmu Tajwid ye ;)

Bermacam2 aktiviti & buku2 lain juga ada di booth Sifufbads bagi PBAKL 2019. Jom datang dan meriahkan bersama-sama penulis.
.
.

Kami juga ade kombo buku khas utk anda yg dtg ke booth. Kombo 5 buah buku dari harga asal RM150, kini tinggal RM90 JER!

AKTIVITI MENARIK DI BOOTH KAMI YG AKAN BUATKAN IQ ANDA TERANGSANG SEMULA:

+ Kudabatato Power Math
+ Kuiz Tajwid Infografik
+ Roda Impian Tajwid
+ Kuiz interaktif Bahasa Arab
+ Science is Fun!

SEMUANYA DI:-

BOOTH SIFUFBADS PRESS
No 3114, DEWAN TUN RAZAK 3, PWTC.
29 MAC-7 APRIL 2019
10 PAGI – 9 MALAM

Masuk pintu dewan, nampak PNM. Berhadapan dengan YADIM.

MASIH TERCARI-CARI BUKU & MODUL TERKINI YANG BOLEH BUATKAN KELUARGA ANDA SERONOK BELAJAR & CEMERLANG? DAPATKAN DI PBAKL2019 DENGAN DISKAUN DAN BONUS HEBAT!
.
.
Anda ada anak yang agak lemah SAINS & MATEMATIK?
.
Atau anak, keluarga atau diri anda sendiri nak belajar TAJWID & BAHASA ARAB?
.
Tengah cari buku/modul yang sesuai, seronok & mudah untuk pembelajaran di rumah?
.
.
Kami ada buku & modul yang dapat bantu anda menyelesaikan isu tersebut.
.
Kami bawakan 5 BUKU/MODUL yang akan MENAIKKAN MOOD ANAK ANDA BELAJAR!
.
.
Tengah cari hadiah untuk ulangtahun atau apa saja sambutan?
.
Buku & Modul ini amat sesuai untuk dihadiahkan kepada anak, kenalan atau keluarga.
.
Disamping seronok dapat hadiah, ianya juga boleh bawa manfaat kepada mereka.
.
.
👉“Saya amat sarankan supaya Modul Funtastic ini diperluaskan kepada guru sekolah bagi membantu mereka mengaplikasikan STEM dalam pembelajaran yang mengikut KSSR.”
– Prof Dato’ Dr Noraini, Chairman National STEM Movement.
.
.
👉“Pendekatan aplikasi dalam Modul ini sesuai untuk pelajar sekarang. Sudah lama saya terfikir tentang modul sebegini untuk bantu pelajar saya. Modul ini bertepatan dengan pembelajaran zaman sekarang.”
– Tuan Isman dan Puan Hafizah, Pasangan Engineer, Pelajar PhD UKM & Tutor Tuisyen berpengalaman
.
.
“Saya sangat berpuas hati dengan ebook ‘Mahir Arab Dari Alquran’ni,banyak perkataan arab yang saya dapat pelajari dari ebook ini. Betapa kayanya Bahasa Arab Alquran ini kerana dalam satu kalimah sahaja boleh difahami dengan pelbagai makna”
-En Syukri
.
.
“Terbaik la ebook ni… ia mengajar kita fahami makna surah secara ringkas dan jelas.”
-Puan Rohani
.
.
“Saya sangat gembira tengok Ammar suka benar belajar tajwid di rumah sekarang. Dia selalu buka buku tajwid ni sebab penuh dengan grafik dan MENARIK minatnya”
– Puan Rubi

 

Video: Apa Keistimewaan Modul Funtastic Sains & Matematik by CMN Academy

Wahhhh…
.
Apa sebenarnya 5 Buku/Modul ni???
.
.
5 BUKU/MODUL CMN EDUVENGERS
.
.
👍MODUL “FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK”
.
ISTIMEWANYA…
.
😃 Anak anda TAK AKAN BOSAN lagi bila muncul perkataan Sains & Matematik
.
😃 Setiap kali nak belajar, dia yang akan SEMANGAT LEBIH.
.
😃 Best belajar sorang, tapi lagi best kalau 2-3 orang. BOLEH AJAK ADIK BERADIK lain buat aktiviti sekali.
.
.
KENAPA??
.
✔ SILIBUS TERKINI & UP TO DATE : Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
.
✔ MENERAPKAN CIRI “FUN LEARNING” & STEM: Nota Ringkas & Aktiviti Menarik
.
✔ DESIGN MENARIK : Lebih Menarik Perhatian & Meningkatkan Mood
.
✔ SAIZ MUDAH DIBAWA : Ukuran yang muat beg kecil dan fail
.
✔ DIDATANGKAN DALAM 2 SUBJEK : SAINS & MATEMATIK
.
✔ SESUAI UNTUK TAHUN 4, 5 DAN 6
.
✔ Modul ini berasaskan kepada Project-based Learning & STEM (Science Technology Engineering Mathematics) yang diamalkan dalam pendidikan di negara maju seperti UK & US
.
✔ Modul Funtastic ini telah dibentangkan di hadapan ahli akademik, pensyarah universiti dan guru pada mesyuarat National STEM Movement & di 1st National STEM Seminar 2018 di Universiti Malaya serta mendapat Silver Award di Eduinnovation UKM 2018 & Teacher’s Innovation Carnival (T-NOVATE) UIA 2018

