TIP FOKUS KETIKA BELAJAR

 

Mencari & Mendapatkan FOKUS semasa melakukan sesuatu terutamanya semasa belajar amat penting agar hasil yang kita inginkan tercapai. Namun, bukan mudah untuk kita dapatkan FOKUS. Bagi pelajar, tentulah masalah fokus adalah masalah yang kerap dilalui di dalam kelas. Ramai pelajar hanya dapat fokus ketika belajar hanya untuk beberapa minit atau setengah jam di awal pembelajaran sahaja. Selebihnya akan teralih kepada perkara-perkara lain di sekeliling mereka. Setuju bukan?  

 

Itu baru di sekolah. Belum lagi di rumah. Jika di dalam kelas pun sukar hendak fokus ketika guru sedang mengajar, apatah lagi jika belajar berseorangan di rumah atau secara berkumpulan bersama rakan. Masa mungkin banyak terbuang dengan berbual kosong, leka melayan media sosial seperti instagram dan tiktok, selain menonton video di Youtube.  

 

Tidak fokus ketika belajar boleh menjadi punca kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Untuk mengatasi ‘mimpi ngeri’ ini, alangkah bagusnya kita muhasabah diri dan dapatkan jalan penyelesaian untuk fokus ketika belajar sebelum terlambat.  

 

 

Bagaimana caranya untuk kembalikan FOKUS semasa belajar?

TIP FOKUS KETIKA BELAJAR – HOME TUITION MALAYSIA

 

  • Cari teman belajar yang sesuai:
    Pilih rakan yang lebih bijak daripada anda. Atau pilih rakan yang rajin & bersungguh nak belajar. Lebih banyak yang rakan dan anda tahu serta kongsikan bersama, lebih banyak ilmu akan perolehi. Jangan pilih rakan yang lebih suka berborak daripada mengadap buku ketika belajar.

 

  • Lengkapkan bahan-bahan belajar:
    Pastikan semua alatan seperti pen, pembaris, kalkulator dan sebagainya telah disediakan sebelum memulakan sesi belajar. Jika tidak sedia awal, boleh mendatangkan masalah hilang fokus ketika belajar sebab baru nak cari barang yang perlu.

 

  • Cari makanan sampingan yang berkhasiat:
    Anda boleh belajar sambil makan atau minum sesuatu. Ini akan membantu anda untuk belajar dengan tenang dan seterusnya boleh fokus dengan mudah, juga boleh elakkan mengantuk bagi sesetengah orang. Jenis makanan dan minuman yang anda pilih biarlah sesuatu yang berkhasiat seperti kekacang dengan susu atau jus buah.

 

  • Cari tempat belajar yang selesa:
    Pastikan tempat belajar anda sentiasa bersih, kemas dan selesa. Jika tiada kerusi, belajar di atas lantai dengan berlapikkan tikar pun sudah memadai. Asalkan persekitaran anda bebas dengan televisyen, komputer atau apa jua jenis gajet yang boleh mengganggu fokus belajar nanti.

   

  • Pastikan ada waktu rehat:
    Anda tidak boleh belajar sepanjang masa atau dalam satu waktu yang panjang tanpa berehat langsung. Ini boleh menyebabkan berlakunya stress dan seterusnya menghilangkan keseronokkan untuk belajar.
    Pembelajaran juga jadi kurang berkesan kerana letih dan bosan. Jangan terlampau tekun belajar tanpa memikirkan dari segi lain iaitu kesihatan diri.
    Namun, jangan pula mengambil masa lama untuk berehat sehingga hilang semangat untuk belajar. Biasanya ambil rehat dalam 5 minit di tengah 1 jam atau 2 jam kita belajar.

 

  • Postur tubuh ketika belajar:
    Duduk dengan selesa ketika belajar. Jangan baring, menongkat dagu dengan lengan atau melentokkan kepala di atas meja kerana semua ini akan menyebabkan anda mengantuk dan tertidur, juga boleh sakit badan dan lenguh.

 

  • Minum air dengan secukupnya:
    Neuron dan bahagian otak akan beroperasi dengan aktif ketika proses pembelajaran berlaku. Apabila otak hilang air dan oksigen, seseorang itu akan mudah berasa mengantuk dan letih, seterusnya hilang fokus. Boleh juga sediakan air bersama ketika belajar.

 

  • Jangan kurang tidur:
    Jika tubuh tidak dapat rehat yang secukupnya, anda akan mudah letih dan mengantuk ketika belajar. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

 

  • Beri kata-kata positif kepada diri sendiri:
    Sentiasa pujuk diri supaya tidak malas dan sentiasa mahu belajar. Ingatkan diri bahawa kejayaan dalam hidup bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Setiap hasil perkara yang kita inginkan perlu dilakukan dengan usaha diri sendiri. Apabila ada semangat dalam diri, anda akan mudah fokus ketika belajar.

