TIP FOKUS KETIKA BELAJAR

 

Mencari & Mendapatkan FOKUS semasa melakukan sesuatu terutamanya semasa belajar amat penting agar hasil yang kita inginkan tercapai. Namun, bukan mudah untuk kita dapatkan FOKUS. Bagi pelajar, tentulah masalah fokus adalah masalah yang kerap dilalui di dalam kelas. Ramai pelajar hanya dapat fokus ketika belajar hanya untuk beberapa minit atau setengah jam di awal pembelajaran sahaja. Selebihnya akan teralih kepada perkara-perkara lain di sekeliling mereka. Setuju bukan?  

 

Itu baru di sekolah. Belum lagi di rumah. Jika di dalam kelas pun sukar hendak fokus ketika guru sedang mengajar, apatah lagi jika belajar berseorangan di rumah atau secara berkumpulan bersama rakan. Masa mungkin banyak terbuang dengan berbual kosong, leka melayan media sosial seperti instagram dan tiktok, selain menonton video di Youtube.  

 

Tidak fokus ketika belajar boleh menjadi punca kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Untuk mengatasi ‘mimpi ngeri’ ini, alangkah bagusnya kita muhasabah diri dan dapatkan jalan penyelesaian untuk fokus ketika belajar sebelum terlambat.  

 

 

Bagaimana caranya untuk kembalikan FOKUS semasa belajar?

TIP FOKUS KETIKA BELAJAR – HOME TUITION MALAYSIA

 

  • Cari teman belajar yang sesuai:
    Pilih rakan yang lebih bijak daripada anda. Atau pilih rakan yang rajin & bersungguh nak belajar. Lebih banyak yang rakan dan anda tahu serta kongsikan bersama, lebih banyak ilmu akan perolehi. Jangan pilih rakan yang lebih suka berborak daripada mengadap buku ketika belajar.

 

  • Lengkapkan bahan-bahan belajar:
    Pastikan semua alatan seperti pen, pembaris, kalkulator dan sebagainya telah disediakan sebelum memulakan sesi belajar. Jika tidak sedia awal, boleh mendatangkan masalah hilang fokus ketika belajar sebab baru nak cari barang yang perlu.

 

  • Cari makanan sampingan yang berkhasiat:
    Anda boleh belajar sambil makan atau minum sesuatu. Ini akan membantu anda untuk belajar dengan tenang dan seterusnya boleh fokus dengan mudah, juga boleh elakkan mengantuk bagi sesetengah orang. Jenis makanan dan minuman yang anda pilih biarlah sesuatu yang berkhasiat seperti kekacang dengan susu atau jus buah.

 

  • Cari tempat belajar yang selesa:
    Pastikan tempat belajar anda sentiasa bersih, kemas dan selesa. Jika tiada kerusi, belajar di atas lantai dengan berlapikkan tikar pun sudah memadai. Asalkan persekitaran anda bebas dengan televisyen, komputer atau apa jua jenis gajet yang boleh mengganggu fokus belajar nanti.

   

  • Pastikan ada waktu rehat:
    Anda tidak boleh belajar sepanjang masa atau dalam satu waktu yang panjang tanpa berehat langsung. Ini boleh menyebabkan berlakunya stress dan seterusnya menghilangkan keseronokkan untuk belajar.
    Pembelajaran juga jadi kurang berkesan kerana letih dan bosan. Jangan terlampau tekun belajar tanpa memikirkan dari segi lain iaitu kesihatan diri.
    Namun, jangan pula mengambil masa lama untuk berehat sehingga hilang semangat untuk belajar. Biasanya ambil rehat dalam 5 minit di tengah 1 jam atau 2 jam kita belajar.

 

  • Postur tubuh ketika belajar:
    Duduk dengan selesa ketika belajar. Jangan baring, menongkat dagu dengan lengan atau melentokkan kepala di atas meja kerana semua ini akan menyebabkan anda mengantuk dan tertidur, juga boleh sakit badan dan lenguh.

 

  • Minum air dengan secukupnya:
    Neuron dan bahagian otak akan beroperasi dengan aktif ketika proses pembelajaran berlaku. Apabila otak hilang air dan oksigen, seseorang itu akan mudah berasa mengantuk dan letih, seterusnya hilang fokus. Boleh juga sediakan air bersama ketika belajar.

