Adab Yang Seharusnya Ada Pada Setiap Pelajar.

Assalamualaikum wbt dan hai semua..

 

Pada hari ini, jika kita saksikan ramai orang berilmu tapi kurang hikmah dan adabnya. Elemen ini sangat penting kerana ini adalah antara faktor pembangunan dan kemajuan Islam tersebar sehingga memerintah 2/3 dunia suatu masa dahulu.

 

Dan jika kita perhatikan bahawa wahyu pertama Nabi Muhammad SAW adalah mengenai perintah iqra’ iaitu bacalah manakala wahyu pertama ke atas Nabi Musa AS ketika di Bukit Tursina ialah berkenaan tanggalkan selipar simbolik kepada ‘Adab’.

 

Apa yang saya mahu kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian pada kali ini ialah berkenaan intipati hikmah yang kita boleh dapat dari peristiwa pendidikan di dalam Al-Quran pada Surah Al-Kahfi iaitulah “Pembelajaran Nabi Musa AS dari Nabi Khidir AS.”

 

Secara ringkas, ada 3 checkpoint ketikamana Nabi Musa AS bersama Nabi Khidir AS iaitu Nabi Khidir telah membocorkan perahu untuk mengelakkan dirampas pemerintah yang zalim, membunuh anak muda dan membina rumah anak yatim di kawasan penduduk yang sombong.

 

Ini adalah perumpamaan kepada peristiwa yang berlaku kepada Nabi Musa AS sebelum itu. Beliau diselamatkan dari Firaun ketika kecil, pernah membunuh pegawai Qibti dan membantu 2 wanita Madyan mengambil air.

 

Dari sini Allah swt nak sampaikan bahawa selama hidup Nabi Musa AS dia lah (Allah swt) yang membantu baginda dalam menyampaikan dakwah dan Allah swt yang sama boleh memberi ilmu yang istimewa kepada Nabi Khidir AS.

 

Serta dikesempatan ini juga, saya nak sampaikan berkenaan adab-adab yang diterapkan oleh Nabi Musa AS sepanjang baginda menuntut ilmu dari Nabi Khidir AS. Pelbagai pengajaran yang kita boleh contohi dari peristiwa ini.

 

Perkara yang kita dapat belajar dari peristiwa ini ialah antaranya kena berguru (Nabi Khidir AS) walaupun kita seorang pendidik (Nabi Musa AS), kesungguhan Nabi Musa AS (perjalanan jauh), berpartner (pembantu Nabi Musa AS), majlis ilmu ialah tempat special (pertemuan 2 lautan), dan dilupakan syaitan bila buat kebaikan (ikan hilang).

 

Apakah yang dimaksudkan dengan ikan? Ikan diumpamakan sebagai reward kebaikan yang kita lakukan. Akan tetapi ganjaran itu akan menghilang atas sebab dilupakan syaitan. Maka, syaitan akan sentiasa kita menggoda kita untuk tidak melakukan kebaikan termasuk menuntut ilmu.

 

Kita juga dapat belajar Nabi Musa & pembantunya yang patah-balik selepas sedar kehilangan ikan. Maka, pengajarannya bila kita sudah mula sedar yang kita sudah tidak ‘on track’ menuntut ilmu. Kembali lah ke niat asal kita supaya mudah-mudahan Allah swt akan membimbing kita ke jalan yang benar.

 

Selain itu juga, kita dapat belajar berkenaan berlapar dalam menuntut ilmu (Nabi Musa AS lapar) kerana perut yang kenyang boleh menyebabkan kita malas, jangan pernah merasa cukup ilmu kerana mencari ilmu itu menghilangkan kejahilan (Nabi Musa AS berdepan dengan Bani Israel).

 

Dan juga, poin yang paling penting untuk peristiwa ini ialah “sabar”. Banyak dikalangan kita yang salah anggap dengan ucapan Nabi Khidir AS yang menyuruh Nabi Musa AS jangan bertanya dan mengatakan Nabi Musa tidak akan sabar ketika baginda bersama beliau.

 

Bukan lah yang dimaksudkan di sini untuk Nabi Musa AS tidak boleh bertanya tetapi hikmah dari Nabi Khidir AS ialah supaya anak muridnya itu berfikir dan pembelajaran dari situ supaya muhasabah diri serta memahami bahawa Allah swt yang mengatur segala kehidupan baginda.

 

Di samping itu, pembelajaran dari sini ialah keperluan bertanya “Mengapa”. Kisah Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS ini kita boleh belajar dari 2 watak, yang pertama Nabi Khidir AS sebagai guru manakala Nabi Musa AS sebagai pelajar.

 

Untuk menjadi guru, kita perlu bijak memahami kemampuan para pelajar kita. Nabi Khidir AS menekankan metod berfikir dan muhasabah diri dalam pengajaran beliau dan Nabi Musa AS menggunakan metod bertanya “Mengapa” untuk sesi pembelajaran tersebut.

 

Justeru, jangan dibunuh potensi para pelajar kita yang suka bertanya dengan memberi contoh peristiwa ini. Sebaliknya bertanya ini adalah metod pembelajaran para rasul. Dan bersabar lah menjadi seorang pelajar kerana hikmah disebalik kepayahan menuntut ilmu itu pasti akan kecapi kelak.

 

Banyak sekali pengajaran dalam menuntut ilmu yang kita dapat pelajari dari peristiwa Nabi Musa AS belajar dari Nabi Khidir AS. Biarpun Al-Quran tidak menyebut Khidir dalam kisah ini, tapi saya menyebutkan nama beliau untuk para pembaca lebih mudah faham mesej yang saya nak sampaikan.

