Seminar Digital Classroom 2019

Adakah anda semua ingin:

a) Meluaskan persepsi tentang guru- guru di Malaysia?

b) Melihat dan mendengar sendiri amalan terbaik pembelajaran dan pengajaran bergabungjalin dengan teknologi?

c) Berkenalan dan bertanya sendiri dengan barisan guru yang mengamalkan teknologi dalam pendidikan?

d) Mencabar persepsi bahawa guru di Malaysia masih di takuk lama?

Jika ia jawapan anda, jumpalah kami di sini..

ANDA DAH DAFTAR UNTUK SEMINAR DIGITAL CLASSROOM @ #mydigitalmakerfair2019 ❓

Jika belum, anda perlu daftar sekarang❗️

Ini kerana, ada pelbagai input terkini dan menarik yang boleh diaplikasikan dalam PDPC anda❗️

 

Antara yang anda akan pelajari adalah bagaimana untuk menghasilkan video dalam 5 minit! Wah, 5 minit dah siap? Terus ke channel YouTube anda!!

 

Menarik bukan?

 

Penggunaan video sangat membantu untuk menarik minat pelajar. Contohnya untuk penyediaan set induksi. 

 

Anda hanya perlu rakam & mengambil gambar untuk hasilkan video sendiri!

 

Mudah. Senang. Sangat Dekat dengan Cikgu dan Pelajar jika contoh aktiviti itu adalah melibatkan aktiviti yang biasa dilihat & terkini.

 

Jadi! Apa tunggu lagi. Temui anda pada Hari Ahad – bersama Cikgu Ridwan (Unique Video: FilmoraGo) dan banyak lagi Slot menarik menanti anda di sana!!!

===================

Cara Daftar: 

===================

1. Klik link ini

2. Pemilihan Slot

Sabtu : Terbuka kepada semua

Ahad : Sila pilih satu slot sahaja.

3. Bayaran 

Bayaran sebanyak RM60 perlu dibuat ke akaun:

MYATTIJARAH ENTERPRISE 

5512 5850 3159

MAYBANK BERHAD

4. Sila emailkan bukti pembayaran ke alamat hailiz@hotmail.com atau WhatsApp ke nombor 011-58331549

=======================

Sebarang masalah, sila hubungi Cikgu Bella di talian 0137107579 atau telegram @ctbellaz

=======================

Location:

Malaysia International Trade and Exhibition Centre

MITEC, 8, Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

03-6206 0100

https://goo.gl/maps/CBmLMBYBmd9QKvXX

PENDAFTARAN PESERTA #DIGITALCLASSROOM @ #mydigitalmaker Fair 2019

TARIKH BENGKEL: 14 & 15 SEPTEMBER 2019 (SABTU & AHAD)

MASA: 8:00 PAGI – 5:00 PETANG

YURAN KEBIJAKSANAAN: RM60 untuk 2 hari

Semua peserta akan diberi:

1. Tiket masuk 

2. Goodies bag

Semua bayaran sila buat ke akaun berikut:

MYATTIJARAH ENTERPRISE 

5512 5850 3159

Funtastic STEM Back To School!

Alhamdulillah dijemput untuk bersama adik-adik Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Sabak Bernam.

Terima kasih kepada Cikgu Suhaida yang kami berkenalan melalui Bengkel Funtastic STEM PPD Kuala Selangor.

Terima kasih atas usaha beliau dan Parent Support Group MITS untuk menjemput kami ke MITS untuk Bengkel Funtastic KBAT STEM & Al-Quran bersama Pelajar Tingkatan 1.

Masuk sahaja ke sekolah tersebut, kami agak kagum dengan suasana sekolah. Selain fasilitinya yang bagus, pelajarnya juga mempunyai akhlak yang baik.

Dalam sesi awal Funtastic KBAT STEM & AL-QURAN, dimulakan dengan Slot Ice-Breaking bersama peserta serta pembahagian kumpulan.

Coach Isa dan Cikgu Nurul membawakan Slot Funtastic Matematik dengan Aktiviti KUDABATATO dan Permainan Kuasa 2.

Peserta teruja kerana dapat membuat sendiri aktiviti dan soalan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Kemudian, Coach Mohd Noor pula dengan membawakan Slot Sains & Al-Quran sebelum membawakan Aktiviti Funtastic Sains bersama Cikgu Zaiju.

Cikgu Zaiju berkongsi tentang Topik Cahaya dalam Sains Tingkatan 1 serta membimbing pelajar membuat Periskop dengan kreativiti tersendiri.

