Bagaimana Belajar Al-Quran Dengan Lebih Seronok? (How To Learn Quran In A Fun Way)

Belajar al-Quran, atau biasa kita sebut belajar mengaji, adalah tuntutan kepada semua umat Islam.

 

Cuma ada sesetengah orang, terutamanya kanak-kanak & remaja agak sukar nak ‘enjoy’ dalam belajar mengaji.

Bila kurang seronok, mood nak belajar pun tak ada. Belajar kena paksa lepastu tak sambung.

Kita risau anak-anak tak dapat hayati & tak dapat kuasai sekurang-kurangnya bacaan Al-Quran dengan betul.

 

Jadi sebagai ibu bapa atau pendidik Al-Quran perlu mencari inisiatif untuk memberikan pembelajaran yang lebih seronok & sesuai kepada anak-anak.

Salah satu cara terbaik adalah melakukan aktiviti yang menarik melibatkan anak-anak atau pelajar.

 

Kami berikan contoh dari tutor di bawah CMN Academy, Ustazah Nadirah yang amat kreatif menyantuni pelajarnya walaupun kelas secara online.

Tak hairan lah bila ibubapa sangat puas hati dengan pembelajaran anak-anak mereka, pelajar pun seronok je belajar.

Pelajarnya ada di beberapa negara, salah satunya 3 beradik dari Australia ini.

 

Seronok nampaknya mereka belajar mengaji dengan projek inovasi.

 

 

Disamping mempunyai kreativiti sendiri, tutor di bawah CMN Academy dipilih melalui temuduga dan ada latihan berkala untuk memberikan idea kreatif dalam proses pembelajaran.

 

Kelas mengaji secara personal atau berkumpulan kecil sebegini mampu memberikan anak-anak peluang untuk belajar lebih berfokus dan seronok, serta tak perlu segan untuk membaca dan bertanya.

 

Jom beri anak-anak pembelajaran Al-Quran yang lebih menarik!

KLIK DI SINI

 

 

 

5 Tip Mula Belajar Al-Quran

 

Anda baru nak mula mengaji Al-Quran?

Alhamdulillah… Terbaik!

Ini Tip untuk anda.

Diharap dapat bantu anda dalam perjalanan mula mengaji Al-Quran, samada asas atau perbaiki bacaan.

 

5 Tip Mula Mengaji Al-Quran

 

1- Tetapkan Niat.

Niat yang betul akan menentukan bagaimana fokus & usaha kita dalam buat sesuatu perkara.

Jika dilihat dalam ibadah-ibadah wajib, niat merupakan perkara utama & pertama.

Solat contohnya, dimulakan dengan niat.

Niat sentiasa perlu diperbaharui, untuk mengingatkan diri kita tentang tujuan. Kebiasaan manusia iman ada turun naik, pasang surut. Jadi untuk kekalkan momentum, niat perlu diperbaharui selalu.

Jadi, tanamkan niat yang betul setiap kali nak mula mengaji.

 

2- Mulakan dengan surah pendek.

Kami faham, kadang kala semangat untuk mula membaca Al-Quran yang sangat tinggi membuatkan kita nak baca surah-surah panjang, terutamanya nak mula dengan surah Al-Baqarah, katanya nak ikut aturan dalam Al-Quran.

Salah ke?

Pastinya tidak. Cuma jika kita baru nak mula belajar mengaji, disarankan untuk baiki bacaan Al-Fatihah, seterusnya belajar surah pendek dari juzuk 30 terlebih dahulu.

Bila dah mahir sikit, bacaan dah agak lancar, boleh lah baca surah-surah yang panjang.

 

3- Belajar berguru.

Bila nak belajar sesuatu, kita pasti kena ada guru kan?

Contohnya dulu masa sekolah, kita tak pandai matematik, kita ada guru matematik untuk mengajar.

Tak cukup di sekolah, ada antara kita sambung lagi belajar tuisyen samada di pusat tuisyen atau di rumah. Betul kan?

Sama juga macam mengaji Al-Quran.

Kita perlu ada guru yang dapat bimbing, tegur & bantu kita baiki bacaan & pandai mengaji.

Zaman sekarang, kita & keluarga boleh belajar lebih mudah bersama guru dari mana saja, belajar secara online.

