Sering dihantui perasaan ‘Nervous’ bila nak buat presentation? Cuba 3 langkah mudah ini untuk mengatasinya !

Pernah tak anda rasa nervous bila nak bercakap di hadapan kelas mahupun secara online terutamanya ketika mahu membuat presentation?

Nervous adalah perkara biasa namun jika tidak dikawal akan memberi kesan kepada tingkah-laku dan percakapan anda. Perkara macam ni sesuatu yang ditakuti oleh  pelajar-pelajar bila ada sesi presentation.  Nak tak nak kena persiapkan diri dan bersedia. Walaupun anda bercakap dihadapan rakan-rakan sebaya, tak dinafikan ianya juga agak sukar dan tak mustahil untuk perasaan nervous itu datang. Persiapan, dan latihan akan membantu kita untuk tetap tenang dan focus semasa melakukan presentation.

#1. Fikir perkara positif tentang diri anda

Fikirkan perkara positif dan bayangkan anda berjaya habiskan  presentation dengan baik sekali. Pemikiran yang positif akan meningkatkan keyakinan anda. Perasaan nervous datang kerana anda suka fikirkan perkara negatif yang mungkin akan terjadi.  Bila anda berfikiran negatif, perasaan nervous akan menguasai diri dan focus anda akan lari. Banyak kesilapan ucapan boleh berlaku yang menyebabkan presentation anda nampak gugup. Jadi buang fikiran negatif tu jauh-jauh ok!

#2. Tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan berulang-kali

Perasaan nervous datang kerana anda rasa tertekan dan perkara ini akan memberi kesan kepada cara pernafasan anda. Anda akan bernafas dengan lebih laju. Jadi, cuba kawal pernafasan anda dengan cara tarik nafas dan tahan seketika, kemudian lepaskan secara perlahan-lahan, cuba ulang beberapa kali sehingga anda kembali tenang.

#3. Buat persediaan awal

Ini adalah perkara penting yang anda kena buat sebelum melakukan presentation. Cara ini berkesan untuk atasi nervous kerana perasaan itu datang disebabkan anda tidak bersedia.  Cuba catit dan susun isi yang ingin disampaikan dekat kertas atau buku sebagai panduan. Anda juga boleh berlatih dengan kawan anda supaya lebih lancar. Latihan akan membuatkan diri anda lebih bersedia.

Ingat apa pun anda buat pastikan anda sentiasa yakin dan sentiasa berfikiran positif. Kami harap perkongsian kali ni dapat membantu anda untuk kawal rasa nervous tu.  Goodluck !