Funtastic STEM Back To School!
Alhamdulillah dijemput untuk bersama adik-adik Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Sabak Bernam.
Terima kasih kepada Cikgu Suhaida yang kami berkenalan melalui Bengkel Funtastic STEM PPD Kuala Selangor.
Terima kasih atas usaha beliau dan Parent Support Group MITS untuk menjemput kami ke MITS untuk Bengkel Funtastic KBAT STEM & Al-Quran bersama Pelajar Tingkatan 1.
Masuk sahaja ke sekolah tersebut, kami agak kagum dengan suasana sekolah. Selain fasilitinya yang bagus, pelajarnya juga mempunyai akhlak yang baik.
Dalam sesi awal Funtastic KBAT STEM & AL-QURAN, dimulakan dengan Slot Ice-Breaking bersama peserta serta pembahagian kumpulan.
Coach Isa dan Cikgu Nurul membawakan Slot Funtastic Matematik dengan Aktiviti KUDABATATO dan Permainan Kuasa 2.
Peserta teruja kerana dapat membuat sendiri aktiviti dan soalan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Kemudian, Coach Mohd Noor pula dengan membawakan Slot Sains & Al-Quran sebelum membawakan Aktiviti Funtastic Sains bersama Cikgu Zaiju.
Cikgu Zaiju berkongsi tentang Topik Cahaya dalam Sains Tingkatan 1 serta membimbing pelajar membuat Periskop dengan kreativiti tersendiri.
Akhi sekali, Coach Mohd Noor berkongsi tentang Impak Revolusi Industri 4.0 terhadap generasi kan datang serta menekankan tentang Formula 4C yang penting untuk kerjaya mereka masa hadapan.
Aktiviti Pembelajaran Sains Secara Inkuri atau IBSE telah dijalankan dengan peserta membina bahan yang dapat mengapungkan benda yang berat serta Project-based Learning yang menekankan konsep Perubahan Tenaga.
Alhamdulillah, secara keseluruhan, peserta menunjukkan minat yang tinggi serta komitmen sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang mereka sertai dan berharap dapat menyertai Program sebegini pada masa akan datang.
Terima kasih kepada Parent Group Support yang diwakili oleh Cikgu Suhaida serta Guru-Guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Sabak Bernam yang telah menjemput CMN Academy untuk berkongsi tentang dunia pembelajaran alaf baru. Semoga ada manfaatnya untuk anak-anak ini.