 

Kempen Sempurnakan Bacaanmu #JomNgajiDariAsas

 

4- Sentiasa praktis.

“Practice makes perfect.”

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”

Jika kita nak bagus dalam sesuatu, nak kuasai sesuatu, kita perlu sentiasa praktis.

Baca Al-Quran juga sama, walaupun baca sedikit demi sedikit, sehari satu muka pun, kita perlu berterusan ulang membaca supaya mudah mudahan bacaan kita lebih baik dari sebelumnya.

 

5- Jangan putus asa.

Ini antara perkara penting untuk kita yang mungkin bacaan masih bertatih atau tersekat-sekat.

Kita perlu kuatkan semangat untuk perbaiki bacaan kita.

Sabda Baginda SAW:

“Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH, adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

 

Jadi jom kita mula mengaji!

 

Perlukan bimbingan dalam pembelajaran al-Quran?

Jom CMN Academy bantu.

KLIK DI SINI

Tingkatkan Ilmu Al-Quran & Agama Bersama CMN Academy

Kita asyik risau bila tengok keadaan sekarang…

Tapi adakah kita mengambil ibrah & kesempatan yang diberi untuk meningkatkan ilmu agama & bekalan di hari kemudian?

Bukankah doa anak yang soleh adalah salah satu bekalan untuk bantu kita di alam sana, selain dari bekalan ibadah kita sendiri?

Al-Quran juga salah satu yang dapat berikan kita syafaat jika kita sentiasa dekat, membaca & beramal dengannya.

 

Kami ingin bantu anda & keluarga yang benar-benar mahu belajar membaca, memperbaiki bacaan, memahami maksud, serta mengetahui kisah di sebalik ayat-ayat Al-Quran dengan beberapa program yang kami wujudkan.

 

Bersedia untuk ketahui apa program yang ada?

 

1- Mengaji Online Personal 1 to 1 / Keluarga / kumpulan kecil

  • Terbuka kepada kanak-kanak, remaja & dewasa.
  • Belajar secara face to face melalui aplikasi Zoom atau video call.
  • Mudah bertanya soalan & tak perlu segan atau malu.
  • Lebih fleksibel dalam penentuan masa & hari kelas.

 

2- Funtastic Online Tuition Mengaji

  • Terbuka kepada pelajar berumur antara 5-12 tahun.
  • Kelas secara berkumpulan melalui aplikasi Zoom.
  • Masa & hari kelas yang telah ditetapkan.
  • Belajar mengaji Al-Quran dengan cara lebih seronok.
  • Boleh berkomunikasi secara 2 hala semasa kelas samada secara verbal atau chat.
  • Boleh berkomunikasi selepas atau sebelum kelas dalam telegram support group.

 

3- Funtastic Online Tuition Tajwid

  • Terbuka kepada pelajar berumur antara 5 – 12 tahun.
  • Kelas secara berkumpulan melalui aplikasi Zoom.
  • Masa & hari kelas yang telah ditetapkan.
  • Belajar & faham tajwid dengan gaya infografik yang lebih seronok & mudah.
  • Boleh berkomunikasi secara 2 hala semasa kelas samada secara verbal atau chat.
  • Boleh berkomunikasi selepas atau sebelum kelas dalam telegram support group.

 

4- Quranic Vengers Online QVO 2021

  • Program terbaru daripada kami di mana yang terdekat adalah pada 12 Februari 2021.
  • Dibawakan secara online melalui aplikasi Zoom.
  • Sesi kali ini merangkumi Surah As-Syams
  • Gabungan 3 elemen – Tilawah/Hafaz, Tajwid Infografik & Tadabbur Kisah

 

5- Mengaji Personal 1 to 1 di Rumah

  • Terbuka kepada kanak-kanak, remaja & dewasa.
  • Belajar secara face to face di mana tutor akan ke rumah anda.
  • Mudah bertanya soalan & tak perlu segan atau malu.
  • Lebih fleksibel dalam penentuan masa & hari kelas.

 

Pilihan di tangan anda!

Semoga dipermudahkan :)

 

Untuk konsultasi PERCUMA @ pertanyaan boleh klik di bawah

 

PROMOSI 12.12 !!!

  • [SALE 12:12] HOME TUITION AKADEMIK & MENGAJI 2020. PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!
    .
    .
    Anda ada ISU ini?
    .
    .
     
