NAMA BUAH-BUAHAN DALAM BAHASA ARAB

Jom Kenali Nama Buah-Buahan Dalam Bahasa Arab !

 

Anda semua suka makan buah?

Apa buah yang paling anda suka?

 

Haa… apa kata sambil makan buah sambil hafal dan ingat nama-nama buah dalam bahasa Arab.

Jom kita mulakan!

 

Delima – رُمَّان

 

 

 

Anggur – عِنَبٌ

 

 

 

Epal – تُفَّاحٌ

 

 

Oren – بُرْتُقَالٌ

 

 

Kiwi – كِيْوِي

 

 

Betik – بَابَاياَ

 

 

Pisang – مَوْزٌ

 

 

Strawberi – فَرَاوَلَةٌ

 

 

Rambutan – أَبُوْ شَعْرٍ/رَمْبُوْتَنْ

 

 

Tembikai – بِطِّيْخٌ

 

 

Semoga bermanfaat…

 

Nak belajar Bahasa Arab atau anak perlu bantuan belajar pelbagai subjek di rumah?

KLIK DI SINI untuk kami bantu

Senang je Belajar Bahasa Arab

“Susahnyaa bahasa arab ni, tak faham laaa”

“Susahnya nak ingat..tak boleh masuklah”

Ayat-ayat macam tu biasa sangat kita dengar terutamanya bagi pelajar yang tak dapat score dalam subjek bahasa arab. Susah sangat ke bahasa arab ni sebenarnya sampai tak boleh nak score??

Sebenarnya tak kesah la subjek apa sekali pun sains ke, math, addmath, fizik, bahasa inggeris..semuanya ada cabaran dalam menuntutnya. Ilmu itu nilainya tinggi jadi usaha untuk mempelajarinya juga perlu tinggi. Subjek bahasa arab menjadi susah bukanlah sebab bahasa itu sendiri tetapi “mindset” atau persekitaran dan buah mulut orang yang menyatakan ianya susah. Jadi ramailah yang beranggapan bahasa arab ini susah.

Pertama sekali ubah cara fikir kita, sebab ini lah yang mempengaruhi kita dalam menuntut ilmu. Kalau kita fikir ianya susah maka susah la. Kita akan jadi malas dan tak semangat bila nak belajar sebab dari awal lagi kita dah beranggapan ianya susah. Jadi tukar dan ubah presepsi kita bahawa bahasa arab ini mudah, InsyaAllah Allah akan bantu dan membuka jalan bagi orang-orang yang usaha dalam menuntut ilmu.

Pupuk minat kita dalam belajar bahasa arab, sebab minat itu boleh dibina dengan banyak cara sebenarnya. Kita boleh pelbagaikan cara pembelajaran di luar waktu pembelajaran formal, contohnya zaman kini adalah zaman internet gunakan internet itu sebaik mungkin, kita boleh melayari di YouTube, banyak video-video yang menarik yang boleh kita dapat dari situ. Kita boleh sertai channel-channel di Telegram yang banyak berkongsikan tentang kosa kata bahasa arab, ungkapan-ungkapan yang menarik dalam bahasa arab. Selain itu juga, TikTok juga ada yang berkongsikan tentang bahasa arab yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebenarnya banyak platform yang kita dapat layari di internet cuma perlukan kemahuan dan sedikit usaha untuk mencarinya, bak kata orang maklumat di hujung jari, tekan terus dapat.

Tapi kalau ada yang susah nak hafal tu nak buat macam mana? Sebab bahasa arab ni banyak sangat kena hafal. Memang tak dapat dinafikan sebab bahasa arab ni bahasa yang jarang kita guna sebab tu kadang-kandang agak sukar untuk kita ingat. Tapi itu bukan alasanya, orang yang nak berjaya mesti mencari solusi. Jika diikutkan lebih 3000 kosa kata bahasa arab yang dipinjamkan kepada bahasa melayu. Contohnya, perkataan-perkataan;

kerusi – كرسي (kursiyun), wujud – وجد (wajada), Kuat – قوى (qawiyy), internet – الإنترنت (al-internet), amal – عمل (amal), darjat – درجة (darajah), khabar – خبر (Khabar), soalan – سؤال (suaalun), mungkin – ممكن (mumkinu)