Akhi sekali, Coach Mohd Noor berkongsi tentang Impak Revolusi Industri 4.0 terhadap generasi kan datang serta menekankan tentang Formula 4C yang penting untuk kerjaya  mereka masa hadapan.

Aktiviti Pembelajaran Sains Secara Inkuri atau IBSE  telah dijalankan dengan peserta membina bahan yang dapat mengapungkan benda yang berat serta Project-based Learning yang menekankan konsep Perubahan Tenaga.

Alhamdulillah, secara keseluruhan, peserta menunjukkan minat yang tinggi serta komitmen sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang mereka sertai dan berharap dapat menyertai Program sebegini pada masa akan datang.

Terima kasih kepada Parent Group Support yang diwakili oleh Cikgu Suhaida serta Guru-Guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Sabak Bernam yang telah menjemput CMN Academy untuk berkongsi tentang dunia pembelajaran alaf baru. Semoga ada manfaatnya untuk anak-anak ini.

Apa Itu IoT (Internet of Things)?

Apa itu IoT?

1. IoT – Internet of Things

2. Menghubungkan pelbagai alat (device) kepada internet dan kepada alat lain.

3. Internet membolehkan sesuatu alat menerima dan menghantar maklumat dan seterusnya mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima. Ini menjadikan alat tersebut sebagai alat pintar.

4. Inilah yang dimaksudkan dengan IoT iaitu, alat mempunyai kepintaran untuk berhubung dengan alat lain dan mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima.

5. Sebagai contoh, telefon pintar dihubungkan dengan stesen kaji cuaca di seluruh dunia. Maklumat daripada GPS pula dapat menentukan lokasi telefon tersebut. Dengan dua maklumat itu, ia boleh memberi maklumat ramalan keadaan cuaca di lokasi pengguna telefon itu berada.

6. Rumah pintar boleh mengawal pencahayaan, suhu, sistem tv dan radio, keselamatan (contohnya boleh mengesan asap jika berlaku kebakaran dan terus menghubungi balai bomba), sistem keluar masuk rumah, penggera keselamatan yang boleh berhubung terus dengan polis dan telefon pemilik rumah dan pelbagai lagi.

7. Bila IoT bermula? Seawal tahun 1962, idea tentang komunikasi antara mesin telah mula dibincangkan dan ini membawa kepada pembangunan internet. Mesin ATM online pertama kali wujud pada tahun 1974 dan ini merupakan konsep IoT walaupun belum dinamakan sebagai IoT. Pada awal 1980an, mesin coca cola di Universiti Carnegie Melon telah dihubungkan dengan internet untuk memeriksa sama ada minuman dalam mesin mencukupi dan cukup sejuk. Istilah IoT bermula pada tahun 1999 selepas diperkenalkan oleh Kevin Ashton. Pada tahun ini (2019), IoT berubah kepada satu sistem yang menggunakan pelbagai teknologi yang membawa perubahan kepada pelbagai industri, menggunakan komunikasi tanpa wayar dan dataraya.

8. Bagaimana IoT boleh berlaku? Untuk membolehkan pelbagai peralatan berkomunikasi antara satu sama lain, perlu ada 3 perkara berikut: i. Identiti yang unik – disediakan melalui protokol internet; ii. Mempunyai cara untuk berkomunikasi – iaitu melalui internet; iii. Mempunyai sensor untuk mengumpulkan data yang boleh dikongsikan dengan alat lain. Antara sensor yang digunakan adalah suhu, jarak, tekanan, kualiti air, asap, gas, pergerakan, infrared, humiditi dan pelbagai sensor lain.

9. Bagaimana IoT memperbaiki kehidupan kita? Boleh mengawasi keselamatan dan kesihatan, memudahkan pekerjaan, mengawal keadaan dalam rumah dan persekitarannya, membuat ramalan dan sebagainya.

10. Seterusnya mari kita sama-sama fikirkan dan ambil tindakan terhadap perkara berikut:
i. Bagaimana IoT boleh digunakan dalam pendidikan?
ii. Bagaimana menyediakan murid yang boleh mengaplikasikan IoT?
iii. Apakah aktiviti berkaitan IoT yang boleh dilaksanakan dalam kelas?
iv. Apakah inovasi berkaitan IoT yang boleh dihasilkan bersama-sama anak murid kita?

11. Kesimpulannya, banyak perubahan yang sedang berlaku dalam era IR 4.0 ini dan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh menambahkan ilmu supaya seiring dengan perubahan dan kemajuan teknologi.

#STEM4ALL
#MalaysiaMembaca

 

Dr Ihsan Ismail (Pusat Sains Negara)

 

Sumber:  Internet of Things (IoT)