Dapat apa dengan Puasa 6 Syawal?

 

Alhamdulillah, syukur sudah seminggu kita menyambut hari kemenangan syawal. Syawal kalini kita diuji sekali lagi dengan peningkatan bilangan kes covid-19 yang mendadak dan sudah tentu ramai diantara kita yang sedih tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. Setiap ujian yang dianugerahkan Allah bukanlah sia-sia dan tiada nilai tetapi untuk mendidik dan memberi ganjaran bagi mereka yang bersabar.

Bila sebut pasal syawal amalan yang paling digalakkan bagi kita umat Islam adalah puasa 6. Haa dah mula puasa 6 ke belum? Jangan risau InsyaAllah masih masa jom kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa 6.

Sebenarnya apa yang kita akan dapat dalam mengerjakan ibadah puasa 6 ni? Tak cukup ke kita puasa 30 hari dalam bulan Ramadan? Kalau nak tahu ganjaran puasa 6 ni sangat besar yang dijanjikan Allah. Nak tahu apa dia jom kita tengok apa yang Allah akan ganjarkan kepada mereka yang mengamalkannya.

  • Berpuasa ibarat selama setahun

Dari Riwayat imam muslim, Nabi Muhammad S.A.W bersabda ;

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

Berdasarkan hadis tersebut jelas menyatakan bahawa sesiapa yang berpuasa 6 hari di bulan syawal, dia akan diganjari menyamai puasa selama setahun. SubhanaAllah besar ganjaranya, rebutlah peluang yang dikurniakan Allah kerana kita tidak tahu mungkin disebabkan amalan ini kita diganjarkan syurga.

Cara Nak Puasa Enam & Puasa Ganti - AlMukhlisin

  • Mengukuhkan hubungan dengan Allah S.W.T.

Bagi mereka yang mendekatkan diri dengan beribadah, Allah akan mencintainya dan akan sentiasa dipandang Allah. Seperti mana Allah berfirman dalam satu hadis qudsi ;

“Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri dengan beribadah) kepada-Ku dengan sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku wajibkan kepadanya, dan sentiasalah hamba-Ku bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya; bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakan untuk mendengar, dan penglihatannya yang digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakan untuk memukul dan kakinya yang digunakannya berjalan; jika dia meninta kepada-Ku pasti Aku akan memberikannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.” (Riwayat Al-Bukhari)

  • Ganjaran syurga

Ganjaran syurga adalah ganjaran tak ternilai harganya, beruntunglah mereka yang menjaga amal ibadah sepanjang kehidupanya. Firman Allah dalam surah az-Zumar : 73

“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).”

Dan betapa istimewanya orang yang berpuasa ini adalah kerana terdapat pintu syurga yang khas disediakan buat mereka iaitu pintu syurga Rayyan. Jom kita sama-sama mengamalkan puasa 6 di bulan syawal moga kita dikurniakan ganjaranNya.

Sebab Mengapa Imam Malik Memakruhkan Puasa Enam Syawal - Oh! Media

Promosi Raya Kelas Online Berkumpulan & Personal 1 to 1

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua!

 

Bagaimana cerita raya PKP anda kali ni?

Dah hari ke 6 Syawal, anda dah mula puasa 6?

 

PdPr pun dah mula semalam.

Bagaimana dengan anak anda? Ok ke tu belajar?

 

Kami boleh bantu anak anda belajar gaya lebih seronok, interaktif & berkesan.

 

Bersempena dengan Syawal kali ini…

 

Kami di CMN Academy ingin berikan anda hadiah kelas percuma & voucher untuk anak anda belajar dengan seronok & improve result.

 

 

Funtastic Raya Learning ini menawarkan kelas PERCUMA untuk Funtastic Online Tuition.

Funtastic Online Tuition ini menerapkan pembelajaran berkumpulan secara lebih menarik, mudah faham & berkesan.

 

Ada pelajar ni yang join kelas Sains. Awalnya, sebelum join kelas Funtastic Sains ni, adik ni tak minat langsung Sains, jadi memang nak skor tu susah sikit. Yang bestnya lepas join kelas ni, minat tu dah timbul sampai adik Alisha dapat skor 97 markah!

 

Ada seorang lagi pelajar tak minat langsung Bahasa Arab sebelum ni. Bila tak minat, susah sikit nak perform. Tapi lepas dah join kelas Funtastic Bahasa Arab, sekarang dah siap jadi rujukan kawan-kawan. Hebat betul adik ni.

 

Kalau nak anak anda meningkat prestasinya, jom daftarkan ke Funtastic Online Tuition.

Boleh terus ke pelajarberjaya.com untuk mendaftar.