.
👍 BUKU “MAHIR ARAB DARI ALQURAN”
.
✔ Perkongsian KEUNIKAN ILMU SORF, dinamakan kaedah At-Tasrif.
Uniknya kaedah ni adalah,anda boleh pecahkan satu perkataan Arab kepada banyak perkataan lain yang berbeza makna.
.
✔ FULL COLOUR.
.
✔ Mengandungi 14 SURAH LAZIM bermula Al-Fatihah hingga At-Takathur.
.
.
👍BUKU TAJWID INFOGRAFIK by JWES ACADEMY
.
✔ BERWARNA SEPENUHNYA… jadi amat menarik & disukai anak2. Tiada lagi ungkapan “malas belajar”.
.
✔ Gaya pembelajaran buku ini diselang seli dengan pembacaan Al-Quran iaitu teknik aplikasikan PEMBACAAN AL-QURAN BERTAJWID.
.
✔ Teori dan grafik yang jelas dapat bantu anak MUDAH FAHAM & MUDAH PRAKTIK
.
✔ Sesuai untuk SEMUA peringkat umur.
.
✔ Didatangkan bersama buku LATIHAN Istimewa
.
✔ Belajar tajwid secara menyeluruh dan dan boleh ulangkaji pembelajaran KAFA
.
✔ Direka khas untuk kanak-kanak yang tak boleh duduk diam… Kaedah grafik dapat bantu anak2 ini untuk belajar sambil bergerak
.
✔ Sesuai buat ibu bapa yang ingin mengajar anak-anak di rumah secara santai sambil dapat baca satu ayat Al-Quran sebagai praktikal. “1 hari 1 ayat”
.
✔ Amat sesuai untuk pengajar gunakan dalam pengajaran kelas terutamanya kepada kanak-kanak


.
Nak dapatkan buku dan modul ini dengan DISKAUN HEBAT?
.
Hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 #PBAKL2019 pada 29 Mac hingga 7 April ini!
.
Kami berada di Booth SifufBads, Booth 3114.

.
Kami juga akan adakan aktiviti menarik dan sesi bersama penulis,
.
juga ada jualan buku “Fenomena Home Tutor Beyond Expectation” oleh Coach Mohd Noor (Founder CMN Academy & Tutor Profesional Malaysia) khas untuk sesiapa yang nak jadi pengajar atau tutor dengan BONUS Bernilai RM120!

Istimewa Untuk Tutor

Dan… pelbagai saguhati istimewa PERCUMA untuk anda!
.
.
Jumpa anda di sana!


Untuk maklumat lanjut/pertanyaan boleh Whatsapp ke 011-32742922


#PestaBukuAntarabangsaKualaLumpur
#funlearning
#CMNAcademy
#CMNAlQudwah
#CMNJWESAcademy
#sains
#matematik
#bahasaarab
#tajwidinfografik
#UPSR2019
#PBAKL2019
#SifuBads

Pengaruh Internet Terhadap Pendidikan Anak-anak

Internet merupakan keperluan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu secara pantas. Seiring kemajuan teknologi pada zaman kini, bilangan peminat pelbagai jenis gajet semakin bertambah dan pengguna internet juga sudah tentulah mengalami perubahan yang sama. Daripada Yahoo sehingga Google, para pengguna tentu mengenali kedua-dua medan internet itu. Daripada menggunakannya atas urusan menghubungi individu yang berada jauh daripada kita, fungsi internet semakin bertambah apabila ia juga sangat bermanfaat untuk urusan membeli barang, mendapatkan perkhidmatan tertentu dan sebagainya.

 

Setiap orang mempunyai niat tersendiri menggunakan internet. Ada yang menggunakannya untuk mendapatkan maklumat yang bermanfaat dan mendidik diri menjadi lebih baik. Tidak kurang juga ada yang menggunakannya untuk perkara sebaliknya seperti bermain games dan melayari laman-laman web yang tidak elok. Sama juga dengan sesuatu alat seperti telefon bimbit dan lain-lain, bagus atau tidak internet untuk diri seseorang itu bergantung kepada untuk apa ia digunakan.