 

Dan akhir sekali, sentiasa melazimkan diri di dalam jamaah. Dalam surah Al-Kahfi, ada peristiwa Ashabul Kahfi yang Allah swt selamatkan keimanan mereka. 2 orang Nabi Musa AS dan pembantunya pun masih tidak dapat selamat dari dilupakan syaitan.

 

Sebagai kesimpulan, jadikan kisah Al-Quran yang difirmankan untuk panduan seharian kita. Kita tidak tahu teori-teori Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang kita belajar selama ini berkesan atau tidak. Maka, kembali lah ke Al-Quran kerana ia metod terbaik sepanjang zaman.

 

Penutup dari perkongsian saya ini ialah jadikan pengembaraan menuntut ilmu itu sebagai perjalanan kita mencari petunjuk dalam kehidupan. Ilmu ini tidak terhad pada ilmu agama sahaja, tetapi cari lah ilmu yang boleh menjadi bekalan kita supaya dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

 

Key point untuk perkongsian saya pada kali ini ialah “ADAB”.  Dengan Adab kita boleh membina peradaban, dengan Adab boleh mendatangkan keberkatan dalam hidup, dan dengan Adab juga boleh melorongkan kita berguru dengan orang betul agar mendapat ilmu yang betul, In sya allah..

 

Semoga kita dipertemukan lagi dengan perkongsian yang lain bertunjangkan dari Al-Quran. Banyak ilmu seperti Bani Israel tidak memadai jika tanpa Adab, tetapi berAdab lah dahulu supaya Allah swt membimbing kita ke jalan yang benar menuju Syurganya ..

 

Sekian, terima kasih untuk perhatian.. Semoga kita berjumpa lagi !!!

 

 

Sheikh Sulaiman Bin Sheik Harun

Founder Modul “Mudahnya Faham Al-Quran”

Pengurus CMN Academy HomeTuition Ampang

 

“It Has Been A Long Time Since I Can Learn To Recite Al-Quran.”

“I’m feeling very sad when i’m looking at other people in television who can recite Quran beatifully…”

This inspirational story of someone who wants to learn on how to read Quran, Pn Mariam who has been so long looking for a ustazah to teach her Quran.

Pn Mariam was looking for ustaz or ustazah for a long time, and her son also helped her to find ustazah to teach her mother to recite Quran.

At one time, when her son wants to go to work, he suddenly found about CMN Quranic Home Based’s service.

After that, CMN Management has talked and choose  Ustazah Suhazlinda to teach Pn Mariam.

Since that Pn Mariam has been learn Quran with ustazah since 2012!

Until now which is 2019, Puan Mariam can read the Quran fluently and learn about Tajweed.

Puan Mariam said she was very satisfied with the CMN service by providing ustazah that suits her.

He also said that ustazah was very patient and taught him slowly that Pn Mariam could read well.

Pn Mariam also gives us good feedback and encourages people to learn Quran with ustazah or ustaz at home because it is easy to communicate and be able to deal with teachers and easy to ask if they do not understand and also at flexible time.

The communication between ustazah and Puan Mariam is very good and also Pn Mariam’s son was happy to give her what she wanted which is to learn recite Quran personally.

We are very inspired with Pn Mariam’s  story and honour her for being loyal and using the service of CMN Academy for more than 7 years.

For more information about Quranic Learning at Home please Whatsapp ‘Quranic Home Based’ to 011-32742922

 

This is her story…

 

6A Percubaan UPSR. Tahniah Adik Aishah!

6A PERCUBAAN UPSR!! WOW & TAHNIAH ADIK AISHAH!

Anak kepada Puan Feldatun ini bertukar sekolah semasa tahun 6 dan adik ini amat aktif dengan aktiviti sekolah… tapi boleh dapat 6A dalam Percubaan UPSR baru-baru ini dari peperiksaan pertengahan tahun dapat 3A.

Apa rahsianya??

Adik Aishah belajar di rumah secara personal bersama tutor CMN Academy.

Puan Feldatun ada kongsikan sebab kenapa beliau ambil home tuition ekskusif ini untuk Aishah:

1- Supaya disiplin masa untuk study lebih terjaga.
2- Lebih fokus & tutor dapat beri tumpuan sepenuhnya kepada Aishah.
3- Bantu ibu bapa yang tak sempat atau tak dapat ajar anak.

Jom dengarkan lagi apa kata Puan Feldatun & Adik Aishah berkenaan home tuition bersama Cikgu Syida, home tutor CMN Education Group.

Untuk konsultasi PERCUMA dan perkhidmatan HOME TUITION, boleh whatsapp 011-15775761

 

#CMNAcademy
#feedback
#hometuition
#6AUPSR
#ImpactResults

Active Students At School But Still Can Succeed In UPSR

6A IN UPSR TRIAL !!

WOW & CONGRATULATIONS AISHAH!

The child of Mrs. Feldatun was changed school during Year 6 and she is very active with school activities.

The best things is she can get 6A in the UPSR Trial recently which is before this she managed to get 3A’s  during mid-year examination.

What’s the secret ??

Aishah studied at home privately with a CMN Academy’s Tutor.

Mrs. Feldatun also has shared why she took this exclusive home tuition for Aishah:

1- The specific timing of Home Tuition can discipline her to focus on study

2- More focus & tutors can focus fully on Aishah.

3- Help parents who have never had or can not teach children.

Learn more about Mrs Feldatun & Aishah regarding home tuition with Cikgu Syida, home tutor of CMN Academy.

For FREE consultation of HOME TUITION service, Please whatsapp 011-15775761 .