 

  • Jangan kurang tidur:
    Jika tubuh tidak dapat rehat yang secukupnya, anda akan mudah letih dan mengantuk ketika belajar. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

 

  • Beri kata-kata positif kepada diri sendiri:
    Sentiasa pujuk diri supaya tidak malas dan sentiasa mahu belajar. Ingatkan diri bahawa kejayaan dalam hidup bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Setiap hasil perkara yang kita inginkan perlu dilakukan dengan usaha diri sendiri. Apabila ada semangat dalam diri, anda akan mudah fokus ketika belajar.

 

Semoga bermanfaat dan selamat belajar!    

 

Bagi ibu bapa yang berminat untuk tutor ke rumah bagi bantu dan teman anak anda belajar,

Maklumat lanjut berkaitan Home Tuition & Online Tuition

KLIK DI SINI    

Tip Membina Ayat Untuk Pelajar

Setiap hari, kebanyakan dari kita berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

Betul ke ayat yang kita gunakan ketika kita bercakap dan sama ke dengan apa yang perlu kita tulis bila di sekolah atau dalam peperiksaan?

 

Haaa.. anda tahu tak macam mana nak bina ayat yang sebetulnya? Tak tahu? Atau masih lemah dalam membina ayat…?

Ini tip untuk bina ayat yang baik, bagus dan sempurna khas untuk pelajar!

 

Apa yang perlu dilakukan:

1- Bina ayat gramatis (ayat yang ikut susunan tatabahasa dan struktur yang betul) dan tersusun menggunakan bahan rangsangan yang diberikan.

2- Setiap ayat perlu ada subjek dan predikat.

3- Setiap ayat yang dibina harus menerangkan apa-apa yang terkandung dalam bahan rangsangan. Seperti contoh, satu gambar untuk satu ayat.

4- Gunakan tanda baca/wacana yang betul.

5- Pastikan ejaan yang tepat.

 

Ada pelajar yang masih ‘careless’ dan melakukan kesilapan kecil seperti tersilap ejaan atau tertinggal tanda wacana. Bagi mengurangkan kesilapan kecil yang ada kalanya tak sengaja, boleh baca kembali ayat yang ditulis. Semak semula hasil tulisan untuk lebih ketepatan.

Jom kita belajar dan pratikkan sama-sama!

 

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

Asal Belajar Je Stress, Asal Stress je Belajar

Kita sebagai pelajar pasti akan rasa tertekan semasa belajar, tidak dapat dinafikan. Setiap orang semestinya sudah/akan/sedang alami zaman pembelajaran. Bahkan alam pekerjaan pun akan alami tertekan dengan kerja yang tidak akan pernah habis selamanya. Jadi, bagaimana kita atasi perkara ini untuk mengelakkan dari penyakit mental.

Antara tips untuk mengurangkan stress semasa belajar adalah:

  1. Bijak memilih kawan, kawan yang sekepala dengan diri kita. Contohnya, kalau diri kita jenis yang masuk air jadi pergi pada kawan yang masuk air tetapi dalam masa yang sama boleh belajar sama-sama. Perkara akan bantu hidupkan surrounding atau vibe yang ceria, apabila datang ke sekolah, kita akan kurang tertekan sebab ada kawan gelak tawa. Kalau diri kita jenis yang belajar secara solo, boleh cuba dengar lagu atau instrumen semasa belajar, yang menjadikan suasana tu ada.
  2. Sentiasa betulkan niat belajar, apa tujuan kita belajar sebenarnya? Kenapa perlu belajar? Perlu bersusah payah belajar. Tiada pembelajaran yang mudah, sedangkan berjalan juga perlu kepada latihan dan proses yang lama untuk kita berjalan semasa kecil dahulu. Salah satu tujuan belajar kita adalah kerana ibubapa, keluarga dan untuk diri kita sendiri.
  3. Enjoy the moment, ada beberapa orang akan berkata “nanti kamu semua akan rindu waktu sekolah”. Kita yang masih bersekolah mesti tidak dapat perasaan yang demikian, nanti satu ketika pasti akan rindu zaman sekolah, selalu dimarahi guru-guru, didenda kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah, hari sukan dan all the moment memang taidak dapat disenaraikan banyaknya kenangan-kenangan sekolah. Jadi, belajar je sekejap, tak rugi pun.