 

 

Antara kebaikan penggunaan internet yang boleh anak-anak terima termasuklah:

 

  • Memudahkan pencarian maklumat-maklumat dengan pantas. Tidak perlu ke perpustakaan untuk mencari buku-buku sebagai rujukan.
  • Mampu menambah ilmu tentang sesuatu topik pelajaran yang diajar guru di dalam kelas. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar.
  • Menjadi sumber rujukan yang bersifat menyeluruh kerana ia merupakan medan ilmu yang luas.
  • Memupuk sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung bantuan daripada orang lain apabila mempunyai masalah dalam belajar.
  • Meningkatkan tahap pemikiran anak-anak dengan ilmu yang lebih luas.

 

Antara keburukan penggunaan internet yang boleh menjejaskan pendidikan anak-anak ialah:

 

  • Sumber maklumat yang tidak sahih atau kurang tepat.
  • Bahan-bahan tertentu yang tidak ditapis.
  • Membuat anak-anak leka dengan media sosial dan games.
  • Membazir masa dengan web-web yang tidak bermanfaat.
  • Mengurangkan interaksi secara langsung dengan kawan-kawan dan guru-guru apabila kurang memahami sesuatu subjek.
  • Mudah terdedah dan terjebak dengan gejala-gejala sosial yang tersebar di internet.

 

Kesimpulannya, internet mempunyai lebih banyak manfaat jika digunakan dengan tujuan yang betul. Internet mampu mengubah tahap pendidikan anak-anak menjadi lebih cemerlang. Anak-anak yang cemerlang sangat diperlukan untuk kemajuan negara pada masa depan. Semua pihak, khususnya ibu bapa wajar sama-sama menghulur tenaga untuk bantu mewujudkan generasi pintar yang bakal memimpin negara.

Pelajar Dah Tak Minat Matematik? Kenapa?

 

“Weh macam mana nak dapat jawapan untuk soalan nie? aku lupa lah cara cikgu tu ajar…”

Kata-kata yang sering di sebut oleh pelajar sekolah apabila belajar Matematik, kenapa?

Adalah kerana pelajar sekolah tidak dapat faham cara yang di ajar oleh cikgu tersebut? ataupun pelajaran Matematik ini susah?

Image result for math

Sebenarnya matematik ini sangat mudah untuk faham sekiranya formula dan melakukan latihan.

Hal ini kerana, Matematik ialah subjek yang berkait, sekiranya kita lupa satu topik dia akan memberi kesan kepada kita.

Cikgu sekolah juga mempunyai ciri-ciri tersendiri dan mereka mempuyai formula tersendiri. Pelajar sekolah haruslah memberi tumpuan yang penuh semasa dalam kelas kerana sekiranya terlepas cara pengiraan mahupun formula ia akan membuat pelajar susah untuk faham sesuatu topik.

“Cikgu! saya dapat jawapan lain lah..”
“Cikgu kenapa saya kira tak dapat?”

Kenapa pelajar begitu? cikgu sekolah mahupun cikgu tuisyen perlu mengajar pelajar mereka satu persatu kerana terdapat beberapa subjek matematik yang perlukan pengiraan yang panjang dan memerlukan formula. Cikgu diberikan khusus untuk matematik dan cara mengajar matematik dengan lebih mudah.

Image result for math

8 NOTA EMAS MATEMATIK YANG PERLU DIKUASAI UNTUK TAHUN 4, 5, 6

“…Saya tak suka Matamatik la cikgu, bosan…”

Apabila berhadapan dengan pelajar seperti ini, kita faham apa yang pelajar rasa.

Jadikan sesi PdPc kita lebih mudah difahami dan MENARIK dan menggunakan kaedah 4C (communication, collaboration, creative, critical)

Kami kongsikan secara santai dalam page facebook CMN Academy.

Dalam live ini, Cikgu Isa telah menerangkan Activity-based learning daripada buku modul FUNTASTIC MATEMATIK.

Betapa mudahnya Matematik sebenarnya apabila kita menggunakan pendekatan menarik untuk membantu dalam pembelajaran seperti mana yang terdapat dalam Buku modul Matematik berasaskan kepada STEM.

Ini sangat membantu untuk mengembangkan minda dari segi pembelajaran yang berbentuk santai dan menarik. Ia menjadikan pelajar seronok untuk memamhami apa yang mereka pelajari.