Dan banyak lagi sebenarnya, kalau nak disenaraikan memang panjang la jadinya. Berdasarkan perkataan-perkataan yang dipinjamkan ini sudah banyak membantu kita untuk ingat dan hafal kosa kata bahasa arab. Cara yang lain adalah kerap guna perkataan yang berbeza dalam penulisan atau percakapan. Kebiasaanya pelajar akan guna perkataan yang sama ketika menulis ayat atau karangan contohnya,

يذهب محمد إلى المدرسة (Muhammad sedang pergi ke sekolah)

Cuba tukar perkataan sekolah kepada stadium (مُدَرِّج), pusat membeli belah (مركز تسوق), ladang (مزرعة) atau apa sahaja perkataan yang jarang digunakan. Cara ini dapat membantu mengembangkan lagi penggunaan kosa kata bahasa arab.

 

Selain itu, wajibkan pada diri untuk menghafal sekurang-kurangnya 3 kosa kata yang baru setiap hari. Kita boleh dapatkan dan belajar kosa kata yang baru melalui pembacaan buku, channel Telegram bahasa arab, TikTok, YouTube atau apa-apa aplikasi. Dengan cara ini banyak kosa kata yang kita akan dapat dan boleh praktikan samada dalam penulisan dan percakapan.

 

Terakhir sekali, ini paling penting tuntut ilmu mestilah berguru jika tidak sesatlah jalan. Walaupun kita sudah mempunyai pelbagai kemudahan internet tetapi gurulah sebaik-baik tempat dalam kita menuntut ilmu. Mereka adalah orang-orang yang mahir dalam bidang tersebut jadi sudah pasti lebih mudah kita untuk mempelajarinya jika tidak kita hanya menghafal semata-mata tanpa memahami ilmu tersebut.

Aplikasi yang boleh dilayari ;

  • Youtube CMN Academy atau Madinah Arabic
  • Tiktok cmnacademy atau sirsyazwan
  • Channel Telegram ; Kosa Kata Bahasa Arab, Uslub Nahwu

Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan

Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan

(A) Gerak Balas Tumbuhan

  1. Tumbuhan bergerak balas terhadap 4 jenis rangsangan, iaitu cahaya Matahariairgraviti dan sentuhan.
  2. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akarpucukdaun dan bunga.
  3. Bahagian tumbuhan akan bergerak sama ada ke arah atau menjauhi rangsangan.

Picture

 
(B) Fotosintesis

  1. Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
  2. Proses fotosintesis memerlukan cahaya Mataharikarbon dioksidaair dan klorofil.

Picture

 
(C) Hasil Fotosintesis

  1. Tumbuhan menggunakan tenaga daripada matahari untuk menukar air dan karbon dioksida kepada kanji dan oksigen.
  2. Kanji membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk pertumbuhan, pengeluaran bunga, buah dan biji benih.
  3. Oksigen dibebaskan ke persekitaran melalui liang halus pada daun.
  4. Rumus fotosintesis:

Picture


(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain

  1. Tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia dan haiwan bernafas.
  2. Tumbuhan membekalkan sumber makanan kepada manusia dan haiwan.
Picture

PEMFAKTORAN DAN PECAHAN ALGEBRA

MATEMATIK TINGKATAN 2 – BAB 2 (PEMFAKTORAN DAN PECAHAN ALGEBRA)

 

KEMBANGAN

Kembangan ialah hasil pendaraban satu atau dua ungkapan algebra dalam kurungan.

CONTOH 1

CONTOH 2

 

PEMFAKTORAN

Pemfaktoran adalah suatu proses mencari faktor untuk satu sebutan atau ungkapan algebra. Pemfaktoran ialah songsangan kepada kembangan.

CONTOH 1

CONTOH 2

PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN PECAHAN ALGEBRA

Sebelum menambah atau menolak dua pecahan algebra, pelajar harus menyemak penyebutnya dahulu. Pastikan kedua-dua pecahan algebra mempunyai penyebut yang sama.