 

Semoga bermanfaat dan selamat belajar!    

 

Bagi ibu bapa yang berminat untuk tutor ke rumah bagi bantu dan teman anak anda belajar,

Maklumat lanjut berkaitan Home Tuition & Online Tuition

KLIK DI SINI    

5 Tip Mengendalikan Stress Untuk Pelajar.

Anda STRESS??

 

Stress bermaksud tekanan di bawah emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. 

Banyak perkara boleh menjadi penyebab kepada berlakunya Stress di kalangan pelajar, antaranya masalah keluarga, pergaduhan, perselisihan faham, buli, pembelajaran, kewangan, kesihatan ataupun kematian ahli keluarga atau kenalan rapat.

Jadi, bagaimana pula pelajar ini nak pulih dari Stress?

Berikut kami kongsikan beberapa cara menangani Stress yang sesuai untuk pelajar.

 

 

1. Kerapkan Bersenam

Senaman sudah lama dipraktikkan untuk membebaskan badan daripada hormon stress. Bagaimana bersenam dapat membantu dalam hal ini? Semasa bersenam, tahap endorphin dalam badan meningkat. Endorphin berperanan dalam mencetuskan rasa gembira dan seronok. Selain membantu anda mengatasi stress, ianya juga dapat menyihatkan badan anda.

BERSENAM

 

 

2. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Tidur boleh memulihkan tenaga anda. Jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, badan akan memberikan tekanan kerana perlukan tenaga untuk berfungsi. Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur setiap hari. Manakala, kanak-kanak dan warga emas memerlukan tidur yang lebih, sekitar 9-10 jam sehari. Namun ia bergantung kepada keperluan seseorang.
Tidur yang tidak cukup atau lebih dari sepatutnya, boleh menyebabkan badan letih, lemah, minda dan pemikiran tidak dapat fokus, seterusnya boleh meningkatkan kadar stress seseorang.

TIDUR

 

 

3. Makan Makanan Yang Berkhasiat

Badan anda perlu sihat dan kuat untuk mengatasi stress. Tekanan diri boleh dikaitkan dengan pemakanan, kerana ada tindakbalas dalam badan yang boleh menyebabkan dan menghilangkan stress.

Jadi, untuk memastikan badan sentiasa sihat, pengambilan makan yang betul, berkhasiat dan seimbang amat penting untuk dijaga.

MAKANAN YANG BERKHASIAT

 

 

4. Belajar untuk Bertenang (Rileks)

Salah satu cara mengatasi masalah stress adalah dengan cuba untuk bertenang menghadapinya. Namun, jangan berharap tekanan tersebut akan hilang serta merta, ianya memerlukan masa.

Setiap kali anda merasakan tekanan, cuba untuk menarik nafas perlahan-lahan dan hembus perlahan-lahan, beberapa kali. Ulang sehingga rasa tekanan tersebut hilang.

Menghadapi tekanan dengan keadaan yang tenang dapat membantu kita mendapat solusi dengan lebih mudah dan cepat.

TENANG IS GOOD

 

5. Melakukan Perkara yang Anda Suka

Stress juga boleh diatasi dengan melakukan perkara yang anda suka, tidak kiralah perkara itu merupakan hobi anda atau tidak. Yang penting adalah sesuatu di mana anda merasa gembira dan tenang jika melakukannya.

Tetapi, perlu juga diingatkan, perkara yang dilakukan perlulah bersifat positif, tidak memudaratkan diri dan orang sekeliling.

LAKUKAN SESUATU YANG ANDA SUKA

 

 

Stress adalah perkara biasa dialami oleh setiap orang, tidak kira yang telah berkerja mahupun yang masih belajar, begitu juga yang tidak bekerja. Apa yang membezakan mereka adalah cara berhadapan dan menangani isu yang membawa kepada stress. 

Ada pelajar stress kerana peperiksaan sudah dekat, keputusan peperiksaan tidak capai target, tak faham apa yang belajar dan belajar dalam keadaan tidak seronok.

Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu lebih prihatin dengan keperluan emosi & pembelajaran anak terutamanya di rumah. Mungkin anda boleh dapatkan pembelajaran personal untuk anak anda di rumah sebagai tambahan apa yang anak dapat di sekolah.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk melihat kegembiraan, kecemerlangan dan kejayaan anak anda dengan tutor yang datang ke rumah anda atau belajar secara online, kami boleh bantu anda.

 

Maklumat lanjut berkaitan Home Tuition & Online Tuition

KLIK DI SINI

Sains Sekolah Rendah : Kemahiran Mengenalpasti Pembolehubah

 

Jom kita ulangkaji salah satu Kemahiran Proses Sains (KPS) Mengawal Pemboleh Ubah.

 

Kenapa Pelajar Sekolah Rendah perlu kuasai topik Pembolehubah?

