Tip Membina Ayat Untuk Pelajar

Setiap hari, kebanyakan dari kita berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

Betul ke ayat yang kita gunakan ketika kita bercakap dan sama ke dengan apa yang perlu kita tulis bila di sekolah atau dalam peperiksaan?

 

Haaa.. anda tahu tak macam mana nak bina ayat yang sebetulnya? Tak tahu? Atau masih lemah dalam membina ayat…?

Ini tip untuk bina ayat yang baik, bagus dan sempurna khas untuk pelajar!

 

Apa yang perlu dilakukan:

1- Bina ayat gramatis (ayat yang ikut susunan tatabahasa dan struktur yang betul) dan tersusun menggunakan bahan rangsangan yang diberikan.

2- Setiap ayat perlu ada subjek dan predikat.

3- Setiap ayat yang dibina harus menerangkan apa-apa yang terkandung dalam bahan rangsangan. Seperti contoh, satu gambar untuk satu ayat.

4- Gunakan tanda baca/wacana yang betul.

5- Pastikan ejaan yang tepat.

 

Ada pelajar yang masih ‘careless’ dan melakukan kesilapan kecil seperti tersilap ejaan atau tertinggal tanda wacana. Bagi mengurangkan kesilapan kecil yang ada kalanya tak sengaja, boleh baca kembali ayat yang ditulis. Semak semula hasil tulisan untuk lebih ketepatan.

Jom kita belajar dan pratikkan sama-sama!

 

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

4 Tips Nak Jadi Top Student di Sekolah

Setiap sekolah di dunia semestinya ada top student atau pelajar berprestasi tinggi, atau boleh dikatakan pelajar harapan sekolah. Sekolah juga akan memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan ini untuk mencapai penanda aras sekolah dalam peperiksaan besar. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pelajar lain yang mahukan mereka tergolong dalam kelompok top student di sekolah?

 

Antara tips yang bakal dikongsikan kepada pelajar-pelajar di luar sana, bagaimana hendak menjadi top student:

  1. Fokus semasa dalam kelas

Pelajar mestilah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Menyalin segala nota yang ditulis oleh guru di papan putih sambil mendengar penerangan guru di samping mencatat segala apa yang diucapoleh guru. Jika ada masa lapang atau tiada guru, rebut peluang untuk siapkan homework di sekolah. Hal ini kerana, pelajar kurang belajar di rumah disebabkan smart phone. All out dekat sekolah, study, hafal, lakukan latihan.

 

  1. Kawan rapat atau geng

Berusaha rapat dan mencari geng yang rajin belajar. Geng kita sendiri contohnya, masing-masing ada kemahiran bagi setiap subjek, ada yang mahir matematik, ada yang mahir bahasa inggeris, mahir sains. Hal ini demikian kerana, kawan rapat tidak semestinya sentiasa dengan hiburan, apabila waktu belajar mereka akan belajar sungguh. Kalau kita belajar dengan kawan sendiri, pendekatan atau penerangan kawan lebih mudah, santai dan simple untuk kita faham.

 

  1. Cari cara belajar tersendiri

Cara belajar setiap pelajar berbeza mengikut karakter masing-masing. Ada pelajar yang boleh belajar secara sendirian, berkumpulan, sambil mendengar, melalui lukisan, lisan dan sebagainya. Kita sendiri perlu kenalpasti diri sendiri boleh belajar dengan cara yang bagaimana. Contohnya, mencipta rentak lagu sendiri untuk subjek yang perlu menghafal untuk lebih mudah ingat, mereka komek untuk subjek sejarah, memerlukan kepada bercakap untuk ingat.

 

  1. Jaga hubungan dengan Allah dan mahkluk

Menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Menambahkan amalan seperti menunaikan solat-solat sunat dengan konsisten. Pemakanan juga salah satu faktor pembelajaran juga, tidak semua makanan kita boleh makan terutama apabila pelajar mengambil subjek pengajian Islam. Wujudkan suasana yang positif di sekolah dan di rumah. Menjaga hubungan dengan makhluk, contohnya sebelum gerak ke sekolah salam dan cium ibubapa, sentiasa perbetulkan niat kerana Allah atau boleh praktis bercakap dengan haiwan walaupun mereka tak faham.