CONTOH 1

CONTOH 2

PENDARABAN DAN PEMBAHAGIAN PECAHAN ALGEBRA

Pendaraban dan pembahagaian pecahan algebra adalah sama seperti yang dilakukan kepada pecahan integer. Laksanakan pemfaktoran kepada ungkapan jika perlu sebelum pendaraban dan pembahagian dilakukan.

CONTOH 1

CONTOH 2

Promosi Home Tuition Impact Results 2020

Pssst… Ibu Bapa Prihatin kat luar sana… Apa IMPIAN anda 2020 ni?
.
.
Jom capai impian 2020 untuk lihat anak anda lebih cemerlang & bersemangat belajar!
.
Dah masuk tahun baru 2020… tak kan anda nak tengok anak masih di tahap sama & jadi pelajar biashe-biashe je…
.
.
Kita sebagai ibu bapa pasti nak anak kita muka happy je bila belajar atau ulangkaji kat rumah..
.
Nampak seronok dan semangat je nak belajar..
Kan… kan…??
.
.
Biasanya bila anak seronok belajar, prestasi akan meningkat naik.
.
Nak kami bantu anak anda seronok belajar?

.
.
“Alhamdulillah… lepas 2 bulan saja, prestasi anak dah meningkat!”- Puan Marina, Subang Bestari.
.
Sofia, seorang pelajar yang pemalu & pendiam… merupakan anak kepada Puan Marina.
.
Disebabkan sikap pemalu tersebut, Sofia kurang bergaul dalam kumpulan yang besar & segan bertanya… menyebabkan dia agak ketinggalan dalam pelajaran.
.
Di rumah pula, Puan Marina sering bekerja outstation dan sering tiba ke rumah agak lewat. Jadi agak sukar untuk hantar & ambil ke pusat tuisyen atau mengajar sendiri anak di rumah.
.
Puan Marina mengambil langkah bijak apabila mengambil home tuition yang amat membantu Sofia belajar dengan lebih fokus, seronok dan selesa… sampai boleh nampak prestasinya meningkat tak sampai 2 bulan lagi.
.
.
Nak baca lagi kisah peningkatan prestasi pelajar kami?
https://cmnacademy.com/category/kisah-inspirasi/
.
.
Kami nak cerita sikit la kelebihan home tuition CMN Academy ni…
.
Macam mana ye kami boleh bantu anda & anak anda?
.
 Fokus hanya kepada anak anda, 1 pelajar atau max 5 orang saja (mengikut permintaan) – Tiada lagi isu segan atau malu nak tanya.
.
 Tutor/Guru berpengalaman/terlatih datang ke rumah, lebih selamat, selesa dan mudah – tak perlu keluar.
.
 Masa yang lebih Fleksibel
.
 Berpatutan – dapat buat sesuatu yang istimewa untuk anak & diri
.
 Lebih komited – ada jadual & berbayar
.
& banyak lagi!!
.
.
Sempena Tahun Baru 2020…
.
Kami nak beri hadiah kepada ibu bapa yang nak sangat anak mereka dapat meningkat prestasi dengan bantuan home tuition…
.
Nak ke hadiah?
.
.
Kepada 50 pendaftaran awal… sebelum 31 Januari 2020,
PERCUMA 1 Sesi* Home Tuition bernilai RM2500
.
.
Tambahannnnnn hadiah!!!
.
Nak lagi tak??
.
.
Kami bagi kepada 10 pendaftaran awal sebelum 15 Januari 2020,
PERCUMA Buku Nota Limited Edition ”Be The Legend” bernilai RM200
.
.
Nak tahu lebih lanjut & daftar sekarang??
.
Klik www.wasap.my/601115775761/IR2020
.
.
Tutor kami yang Best…TERHAD tau. Rebut sekarang!
.


#hometuition2020
#anakcemerlang2020
#CMNAcademy
#upsr2020
#pt32020
#spm2020
#stpm2020
#upkk2020
#psra2020
#akademik
#funlearning
#ImpactResults
#azam2020
#impian2020

PROMOSI 12.12 !!!

  • [SALE 12:12] HOME TUITION AKADEMIK & MENGAJI 2020. PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!
    .
    .
    Anda ada ISU ini?
    .
    .
     
