Bagaimana Belajar Al-Quran Dengan Lebih Seronok? (How To Learn Quran In A Fun Way)

Belajar al-Quran, atau biasa kita sebut belajar mengaji, adalah tuntutan kepada semua umat Islam.

 

Cuma ada sesetengah orang, terutamanya kanak-kanak & remaja agak sukar nak ‘enjoy’ dalam belajar mengaji.

Bila kurang seronok, mood nak belajar pun tak ada. Belajar kena paksa lepastu tak sambung.

Kita risau anak-anak tak dapat hayati & tak dapat kuasai sekurang-kurangnya bacaan Al-Quran dengan betul.

 

Jadi sebagai ibu bapa atau pendidik Al-Quran perlu mencari inisiatif untuk memberikan pembelajaran yang lebih seronok & sesuai kepada anak-anak.

Salah satu cara terbaik adalah melakukan aktiviti yang menarik melibatkan anak-anak atau pelajar.

 

Kami berikan contoh dari tutor di bawah CMN Academy, Ustazah Nadirah yang amat kreatif menyantuni pelajarnya walaupun kelas secara online.

Tak hairan lah bila ibubapa sangat puas hati dengan pembelajaran anak-anak mereka, pelajar pun seronok je belajar.

Pelajarnya ada di beberapa negara, salah satunya 3 beradik dari Australia ini.

 

Seronok nampaknya mereka belajar mengaji dengan projek inovasi.

 

 

Disamping mempunyai kreativiti sendiri, tutor di bawah CMN Academy dipilih melalui temuduga dan ada latihan berkala untuk memberikan idea kreatif dalam proses pembelajaran.

 

Kelas mengaji secara personal atau berkumpulan kecil sebegini mampu memberikan anak-anak peluang untuk belajar lebih berfokus dan seronok, serta tak perlu segan untuk membaca dan bertanya.

 

Jom beri anak-anak pembelajaran Al-Quran yang lebih menarik!

KLIK DI SINI

 

 

 

5 Tip Mula Belajar Al-Quran

 

Anda baru nak mula mengaji Al-Quran?

Alhamdulillah… Terbaik!

Ini Tip untuk anda.

Diharap dapat bantu anda dalam perjalanan mula mengaji Al-Quran, samada asas atau perbaiki bacaan.

 

5 Tip Mula Mengaji Al-Quran

 

1- Tetapkan Niat.

Niat yang betul akan menentukan bagaimana fokus & usaha kita dalam buat sesuatu perkara.

Jika dilihat dalam ibadah-ibadah wajib, niat merupakan perkara utama & pertama.

Solat contohnya, dimulakan dengan niat.

Niat sentiasa perlu diperbaharui, untuk mengingatkan diri kita tentang tujuan. Kebiasaan manusia iman ada turun naik, pasang surut. Jadi untuk kekalkan momentum, niat perlu diperbaharui selalu.

Jadi, tanamkan niat yang betul setiap kali nak mula mengaji.

 

2- Mulakan dengan surah pendek.

Kami faham, kadang kala semangat untuk mula membaca Al-Quran yang sangat tinggi membuatkan kita nak baca surah-surah panjang, terutamanya nak mula dengan surah Al-Baqarah, katanya nak ikut aturan dalam Al-Quran.

Salah ke?

Pastinya tidak. Cuma jika kita baru nak mula belajar mengaji, disarankan untuk baiki bacaan Al-Fatihah, seterusnya belajar surah pendek dari juzuk 30 terlebih dahulu.

Bila dah mahir sikit, bacaan dah agak lancar, boleh lah baca surah-surah yang panjang.

 

3- Belajar berguru.

Bila nak belajar sesuatu, kita pasti kena ada guru kan?

Contohnya dulu masa sekolah, kita tak pandai matematik, kita ada guru matematik untuk mengajar.

Tak cukup di sekolah, ada antara kita sambung lagi belajar tuisyen samada di pusat tuisyen atau di rumah. Betul kan?

Sama juga macam mengaji Al-Quran.

Kita perlu ada guru yang dapat bimbing, tegur & bantu kita baiki bacaan & pandai mengaji.

Zaman sekarang, kita & keluarga boleh belajar lebih mudah bersama guru dari mana saja, belajar secara online.