  •  Anak jenis yang kurang boleh tumpu perhatian atau malu bertanya dalam kelas yang ramai…
    .
  • Anak malas atau bosan ke sekolah kerana pencapaian yang kurang memberangsangkan…
    .
  •  Anda tak dapat ajar anak di rumah kerana kekangan masa, tidak tahu cara yang betul atau tidak tahu silibus…
    .
    atau…
    .
    .
  • Ibu atau bapa anda teringin nak mengaji, tapi anda tiada masa untuk hantar & ambil dari kelas kerana bekerja…
    .
  •  Anda atau ibu bapa segan mengaji di surau kerana tak pandai mengaji & ramai orang…
    .
  •  Mengaji di surau, tapi kejap pergi, kejap tak…
    .
  • Anak main-main bila anda yang ajar mengaji, atau anda tak berapa yakin/tahu…
    .
  • Anda dan keluarga nak privasi untuk mengaji & mudah bertanya soalan yang berkenaan kepada tutor…
    .
    .
    .
    Kami boleh bantu anda, anak & keluarga.
    .
    Bagaimana?
    .
    .
  •  Fokus hanya kepada anak anda, 1 pelajar atau max 5 orang saja (mengikut permintaan) – Tiada lagi isu segan atau malu nak tanya.
    .
  •  Tutor/Guru berpengalaman/terlatih datang ke rumah, lebih selamat, selesa dan mudah – tak perlu keluar.
    .
  •  Masa yang lebih Fleksibel
    .
  •  Berpatutan – dapat buat sesuatu yang istimewa untuk anak & diri
    .
  •  Lebih komited – ada jadual & berbayar.

    Dan banyak lagi..
    .
    .
    ‼️Sempena SALE 12:12,
    .
    kami tawarkan anda Baucer PERCUMA sehingga RM70 bagi setiap pendaftaran* 😲🎉
    .
    untuk sesi Home Tuition 2020 atau Mengaji di Rumah 2020
    .
    sebelum 20 Disember 2019!
    .
    .
    Tutor TERHAD. Rebut sekarang!
    Promosi akan berakhir dalam masa 1 minggu 
    .
    .
    #hometuition2020
    #mengajidirumah2020
    #quranichomebased2020
    #anakcemerlang2020
    #CMNAcademy

Ada Perubahan Dalam Masa Sebulan…

 

 

Puan Jannah mengenali CMN Home Tuition di Google dan menyebabkan beliau membuat keputusan untuk mempelajari Al-Quran atau mengaji daripada peringkat permulaan. Beliau mencari pusat tuisyen untuk anaknya yang bernama adik Mikhail untuk belajar mengaji.

 

Tambahan pula, beliau agak sibuk menguruskan perniagaan dan sentiasa bekerja di luar kawasan. Beliau mengambil keputusan untuk mengadakan kelas Fardhu Ain di pejabat agar senang untuk staff dan dirinya mengaji walau dalam kesibukan kerja.

 

Puan Jannah berasa selesa bersama Ustazah Noramizah kerana tutor sangat membantu dalam sesi pembelajaran seperti menggunakan alat bantu mengajar dan melakukan aktiviti yang menarik sepanjang kelas berlangsung. 

 

Puan Jannah berasa gembira apabila mengalami perubahan semasa mengaji bersama Ustazah Noramizah iaitu Tutor CMN. Alhamdulillah, dalam masa sebulan sahaja beliau menghabiskan Iqra’ dan kini beliau mula belajar Al-Quran. 

 

Adik Mikhail pula berasa seronok belajar agama dan mengaji bersama Ustazah Noramizah yang banyak membantu anak Puan Jannah untuk persediaan pada masa akan datang.

 

 

Akhir sekali, kami dari CMN Academy mendoakan Puan Jannah bersama anak dan staffnya agar lebih mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga apa yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk anda semua :) 

 

 

Mudahnya Mengaji bersama Ustazah Akmal

Bagaimana Cara Mudah Untuk Bacaan Waqaf Saktah – Tajwid Info Grafik

Jom bersama Ustazah Akmal (Founder JWES Academy) hari ini di page CMN Seronoknya Mengaji dan page JWES Academy.