  •  Anak jenis yang kurang boleh tumpu perhatian atau malu bertanya dalam kelas yang ramai…
    .
  • Anak malas atau bosan ke sekolah kerana pencapaian yang kurang memberangsangkan…
    .
  •  Anda tak dapat ajar anak di rumah kerana kekangan masa, tidak tahu cara yang betul atau tidak tahu silibus…
    .
    atau…
    .
    .
  • Ibu atau bapa anda teringin nak mengaji, tapi anda tiada masa untuk hantar & ambil dari kelas kerana bekerja…
    .
  •  Anda atau ibu bapa segan mengaji di surau kerana tak pandai mengaji & ramai orang…
    .
  •  Mengaji di surau, tapi kejap pergi, kejap tak…
    .
  • Anak main-main bila anda yang ajar mengaji, atau anda tak berapa yakin/tahu…
    .
  • Anda dan keluarga nak privasi untuk mengaji & mudah bertanya soalan yang berkenaan kepada tutor…
    .
    .
    .
    Kami boleh bantu anda, anak & keluarga.
    .
    Bagaimana?
    .
    .
  •  Fokus hanya kepada anak anda, 1 pelajar atau max 5 orang saja (mengikut permintaan) – Tiada lagi isu segan atau malu nak tanya.
    .
  •  Tutor/Guru berpengalaman/terlatih datang ke rumah, lebih selamat, selesa dan mudah – tak perlu keluar.
    .
  •  Masa yang lebih Fleksibel
    .
  •  Berpatutan – dapat buat sesuatu yang istimewa untuk anak & diri
    .
  •  Lebih komited – ada jadual & berbayar.

    Dan banyak lagi..
    .
    .
    ‼️Sempena SALE 12:12,
    .
    kami tawarkan anda Baucer PERCUMA sehingga RM70 bagi setiap pendaftaran* 😲🎉
    .
    untuk sesi Home Tuition 2020 atau Mengaji di Rumah 2020
    .
    sebelum 20 Disember 2019!
    .
    .
    Tutor TERHAD. Rebut sekarang!
    Promosi akan berakhir dalam masa 1 minggu 
    .
    .
    #hometuition2020
    #mengajidirumah2020
    #quranichomebased2020
    #anakcemerlang2020
    #CMNAcademy

Kekangan Waktu Menyebabkan Keputusan Adik Syabil Tidak Memberangsangkan, Namun Apa Yang Terjadi Sebaliknya…

Baru-baru ini, Kami melawat ke rumah Puan Salina di Taman Mutiara, Puchong. Anaknya bernama Muhammad Syabil Azeem juga mesra dipanggil adik Syabil. Sebelum ini, adik Syabil menghadiri kelas tuition di sekolah kebangsaannya pada setiap hari sabtu dan ahad pada waktu pagi dan petang. Pada waktu malam pula, Syabil mengambil kelas mengaji.  Puan Salina tidak mahu menghantarnya ke pusat tuition atau mengambil mana-mana perkhidmatan home tuition buat masa itu kerana tidak tahu memberikan tekanan kepada Syabil.

 

Tetapi, keputusan Puan Salina dan suaminya berubah apabila tiada penambahbaikan dalam keputusan peperiksaan kerana Syabil tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran kerana jadual yang padat disebabkan kelas tuition di sekolahnya. Pada waktu malam pula adik Syabil menghabiskan masanya dengan hanya menyiapkan kerja sekolahnya. Risau dengan keputusan Syabil dan masa peperiksaan UPSR yang semakin hampir, beliau terus mencari home tuition di facebook dan CMN Academy adalah dalam salah satu senarai di cariannya. Puan Salina tergerak hati untuk mengambil perkhidmatan home tuition kami dengan mengambil subjek Matematik. Alhamdulillah Puan Salina dan adik Syabil dijodohkan dengan Cikgu Seriyana yang sangat membantu adik Syabil dalam pembelajarannya. Puan Salina sangat berpuas hati selepas melihat kesungguhan Cikgu Seriyana untuk mengajar adik Syabil. Terdapat banyak kemajuan dalam pembelajaran Syabil selepas diajar oleh Cikgu Seriyana.