 

Kempen Sempurnakan Bacaanmu #JomNgajiDariAsas

 

4- Sentiasa praktis.

“Practice makes perfect.”

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”

Jika kita nak bagus dalam sesuatu, nak kuasai sesuatu, kita perlu sentiasa praktis.

Baca Al-Quran juga sama, walaupun baca sedikit demi sedikit, sehari satu muka pun, kita perlu berterusan ulang membaca supaya mudah mudahan bacaan kita lebih baik dari sebelumnya.

 

5- Jangan putus asa.

Ini antara perkara penting untuk kita yang mungkin bacaan masih bertatih atau tersekat-sekat.

Kita perlu kuatkan semangat untuk perbaiki bacaan kita.

Sabda Baginda SAW:

“Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH, adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

 

Jadi jom kita mula mengaji!

 

Perlukan bimbingan dalam pembelajaran al-Quran?

Jom CMN Academy bantu.

KLIK DI SINI

Kesan Besar Ilmu Mata Pelajaran UPKK Kepada Anak-anak

Kebiasaannya golongan-golongan veteran akan peroleh pendidikan agama dengan menghadiri kuliah dan kelas agama di masjid. Ada juga yang merujuk bahan bacaan agama seperti buku, modul, e-book, artikel dan sebagainya untuk panduan dalam pendidikan agama. Jadi, bagaimana pula kanak-kanak yang memerlukan pendidikan agama dari sumber yang sahih dan bimbingan daripada para asatizah. Maka dengan itu, ilmu dalam mata pelajaran UPKK memberi kesan besar kepada kanak-kanak dalam pendidikan agama sejak kecil.

Sejajar dengan itu, ada juga bangsa Cina yang suka menghantar anaknya mempelajari KAFA, hal ini demikian kerana ilmu KAFA dapat membentuk sahsiah anak-anak sekali gus mempelajari agama lain. Oleh hal yang demikian, wajarlah UPKK sangat relevan untuk sekalian manusia mempelajarinya. Terdapat segelintir golongan berkata pelajar UPKK lebih teruk akhlaknya, di sini kita perlu perhatikan bahawa zaman kanak-kanak adalah proses dalam membentuk akhlak dan adab mereka. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesan besar ilmu UPKK kepada kanak-kanak adalah semestinya untuk bekalan masa hadapan mereka. Memastikan pelajar fasih mengaji al-Quran, mereka juga bakal menjadi dewasa dan berumah tangga menjadi ibubapa. Contohnya, adab dengan jiran tetangga, mereka sudah terdidik dari kecil bagaimana dan apa adab terhadap jiran tetangga. Seterusnya, mereka akan menghadapi realiti kehidupan yang berdepan dengan berbagai isu agama, ilmu akidah penting untuk mereka mengharungi kehidupan mereka kelak.

Ilmu dalam mata pelajaran UPKK memfokuskan amali dan penghayatan kepada pelajar bukan sekadar teori yang dipelajari di dalam kelas. Manakala subjek pendidikan Islam di sekolah rendah mengajar ilmu secara asas kepada pelajar. Silibus yang ditetapkan tidak membebankan pelajar kerana mereka hanya mempelajari dua subjek sehari. UPKK menekankan pebelajaran secara amali, contohnya seperti solat sunat jenazah yaitu pelajar akan mempraktikkan teori yang dipelajari.

Terdapat beberapa cabaran UPKK, antara adalah penghayatan ilmu itu sendiri dan bagaimana pelajar boleh aplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas di luar sana. Pelajar itu tidak dikira berjaya walaupun peroleh 8A UPKK tetapi gagal praktikkan apa yang mereka belajar sehingga mencapai A dalam semua mata pelajaran.

Ada beberapa pra syarat bagi mereka yang hendak mendaftar UPKK iaitu telah mempelajari Kafa selam 3 tahun sebelum mendaftar UPKK. Pelajar berkelulusan UPKK dan PSRA mempunyai kelebihan yang tersediri. Pelajar UPKK, mereka boleh mohon mana-mana sekolah menengah di seluruh negeri manakala PSRA pula, mereka akan mempelajari imu agama secara mendalam dan hanya boleh masuk sekolah menengah di negeri Selangor sahaja kerana PSRA adalah di bawah JAIS.

Jom Raikan ‘Pesta Ibadah’ Ramadan Bersama Pelbagai Program #BestnyaRamadan

Alhamdulillah, lepas 2 tahun, fasa bertukar ke endemik pada bulan Ramadan kali ini.

 

Terawih, berbuka, qiamullail & bersahur antara yang dapat kembali dilakukan bersama-sama di masjid & surau.

 

Kami di CMN Academy, Tutor Profesional Malaysia & CMN Digylearn ingin mengucapkan Salam Ramadan & Selamat Berpuasa kepada anda semua.

 

Hadiah kami untuk anda Ramadan kali ini, kami bawakan pelbagai program yang semestinya memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Jom tengok apa yang menarik!

✔️ FBLive Tajwid x Tadabbur

✔️ InstaLive Gear Up Funtastic

✔️ Program bersama anak-anak asnaf

✔️ Iftar Jamaie

✔️ 21 Days E-learning Module Challenge

✔️ Focus Ngaji Class

✔️ Focus Study Class

✔️ Special Funtastic Class

✔️ Tutor Onboarding

 

 

Nak tahu lebih lanjut?

Nak join program #BestnyaRamadan?

 

 

Bagaimana Jadikan Al-Quran Sebagai Keutamaan Terutamanya Pada Anak-Anak

Tidak dapat dinafikan, antara cabaran zaman kini adalah menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan. Dalam arus hambatan mengejar kecemerlangan akademik, upaya menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan, dirasakan payah.

Di kacamata seorang yang lahir di tahun 1980-an, jika suatu masa dulu, kita di zaman kanak-kanak pasti ada masa dengan Al-Quran, sama ada dengan ibubapa di rumah, atau kanak-kanak keluar rumah berguru dengan orang lain. Budaya ini berlaku di mana-mana.

Lepas Maghrib, anak-anak ‘kilik’ Al-Quran. Guru Al-Quran ‘kilik’ rotan. Kaum bapa ke surau masjid dengar pengajian. Ibu-ibu juga mengaji Al-Quran. Tiada rancangan televisyen yang menjadi tarikan. Hinggakan TV digelar ‘peti Setan’. Pergi tengok wayang bagai tempah tiket ke Jahanam. Ya, dulu teknologi yang ada bertujuan hiburan selain informasi yang hanya jadi tempelan.

 

Kini, perubahan amat ketara sekali. Teknologi yang menjadikan seseorang kenal Al-Quran. Pelbagai aplikasi, dan saluran yang menjadikan pembelajaran Al-Quran jadi mudah. Namun, Cabaran untuk menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan tetap menjadi sesuatu yang sukar. Di mana tarikan lain lebih menambat hati dan kesukaan.

PdPr menempatkan diri dalam teknologi bagi menyalurkan pendidikan terutama di waktu pandemik berlarutan. Kekangan masa dan peranti menjadi cabaran besar. Dalam pada itu, di rumah sekalipun, ibubapa semakin sibuk. Nak dihantar keluar, pandemik masih di tahap yang tidak selamat. Maka tidak banyak pilihan dalam merealisasikan Al-Quran sebagai keutamaan.

 

Sebagai warga pendidik Al-Quran di dua zaman yang berbeza ini, berikut adalah antara panduan umum yang boleh diusahakan:

 

1) ‘Al-Quran Hour’ di rumah.

Ibubapa berusaha jadikan rumah sebagai Madrasah Al-Quran anak-anak. Sekurang-kurangnya ibubapa peruntukkan masa yang tetap, dijadualkan secara harian, atau mingguan khas untuk ajar & semak Al-Quran ahli keluarga.

Ini juga boleh dijalankan walau berlainan rumah. Selain menghubungi ahli keluarga secara whatsapp group, Google Meet, Zoom dan sebagainya, jadualkan ‘We-Time For Al-Quran’ secara tetap. Ala-ala Gathering Time yang khas untuk Al-Quran. Isikan dengan bacaan Al-Quran , semakan, atau apa sahaja yang berkaitan Al-Quran.

Ada yang permulaanya dengan perhimpunan online Sesi Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat Keluarga. Dari situ, kembangkan dengan jadikan ia rutin bulanan akhirnya mingguan. Tambah atau selang-selikan dengan pembelajaran Al-Quran. Jemput guru Al-Quran secara online untuk invite masuk secara berkala sebagai bimbingan juga suatu yang boleh diusahakan.

 

2) Kelas Mengaji Online.

Ini dilihat sebagai pilihan terakhir. Memandangkan anak-anak telah banyak menghadap gajet untuk PdPr. Pun begitu, Ibubapa berhak membuat penilaian daripada lambakan kelas mengaji online yang ada. Pilih yang serasi dengan pembelajaran anak-anak. Pelbagai pendekatan pembelajaran yang digunakpakai oleh guru Al-Quran online.

Kesimpulannya, nak seribu daya, tak nak apakan daya. Tak menafikan, ramai di kalangan ibubapa yang mahir Al-Quran, cuma untuk mengajar anak-anak sendiri itu yang mencabar kerana ‘bonding’ yang sedia ada, atau lain-lain sebab. Apapun, usahakan berterusan pelbagai cara & langkah tanpa putus asa demi menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan dalam hidup seluruh ahli keluarga.

Hebatlah kerana menjadikan Al-Quran No.1! Allah nilai usaha, bukan natijahnya semata-mata. Permulaan itu payah, Tapi manis pada kesungguhan yang berterusan tanpa putus asa.

 

Dalam musim Olimpik ni, kata-kata “Majulah Sukan Untuk Negara” kan.

Tapi untuk Al-Quran, usahakan tanpa musim. “Majulah Usaha Demi Al-Quran”

Aci?

 

Nak cari pembelajaran Mengaji online, boleh cuba:

(Mingguan) https://funtastic.cmnacademy.com

Nak cuba yang ni pun boleh:

(Bulanan) https://cmnacademy.com/quraniconline/

Senang je Belajar Bahasa Arab

“Susahnyaa bahasa arab ni, tak faham laaa”

“Susahnya nak ingat..tak boleh masuklah”

Ayat-ayat macam tu biasa sangat kita dengar terutamanya bagi pelajar yang tak dapat score dalam subjek bahasa arab. Susah sangat ke bahasa arab ni sebenarnya sampai tak boleh nak score??

Sebenarnya tak kesah la subjek apa sekali pun sains ke, math, addmath, fizik, bahasa inggeris..semuanya ada cabaran dalam menuntutnya. Ilmu itu nilainya tinggi jadi usaha untuk mempelajarinya juga perlu tinggi. Subjek bahasa arab menjadi susah bukanlah sebab bahasa itu sendiri tetapi “mindset” atau persekitaran dan buah mulut orang yang menyatakan ianya susah. Jadi ramailah yang beranggapan bahasa arab ini susah.

Pertama sekali ubah cara fikir kita, sebab ini lah yang mempengaruhi kita dalam menuntut ilmu. Kalau kita fikir ianya susah maka susah la. Kita akan jadi malas dan tak semangat bila nak belajar sebab dari awal lagi kita dah beranggapan ianya susah. Jadi tukar dan ubah presepsi kita bahawa bahasa arab ini mudah, InsyaAllah Allah akan bantu dan membuka jalan bagi orang-orang yang usaha dalam menuntut ilmu.

Pupuk minat kita dalam belajar bahasa arab, sebab minat itu boleh dibina dengan banyak cara sebenarnya. Kita boleh pelbagaikan cara pembelajaran di luar waktu pembelajaran formal, contohnya zaman kini adalah zaman internet gunakan internet itu sebaik mungkin, kita boleh melayari di YouTube, banyak video-video yang menarik yang boleh kita dapat dari situ. Kita boleh sertai channel-channel di Telegram yang banyak berkongsikan tentang kosa kata bahasa arab, ungkapan-ungkapan yang menarik dalam bahasa arab. Selain itu juga, TikTok juga ada yang berkongsikan tentang bahasa arab yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebenarnya banyak platform yang kita dapat layari di internet cuma perlukan kemahuan dan sedikit usaha untuk mencarinya, bak kata orang maklumat di hujung jari, tekan terus dapat.

Tapi kalau ada yang susah nak hafal tu nak buat macam mana? Sebab bahasa arab ni banyak sangat kena hafal. Memang tak dapat dinafikan sebab bahasa arab ni bahasa yang jarang kita guna sebab tu kadang-kandang agak sukar untuk kita ingat. Tapi itu bukan alasanya, orang yang nak berjaya mesti mencari solusi. Jika diikutkan lebih 3000 kosa kata bahasa arab yang dipinjamkan kepada bahasa melayu. Contohnya, perkataan-perkataan;

kerusi – كرسي (kursiyun), wujud – وجد (wajada), Kuat – قوى (qawiyy), internet – الإنترنت (al-internet), amal – عمل (amal), darjat – درجة (darajah), khabar – خبر (Khabar), soalan – سؤال (suaalun), mungkin – ممكن (mumkinu)

Dan banyak lagi sebenarnya, kalau nak disenaraikan memang panjang la jadinya. Berdasarkan perkataan-perkataan yang dipinjamkan ini sudah banyak membantu kita untuk ingat dan hafal kosa kata bahasa arab. Cara yang lain adalah kerap guna perkataan yang berbeza dalam penulisan atau percakapan. Kebiasaanya pelajar akan guna perkataan yang sama ketika menulis ayat atau karangan contohnya,

يذهب محمد إلى المدرسة (Muhammad sedang pergi ke sekolah)

Cuba tukar perkataan sekolah kepada stadium (مُدَرِّج), pusat membeli belah (مركز تسوق), ladang (مزرعة) atau apa sahaja perkataan yang jarang digunakan. Cara ini dapat membantu mengembangkan lagi penggunaan kosa kata bahasa arab.

 

Selain itu, wajibkan pada diri untuk menghafal sekurang-kurangnya 3 kosa kata yang baru setiap hari. Kita boleh dapatkan dan belajar kosa kata yang baru melalui pembacaan buku, channel Telegram bahasa arab, TikTok, YouTube atau apa-apa aplikasi. Dengan cara ini banyak kosa kata yang kita akan dapat dan boleh praktikan samada dalam penulisan dan percakapan.

 

Terakhir sekali, ini paling penting tuntut ilmu mestilah berguru jika tidak sesatlah jalan. Walaupun kita sudah mempunyai pelbagai kemudahan internet tetapi gurulah sebaik-baik tempat dalam kita menuntut ilmu. Mereka adalah orang-orang yang mahir dalam bidang tersebut jadi sudah pasti lebih mudah kita untuk mempelajarinya jika tidak kita hanya menghafal semata-mata tanpa memahami ilmu tersebut.

Aplikasi yang boleh dilayari ;

  • Youtube CMN Academy atau Madinah Arabic
  • Tiktok cmnacademy atau sirsyazwan
  • Channel Telegram ; Kosa Kata Bahasa Arab, Uslub Nahwu

Mengapa 17 Ramadhan Dipilih Sebagai Tarikh Nuzul Quran

17 Ramadan akan tiba dan seluruh negara akan bercuti meraikan peristiwa Nuzul Quran (tanggal Al-Quran diturunkan). Dalam blog kali ini, saya ingin bercerita tentang peristiwa Nuzul Quran dan mengapa 17 Ramadan dipilih sebagai tarikh sambutan Nuzul Al-Quran.

Peristiwa Nuzul Quran merupakan peristiwa berlakunya penurunan ayat al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW dan secara berperingkat sehingga lengkap seperti mana Al-Quran yang kita baca pada hari ini.

Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 M, tahun ke-41 keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW. Ketika sedang beribadat di Gua Hira’, baginda saw didatangi Jibril lalu diwahyukan 5 ayat pertama daripada surah al-‘Alaq.

17 Ramadhan dipilih sebagai tarikh sambutan Nuzul Quran kerana berdasarkan suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan ) wahyu kepada Rasulullah SAW bermula pada hari Isnin, 17 Ramadan. 

Ibn Ishaq juga berkata: Rasulullah SAW mula diturunkan wahyu kepadanya pada bulan Ramadan. Allah Azza Wajalla berfirman ( maksudnya ): Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Qur’an sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan kepada petunjuk itu,juga sebagai pembeza ( antara yang haq dan yang batil ).

Dan Allah Ta’ala berfirman ( maksudnya ): Sesungguhnya Kami menurunkannya ( Al-Qur’an ) pada malam al-Qadr. Dan Allah berfirman ( maksudnya ): Sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, hari pertembungan dua kumpulan… Itulah ( yang dimaksudkan) pertemuan(peperangan ) Rasulullah SAW dengan golongan musyrikin di Badr.

Berkata Ibn Ishaq: Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bertemu ( memerangi) golongan musyrikin dalam peperangan badar pada hari Juma’at, pagi 17 Ramadan.

Maka jelaslah disini bahawa 17 Ramadhan adalah tarikh peristiwa Nuzul Quran.

Apa yang lebih pasti adalah, Allah s.w.t melalui Nabi Muhammad s.a.w menyeru kaum muslimin untuk mengejar lailatul-qadar iaitu sebuah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini adalah lebih penting untuk kita sama-sama kejar dan rebut sebaik mungkin, selagi masih diberi peluang untuk hidup diatas muka bumi ini.

Moga Ramadhan kali ini menjadikan kita benar-benar diampunkan oleh Allah s.w.t sekaligus tergolong di dalam hamba-Nya yang bertaqwa dan berjaya memburu lailatul-qadar. Allahuma Amiin.

Wallahua’lam.

 

Tingkatkan Ilmu Al-Quran & Agama Bersama CMN Academy

Kita asyik risau bila tengok keadaan sekarang…

Tapi adakah kita mengambil ibrah & kesempatan yang diberi untuk meningkatkan ilmu agama & bekalan di hari kemudian?

Bukankah doa anak yang soleh adalah salah satu bekalan untuk bantu kita di alam sana, selain dari bekalan ibadah kita sendiri?

Al-Quran juga salah satu yang dapat berikan kita syafaat jika kita sentiasa dekat, membaca & beramal dengannya.

 

Kami ingin bantu anda & keluarga yang benar-benar mahu belajar membaca, memperbaiki bacaan, memahami maksud, serta mengetahui kisah di sebalik ayat-ayat Al-Quran dengan beberapa program yang kami wujudkan.

 

Bersedia untuk ketahui apa program yang ada?

 

1- Mengaji Online Personal 1 to 1 / Keluarga / kumpulan kecil

  • Terbuka kepada kanak-kanak, remaja & dewasa.
  • Belajar secara face to face melalui aplikasi Zoom atau video call.
  • Mudah bertanya soalan & tak perlu segan atau malu.
  • Lebih fleksibel dalam penentuan masa & hari kelas.

 

2- Funtastic Online Tuition Mengaji

  • Terbuka kepada pelajar berumur antara 5-12 tahun.
  • Kelas secara berkumpulan melalui aplikasi Zoom.
  • Masa & hari kelas yang telah ditetapkan.
  • Belajar mengaji Al-Quran dengan cara lebih seronok.
  • Boleh berkomunikasi secara 2 hala semasa kelas samada secara verbal atau chat.
  • Boleh berkomunikasi selepas atau sebelum kelas dalam telegram support group.

 

3- Funtastic Online Tuition Tajwid

  • Terbuka kepada pelajar berumur antara 5 – 12 tahun.
  • Kelas secara berkumpulan melalui aplikasi Zoom.
  • Masa & hari kelas yang telah ditetapkan.
  • Belajar & faham tajwid dengan gaya infografik yang lebih seronok & mudah.
  • Boleh berkomunikasi secara 2 hala semasa kelas samada secara verbal atau chat.
  • Boleh berkomunikasi selepas atau sebelum kelas dalam telegram support group.

 

4- Quranic Vengers Online QVO 2021

  • Program terbaru daripada kami di mana yang terdekat adalah pada 12 Februari 2021.
  • Dibawakan secara online melalui aplikasi Zoom.
  • Sesi kali ini merangkumi Surah As-Syams
  • Gabungan 3 elemen – Tilawah/Hafaz, Tajwid Infografik & Tadabbur Kisah

 

5- Mengaji Personal 1 to 1 di Rumah

  • Terbuka kepada kanak-kanak, remaja & dewasa.
  • Belajar secara face to face di mana tutor akan ke rumah anda.
  • Mudah bertanya soalan & tak perlu segan atau malu.
  • Lebih fleksibel dalam penentuan masa & hari kelas.