Pelajar akan dapat kuasai & jawab soalan TUJUAN, PEMERHATIAN, INFERENS, HIPOTESIS dan KESIMPULAN dengan betul, bila sudah kuasai topik ini.

 

 

Jom kita terus ke topik sebenar.

Apa itu pembolehubah?

 

Ada 3 Jenis Pemboleh Ubah:

 

➊ Pemboleh ubah Dimanipulasi (PM)

Pemboleh Ubah dimanipulasi (PM) adalah perkara yang perlu diubah / ditukar / dibezakan dalam satu eksperimen. Jika tidak diubah / ditukar / dibezakan eksperimen tidak akan berjaya dan ini biasanya menjadi sesuatu yang berbeza dari awal eksperimen. Fakta pemboleh ubah dimanipulasi (PM) boleh digunakan sebagai Inferens.

 

➋ Pemboleh ubah Bergerak balas (PB)

Pemboleh ubah Bergerak balas (PB) adalah Hasil Eksperimen atau Keputusan Penyiasatan yang kita cari. Di akhir penyiasatan, hasil eksperimen yang diukur perlu ditulis Sebagai (PB).. Jadi Pemerhatian perlu dimulakan dengan berdasarkan Pemboleh ubah bergerak balas (PB)

 

➌ Pemboleh ubah DiMalarkan (PDM)

Pemboleh ubah DiMalarkan (PDM) adalah Perkara yang perlu disamakan supaya tidak mempengaruhi keputusan eksperimen. Eksperimen akan terganggu jika semua perkara diubah dan menghasilkan keputusan yang Salah..

 

 

 

SYARAT-SYARAT MENULIS PEMBOLEH UBAH.

 

⑴ Secara umumnya, untuk menulis sesuatu pemboleh ubah ianya mengandungi dua perkara iaitu PARAMETER dan OBJEK. Parameter adalah Ciri bagi pemboleh ubah tersebut.. Pastikan pemboleh ubah kita lengkap dengan parameter untuk mengelakkan kehilangan markah.

⑵ Pemboleh ubah = PARAMETER + OBJEK.. Jika salah satu tidak ada maka jawapan Pemboleh Ubah tidak akan diterima..

⑶ Contoh – contoh PARAMETER + OBJEK:

  •  Isipadu + Air yang tinggal
  •  Masa + Ais melebur
  •  Panjang + Kain
  •  Suhu + Udara kandang
  •  Kuantiti + Anak ayam
  •  Jenis + Permukaan
  •  Bilangan + Tuala
  •  Baka + Kambing
  •  Tempoh + Air mendidih
  •  Jarak + sumber cahaya dari objek
  •  Keadaan + Tanah
  •  Kecerahan + Mentol
  •  Kehadiran + Udara dan Air
  •  Saiz + Ladang
  •  Warna + Bola

 

Contoh soalan:

Apakah PEMBOLEH UBAH dimanipulasi dalam penyiasatan ini?

Apakah PEMBOLEH UBAH bergerakbalas dalam penyiasatan ini?

Apakah PEMBOLEH UBAH dimalarkan dalam penyiasatan ini?

Tuliskan dua maklumat yang dikenal pasti dalam penyiasatan ini.

Berikan satu maklumat dalam penyiasatan ini?

 

CONTOH JAWAPAN SOALAN PEMBOLEH UBAH

 

① Pembolehubah tiada parameter.

Contoh :
Jawapan Salah☒ Air dipanaskan
Jawapan Betul  Masa Air dipanaskan

 

② Pembolehubah ditulis bersama pola/corak perubahan.

Contoh :
Jawapan Salah☒ Saiz Ayam semakin Bertambah
Jawapan Betul  Saiz Ayam

 

③ Tidak tahu kedudukan pembolehubah dalam rangsangan soalan.
Eksperimen mengenai saiz jengkal murid dengan bilangan ukuran Meja (jengkal). Soalan minta PM

Contoh :
Jawapan Salah☒ Bilangan ukuran Meja
Jawapan Betul  Saiz Jengkal Murid

 

④. Untuk soalan berikan satu maklumat, calon menyatakan lebih daripada satu jawapan. Jawapan pertama sahaja disemak

Contoh :
Jawapan Salah☒ Kehadiran udara dan keadaan tikus selepas 2 hari
Jawapan Betul  Keadaan tikus selepas 2 hari

 

⑤ Untuk soalan berikan maklumat, calon menyatakan maklumat yang salah

Contoh :
Jawapan Salah☒ Katak bertambah berbanding belalang
Jawapan Betul  Bilangan katak, Bilangan belalang

 

Semoga bermanfaat ;)

 

Sumber : Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

 

Jika anda perlukan bantuan Home Tuition @ Online Tuition dalam subjek Sains atau apa-apa subjek dan tahap boleh hubungi kami dengan KLIK DI SINI