Bina Kerjaya Dalam Bidang Pendidikan di Malaysia Bermula Di Sini!

PERHATIAN KEPADA  ANDA YANG MEMBINA KERJAYA & LEGASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN

JAWATAN KOSONG DIBUKA UNTUK PERMOHONAN.

Mencari peluang pekerjaan?
Mempunyai bakat tetapi tidak dapat diserlahkan?
Mahu menjadi sebahagian daripada team CMN Global Consultant?

KAMI SEDANG MEMBUKA PERMOHONAN!

Mulakan KERJAYA PROFESIONAL anda dengan kami SEKARANG.



SIAPAKAH KAMI?

CMN Global Consultant Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia yang terlibat terutamanya dalam sektor pendidikan. Pengalaman kami di bidang pendidikan lebih dari 10 tahun dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.

.
Komitmen kami terhadap pendidikan dan latihan berkualiti telah menyaksikan pertumbuhan ribuan pelajar kami di seluruh Malaysia. Fokus utama kami adalah Pembelajaran Di Rumah, Online Tuition, Latihan, Acara, Penerbitan dan projek-projek berkaitan Pembelajaran Abad ke-21 seperti STEM.

HQ kami beroperasi di Bangi Gateway, Bangi, Selangor .

Kami mengaplikasikan pelan pengembangan yang agresif dan mencari bakat baru untuk menyertai kami sebagai sebahagian daripada team kami.

MENGAPA ANDA PERLU JOIN TEAM CMN?

Di CMN Global Consultant, anda akan digalakkan untuk mengurus dan membangunkan kerjaya dan diri anda mengikut potensi. Kami percaya dalam membina individu kepada apa yang mereka mampu capai.

Rasai cabaran dan keseronokan di persekitaran yang sedang membangun.


Kelebihan:

– Boleh belajar perkara baru dan menambah pengalaman

– Latihan kemahiran khas dan latihan lain

– Berada dalam keluarga besar CMN Global Consultant

– Boleh mengembangkan potensi dan berkongsi idea anda

– Bonus menarik berdasarkan pencapaian

– Perancangan ‘Carreer Pathway’ untuk membina masa depan

– Membina kepakaran dalam bidang anda

– Peluang menjadi usahawan pendidikan

– Aktiviti indoor dan ooutdoor untuk mengukuhkan ukhuwah dan persaudaraan

– Banyak kelebihan lain

Syarat-syarat untuk memohon:

– Komited dan bersedia untuk belajar perkara baru

– Sentiasa bersemangat untuk meningkat kemahiran diri

– Minat dalam bidang latihan dan pendidikan

– Bersedia memberikan idea dan pendapat pada bila-bila masa sahaja

– Bersedia bekerja dalam kumpulan dan menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing

Kami ingin menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada team kami.

Kami juga mengalu-alukan bakat baru dan fresh graduate untuk memohon.

Kami membuka PERMOHONAN UNTUK jawatan ini:

+ Tuition Manager

+ Academic Consultant

+ Full time Tutor

+ Trainer


CARA MEMOHON?

Kirimkan resume bergambar anda dengan tajuk “PERMOHONAN UNTUK JAWATAN >> jawatan yang ingin anda pohon ke cmnglobal@gmail.com


MOHON SEKARANG!

YAKIN SEBELUM BERJAYA

#BeTheLegend

#ImpactResults