Sebenarnya, zaman sekolah ini lah yang terpaling seronok sebab kita tak perlu bersusah payah fikir tentang ekonomi. Tugas kita sebagai pelajar sekolah hanya belajar sahaja, that’s it. Apabila kita dah kea lam pekerjaan, kita perlu fikir banyak benda. Kesimpulannya, sentiasa enjoy dalam setiap apa jua keadaan kita sekarang.

Cara Menguatkan Ingatan Kita

Terdapat lebih 10 cara untuk kita tingkatkan ingatan yang dinyatakan oleh Coon(2002) merujuk kepada buku Pengantar Psikologi. Berikut adalah 3 cara terawal dalam meningkatkan daya ingatan kita.

  1. Menghafal, satu teknik ingatan dengan paksaan yang membuatkan kita ingat. Semas amenghafal disarankan untuk berhenti banyak kali dan cuba mengulang apa yang dihafal. Menurut kajian, skor ingatan yang terbaik adalah kelompok pelajar yang menggunakan 80% daripada masa untuk menghafal dan selebihnya iaitu 20% membaca.
  2. Ulangan, sama seperti rutin harian kita yang mana setiap pagi kita akan mengulang aktiviti pagi iaitu mandi, gosok pagi, masak dan sebagainya pada setiap hari tanpa tertinggal. Semakin banyak ulangan yang dilakukan, semakin kuat kemungkinan apa yang diulang.
  3. Pilihan, menurut cendekiawan Belanda, menyatakan bahawa jala ikan itu ibarat ingatan yang baik. Petani menjala di laut dengan tangkapan ikan yang bersaic besar dan kecil tetapi hanya memilih ikan bersaiz besar manakala ikan bersaiz kecil dilepaskan semula. Sama juga dengan pembelajaran, memilih isi-isi penting dalam buku teks. Menghafal isi-isi penting sahaja tidak perlu menanda terlalku banyak huraian kerana ia akan mengelirukan.

Jadi, ini sedikit sebanyak tips bagaimana hendak meningkatkan daya ingatan kita dalam pembelajaran.

4 Tips Nak Jadi Top Student di Sekolah

Setiap sekolah di dunia semestinya ada top student atau pelajar berprestasi tinggi, atau boleh dikatakan pelajar harapan sekolah. Sekolah juga akan memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan ini untuk mencapai penanda aras sekolah dalam peperiksaan besar. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pelajar lain yang mahukan mereka tergolong dalam kelompok top student di sekolah?

 

Antara tips yang bakal dikongsikan kepada pelajar-pelajar di luar sana, bagaimana hendak menjadi top student:

  1. Fokus semasa dalam kelas

Pelajar mestilah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Menyalin segala nota yang ditulis oleh guru di papan putih sambil mendengar penerangan guru di samping mencatat segala apa yang diucapoleh guru. Jika ada masa lapang atau tiada guru, rebut peluang untuk siapkan homework di sekolah. Hal ini kerana, pelajar kurang belajar di rumah disebabkan smart phone. All out dekat sekolah, study, hafal, lakukan latihan.

 

  1. Kawan rapat atau geng

Berusaha rapat dan mencari geng yang rajin belajar. Geng kita sendiri contohnya, masing-masing ada kemahiran bagi setiap subjek, ada yang mahir matematik, ada yang mahir bahasa inggeris, mahir sains. Hal ini demikian kerana, kawan rapat tidak semestinya sentiasa dengan hiburan, apabila waktu belajar mereka akan belajar sungguh. Kalau kita belajar dengan kawan sendiri, pendekatan atau penerangan kawan lebih mudah, santai dan simple untuk kita faham.

 

  1. Cari cara belajar tersendiri

Cara belajar setiap pelajar berbeza mengikut karakter masing-masing. Ada pelajar yang boleh belajar secara sendirian, berkumpulan, sambil mendengar, melalui lukisan, lisan dan sebagainya. Kita sendiri perlu kenalpasti diri sendiri boleh belajar dengan cara yang bagaimana. Contohnya, mencipta rentak lagu sendiri untuk subjek yang perlu menghafal untuk lebih mudah ingat, mereka komek untuk subjek sejarah, memerlukan kepada bercakap untuk ingat.