 

Pada pemerhatian Cikgu Seriyana, Syabil mempunyai kekangan dalam melakukan latihan kerana jadual waktu yang agak padat. Jadi, ketika sesi home tuition, Cikgu Seriyana sering memberikan soalan-soalan ramalan subjek Matematik. Lama kelamaan adik Syabil semakin mahir dan memahami dengan soalan-soalan yang dilakukan dan boleh menjawab soalan tersebut tanpa bantuan Cikgu Seriyana.  Dari segi soalan penyelesaian pula, Cikgu Seriyana memberikan tips-tips untuk menjawab soalan tersebut. Salah satunya ialah adik Syabil harus memahami dahulu kehendak soalan tersebut dan baru dia dapat menjawab apa yang di mahukan oleh soalan itu.

 

Alhamdulillah selepas menjawab kertas peperiksaan Matematik baru-baru ini, adik Syabil mengatakan bahawa soalan yang diberikan agak senang untuk dijawab. InsyaAllah kami harapkan keputusan peperiksaan tersebut dapat membalas setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh Cikgu Seriyana dan adik Syabil.

Oleh itu, kami mendoakan kejayaan kepada adik Syabil dalam keputusan peperiksaannya. Semoga berjaya adik Syabil!

 

 

 

 

Pelajar mengalami Dyslexia, Macam mana Cikgu Tarik Minatnya?

Alhamdulillah, kami telah berpeluang melawat seorang pelanggan kami iaitu Puan Nora Ali, bersama anaknya Sharmine Hani di Nusaputra, Puchong. Puan Nora Ali dapat tahu mengenai home tuition ini melalui seorang rakannya yang  juga mengambil perkhidmatan home tuition kami.

 

Anaknya, Sharmine di diagnosed sebagai dyslexics. Jadi anaknya memerlukan seorang tutor yang banyak bersabar untuk mengajar sesuatu perkara berulang-ulang kali kerana fokus Sharmine agak kurang dan ingatannya juga cepat lupa.

Sebelum ini, Puan Nora pernah menghantar Sharmine ke pusat tuisyen untuk meningkatkan kemahirannya dalam membaca tetapi, lama-kelamaan fokusnya semakin berkurangan kerana Sharmine cepat lupa apa yang dipelajari dan terdapat ramai pelajar di pusat tuisyen tersebut menyebabkan guru tidak boleh hanya fokus kepada Sharmine seorang sahaja. Jadi Puan Nora membuat keputusan untuk mengambil home tuition.

 

Alhamdulillah… Puan Nora dijodohkan bersama dengan Cikgu Zaiju untuk mengajar Sharmine subjek Matematik dan Sains Darjah 5. Sebelum kelas bermula, Cikgu Zaiju sering membuat revision untuk membantu Sharmine mengingati apa yang sudah dipelajari di kelas-kelas yang lepas. Cikgu Zaiju sangat passionate dalam mengajar Sharmine, kerana Cikgu Zaiju sering melakukan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat Sharmine untuk belajar.


Selepas beberapa bulan home tuition bersama Cikgu Zaiju, Sharmine mula menunjukkan minatnya dalam pembelajaran. Sharmine sudah mula untuk bertanya jika ada perkara tidak difahami, dan di sekolah terdapat perubahan positif dalam report card Sharmine yang membuatkan Puan Nora berasa lega kerana Sharmine sudah mula catch up dalam pembelajaran.

 

Pada pendapat Puan Nora, kelebihan home tuition kepada beliau ialah masa yang fleksible kerana jika beliau menghantar Sharmine ke pusat tuisyen, masa untuk menghantar dan mengambil sudah terbuang banyak. Dengan home tuition, Puan Nora dapat menjimatkan masa dengan hanya menunggu cikgu datang ke rumah. Selain itu, pembelajaran Sharmine juga dapat ditingkatkan kerana cikgu hanya fokuskan kepada Sharmine seorang sahaja.


Oleh itu, kami mendoakan kejayaannya dan semoga adik Sharmine sentiasa menunjukkan minatnya dalam pembelajaran. Semoga akan ada peningkatan yang berterusan pada masa akan datang.

Selamat berjaya adik Sharmine!