Mungkin ada pelajar yang mendapati Matematik adalah sesuatu subjek “killer”. Sebenarnya tidak sekiranya kita belajar dalam keadaan yang  seronok dan juga ada bimbingan seperti guru, kawan atau tutor untuk mengajar kita apabila kita tidak faham apa yang sedang dipelajari.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk anak anak dan pelajar.

 

 

Bagaimana Menjadi Pendidik Yang Diingati Sepanjang Hayat..?

Bagaimana Menjadi Pendidik Yang Diingati Sepanjang Hayat..?

 

Guru merupakan ibubapa untuk pelajar bila di sekolah, kenapa? kerana guru yang bertanggungjawab untuk menjaga pelajar sekolah dan mendidik mereka. Di setiap sekolah mempunyai guru disipline, guru besar, guru sukan dan pelbagai lagi, setiap guru di sekolah mempunyai cara mereka tersendiri untuk membuatkan pelajar sekolah suka belajar dengan guru tersebut. Pada zaman sekarang, terdapat segelintir pelajar sekolah yang tidak berdisiplin kerana pelajar itu menghadapi “stress” dengan guru di sekolah ataupun dengan ahli keluarga di rumah.

 

Di sebabkan itu guru di sekolah memainkan peranan penting untuk membuat pelajar tersebut berdisiplin. Susah nak jadi guru? Sebab apa? Sebernya menjadi seorang guru tidak begitu mudah dan mempunyai cabaran dan dugaan. Oleh itu, kita boleh lihat guru sekolah di setiap sekolah mempunyai teknik mereka tersendiri, ada yang tegas, ada yang membuat pelajar mereka seperti kawan-kawan, ada yang membuat lawak semasa mengajar dan pelbagai lagi. Itu adalah satu teknik yang boleh membuatkan seorang guru diingati oleh pelajar sekolah mereka.

 

Guru lain perlulah memerhati dan mengambil teknik yang betul dan positive terhadap guru lain di sekolah sebagai contoh untuk meningkatkan lagi teknik mengajar dan mendidik pelajar sekolah. Ada segelintir guru yang tidak mengambil berat terhadap anak murid mereka kerana bagi mereka ia menyusahkan dan bukan tanggungjawab mereka? Disebabkan itulah akan menyebabkan pelajar sekolah makin kurang berdisiplin dan akan terjebak dengan gejala sosial dan sebagainya. Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang “Bagaimana Menjadi Pendidik Yang Diingati Sepanjang Hayat?” Boleh tekan video di bawah untuk lebih info :-

 

 

 

 

 

 

STEM? APA ITU STEM?!

 

 

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).

Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.

Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.

Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .    

 

 

 

 

PROJECT-BASED LEARNING SCIENCE (TOPIC: SOLAR SYSTEM)

 

 

“Learn by doing.” This is the type of experience that great teachers strive to facilitate for students. Many educators have heard about, or maybe even witnessed, how project-based learning (PBL) can engage a broader range of learners and promote workplace skills.

Tiada Lagi Derita Dalam Mempelajari Matematik….

WHAT’S IN THIS BOOK?!

Tajuk RUANG menggunakan tema BIRTHDAY…

Selamat sejahtera tuan dan puan, hari ini menceritakan mengenai “RUANG” menggunakan tema birthday. Apakah itu?? Untuk pengetahuan anda semua kita akan membincangkan tentang 2D & 3D, adakah ia bermaksud 2 demensi atau 3 demensi? ia sebernya ada 2 ukuran untuk 2D iaitu panjang & lebar, untuk 3D pula mempunyai 3 ukuran iaitu panjang, lebar & tinggi.

Seterusnya, kita akan mempelajari tentang “LUAS” untuk setiap soalan 2D & 3D, contohnya untuk soalan 2D dia akan memberi soalan untuk kita mengira lebar dan panjang sahaja, manakala untuk 3D akan mengira tentang isu padu.

Terdapat banyak lagi contoh-contoh mengenai “RUANG”.

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai 2D & 3D boleh tekan video di atas:-

 

 

Mudahnya Subjek Matematik..

 

Selamat sejahtera tuan dan puan, adakah matematik ini susah? panjang ke jalan pengiraan dia? takda teknik yang lebih mudah? kenapa guru semua gunakan konsep yang sama??

Matematik merupakan subjek kira kira yang bermaksud 1 soalan mempunyai 1000 jawapan, maksudnya apa? ia bermaksud untuk satu soalan matematik kita mempunyai 1000 cara untuk selesaikan dan akan mendapat jawapan yang berbeza-beza. Di sini kami ingin memberi tahu bahawa matematik adalah subjek yang mudah untuk mendapat A+ sekiranya pelajar sekolah tahu dan faham formula, cara mengira dan bentuk soalan tersebut.