 

Akhir sekali, pelajar yang rajin belajar, bawa buku kemana sahaja tidak sama karakternya dengan standard student, jadi tips yang pertama ini boleh membantu mereka menjadi top student di sekolah. Terkadang semasa di kelas cikgu akan lontarkan kata-kata yang mana pelajar akan ingat sampai bila-bila.

3 CARA UNTUK DESIGN KELAS ONLINE

Hai semua, berjumpa kita kembali. Harini saya nak berkongsi dengan semua tentang 3 cara untuk design online class. Haaa, macam mana tu? Kenapa perlu design online class? Jom sama-sama baca artikel ini sampai habis.

Baiklah, cara yang pertama untuk design online class ialah tutor atau tenaga pengajar perlulah ada lesson plan. Apa itu lesson plan? Lesson plan ialah perancangan kita untuk mengajar untuk setiap sesi. Tenaga pengajar perlu untuk tunjuk kepada para pelajar perkara yang mereka akan pelajari jadi dengan itu barulah para pelajar tahu mereka akan belajar tajuk apa atau bab apa pada hari itu. Seterusnya, tenaga pengajar perlu pelbagaikan cara pembelajaran supaya pelajar boleh kekal fokus sehingga habis pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilakukan selain mengajar menggunakan buku, boleh juga masukkan aktiviti permainan menggunakan kahoot atau quizziz. Tenaga pengajar juga boleh sediakan whiteboard untuk menerangkan dengan lebih jelas kepada pelajar.

Cara yang kedua ialah everytime kelas, baca doa. Seperti mana yang kita tahu, doa merupakan senjata paling utama dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Dengan berdoa, nescaya allah akan permudahkan segala urusan yang bakal dibuat. Sama juga dengan kelas, jadinya sebelum belajar, pelajar dan guru boleh membaca doa belajar bersama-sama dengan harapan semoga apa yang dipelajari mudah untuk diingati. Guru boleh meminta pelajar yang berbeza untuk membaca doa supaya semua pelajar dapat merasa untuk lead doa di dalam kelas. Membaca doa dan maksudnya sangat bagus dan penting supaya Allah permudahkan urusan dalam kefahaman belajar.

Seterusnya, cara yang ketiga ialah pendidik diibaratkan sebagai kereta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan ini? Maksudnya pendidik perlu servis diri sebagaimana servis kerta, pendidik perlu improve diri dari segi cara mengajar agar pelajar tidak bosan dan boleh sentiasa fokus. Pendidik boleh variasikan cara mereka mengajar dan tidaklah tertumpu kepada satu cara sahaja. Sebagai contoh, jika pendidik selalu menggunakan buku teks, boleh tukar isi-isi penting dalam buku itu ke slideshow, boleh menggunakan powerpoint atau canva atau sebarang aplikasi yang sama kegunaannya.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat manfaat dan dapat menambah baik untuk sesi pembelajaran pada masa akan datang. Jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan. Selamat mencuba. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang topik ini, boleh klik di sini.

5 TIPS UNTUK KEKAL POSITIF

5 CARA UNTUK KEKAL POSITIF

Dalam hidup ini, kita tak terlepas daripada mengalami tekanan atau stress samada ketika bekerja ataupun belajar. Stress yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita jadi kita perlu tangani dengan secepat mungkin. Hari ini saya nak konsikan tentang 5 cara untuk kekal positif dalam kehidupan seharian. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita jalani hidup dengan lebih tenang dan selesa.

Baiklah, tips yang pertama ialah dengan kita bersabar. Sifat bersabar ini perlu kita pupukkan dalam diri. Dengan adanya sifat sabar dalam diri kita, apa pun dugaan aaupun cabaran yang datang, kita akan lebih kuat untuk menghadapinya. Sepertimana Allah berfirman dalam surah Al-Maarij ayat 5-7, “Maka Bersabarlah Dengan Sabar Yang Baik, sesungguhnya mereka memandang siksaan itu mustahil. Sedangkan Kami memandangnya mungkin terjadi”.

