STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).
Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.
Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.
Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .
Pendidikan Matematik Berasaskan Inkuiri
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Pembelajaran berasaskan inkuri adalah penting untuk memastikan murid betul-betul memahami apa yang dipelajari, menambah baik sikap terhadap pembelajaran dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menggunakan apa yang dipelajari dalam dunia sebenar.
Inkuiri bermula dengan persoalan atau masalah dan diikuti dengan pemerhatian, penerokaan, penyiasatan/eksperimen, membuat kesimpulan dan menjelaskan dapatan (komunikasi).
Dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjana aktiviti inkuiri menggunakan Kemahiran Merekabentuk (KMR) secara “backward design”. Seterusnya, peserta akan melalui proses PdP mata pelajaran Matematik berasaskan inkuiri secara hands-on.
Setelah itu, peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjana aktiviti inkuiri dalam kumpulan masing-masing. Akhir sekali, setiap kumpulan akan membentangkan aktiviti yang mereka telah hasilkan dan penceramah akan memberi komen untuk mengukuhkan pemahaman peserta tentang IBME.
Mengapa Kaedah Inkuiri Kurang Dilaksanakan?
Pendidikan Matematik berasaskan inkuiri bukanlah sesuatu yang baharu. Kaedah inkuiri penemuan dalam matematik telah lama diperkenalkan. Namun, tidak ramai guru matematik yang mampu melaksanakan keadah ini dalam sesi PdP Matematik mereka.
Ini kerana kaedah inkuiri penemuan agak sukar dilaksanakan, tidak banyak modul dihasilkan untuk membantu guru dan guru tidak diberikan latihan secara hands-on untuk melaksanakan kaedah ini dalam PdP Matematik.
Sehubungan itu, Pusat STEM Negara, KPM telah mengambil langkah memperkenalkan Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (PMSI) dengan menghasilkan modul dan memberi latihan secara hands-on kepada guru-guru matematik di seluruh negara tentang bagaimana melaksanakan PdP Matematik secara inkuiri.
Kaedah pembelajaran matematik secara inkuiri ini telah mula digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan Eropah kerana kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk betul-betul memahami konsep matematik dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Matematik bukan sekadar menghafal formula dan teknik menjawab. Matematik adalah penyelesaian kepada pelbagai masalah dunia sebenar.
Terdapat banyak artikel tentang penggunaan kaedah inkuiri dalam PdP Matematik. Antaranya, seorang guru di Amerika Syarikat, Tara Davis menceritakan tentang bagaimana beliau menggunakan kaedah inkuiri dalam PdP Matematik dalam artikel bertajuk “Using Inquiry-Based Learning to Teach Math”.’
Projek Fibonacci dan Inquiry-Based Mathematics Education
Di Eropah, satu projek yang dinamakan Projek Fibonacci telah dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk menggunakan Inquiry Based Mathematics Education atau IBME dalam pendidikan matematik. Artikel berkaitan perkara ini boleh diakses melalui link ini.
Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan dan melatih peserta mengamalkan kaedah pembelajaran matematik secara inkuiri (PMSI). Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan beberapa aktiviti PMSI secara hands-on berdasarkan topik matematik sekolah rendah dan menengah.
Seterusnya, setiap kumpulan diminta menghasilkan aktiviti PMSI mereka sendiri dan membentangkannya untuk mendapatkan maklum balas. Peserta akan lebih memahami kaedah PMSI melalui aktiviti yang dilaksanakan dan dapat menjana aktiviti PMSI sendiri untuk topik-topik yang tidak dibuat dalam bengkel ini.
Manfaat yang anda akan perolehi dalam Bengkel STEM & Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (IBME):
☑Bagaimana melaksanakan Pendidikan STEM dalam sesi pembelajaran
☑Mengetahui Teknik Pengajaran mata pelajaran Matematik berasaskan Inkuiri melalui aktiviti hands-on yang berpandukan DSKP
☑Membantu pelajar untuk lebih menyukai dan memahami apa yang dipelajari
Model ini berpandukan saranan Mr Eddie Woo (Guru Math Australia; Top 10 Global Teacher Prize 2018) iaitu “Math is Play, Exploration and Teamwork”
Profil Speaker (Dr Ihsan Ismail)
- Bertugas sebagai Ketua Pusat STEM Negara di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Mempunyai PhD dalam Data Envelopment Analysis daripada University of Warwick, UK
- Master Pendidikan Matematik daripada UKM dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mathematics, Statistics and Operational Research daripada University of Manchester, UK.
INFO BENGKEL STEM IBME
Tarikh: 9 November 2019
Masa: 8:30am – 5:30pm
Tempat: CMN Academy Success Centre, Bangi Gateway
Yuran: RM150/seorang, RM100/seorang (Daftar 3 orang)
Tempat Amat Terhad!
Untuk info lanjut Whatsapp ‘BengkelSTEMIBME_Nama penuh’ ke 013-7153776
Pendaftaran di: Bengkel Funtastic IBME