3 Rahsia Hasilkan Pelajar KBAT
Secara alaminya, KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi tentu ada dalam diri setiap pelajar cuma perlu kepada latihan. Menurut Teacher Zy, Speaker Funtastic Sains dalam perkongsian live FB, selalu menanyakan soalan ibarat latihan aerobik minda kerana persoalan datang dari pelbagai arah yang tidak perlu difikir sebelum ni.
Formula 3 I
- Interest
Sebagai seorang tutor, perlu kepada mengenalpasti minat pelajar mereka agar dapat meraikan dan support minat mereka untuk diarahkan kepada pelajaran mereka. Hal ini kerana pelajaran dan minat pelajar pasti bersangkutan antara satu sama lain. Contohnya, pelajar Teacher Zy iaitu Kodiswaran yang meminati superhero mereka bertanyakan soalan berkaitan minat mereka itu kepadanya. Logik ke Ironman superhero sebab Ironman cipta mesinnya sendiri? Dengan itu, perkaitannya adalah Ironman menggunakan teknologi untuk menjadi hebat, terbang dan menguasai dunia, jadi ia peril kepada mempelajari ilmu tentang teknologi.
Bijak bermain dengan emosi pelajar-pelajar agar suasana belajar tidak membosankan dan sentiasa wujud perasaan ingin tahu dalam kalangan mereka dalam pelajaran.
- Inquiry
Teacher Zy juga berkongsi tentang Inquiry adalah salah satu elemen penting dalam membentuk pelajar KBAT. Tidak mengamalkan spoon-feed kepada pelajar dengan menyuruh menghafal tetapi perlu kepada memahami melalui pertanyaan. Pertanyaan itu dijawab dengan pertanyaan semula untuk mereka lebih berfikir dan ketahui jawapannya. Contohnya, mendedahkan topik yang bakal dipelajari dengan bahasa kiasan untuk pelajar berfikir disebalik ayat tersebut dan pelajar sendiri akan tentukan apa yang mereka mahu belajar. Mewujudkan reaksi dan tindakan pelajar dalam kelas yang mana tutor bergerak seiring dengn pelajar atau mengikut rentak mereka untuk sampai kepada peringkat seterusnya. Menggunakan soalan menkonsepsi atau perbandingan antara dua gambar semasa dalam kelas.
- Imagination
Seterusnya, menekankan 3 perkara dalam imagination iaitu Games (Entertaintment), Game-based learning (Leaning objectives) dan Gamification (Game elements). Teacher Zy menerangkan games atau hiburan pelajar yang biasa dilakukan kemudian game tersebut akan diolah menjadi learning objectives dengan menggunakan ciri-ciri game untuk dimasukkan dalam pelajaran yang merupakan gamification. Perkara ini ada kaitan juga dengan minat-minat pelajar. Tidak semua KBAT mesti sesuatu yang masuk akan malah ada juga yang tidak masuk akal.
Kesimpulannya, pelajar akan banyak bertanya soalan yang tidak pernah ditanya atau terfikir sebelum ini. Sekali gus akan membantu tingkatkan kualiti minda kedua-dua pihak sama ada tutor atau pelajar kerana masing-masing berusaha untuk merungkaikan persoalan.