Tips yang kedua ialah kita ubah mindset. Kita perlu ubah mindset ke arah yang lebih positif. Dan setiap kali bangun tidur, penuhilah dengan rasa syukur. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita yang tidak boleh dikira jumlahnya. Ada ketika, saat kita melihat orang lain lebih daripada kita dari semua aspek membuatkan hati menjadi tidak senang, cemburu, dengki atau apa sahaja perasaan negatif. Kalau ada perasaan macam tu, buang jauh-jauh. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bila kita bersyukur, Allah akan melipatgandakan rezeki kita.

Beralih kepada tips ketiga ialah bergaul dengan orang yang positif. Bila kita masuk dalam satu circle orang yang berfikiran positif ini sedikit sebanyak membantu kita untuk kekal konsisten berfikiran positif. Pastikan diri anda sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang positif dari segi tingkah laku, pemikiran mahupun percakapan. Ini mampu membantu diri anda untuk setiasa kekal positif di samping menarik aura-aura positif orang di sekeliling anda dan mengekalkan tenaga anda seharian.

Tips yang keempat yang boleh dikongsikan ialah bercakap perkara yang baik-baik sahaja. Percakapan harian kita kena jaga untuk kita kekal konsisten berfikiran positif & aura positif dalam diri bertambah kuat. Bila kamu berada dalam komuniti bercakap sesuatu yang dapat membantu membina sekililing kamu. Bila kita amalkan ini, automatik aura positif akan kekal dalam diri malah bertambah lagi.

Tips yang terakhir ialah memaafkan. Memaafkan ini bukan lah sahaja memaafkan orang lain tetapi memaafkan diri kita sendiri juga. Selepas kita maafkan diri kita, barulah kita memaafkan orang lain. Dengan cara ini barulah kehidupan kita akan sentiasa positif. Jika susah hendak memafkan orang lain, ingatlah bahawa semua manusia tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan.

Inilah antara tips untuk kita kekal positif dalam kehidupan seharian. Semoga perkongsian ini menbantu untuk meneruskan pekerjaan atau pembelajaran dengan lebih tenang. Jangan lupa berkongsi pada keluarga dan rakan-rakan. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Kekal Semangat Belajar Online Di Rumah

Ilmu itu amatlah penting dan wajib keatas setiap individu untuk menuntut ilmu. Tidak kiralah di mana sahaja atau dalam apa-apa situasai, kita mesti menuntut ilmu. Ilmu dapat menjamin masa hadapan dan dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin dan berintelektual.

Dalam pandemik Covid-19 hari ini makin meningkat dan kita memperoleh cabaran dalam menuntut ilmu kerana tidak dapat untuk hadir sekolah atau universiti untuk menjalani kelas secara fizikal. Ketika awal tahun  2020 yang lepas kita menghadapi satu situasi yang sangat mencabar kerana semua urusan tidak kira samada belajar mahupun kerja mesti dilakukan secara maya. Tetapi hari demi hari kita sudah dapat mendaptasi situasai maya ini dalam banyak perkara. Sebagai pelajar mahupun guru kita mesti mencari jalan bagaimana kita mahu wujudkan suasana pembelajaran maya yang efektif.

  • NIAT

Perbetulkan niat kita dalam menuntut atau menyampaikan ilmu. Niatlah kerana Allah agar dibuka pintu hati dan mudah menerima dan memahami ilmu yang disampaikan, begitu juga kita dapat menyampaikan ilmu dengan baik. Jika pada permulaan kita tidak diniatkan kerana Allah kita cenderung untuk melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa, buat kerja acuh tak acuh dan mudah hilang fokus. Jadi mulakan dengan niat kerana Allah dan berdoa kepada-Nya agar dipermudahkan urusan dalam menyampaikan atau mempelajari ilmu.

  • SUASANA

Ini antara perkara yang memainkan peranan yang sangat penting. Bina suasana dalam rumah suasana belajar, macam mana tu? Kita hias bilik atau tempat belajar kita cantik-cantik, kemas dan bersih supaya bila kita nak belajar je terus ada semangat, seronok dan selesa ketika belajar atau mengajar. Sama juga situasi di dalam kelas cikgu mesti suruh kita hias kelas, sapu kelas sebab untuk kita rasa selesa belajar. Jadi kita lakukan perkara yang sama di rumah kita.