Video di bawah menunjukan cara mengira dengan meggunakan konsep “Swip-Swap” apakah yang di maksudkan dengan konsep tersebut? ia ada di dalam Modul Funtastic? ia ada dan kami hanya menunjukan sedikit sahaja cara pembelajaran yang ada di dalam Modul Funtastic tersebut.

Untuk mengetahui cara pengiraan “Swip-Swap” sila tekan link dan lihat video di bawah :-

 

 

 

“Discount Is Fun!”

Teknik belajar Matematik cara mudah dan menyeronokkan dalam Topik: Peratus & Perpuluhan. Di dalam topic ini kami juga menerangkan mengenai 4C, apakah itu 4C??

Untuk pengetahuan tuan dan puan 4C bermaksud Communication, Collaboration, Critical & Creativity.

Dalam 4 ini mempunyai maksud yang berbeza dan mempunyai skill yang berbeza untuk mempelajari matematik untuk topik peratus & perpuluhan.

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai 4C boleh lihat video di bawah :-

 

 

 

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai Modul Funtastic….

Modul Funtastic Sains & Matematik yang telah memenangi Anugerah Inovasi dalam Pendidikan

 

Info lanjut di: Modul Sains & Matematik merangsang daya kreativiti pelajar

 

Untuk hubungi kami boleh tekan link di bawah :-

 

 

 

 

Siapakah Guru Yang Terbaik?

Tokoh pendidik yang paling dikagumi sepanjang zaman dengan bermacam-macam kajian berkenaan apa metod yang beliau gunakan dalam pengajarannya. Jawapannya dia lah baginda Nabi Muhammad SAW.

 

Pengkajian ini telah dilakukan baik dari sarjana muslim mahupun bukan muslim sehingga dinyatakan baginda sebagai orang no.1 yang paling berpengaruh di dunia oleh Michael Hart di dalam bukunya “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History”.

 

Insyaallah, pertemuan kita pada kali ini bukan lah sahaja untuk kita nak mengenali siapa guru yang terbaik ini tapi yang lebih penting lagi untuk kita nak tahu bagaimana untuk menjadi guru yang terbaik.

 

Syabas saudara/ri yang telah memilih untuk membaca perkongsian ini. Semoga kita semua dikurniakan kefahaman dengan izin Allah swt.

 

Ayat rujukan kita kali ini adalah dari Surah Yaasin: Ayat 17.

ومَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
🍃 Ertinya: dan (para Rasul itu berkata) tidaklah ada (kewajiban) kami kecuali menyampaikan (risalah) dengan penyampaian yang jelas.

 

Daripada ayat ini apa yang kita dapat ambil intipati untuk digunakan dalam pengajaran kita sebagai pendidik? Iaitu lah 2 sektor pengajaran pada kalimah “البلاغ” dan “البلاغ”  .“المببن” merujuk kepada cara penyampaian dan “المبين” merujuk kepada apa yang disampaikan.

 

Pertama sekali, kita nak memahami cara penyampaian yang terbaik (البلاغ). Persoalannya adalah bagaimanakah baginda Nabi Muhammad saw boleh memiliki cara penyampaian tersebut?

 

Agaknya, berapa ramai guru ‘Public Speaker’ yang beliau belajar? Berapa banyak kursus ‘Public Speaking’ yang beliau hadiri? Dan berapa lama pula beliau berlatih menjadi penyampai pada zaman tersebut?

 

Jawapan adalah TIADA. Elemen ini baginda pelajari dari pengalaman pekerjaan beliau semasa kecil iaitu lah dengan mengembala kambing dan berniaga. Hah, biar betul. Apa kaitannya?

 

Kekalkan pembacaan ini dan in sya allah, saya akan ulas hikmah dari pekerjaan tersebut. Soalan, apakah hikmah dari mengembala kambing? Jika kita perhatikan juga di dalam Al-Quran, Nabi Musa AS juga sepertinya ada isu dengan cara penyampaian ini dan beliau mengembala kambing selama 10 tahun.

 

Hikmahnya adalah sifat ‘SABAR’. Sekiranya kita tahu, apakah perangai kebiasaan kambing ini? Jawapannya, degil dan suka melawan. Jadi, dari pekerjaan ini dapat kita fahami bahawa baginda dilatih dari kecil sifat bersabar dan kemahiran mengawal kedegilan kambing yang baginda jaga.

