Mencari Tempat Praktikal & Latihan Industri Bagi Membina Kerjaya Masa Depan?

PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG MENCARI TEMPAT PRAKTIKAL & LATIHAN INDUSTRI (INTERNSHIP)

Mencari tempat praktikal?

Mahu menjadi sebahagian daripada team CMN Global Consultant?


KAMI SEDANG MEMBUKA PERMOHONAN PRAKTIKAL!

Mulakan KERJAYA anda dengan kami menyertai kami sebagai Trainee Latihan Industri


SIAPAKAH KAMI?


CMN Global Consultant Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia yang terlibat terutamanya dalam sektor pendidikan. Pengalaman kami di bidang pendidikan lebih dari 10 tahun dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.

Komitmen kami terhadap pendidikan dan latihan berkualiti telah menyaksikan pertumbuhan ribuan pelajar kami di seluruh Malaysia.

Fokus utama kami adalah Pembelajaran Di Rumah, Pembelajaran Online, Training, Event, Penerbitan dan projek-projek yang akan datang.

HQ k
ami beroperasi di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kami mengaplikasikan pelan pengembangan kerjaya dan syarikat yang agresif dan mencari bakat baru untuk menyertai kami sebagai sebahagian daripada team kami.

 

INTERN DI BANGI (HQ) ATAU SECARA ONLINE DI SELURUH MALAYSIA

Pelatih yang berhmpairan dengan pejabat@HQ boleh hadir untuk berpraktikal di pejabat mengikut masa yang ditetapkan. Namun, bagi yang tidak dapat hadir ke pejabat disebabkan jauh atau apa-apa masalah, kami menyediakan praktikal secara atas talian @ internship online mengikut tempat pelatih masing-masing tinggal. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kebenaran institusi pelatih masing-masing mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh institusi atau universiti.

 

MENGAPA ANDA PERLU JOIN TEAM KAMI?

Di CMN Global Consultant, anda akan digalakkan untuk mengurus dan membangunkan kerjaya dan diri anda mengikut potensi. Kami percaya dalam membina individu kepada apa yang mereka mampu capai.

Rasai cabaran dan keseronokan di persekitaran yang sedang membangun.


 

Kelebihan:

– Boleh belajar perkara baru dan menambah pengalaman

– Latihan kemahiran khas dan latihan lain

– Berada dalam keluarga CMN Global Consultant & team yang ‘supportive’

– Boleh mengembangkan potensi dan berkongsi idea anda

– Perancangan Kerjaya

– Peluang menjadi usahawan pendidikan

– Elaun disediakan

– Banyak kelebihan lain


Kami ingin menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada team kami sebagai Pelajar Praktikal bagi membangunkan kerjaya masa depan anda dengan latihan dan bimbingan dari kami

 

 

Kami membuka PERMOHONAN UNTUK  di HQ kami di Kajang untuk jawatan yng berkaitan:

+ Menguruskan Kandungan/Content & Pemasaran

+ Menguruskan Perhubungan Pelanggan (Jualan & Perkhidmatan Pelanggan)

+ Menguruskan Projek “Tanggungjawab Sosial Korporat” (CSR)

+ Menguruskan Tuisyen untuk beberapa cawangan 

+ Mereka Design / Video

+ Develop website, sistem dan apps

+ Menguruskan bahagian Pembelajaran Akademik & Al-Quran

+ Tutor Home Based / Tutor Online (Seluruh Malaysia)

 

 

Bersama-sama keluarga besar CMN dalam sesi Ukhwah Day setiap bulan

Terima penghargaan media berkaitan penganjuran program Simposium Tutor Profesional Malaysia

Terima jemputan dari BERNAMA Radio dalam slot book biz

 

TAHNIAH BUAT YANG TELAH BERJAYA MENAMATKAN PRAKTIKAL DI CMN!

Jom dengar apa kata mereka…

Bersama Saudari Azi pelatih praktikal dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS

             

Bersama Pelajar Latihan Industri Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

                                                     

 Bersama Pelatih Praktikal Saudari Mimi dan Najwa Dalam Sesi Temubual bersama Founder CMN

Bersama Asma dan Farhana Pelatih Praktikal dari KUIS

 

Bersama Pelatih-Pelatih dari Politeknik Sultan Idris Shah PSIS

                                                         

Bersama Awfa merupakan pelatih dari International Islamic College

CARA MEMOHON?

Kirimkan resume bergambar anda dengan tajuk “PERMOHONAN UNTUK LATIHAN PRAKTIKAL>> jawatan yang ingin anda pohon ke cmnglobal@gmail.com atau hubungi En Amir 013-2230180.

** Kami akan memberikan keterangan tugas & maklumat lain dalam e-mel balasan kami

 

MOHON SEKARANG!

– Bina masa depan yang cerah bersama kami –

YAKIN SEBELUM BERJAYA