 

  1. Jaga hubungan dengan Allah dan mahkluk

Menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Menambahkan amalan seperti menunaikan solat-solat sunat dengan konsisten. Pemakanan juga salah satu faktor pembelajaran juga, tidak semua makanan kita boleh makan terutama apabila pelajar mengambil subjek pengajian Islam. Wujudkan suasana yang positif di sekolah dan di rumah. Menjaga hubungan dengan makhluk, contohnya sebelum gerak ke sekolah salam dan cium ibubapa, sentiasa perbetulkan niat kerana Allah atau boleh praktis bercakap dengan haiwan walaupun mereka tak faham.

 

Akhir sekali, pelajar yang rajin belajar, bawa buku kemana sahaja tidak sama karakternya dengan standard student, jadi tips yang pertama ini boleh membantu mereka menjadi top student di sekolah. Terkadang semasa di kelas cikgu akan lontarkan kata-kata yang mana pelajar akan ingat sampai bila-bila.

3 Formula Matematik Gaya Santai

3 Formula Matematik Gaya Santai

 

Cara berfikir kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah berbeza. Jadi, pendekatan untuk setiap peringkat umur juga berbeza. Kaedah pembelajaran sekolah rendah lain, kalau sekolah menengah pula berbeza begitu juga peringkat universiti. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pendidik hendak mengajar pelajar-pelajar mereka.

 

Antara 3 formula gaya santai untuk subjek matematik adalah:

 

  1. Kenali pelajar kita

Guru bukan sahaja mengajar malah mereka juga boleh menjadi seorang kaunselor, ibubapa, kawan, perawat dan sebagainya kepada para pelajar. Conothnya, mendengar luahan para pelajar sebelum memulakan pembelajaran, mengambil tahu tentang keadaan mereka dan mata pelajar juga memainkan peranan untuk guru kenal pelajar-pelajar. Pelajar sekolah rendah mereka cenderung kepada lawak jenaka manakala sekolah menengah pulalebih kepada pendekatan seorang kawan. Kemudian, memberitahu ibubapa tentang tahap pembelajaran anak-anak mereka supaya ibubapa cakna. Hal ini demikian kerana karakter setiap pelajar berbeza-beza maka para pendidik perlu kenal pasti karakter-karakter pelaar.

 

  1. Pelbagaikan aktiviti

Antara aktiviti yang boleh disenaraikan adalah latihan, lazim, hafal, origami, hand on, eksperimen, inquiry, explore, join venture dan banyak lagi. Untuk menarikkan lagi aktiviti yang kita akan buat di kelas, ambil tahu apa minat pelajar. Kini, pada kebiasaannya pelajar gemar bermain video game, jadi masukkan unsur-unsur game ke dalam aktiviti pembelajaran. Menggunakan bahan atau probs semasa kelas boleh bantu kefahaman pelajar dengan lebih baik sebab ia realistik atau sesuatu yang wujud dan boleh disentuh. Jika pelajar mengambil masa yang lama dalam pembelajaran, pendidik perlu dorong mereka lebih laju. Contoh aktiviti lain, minta pelajar tanya kepada guru supaya minda mereka lebih aktif.

 

  1. Reward

Apabila sesuatu perkara akan diberikan reward atau ganjaran maka perkara itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga dapat ganjaran yang dijanjikan. Pendidik boleh wujudkan reward semasa dalam kelas untuk tarik perhatian dan fokus pelajar. Antara reward yang boleh diberi adalah playtime, reward tidak semestinya dengan barang. Contohnya, reward memuatnaik gambar pelajar yang peroleh reward di display picture (DP) Whatsapp pendidik sebagai ganjaran atau reward pelajar tersebut selama 24 jam. Tidak semestinya pelajar sahaja perlu reward guruk tetapi guru juga boleh beri reward kepada pelajar. Boleh jadi reward yang pendidik beri kepada pelajar membuatkan mereka ingat sampai bila-bila dan ia merupakan nikmat atau reward seorang pendidik.