 

Selain itu juga, beliau juga berniaga sejak dari kecil. Biasanya yang kita tahu, beliau mula berniaga umur 12 tahun mengikut pakciknya ke Syam. Ketika berumur 25 tahun, beliau bekerja dengan seorang saudagar kaya dan akhirnya bertemu jodohnya dengan founder tersebut iaitulah Khadijah.

 

Sedarkah kita disebalik pekerjaan ini, ia banyak melatih baginda Nabi Muhammad saw menjadi penyampai yang berkesan. Ringkasnya dengan berniaga ini selain ia adalah sunnah Nabi, ia juga adalah cara untuk menjadi seorang yang berkemahiran pelbagai.

 

Tidaklah ini bermaksud supaya para pendidik mesti menjadi peniaga, tetapi memadai sekadar para pendidik memiliki ciri-ciri ini untuk diaplikasikan dalam penyampaian terhadap anak murid dan audien yang kita nak nasihatkan.

 

Soalan, apakah yang dapat kita gunakan elemen berniaga ini dalam cara penyampaian yang berkesan? Adakah mendidik ini perlu diniagakan? Jawapannya, TIDAK. Tetapi ada 2 faktor dari berniaga yang boleh digunakan dalam pengajaran iaitu faktor persiapan dalaman dan luaran.

 

Persiapan dalaman berdasarkan sirah Nabi berniaga adalah berguru (Abu Thalib). Sebelum nak mendidik, kita lah yang terlebih dahulu perlu dididik. Selain itu juga, pendidik perlu ada peribadi sifat jujur dengan anak murid dan ‘visionary’ dengan strategi pengajaran yang idealistik dan kreatif.

 

Sebagai contoh, baginda Nabi Muhammad saw dalam peristiwa Perang Khandak menampilkan peribadi jujur (ikat 2 biji batu di perut), visionary dengan para sahabat (pembukaan Rom & Konstantinopel) dan kreatif (gali parit).

 

Apapun elemen ini perlukan proses dan jiwa memberi.  Bak kata pepatah omputih “The More You Give, The More You Will Get Back”. Adalah sesuatu yang gila apabila pendidik buat perkara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeza.

 

Manakala, dari sudut faktor persiapan luaran pula adalah komunikasi. Para pendidik perlu faham dan bertanya anak murid isu mereka serta ajarkan mengikut keperluan mereka. Ini adalah sebagai simbol hargai mereka. Bagaimana untuk kita dihargai jika kita tidak menghargai?

 

Selain itu, para pendidik juga perlu bijak negotiate dengan anak murid. Negotiate dengan mereka juga perlu ada elemen ‘win-win situation’. Ini penting bagi memastikan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) kita dapat berjalan dengan jaya dan lancar.

 

Rumusannya, faham lah kita bahawa mengembala kambing melatih nabi menghadapi kedegilan Arab Kafir Quraisy dan berniaga melatih nabi untuk menyampaikan ajaran Islam dengan berhemah untuk disebar-luaskan ke seluruh pelusuk dunia.

 

Dari sini maka jelaslah kita bahawa perjalanan hidup Nabi Muhammad saw bukan lah sekadar untuk kita tahu, tapi ia untuk kita amalkan mesej tersebut dalam kehidupan kita terutamanya dari sudut kita sebagai pendidik.

 

Kedua, kita nak memahami apa isi penyampaian yang terbaik (المبين). In sya allah, saya akan permudahkan huraiannya agar ia lebih mudah untuk difahami.

 

Isi penyampaian yang terbaik adalah berdasarkan sudut pandang kita iaitu lah atas, depan dan belakang. Atas merujuk kepada dari sumber wahyu (Al-Quran & Hadith), depan merujuk kepada dari sumber ilmu masa depan (sains & teknologi) dan belakang merujuk kepada sumber sejarah.

 

Akal yang tuhan kurniakan adalah untuk berfikir. Maka, dengan sebab itu ilmu untuk disampaikan juga perlulah bukan sahaja berkisarkan mengenai ‘apa ilmunya’ tetapi berkisarkan mengenai ‘kenapa mesti belajar ilmunya’. Sebab ini lah metod yang digunakan oleh Guru Yang Terbaik, Nabi Muhammad saw.

 

Pengajaran ini jika diperhatikan sangat berkaitrapat dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) iaitulah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Science, Technology, Engineering & Mathematic (STEM). Lebih-lebih lagi di zaman Revolusi Perindustrian 4.0 yang penuh mencabar ini.

 

Sebagai kesimpulan, walaupun Nabi Muhammad saw merupakan seorang rasul tetapi jangan kita lupa beliau juga masih seorang manusia yang sama seperti kita. Ini memudahkan proses untuk kita berjaya mendidik dengan mencontohi dan mengikuti kaedah yang diamalkan oleh baginda.

