Dapat apa dengan Puasa 6 Syawal?

 

Alhamdulillah, syukur sudah seminggu kita menyambut hari kemenangan syawal. Syawal kalini kita diuji sekali lagi dengan peningkatan bilangan kes covid-19 yang mendadak dan sudah tentu ramai diantara kita yang sedih tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. Setiap ujian yang dianugerahkan Allah bukanlah sia-sia dan tiada nilai tetapi untuk mendidik dan memberi ganjaran bagi mereka yang bersabar.

Bila sebut pasal syawal amalan yang paling digalakkan bagi kita umat Islam adalah puasa 6. Haa dah mula puasa 6 ke belum? Jangan risau InsyaAllah masih masa jom kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa 6.

Sebenarnya apa yang kita akan dapat dalam mengerjakan ibadah puasa 6 ni? Tak cukup ke kita puasa 30 hari dalam bulan Ramadan? Kalau nak tahu ganjaran puasa 6 ni sangat besar yang dijanjikan Allah. Nak tahu apa dia jom kita tengok apa yang Allah akan ganjarkan kepada mereka yang mengamalkannya.

  • Berpuasa ibarat selama setahun

Dari Riwayat imam muslim, Nabi Muhammad S.A.W bersabda ;

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

Berdasarkan hadis tersebut jelas menyatakan bahawa sesiapa yang berpuasa 6 hari di bulan syawal, dia akan diganjari menyamai puasa selama setahun. SubhanaAllah besar ganjaranya, rebutlah peluang yang dikurniakan Allah kerana kita tidak tahu mungkin disebabkan amalan ini kita diganjarkan syurga.

Cara Nak Puasa Enam & Puasa Ganti - AlMukhlisin

  • Mengukuhkan hubungan dengan Allah S.W.T.

Bagi mereka yang mendekatkan diri dengan beribadah, Allah akan mencintainya dan akan sentiasa dipandang Allah. Seperti mana Allah berfirman dalam satu hadis qudsi ;

“Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri dengan beribadah) kepada-Ku dengan sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku wajibkan kepadanya, dan sentiasalah hamba-Ku bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya; bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakan untuk mendengar, dan penglihatannya yang digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakan untuk memukul dan kakinya yang digunakannya berjalan; jika dia meninta kepada-Ku pasti Aku akan memberikannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.” (Riwayat Al-Bukhari)

  • Ganjaran syurga

Ganjaran syurga adalah ganjaran tak ternilai harganya, beruntunglah mereka yang menjaga amal ibadah sepanjang kehidupanya. Firman Allah dalam surah az-Zumar : 73

“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).”

Dan betapa istimewanya orang yang berpuasa ini adalah kerana terdapat pintu syurga yang khas disediakan buat mereka iaitu pintu syurga Rayyan. Jom kita sama-sama mengamalkan puasa 6 di bulan syawal moga kita dikurniakan ganjaranNya.