Ustazah Akmal akan kongsikan cara mudah untuk bacaan WAQAF SAKTAH. Ada yang masih tak tahu cara baca waqaf ini? Jom tonton untuk manfaat bersama.

 

Jom klik disini untuk mengetahui Bagaimana cara mudah untuk bacaan Waqaf Saktah

 

 

Bengkel Online ‘Oh Mudahnya Tajwid’ – Mengaji Guna Simbol Je?

BACA QURAN TAK LANCAR, DEK KERANA ‘BLUR’ & PENING NAK INGAT NAMA HUKUM TAJWID?

 

Dulu nak baiki bacaan Al-Quran ni kalau kita tak ke tempat guru, guru akan datang ke rumah.

Kini, mudah saja nak belajar dari rumah secara Online dengan OH MUDAHNYA TAJWID!

 

Kami telah membantu lebih 10,000 orang mendapatkan manfaat daripada OH MUDAHNYA TAJWID!

 

Ada antara kita masih ragu-ragu dalam bacaan Al-Quran…

Tak pasti hukum tajwid,… mim mati ke, mad-mad… nak panjang ke, pendek ke bacaan

Nama hukum-hukum tajwid terasa banyak sangat nak hafal…

 

Jadi, macam mana nak membaca Al-Quran dengan hukum tajwid yang betul?

Ada kaedah yang lebih mudah & jimat masa terutamanya untuk kami yang dewasa & warga emas ni?

Memperkenalkan Pembelajaran Tajwid Secara Online Yang Lebih MUDAH, SELAMAT & JIMAT

HANYA Dengan Kenali SIMBOL, Tanpa Perlu Menghafal Hukum-Hukum Tajwid

Bengkel Online

 

Apa yang BEST dengan Bengkel Online OH Mudahnya Tajwid!

Ketahui bacaan bertajwid hanya menggunakan Simbol

Tak perlu hafal hukum Tajwid

Masa yang lebih singkat untuk perbaiki bacaan

Sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya Dewasa 

 

Profil Speaker

Pengasas Modul OH Mudahnya Tajwid

Antara bengkel yang telah dijalankan…

Bengkel OH Mudahnya Tajwid bersama warga PULAPOL Langkawi.

 

Bengkel OH Mudahnya Tajwid di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak.

 

Bengkel OH Mudahnya Tajwid bersama kariah Surau Al-Muttaqin Antara Gapi Serendah.

 

Info Bengkel Online OH Mudahnya Tajwid!

Tarikh : 16 Mei 2020

Masa : 8.30 pagi – 1 petang

Tempat : Secara Online

 

Yuran HANYA 30 Seorang

 

Berminat nak join & baiki bacaan Al-Quran anda?

 

Klik di bawah untuk mendaftar SEKARANG!

 

Promosi Ramadan Raya Seronoknya Mengaji CMN Academy

[BELI 1 PERCUMA 2] PROMOSI RAMADAN RAYA: SERONOKNYA MENGAJI PERSONAL & FAMILI DI RUMAH SECARA HOME BASED ATAU SECARA ONLINE!
.
.
 Anda tahu membaca Al-Fatihah dalam solat adalah wajib?
 Adakah anda pasti bacaan Al-Fatihah anda betul dan tepat?
 Bagaimana pula dengan surah2 lain?
 Pernahkah anda cuba untuk menyemak bacaan bersama orang yang lebih arif?
.
.
Kami dah bantu ramai kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas BELAJAR…
 Secara berfokus, santai dan seronok di rumah
 Dalam masa dan hari pilihan
 Dengan cara lebih menarik, sesuai dan efektif dengan diri
 Melalui medium tutor ke rumah atau melalui online
 Seterusnya meningkat potensi dan sehingga khatam
 Monitor apa yang belajar & diajar
 Tahu pencapaian dari masa ke masa
 Jimat petrol, masa dan tenaga
.

.