 

Benar lah, ajaran Islam tidak terhad belajar ilmu agama sahaja tetapi perlulah diintegrasikan juga dengan ilmu-ilmu yang lain supaya Islam tidak dilihat rigid bahkan menampakkan bahawa ia fleksibel untuk semua golongan dan lapisan masyarakat.

 

Semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk dari kehidupan Nabi Muhammad saw mengikut panduan wahyu Al-Quran.

 

Sekian sahaja dari saya, diharapkan ia bermanfaat dan berjumpa lagi kita di penulisan artikel yang akan datang dengan perkongsian berpandukan perspektif ajaran Al-Quran. In sya allah ..

 

 

Sheikh Sulaiman Bin Sheik Harun

Founder Modul “Mudahnya Faham Al-Quran”

Manager CMN Academy HomeTuition Ampang

Pelajar Merancang Untuk Berjaya, Bukan Untuk Gagal…

Manusia adalah pemerintah diri sendiri. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya. Orang terdahulu telah banyak membuat kesilapan dan mengalami pelbagai kegagalan. Kesilapan dan kegagalan generasi terdahulu bukan kerana kurang maklumat atau ilmu tetapi sudah menjadi sebahagian peraturan hidup bahwa manusia belajar daripada kesilapan dan kegagalan untuk mengetahui perkara yang betul.

Satu perkara yang manusia pelajari adalah kebaikan memaksimakan penggunaan minda atau akal fikiran anugerah Allah kepada manusia. Tujuan kita belajar sejak waktu pandai bercakap sehingga mendapat diploma dan ijazah adalah untuk menyediakan akal kita dengan maklumat. Namun ulmu tersebut hanyalah 20% perolehan ilmu dan kita memerlukan pengalaman sebanyak 80% untuk meyakinkan kita kebenaran sesuatu ilmu.

TIPS PENGURUSAN MASA PELAJAR ANDA BOLEH AMALKAN

  1. Kenalpasti kekuatan & kelemahan diri anda
  2. Rancang jadual tetapi utamakan priorities
  3. Fokus dan belajar katakan tidak
  4. Elakkan dari terpedaya dengan perkara trivia
  5. Jejak kembali masa yang telah berlalu
  6. Baca Novel / Buku Ilmiah
  7. Menolong Ibu Bapa di Rumah

 

 

MASIH TERCARI-CARI PROGRAM CUTI SEKOLAH YANG BERMANFAAT & WOW UNTUK AKADEMIK, KENDIRI & SOSIAL ANAK ANDA??

Adakah anak anda suka belajar sains dan matematik dalam keadaan yang menyeronokkan?

Anak anda kurang keyakinan diri, kurang bersosial dan belum mahir berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan tugasan?

Atau anda masih belum merancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak dan hanya ada bayangan yang anak-anak anda akan menghabiskan masa cuti dengan menghadap permainan Gadget sahaja?

Kami ada solusi untuk bantu anda dalam isu ini.

Jom beri anak anda sertai PROGRAM CUTI SEKOLAH : FUNTASTIC SAINS DAN MATEMATIK

Jom tengok apa yang ada dalam program ni…

5 PERKARA MENARIK di FUNTASTIC Sains dan Matematik UPSR🎈

  • Program berlangsung selama 2 HARI
  • Masa hanya 8 PAGI – 5 PETANG, ISNIN dan SELASA. Jadi, ibu2 yang bekerja boleh hantar anak sebelum bekerja & fokus kerja tanpa perlu risau apa yang anak buat untuk isi masa cuti
  • PELBAGAI AKTIVITI menarik & bermanfaat
  • SARAPAN & MAKAN TENGAHARI disediakan
  • Program dijalankan secara INDOOR. Jadi LEBIH SELAMAT & KONDUSIF

Ups… sebentar…
.
Program ini hanya terbuka kepada pelajar berusia 10 hingga 12 TAHUN SAHAJA

Apa yang anak anda akan dapat dalam FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK ini?
.
.
(Matematik)
.
Meransang minda pelajar untuk mengapplikasikan konsep asas yang dipelajari di sekolah dan dipraktikkan pada aktiviti harian.
Antara tajuk Slot: 7UP!! , KU DA BA TA TO, Perang Koordinat dan banyak lagi.

(Sains)

Meransang kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dengan ekperimen ringkas yang menarik berasaskan konsep sains yang dipelajari di sekolah.
Antara Tajuk Slot: Titanic Boat (Ketumpatan), Hot Air Balloon (Hana), MyPlanet (Sistem Suria) dan banyak lagi

Apa Keunikan Program ini??