 

Ada pelajar yang perlukan bimbingan secara 1 to 1 atau personal.

Jadi kami juga sediakan inisiatif kelas online personal untuk anak anda terus dapat pembelajaran tanpa henti walaupun keadaan pandemik covid-19 ni agak membimbangkan.

Orang kata kita ambil ‘precaution’, sebagai solusi kepada home tuition.

 

Jadi sempena Syawal ni, kami ada promosi diskaun khas untuk anda yang mendaftar online tuition.

 

>>Klik Di Sini untuk team kami bantu.

 

Semoga perkongsian ini dapat bantu anda mendapatkan pembelajaran yang lebih baik untuk tambahan kepada pembelajaran di sekolah atau PdPr anak anda .

Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim

Pada  23 Ramadhan 1442h, CMN Academy telah mengadakan Program Tautan Kasih bersama Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah, Sg. Merab, Bangi.  Aktiviti ini disertai seramai 13 orang pelajar, daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.

Antara Pengisian Program yang dijalankan ialah:

  1. Solat berjemaah bersama anak-anak yatim Rukaiyah
  2. Sesi suai kenal (ice breaking)
  3. Buat kad raya dan tulis ucapan raya pada kad raya
  4. Sesi penyampaian hadiah
  5. Sesi bergambar

Pada sesi suai kenal, kami bertaaruf dan melakukan aktiviti fakta vs auta.

Kemudian, kami membuat kad raya dan menulis ucapan raya pada kad raya.

Seterusnya, sesi penyampaian hadiah yang diberikan oleh Coach Muhammad Noor.

Akhir sekali, sesi bergambar bersama anak-anak yatim Rukaiyah.

 

Melalui program Tautan Kasih ini, kami dapat menghiburkan mereka dengan membuat aktiviti menarik bersama mereka dan menyampaikan sumbangan berupa barangan alat tulis,makanan dan duit raya hasil sumbangan infaq anda. Terima kasih atas sumbangan ikhlas anda, semoga menjadi asbab kebaikan untuk anda.

Mengapa 17 Ramadhan Dipilih Sebagai Tarikh Nuzul Quran

17 Ramadan akan tiba dan seluruh negara akan bercuti meraikan peristiwa Nuzul Quran (tanggal Al-Quran diturunkan). Dalam blog kali ini, saya ingin bercerita tentang peristiwa Nuzul Quran dan mengapa 17 Ramadan dipilih sebagai tarikh sambutan Nuzul Al-Quran.

Peristiwa Nuzul Quran merupakan peristiwa berlakunya penurunan ayat al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW dan secara berperingkat sehingga lengkap seperti mana Al-Quran yang kita baca pada hari ini.

Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 M, tahun ke-41 keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW. Ketika sedang beribadat di Gua Hira’, baginda saw didatangi Jibril lalu diwahyukan 5 ayat pertama daripada surah al-‘Alaq.

17 Ramadhan dipilih sebagai tarikh sambutan Nuzul Quran kerana berdasarkan suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan ) wahyu kepada Rasulullah SAW bermula pada hari Isnin, 17 Ramadan. 

Ibn Ishaq juga berkata: Rasulullah SAW mula diturunkan wahyu kepadanya pada bulan Ramadan. Allah Azza Wajalla berfirman ( maksudnya ): Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Qur’an sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan kepada petunjuk itu,juga sebagai pembeza ( antara yang haq dan yang batil ).

Dan Allah Ta’ala berfirman ( maksudnya ): Sesungguhnya Kami menurunkannya ( Al-Qur’an ) pada malam al-Qadr. Dan Allah berfirman ( maksudnya ): Sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, hari pertembungan dua kumpulan… Itulah ( yang dimaksudkan) pertemuan(peperangan ) Rasulullah SAW dengan golongan musyrikin di Badr.

Berkata Ibn Ishaq: Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bertemu ( memerangi) golongan musyrikin dalam peperangan badar pada hari Juma’at, pagi 17 Ramadan.

Maka jelaslah disini bahawa 17 Ramadhan adalah tarikh peristiwa Nuzul Quran.

Apa yang lebih pasti adalah, Allah s.w.t melalui Nabi Muhammad s.a.w menyeru kaum muslimin untuk mengejar lailatul-qadar iaitu sebuah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini adalah lebih penting untuk kita sama-sama kejar dan rebut sebaik mungkin, selagi masih diberi peluang untuk hidup diatas muka bumi ini.

Moga Ramadhan kali ini menjadikan kita benar-benar diampunkan oleh Allah s.w.t sekaligus tergolong di dalam hamba-Nya yang bertaqwa dan berjaya memburu lailatul-qadar. Allahuma Amiin.

Wallahua’lam.