 

Untuk tambah baik skill mendidik, pendidik perlu kembangkan lagi networking untuk sama-sama berkongsi cara mendidik daripada para pendidik yang lain.

Method Pelajar Lemah Maximize Kemampuan Semasa PDPR

Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah PDPR sudah menjadi satu fenomena baru terhadap pelajar sekolah disebabkan penularan wabak Covid-19. Hal ini menjadikan pelajar sekolah belajar di rumah masing-masing.  Dengan itu, terdapat beberapa metod untuk memaksimumkan kemampuan pelajar yang lemah dalam budaya pembelajaran sekarang.

Antaranya adalah menggunakan teknologi kini untuk mengembangkan lagi potensi pelajar dengan usaha yang sungguh. Menggunakan langganan internet untuk mengakses youtube, google dan sebagainya. Apabila pelajar sekolah mencari bahan pembelajaran di google, mereka akan peroleh banyak bahan maklumat yang menarik seperti nota ringkas dan peta minda. Contohnya, dalam subjek bahasa arab pelajar boleh belajar perkataan baru di dalam lagu, cerita dan movie.

Pembelajaran bukan hanya di sekolah malah ia wujud di sekeliling sahaja. Mind set pelajar disekat dengan unsur negatif yang beranggapan susah nak skor dalam sesetengah subjek seperti subjek prinsip akaun. Kegagalan itu bukan satu kesalahan tetapi ia adalah pemangkin semangat untuk lebih usaha denga lebih keras. Ia akan mengasah critical thinking pelajar sekolah dalam mengharungi masalah mereka. Bagi subjek bahasa arab, tidak asing bagi orang Islam dengan bahasa arab kerana setiap hari kita akan bertutur bahasa arab dalam beribadah, berzikir, berdoa. Begitu juga prinsip akaun, secara praktikalnya berada di dalam rumah seperti aset, bil air, bil air, mantainence.

Penggunaan visualization dalam pembelajaran membantu pelajar memaksimumkan lagi kemampuan semasa PDPR. Pembelajaran dengan bantuan gambar atau video boleh mengaktifkan potensi-potensi pelajar. Tidak hanya bergantung kepada buku teks kerana banyak lagi bahan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami terutama pada era zaman globalisasi ini.

Kesimpulannya, setiap pelajar pasti ada potensi yang luar biasa hanya kesedaran dan kesungguhan yang dapat membuktikannya.

Kuasai Matematik Dengan Mahir Banding Pecahan

Topik pecahan sering menjadi keluhan pelajar. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah seperti tidak faham dan keliru dengan topik ini. Perkara asas untuk memahami topik pecahan adalah dengan mengetahui nilai banding pecahan.

 

A. Banding pecahan dengan nombor bulat

Pecahan adalah mengenai pembahagian. Misalnya, 1/2 donut bermaksud 1 donut perlu dibahagi kepada 2 orang. Jadi, jika ada pecahan, bermakna nilainya lebih kecil dari nombor bulat. [pecahan < nombor bulat]

 

B. Banding pecahan dengan pecahan

Perbandingan pecahan – pecahan dan nombor bulat – nombor bulat adalah berbeza. Kebanyakan pelajar akan mengatakan nilai 1/4 > 1/2  kerana mereka melihat kepada digit 4 dan 2 tersebut. Kefahaman ini adalah salah dan berlawanan dengan nombor bulat.

 

Nombor Bulat – Afiq ada 2 donut, manakala Badrul ada 4 donut. Jadi, Badrul mempunyai lebih banyak donut = nilai 4 lebih besar.

Pecahan – konsep pecahan adalah pembahagian. 1/2 bermaksud Kumpulan A perlu bahagi 1 donut kepada 2 orang. 1/4 pula bermaksud Kumpulan B perlu bahagi 1 donut kepada 4 orang. Kesimpulannya, Kumpulan A berkongsi dengan lebih sikit orang = nilai  lebih besar.

 

Terdapat 3 cara mudah untuk mahir banding pecahan:

 

1. Lukisan

Dengan lukisan, nilai pecahan lebih mudah dilihat iaitu lorekan yang lebih besar bermaksud nilai pecahan yang lebih besar.