Melalui program ini, kami juga akan suntik semangat kepimpinan dan bekerjasama di antara pelajar sesuai dengan Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (4C Communication, Collaboration, Critical Thinking & Creativity)

– Mengikut silibus KSSR terkini seperti di sekolah

– Aplikasi KBAT dalam Pembelajaran

– Gaya Santai dan fun learning supaya peserta mudah menyerap pembelajaran

– Menggunakan konsep pembelajaran Hands On dan STEM (Science, Technology Engineering, Maths) yang sedang rancak diperkatakan di Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 

INFO FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK:

⌚MASA: 8 pagi – 5 petang

TEMPAT: CMN Centre, Jalan Reko Sentral, Kajang

Lock Date
25 dan 26 March 2019 (Isnin & Selasa)

Berapa pula PELABURAN Anda:

Kami ada harga istimewa untuk anda:  RM150 seorang

WOW!!!😱

.
.
Berhenti sebentar!
.
.
Kami ada lagi tawaran ISTIMEWA untuk pendaftaran secara berkumpulan hanya RM97 seorang!!

Nak daftar sekarang??

BONUS ISTIMEWA untuk 20 Pendaftaran terawal!

Funtastic UPSR (Bernilai RM50) Video Panduan UPSR 4 Subjek

WHATSAPP “Funtastic” ke https://api.whatsapp.com/send?phone=6013-7153776 SEGERA!

PS: Tempat AMAT TERHAD. Daftar segera.
-Shaping Your Child Into A Funtastic Person-

Belajar SPM Selama 5 Bulan Sahaja? Lihat Ini Hasilnya….

Kisah ini menceritakan seorang calon persendiran SPM yang mengambil  semula peperiksaan SPM kerana ingin menjadi seorang cikgu? Sekolah Kafa Selangor memberi syarat bahawa beliau perlu lulus dalam Bahasa Arab sekiranya ingin menjadi seorang cikgu di sekolah tersebut.

Disebabkan itulah pelajar persendirian yang bernama  Puan Syazwani mengambil semula peperiksaan SPM hanya untuk Bahasa Arab.

Puan Syazwani merupakan seorang guru di sekolah tadika, beliau memberitahu bahawa beliau tidak tahu langsung mengenai Bahasa Arab. Disebabkan Sekolah Kafa Selangor memberitahu yang perlu ada lulusan Bahasa Arab, beliau sanggup mengambil semula peperiksaan SPM untuk Bahasa Arab sahaja. Puan Syazwani mencari seorang guru yang boleh mengajar Bahasa Arab dan beliau terjumpa dengan Page CMN Academy di laman Facebook.

Beliau menghubungi pihak CMN Academy untuk mencari seorang guru yang pakar dalam Bahasa Arab. Pihak CMN Academy memberitahu Puan Syazwani bahawa beliau telah mendapat seorang tutor yang pakar dalam Bahasa Arab iaitu Ustazah Wahidah.

Pembelajaran Bahasa Arab dijalankan dengan tutor datang ke rumah puan syazwani. Ustazah Wahida mengajar beliau dengan teliti kerana untuk mempelajari Bahasa Arab bukanlah perkara yang mudah untuk difahami dalam masa yang singkat. Puan Syazwani belajar Bahasa Arab selama 5 bulan sahaja kerana ketika itu peperiksaan SPM sudah dekat.

Selepas menduduki SPM, Puan Syazwani memberitahu bahawa beliau boleh dan dapat menjawab soalan tersebut walaupun soalan Bahasa Arab itu sedikit mengelirukan. Semasa hari keputusan SPM syawani memberitahu Ustazah Wahidah bahawa beliau lulus dalam peperiksaan Bahasa Arab dengan mendapat C+

Alhamdulillah, dengan keputusan tersebut membolehkan Puan Syazwani memohon untuk menjadi guru di Sekolah Kafa Selangor dan beliau layak menjadi guru di sekolah tersebut.

Kami di CMN Academy mengucapkan tahniah kepada puan Syazwani kerana berjaya melayakkan diri dalam permohonan menjadi guru di Sekolah Kafa Selangor.

Kami di CMN Academy sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada klien kami.

Di bawah menunjukan video pembelajaran Syazwani bersama Ustazah Wahidah dalam Closed Group Jom Belajar Bahasa Arab (boleh request untuk join untuk tonton video-video pembelajaran Bahasa Arab secara PERCUMA:-

 

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition untuk anak anda, boleh tekan button di bawah