Anda seorang tutor?

Nak upgrade lagi level anda sebagai tutor?

Sering jumpa pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran, tapi tak tahu nak overcome macam mana? Student anda asyik muka bosan & nak tidur je bila time kelas… anda pulak tak pasti nak buat apa bagi mood student naik balik & teruja nak belajar…

Salah satu perkara penting untuk jadi Tutor Profesional & berjaya adalah ilmu! Mencari & menuntut, serta apply ilmu adalah ciri2 orang yang berjaya.

Jadi, KHAS BUAT ANDA… tutor2 yang ingin improve diri & pengajaran…
.
CMN EDUCATION GROUP & TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA membawakan…

Bengkel khas untuk tutor…

Seminar yang akan membuka mata & minda anda…

BENGKEL “BEYOND EXPECTATION TUTOR” (BET)

=====


Apa yang BEST sangat??

+ MUDAH AKSES! Boleh hadir dari mana sahaja, hanya perlukan wifi & laptop/desktop/smartphone

+ JIMAT!! Masa, wang, tenaga… tak perlu travel

+ Menampilkan perkongsian daripada 4 Speaker yang merupakan tutor & usahawan pendidikan BERPENGALAMAN & BERJAYA.

=====
Siapa 4 SPEAKER tersebut?

1- COACH MOHD NOOR

Juga dikenali sebagai Coach HomeTuition Malaya.

Beliau berpengalaman dalam bidang tutoring & bisnes pendidikan selama lebih 10 tahun. Pernah menjadi Guru Sekolah dan Pensyarah IPT.

Merupakan founder kepada CMN Education Group & Tutor Profesional Malaysia yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.

Terkenal dengan trademark “Yakin Sebelum Berjaya”, beliau telah melahirkan ramai usahawan pendidikan & menjadi salah satu rujukan dalam bidang ini.

Telah menghasilkan pelbagai produk ilmiah untuk tutor & usahawan pendidikan, serta menghasilkan modul “Tutor Beyond Expectation” yang membantu ramai orang untuk membina & mengembangkan kerjaya sebagai tutor & usahawan pendidikan.

2- Cikgu ISA IDRIS

Berpengalaman dalam bidang tutoring dan sebagai guru sekolah sejak 2012, dan masih lagi berkongsi ilmu sebagai Tutor.

Bekas guru sekolah ini merupakan salah seorang Trainer dan Event Manager CMN Education Group yang melatih tutor untuk menyampaikan ilmu dengan lebih menarik & berkesan.

3- Cikgu AMIR SYAZWAN

Beliau berpengalaman dalam bidang tutoring sejak 2012, dan masih lagi bekerjaya sebagai Tutor & online tutor dalam Al-Quran.

Pernah mempunyai pengalaman sebagai Penulis dalam satu kolum Majalah Al-Islam, beliau merupakan salah seorang trainer CMN Education Group untuk membantu tutor lebih memahami tentang kerjaya tutor.

4- Cikgu REKYKURNIA DASRIL

Salah seorang Master Tutor dan Module Developer CMN Education Group yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan.
.
Pernah bertugas sebagai guru sekolah, home tutor, school tutor, kini menceburkan diri sebagai online tutor yang mengaplikasikan digital & fun learning dalam pengajaran.

=====
Apa pula PENGISIAN yang MENARIK?

MODUL 1 : STEP TO BE BEYOND EXPECTATION TUTOR

Akan disampaikan oleh Cikgu Amir.

Memberikan perincian berkenaan bagaimana nak jadikan kerjaya tutor ini bukan sebagai kerjaya yang dipandang enteng.

Pembinaan kerjaya tutor memerlukan kaedah yang betul untuk bermula & berkembang. Cikgu Amir juga akan kongsikan bagaimana caranya anda nak jadi lebih outstanding dan digilai ibu bapa, serta formula untuk anda disenangi & diingati oleh pelajar.

MODUL 2 : TEKNIK MENGAJAR ABAD KE 21

Anda nak jadi tutor yang pelajar sayang?

Cikgu Isa akan berkongsi apa & bagaimana anda sebagai tutor nak aplikasikan teknik mengajar abad ke 21 ini dalam proses pengajaran & pembelajaran.

Pelbagai teknik yang ‘up to date’ bakal dirungkaikan sesuai dengan generasi masa kini & pembelajaran gaya terkini, supaya pelajar tak hilang mood, asyik ke toilet & dapur atau tidur masa kelas lagi.

MODUL 3 : THE POWER OF DIGITAL LEARNING

Pelajar zaman kini banyak terdedah kepada teknologi, tetapi yang sedihnya… banyak yang disalah guna.

Bersama Cikgu Reky yang akan merubah pandangan anda terhadap teknologi & bagaimana caranya anda boleh aplikasikan teknologi terkini dalam pengajaran.

Kebiasaan ibu bapa menyoal adakah digital learning ini bagi impak positif kepada anak-anak mereka? Jadi, untuk menjawab soalan & menyangkal persepsi negatif mereka, anda perlu tahu ilmu yang jarang dikongsi ini.

MODUL 4 : RAHSIA LEGASI PENDIDIKAN

Rahsia terhangat yang disembunyikan selama ini bakal dibongkarkan oleh Coach Mohd Noor sendiri!

Tak tahu macam mana nak mula?
Geram sebab tak ada peningkatan?

Ikuti perkongsian ini dan selami bagaimana anda nak membina, memacak nama & meledakkan legasi pendidikan anda.

INGIN BINA & KEMBANGKAN KERJAYA ANDA SEBAGAI TUTOR?

Whatsapp “BET” ke 013 7153776 sekarang!

Boleh tengok video ini untuk info lanjut: