Bagaimana Jadikan Al-Quran Sebagai Keutamaan Terutamanya Pada Anak-Anak

Tidak dapat dinafikan, antara cabaran zaman kini adalah menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan. Dalam arus hambatan mengejar kecemerlangan akademik, upaya menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan, dirasakan payah.

Di kacamata seorang yang lahir di tahun 1980-an, jika suatu masa dulu, kita di zaman kanak-kanak pasti ada masa dengan Al-Quran, sama ada dengan ibubapa di rumah, atau kanak-kanak keluar rumah berguru dengan orang lain. Budaya ini berlaku di mana-mana.

Lepas Maghrib, anak-anak ‘kilik’ Al-Quran. Guru Al-Quran ‘kilik’ rotan. Kaum bapa ke surau masjid dengar pengajian. Ibu-ibu juga mengaji Al-Quran. Tiada rancangan televisyen yang menjadi tarikan. Hinggakan TV digelar ‘peti Setan’. Pergi tengok wayang bagai tempah tiket ke Jahanam. Ya, dulu teknologi yang ada bertujuan hiburan selain informasi yang hanya jadi tempelan.

 

Kini, perubahan amat ketara sekali. Teknologi yang menjadikan seseorang kenal Al-Quran. Pelbagai aplikasi, dan saluran yang menjadikan pembelajaran Al-Quran jadi mudah. Namun, Cabaran untuk menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan tetap menjadi sesuatu yang sukar. Di mana tarikan lain lebih menambat hati dan kesukaan.

PdPr menempatkan diri dalam teknologi bagi menyalurkan pendidikan terutama di waktu pandemik berlarutan. Kekangan masa dan peranti menjadi cabaran besar. Dalam pada itu, di rumah sekalipun, ibubapa semakin sibuk. Nak dihantar keluar, pandemik masih di tahap yang tidak selamat. Maka tidak banyak pilihan dalam merealisasikan Al-Quran sebagai keutamaan.

 

Sebagai warga pendidik Al-Quran di dua zaman yang berbeza ini, berikut adalah antara panduan umum yang boleh diusahakan:

 

1) ‘Al-Quran Hour’ di rumah.

Ibubapa berusaha jadikan rumah sebagai Madrasah Al-Quran anak-anak. Sekurang-kurangnya ibubapa peruntukkan masa yang tetap, dijadualkan secara harian, atau mingguan khas untuk ajar & semak Al-Quran ahli keluarga.

Ini juga boleh dijalankan walau berlainan rumah. Selain menghubungi ahli keluarga secara whatsapp group, Google Meet, Zoom dan sebagainya, jadualkan ‘We-Time For Al-Quran’ secara tetap. Ala-ala Gathering Time yang khas untuk Al-Quran. Isikan dengan bacaan Al-Quran , semakan, atau apa sahaja yang berkaitan Al-Quran.

Ada yang permulaanya dengan perhimpunan online Sesi Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat Keluarga. Dari situ, kembangkan dengan jadikan ia rutin bulanan akhirnya mingguan. Tambah atau selang-selikan dengan pembelajaran Al-Quran. Jemput guru Al-Quran secara online untuk invite masuk secara berkala sebagai bimbingan juga suatu yang boleh diusahakan.

 

2) Kelas Mengaji Online.

Ini dilihat sebagai pilihan terakhir. Memandangkan anak-anak telah banyak menghadap gajet untuk PdPr. Pun begitu, Ibubapa berhak membuat penilaian daripada lambakan kelas mengaji online yang ada. Pilih yang serasi dengan pembelajaran anak-anak. Pelbagai pendekatan pembelajaran yang digunakpakai oleh guru Al-Quran online.

Kesimpulannya, nak seribu daya, tak nak apakan daya. Tak menafikan, ramai di kalangan ibubapa yang mahir Al-Quran, cuma untuk mengajar anak-anak sendiri itu yang mencabar kerana ‘bonding’ yang sedia ada, atau lain-lain sebab. Apapun, usahakan berterusan pelbagai cara & langkah tanpa putus asa demi menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan dalam hidup seluruh ahli keluarga.

Hebatlah kerana menjadikan Al-Quran No.1! Allah nilai usaha, bukan natijahnya semata-mata. Permulaan itu payah, Tapi manis pada kesungguhan yang berterusan tanpa putus asa.

 

Dalam musim Olimpik ni, kata-kata “Majulah Sukan Untuk Negara” kan.

Tapi untuk Al-Quran, usahakan tanpa musim. “Majulah Usaha Demi Al-Quran”

Aci?

 

Nak cari pembelajaran Mengaji online, boleh cuba:

(Mingguan) https://funtastic.cmnacademy.com

Nak cuba yang ni pun boleh:

(Bulanan) https://cmnacademy.com/quraniconline/

Spread the love