Seronoknya Mengaji Di Rumah

.
Sempena Ramadan 1440H ini,
.
Kami lancarkan PROMOSI RAMADAN – AIDILFITRI SERONOKNYA MENGAJI!
.
Kami nak beri anda peluang mengaji di rumah dengan lebih seronok dan berfokus bersama ustaz dan ustazah terpilih.
.
.
Dan…
kami juga nak berikan 30 Modul Tajwid Infografik secara PERCUMA!
.
.
Ape?
.
Nak lagi?
.
Haa…
.
Bukan itu saja, kami juga berikan 1 Sesi Mengaji Online secara PERCUMA!
.
.
Daftar sekarang & dapatkan PROMOSI HEBAT ini!
.
.
Hanya untuk 30 Pendaftaran Terawal
.
.
dan sehingga 14 Jun 2019 saja.
.
.
Nak dapatkan TAWARAN ISTIMEWA ini?
.
>> Whatsapp “2FREE” ke 01132742922 sekarang! <<
>> Whatsapp “2FREE” ke 01132742922 sekarang! <<
>> Whatsapp “2FREE” ke 01132742922 sekarang! <<
.
atau klik http://bit.ly/PromosiRamadanRaya-SMD

 

Keberkatan dan Kepentingan Sedekah, Infaq dan Waqaf

Assalamualaikum.

Salam 10 Ramadan.

 

Anda tahu bagaimana Universiti Al-Azhar berfungsi?

Dari mana dana yang universiti ini dapat untuk pelajarnya melanjutkan pelajaran?

Apa kena mengena dengan tajuk kita kali ini?

 

Kali ini, kami ingin menyebarkan perkongsian oleh Ustaz Don Daniyal berkaitan Keberkatan Sedekah, Infaq dan Waqaf.

 

Supaya perkongsian kami dapat menjentik hati kita untuk sama-sama berusaha bagi menambah sedekah, infaq dan waqaf terutamanya di bulan yang mulia ini.

 

Sempena dengan Ramadan 1440H, kami melancarkan satu Program Infak Ramadan di mana 100% dari wang yang diinfak akan digunakan bagi infak pendidikan untuk anak yatim dan asnaf yang memerlukan.

 

Sedekah, Infaq dan Ramadan

Assalamualaikum tuan / puan yang diberkati Allah sekalian.

Ramadan telah menjelma…

Kami ingin kongsikan berkenaan dengan Sedekah, Infaq dan Ramadan.

 

Kita biasa dengar tentang sedekah…

Tapi, pernahkah anda dengar perkataan infaq (infak)?

 

Jika ya… anda tahu apa itu infaq?

Tahu apa keperluan kita untuk berinfaq?

Dan bagaimana pertalian sedekah dan infaq dengan bulan Ramadan?

 

Maksud Sedekah adalah suatu pemberian yang diharapkan pahala padanya daripada Allah Taala.

Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan.

Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah sunat, seperti yang dimaksudkan dalam
al-Quran:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah al-Taubah, (9:60)

Begitu juga keterangan hadis dalam surat yang ditulis oleh Sayyidina Abu Bakar RA:

هَذِهِ فَرِيضَةُ الصَّدَقَةِ الَّتِي فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى المُسْلِمِينَ
Maksudnya: Kefarduan sedekah (yakni zakat) ini ialah seperti mana yang difardukan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum Muslimin.
Hadis riwayat Imam Bukhari (1454)

 

Infaq menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat.

Dalam Surah al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunakan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.

Perkata ‘ينفقون’ dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari, merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung.

 

Justeru, sedeqah dan infaq itu ialah sinonim.

(sumber: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1353-al-kafi-396-beza-makna-sedekah-infaq-dan-zakat)

 

Jadi, apa pula kaitan Infaq dengan Ramadan?

 

Seperti yang kita ketahui,

Infaq adalah salah satu ibadah yang mulia.

 

Ibadah bila dikerjakan dalam bulan Ramadan, akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Kita dianjurkan untuk melakukan lebih banyak ibadah tambahan seperti sedekah dan infaq pada bulan Ramadan.

 

Infaq (Sedekah) adalah salah satu daripada ibadah sunnah yang amat dianjurkan untuk dilakukan pada bulan Ramadan.

 

CMN Academy dengan kerjasama Akademi Al-Qudwah dan JWES Academy menganjurkan satu Program Infak Ramadan di mana 100% dari wang yang diinfak akan digunakan bagi infak pendidikan untuk anak yatim dan asnaf yang memerlukan.

 

 

Kami juga membuka peluang untuk anda menimba ilmu sepanjang Ramadan ini dengan pelbagai perkongsian online melalui Program Virtual Ilmiah Ramadan.