 

Pilihan di tangan anda!

Semoga dipermudahkan :)

 

Untuk konsultasi PERCUMA @ pertanyaan boleh klik di bawah

 

PKP Dilanjutkan Sampai Ramadan! Apa Persediaan Anda?

Seperti yang kita ketahui…

Jam 4 petang di hari Jumaat yang mulia…

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020.

 

Jika dilihat pada kalendar, 1 Ramadan 1441H insyaAllah akan tiba pada 24 April 2020.

Jadi kita akan menyambut bulan Ramadan dalam keadaan wajib duduk di rumah.

 

Kebiasaannya kita lihat orang membuat persediaan untuk Aidilfitri lebih meriah dari Ramadan.

Ada yang membeli keperluan Aidilfitri sebelum Ramadan, ada yang semasa Ramadan.

Tapi tahukah anda, sebenarnya kita perlu menyambut bulan Ramadan lebih meriah berbanding Aidilfitri.

 

Tahun ini adalah masa yang terbaik untuk anda lebih bersedia untuk menyambut Ramadan kerana berada di rumah.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan persediaan Ramadan?

Adakah sama dengan Aidilfitri… beli baju baru, buat kuih…dan lain-lain lagi?

 

Persediaan Ramadan biasanya berkait rapat dengan persiapan rohani.

Kebiasaannya kita akan menggandakan bacaan Al-Quran, baiki bacaan & solat-solat sunat.

Tahun ini, suami-suami pastinya perlu menjadi imam solat terawih untuk isteri dan anak-anak kerana solat terawih tidak dijalankan di masjid. Jadi banyak lah surah yang perlu diketahui & diperbaiki bacaannya.

 

Adakah anda telah bersedia hadapi bulan Ramadan nanti di rumah?

Terawih seorang diri atau berjemaah dengan ahli keluarga?

Adakah anda perlu check & baiki bacaan al-Quran anda sekarang?

 

 

Jom kami bantu anda belajar & baiki bacaan Al-Quran secara Online.

Anda atau anak boleh join Mengaji Online.

 

Ingin pengajian Al-Quran secara online :

rijal (lelaki),

muslimah (wanita), atau

kanak-kanak?

 

 

Kami juga memberi peluang kepada anda untuk tambah ilmu dalam Tajwid melalui kaedah yang mudah & menarik.

 

 

KELAS ONLINE TUITION PERCUMA UNTUK RAKYAT MALAYSIA & SENARAI TABUNG NGO SEMPENA COVID-19

 

Jika berminat untuk mengaji & baiki bacaan bermula sekarang, sama ada secara personal atau group, boleh klik di bawah untuk kami bantu anda.

 

Eksklusif ‘Online Group Tuition Funtastic’ Serendah RM10!

Nak join Exclusive Online Group Tuition?

 

Nak tahu pakej apa yang ada?

Betul ke ada serendah RM10?

Betul tuan/puan :)

 

Apa Kelebihan Online Group Tuition ni:

SELAMAT, MUDAH & SERONOK!

+ Anda tak boleh keluar rumah? Jangan bimbang… Boleh tuisyen dari rumah saja!

+ Tak ada komputer di rumah? Tak mengapa… Anda boleh tuisyen menggunakan smartphone, tab atau laptop saja!

+ Bosan belajar sorang kat rumah? Nak tahu cara mudah selesaikan soalan2? Ni kami sediakan solusi untuk anda… Online Tuition yang ada Smart & Fun Learning

 

 

Klik pada subjek untuk lihat pakej & mendaftar :

 

Add Maths / Matematik Tambahan 

 

Matematik SPM

 

Biologi SPM

 

Fizik SPM

 

Kimia SPM

 

Arab SPM

 

Prinsip Akaun SPM

 

Matematik PT3

 

Sains PT3

 

Bahasa Melayu PT3

 

 

Sains UPSR

 

Matematik UPSR

 

Arab UPKK/PSRA

 

Mengaji Al-Quran

 

Tajwid Infografik

 

Perlukan bantuan / ada sebarang pertanyaan?