 

2. Pengangka atau PenyebutCara kedua ini tidak boleh digunakan kepada semua pecahan. Ia terhad kepada pecahan yang mempunyai nilai penyebut atau nilai pengangka yang sama sahaja. Misalnya, perbandingan pecahan melalui pengangka boleh dibuat jika nombor penyebut adalah sama, iaitu memilih nombor yang lebih besar [1/4 < 3/4]. Bagi perbandingan melalui penyebut pula, nombor pengangka mestilah sama. Tetapi, konsepnya adalah terbalik di mana nombor penyebut kecil mempunyai nilai yang lebih besar [1/2 > 1/4].

 

3. Garis NomborBagi pecahan yang mempunyai pengangka dan penyebut berbeza, cara ketiga boleh digunakan. Langkah pertama adalah selaraskan semua penyebut kepada penyebut yang paling besar. Garis nombor juga boleh digunakan jika melibatkan pecahan tak wajar dan nombor bercampur. Konsepnya adalah sama dengan menyelaraskan penyebut, kemudian masukkan ke dalam garis nombor untuk melihat nilai yang lebih besar. Nilai yang paling kanan adalah nilai yang paling besar [1/6 < 2/3].

Susah la nak fokus kelas online..Jangan risau! cuba langkah-langkah ini untuk anda kekal fokus

Nak hadap screen je sepanjang hari ketika mengikuti kelas online bukan perkara yang mudah. Tambah pulak bila belajar di rumah yang dikelilingi oleh banyak gangguan seperti keselesaan, bunyi bising dan lain2. Memang bila masa kelas anda akan rasa nak ke dapur, nak baring, nak main phone dan banyak lagi. Tapi anda kena ingat, anda sebenarnya berada di sekolah! cuma tempat je yang berbeza.

Berikut adalah beberapa cara untuk anda kekal fokus ketika kelas online.

Freshkan diri

Makan dulu sebelum masuk kelas. Jangan makan terlampau kenyang sebab anda akan mudah mengantuk semasa kelas. Selain itu,  cari masa untuk bersenam. Set masa 5-10 minit untuk lakukan senaman. Dengan senaman fizikal dan juga mental anda akan rasa lebih cergas. Mandi. Pastikan anda mandi jangan tak mandi pulak tau.  Aktiviti-aktiviti ini akan memberi tenaga dan meningkatkan mood anda sepanjang hari.

Cari kawasan belajar yang selesa

Pastikan tempat belajar anda selesa. Pastikan bilik diterangi dengan baik  untuk mengelakkan sakit kepala atau mengantuk. Tutup pintu bilik untuk kurangkan bunyi-bunyi dan gangguan luar. Elakkan kawasan yang terlalu selesa (tempat tidur, sofa dll) kerana tempat-tempat macam ni akan buatkan anda rasa malas dan nak tidur. Cari tempat yang mempunyai akses internet yang baik supaya pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Akses internet yang buruk akan hilangkan mood anda nak belajar. Guna eirphone semasa sesi pembelajaran supaya anda dapat mendengar suara guru dengan jelas.

Matikan phone

Perkara yang paling penting dan yang cukup sukar untuk pelajar lagi-lagi bila phone di sebelah.  Sosial media adalah sumber utama gangguan semasa kelas dan punca kenapa ramai pelajar tak focus. Mereka lebih suka main sosial media  dari mendengar guru mengajar. Cara nya matikan notification dari sosial media dan jauhkan phone anda dari tempat belajar.  Buka sosial media hanya apabila anda benar-benar memerlukannya.

Cuba berinteraksi semasa kelas

Berinteraksi dengan guru, jadi anda tidak bosan mendengar apa yang guru sampaikan. Tanyakan soalan kepada mereka jika anda tidak faham. Terus mintak izin untuk tanyakan kepada guru anda dan jangan berdiam diri sepanjang kelas kerana anda akan rasa bosan, mengantuk dan tidak dapat memberi tumpuan dengan baik.

Ambil rehat

Jangan memaksa diri untuk fokus lebih dari 2 jam. Cari masa untuk berehat. Main permainan, bercakap dengan rakan, berjalan-jalan, buat regangan dan minum banyak air.

Semoga selepas ini anda dapat kekal focus ketika belajar.

Semoga bermanfaat, Terima kasih  :))