Sebab Mengapa Imam Malik Memakruhkan Puasa Enam Syawal - Oh! Media

Home Tuition Intensif 2020 Mengaji dan Fardhu Ain

Takkan anda nak diri anda, keluarga atau ibu bapa anda tak boleh mengaji dengan baik sampai bila-bila!
.
.
“InsyaAllah harapan saya untuk khatam Al-Quran dengan tajwid yang betul & bacaan yang baik akan tercapai dengan bantuan CMN & Ustazah Suhazlinda.” – Puan Mariam, Kajang
.
.
“Mak teringin baiki bacaan Al-Quran, nak…” bisik mak dalam hati.
“Saya terkilan sangat sebab tak dapat baca Yasin bila ayah saya meninggal dunia tempohari, sebab tak pandai baca Al-Quran.”
“Sedih rasa bila tengok semua orang pandai baca Al-Quran dalam TV.”
.
Pernahkah anda terfikir jika ini terjadi kepada diri anda? Apa yang akan anda lakukan?
.
.
📍 Anda seorang anak yang masih lagi ada ibu bapa?
📍 Ingin berikan sesuatu yang istimewa dan boleh menjadi saham dunia akhirat kepada ibu bapa & diri?
📍 Atau anda sendiri ingin belajar mengaji berseorangan atau bersama keluarga?
📍 Ingin anak anda mengaji dengan betul dan lancar?
.
.
Mungkin anda kata takpe lah dulu,
Cuma, jangan sampai menyesal sebab lambat mulakan tindakan.
.
.
Nak tahu apa kata mereka yang telah dapatkan khidmat mengaji di rumah?
.
“Bacaan solat saya boleh, cuma nak mengaji tak pandai. Apatah lagi mengaji dengan tajwid dan makhraj yang betul, memang saya tak pandai dulu. Bukan tak pernah belajar atau cari guru, tapi saya segan belajar di surau. Sekarang dah masuk tahun ke-7 saya belajar bersama ustazah. Bacaan saya pun makin baik dan ustazah ada kongsi juga doa2 amalan harian.” – Puan Mariam, Kajang
.
“Alhamdulillah, Bahasa Arab & Jawi dapat A, dulu pernah gagal. Pendidikan Teras Islam & Quran dapat B.” – Tuan Yusri.
.
“Ustazah banyak bantu dari saya mengaji main sebut saja, sekarang dah dapat betulkan makhraj dan tajwid. Alhamdulillah saya lebih seronok mengaji bersama rakan2 di taman ni.” – Puan Robiz.
.
.
Anda ada ISU ini?
.
🔎 Ibu atau bapa anda teringin nak mengaji, tapi anda tiada masa untuk hantar & ambil dari kelas kerana bekerja…
🔎 Anda atau ibu bapa segan mengaji di surau kerana tak pandai mengaji & ramai orang…
🔎 Mengaji di surau, tapi kejap pergi, kejap tak…
🔎 Anak main-main bila anda yang ajar mengaji, atau anda tak berapa yakin/tahu…
🔎 Anda dan keluarga nak privasi untuk mengaji & mudah bertanya soalan yang berkenaan kepada tutor…
.
.
Seronoknya Mengaji Al-Quran di rumah bersama kami!
Bagaimana?
.
Fokus hanya kepada 1 pelajar atau max 5 orang saja (mengikut permintaan) – Tiada lagi isu segan atau malu nak tanya.
Tutor/Guru berpengalaman/terlatih datang ke rumah, lebih selamat, selesa dan mudah – tak perlu keluar.
Masa yang lebih Fleksibel
Berpatutan – dapat buat sesuatu yang istimewa untuk anak & diri, boleh buat untuk mengaji saja atau nak tambah Fardhu Ain, Bahasa Arab, Jawi dll
Lebih komited – ada jadual & berbayar
.
Dan banyak lagi..
.
.
Pasti anda nak dapatkan pendidikan yang eksklusif untuk keluarga anda, kan…
.
.
Sempena cuti sekolah yang akan datang, kami lancarkan Intensif 2020!
20% diskaun yuran kelas bulan November & Disember 2019
RM20 yuran pendaftaran (jimat RM30)
10 jam minimum
.
.
Hanya untuk 20 orang yang ambil tindakan segera!
.
Tutor kami yang Best terhad tau.
.
.
Jika anda SERIUS nak ubah prestasi dan ‘mood’ belajar al-Quran ibu bapa, anak atau diri anda sendiri…
.
Klik di bawah sekarang
.
.

 

Keberkatan dan Kepentingan Sedekah, Infaq dan Waqaf

Assalamualaikum.

Salam 10 Ramadan.

 

Anda tahu bagaimana Universiti Al-Azhar berfungsi?

Dari mana dana yang universiti ini dapat untuk pelajarnya melanjutkan pelajaran?

Apa kena mengena dengan tajuk kita kali ini?

 

Kali ini, kami ingin menyebarkan perkongsian oleh Ustaz Don Daniyal berkaitan Keberkatan Sedekah, Infaq dan Waqaf.

 

Supaya perkongsian kami dapat menjentik hati kita untuk sama-sama berusaha bagi menambah sedekah, infaq dan waqaf terutamanya di bulan yang mulia ini.

 

Sempena dengan Ramadan 1440H, kami melancarkan satu Program Infak Ramadan di mana 100% dari wang yang diinfak akan digunakan bagi infak pendidikan untuk anak yatim dan asnaf yang memerlukan.

 

7 Amalan Sunnah Yang Dianjurkan Pada Bulan Ramadan

Ramadan tiba… Ramadan tiba… Ramadan tiba…

Marhaban Ya Ramadan… Marhaban Ya Ramadan…

 

Ramadan menjelang tiba…

Sudahkah anda buat persiapan untuk Ramadan kali ini?

Anda sudah tahu amalan lain selain dari berpuasa wajib dan solat terawih, yang amat digalakkan pada bulan Ramadan?

 

Kami ingin kongsikan 7 Amalan Sunnah di Bulan Ramadan yang dapat berikan banyak manfaat kepada kita selain dari ganjaran pahala.

1- Solat Tahajud

2- Membaca Al-Quran

3- Jaga Solat Dhuha

4- Solat Witir

5- Bersedekah

6- Jaga Wuduk

7- Istigfar

Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah semangat dan pengetahuan kita untuk melakukan amal ibadah tambahan, serta kita dapat beroleh sebanyak-banyak pahala untuk bekalan di akhirat kelak.

InsyaAllah…

 

Sempena Ramadan ini,

CMN Academy dengan kerjasama Akademi Al-Qudwah dan JWES Academy membuka peluang untuk anda menimba ilmu sepanjang Ramadan ini dengan pelbagai perkongsian online melalui Program Virtual Ilmiah Ramadan.

 

Sempena dengan itu juga, kami melancarkan satu Program Infak Ramadan di mana 100% dari wang yang diinfak akan digunakan bagi infak pendidikan untuk anak yatim dan asnaf yang memerlukan.