Keberkatan dan Kepentingan Sedekah, Infaq dan Waqaf
Assalamualaikum.
Salam 10 Ramadan.
Anda tahu bagaimana Universiti Al-Azhar berfungsi?
Dari mana dana yang universiti ini dapat untuk pelajarnya melanjutkan pelajaran?
Apa kena mengena dengan tajuk kita kali ini?
Kali ini, kami ingin menyebarkan perkongsian oleh Ustaz Don Daniyal berkaitan Keberkatan Sedekah, Infaq dan Waqaf.
Supaya perkongsian kami dapat menjentik hati kita untuk sama-sama berusaha bagi menambah sedekah, infaq dan waqaf terutamanya di bulan yang mulia ini.
Sempena dengan Ramadan 1440H, kami melancarkan satu Program Infak Ramadan di mana 100% dari wang yang diinfak akan digunakan bagi infak pendidikan untuk anak yatim dan asnaf yang memerlukan.