  • BERSIAP-SEDIA

Cara ini pula mungkin tak ramai yang buat tapi sebenarnya ia sangat membantu kita dalam pembelajaran. Ambil masa dalam 10 ke 5 minit sebelum kelas maya bermula. Buat persiapan dengan membaca nota tajuk yang akan dipelajari, ini sangat membantu kita dalam memahami pelajaran dengan lebih baik dan kita dapat bertanya soalan yang tidak difahami.  Ini dapat mengelakkan daripada mengantuk dalam kelas. Pada masa yang sama juga kita dapat hadir ke kelas maya tepat pada waktunya, tidak perlu guru menunggu kita.

  • SEGAR

Ini antara cabaran dalam kelas maya, iaitu pelajar akan mudah mengantuk. Disebabkan hanya menghadap laptop atau telefon ia membuatkan pelajar hilang fokus. Nak kekal segar di dalam kelas mudah je. Pertama, duduk dalam posisi yang betul, jangan kita belajar di atas katil sambil baring itu akan menyebabkan kita mengantuk dan tidur. Kedua, sediakan bekalan air atau kudap-kudapan yang ringan, jika rasa ngatuk minum air atau makan kudap-kudapan tapi dengan kebenaran guru. Ketiga, buat rengangan badan yang ringan. Ini dapat membantu kita untuk kelas segar.

Tidak lupa juga kepada para pendidik, guru-guru, dan pensyarah, guna cara pembelajaran yang menarik untuk menarik perhatian dan fokus pelajar. Contohnya, kerap berinteraksi dengan pelajar dengan tanya soalan kepada mereka, selitkan selingan tanyangan video dalam pembelajaran, ini sangat membantu bagi pelajar yang cenderung kepada visual atau audio. Seterusnya, buat aktiviti, main sambil belajar seperti buat kuiz menggunakan aplikasi yang menarik, terdapat banyak aplikasi di internet yang boleh digunakan.

  • HUBUNGAN

Perkara yang terakhir sekali ini amatlah penting iaitu, perihara hubungan dengan Allah, ibubapa, guru-guru atau pensyarah dan kawan-kawan. Utamanya, peliharalah hubungan dengan Allah, jaga solat di awal waktu, membaca Al-quran dan banyakkan berdoakan kerana ilmu yang diperoleh atas keizinan-Nya. Hormat dan taat pada ibubapa, apabila sudah belajar di rumah guna masa yang ada untuk berbakti pada mereka, taatlah apa yang disuruh selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.

Selain itu, jaga adab dan akhlak antara pelajar dan guru kerana adab belajar secara maya ini sudah tidak dijaga kerana tidak bersemuka, video boleh ditutup, suara boleh disenyapkan, dan masuk kelas lewat. Adab dan akhlak nilainya sangat tinggi dan orang tidak pandang pada ilmu setinggi gunung yang kita peroleh tetapi adab dan akhlak yang dihiasi diri.

Tidak dilupakan juga, bantu kawan-kawan yang memunyai masalah dalam pelajaran atau mungkin ada sebahagian daripada mereka yang tidak mempunyai capaian internet yang baik untuk hadir ke kelas. Ilmu yang ada dikongsi bersama.

Kata Imam As-Syafie ;

“Jika kamu tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggun peritnya kebodohan”

Jangan jadikan situasi pandemik covid-19 sekarang sebagai alasan untuk kita tidak mahu menimba ilmu. Cari solusi dan teruskan usaha kerana Allah akan kurniakan ganjaran bagi mereka yang usaha.

Adik Aqil dapat markah tertinggi di dalam kelas selepas ambil Home Tuition !

Kali ini kami nak kongsikan kisah Puan Noraishah yang merupakan ibu kepada Aqil Haidar, calon UPSR 2020.

Sebelum puan Noraishah menggunakan khidmat CMN Academy, puan Noraishah pernah mengambil personal tutor lain tetapi personal tutor tersebut bukan dibawah tuition centre. Setelah berhenti menggunakan khidmat personal tutor tersebut, puan Noraishah mencari personal tutor lain yang boleh membantu anaknya, Aqil Haidar dalam pembelajaran. Pada mulanya puan Noraishah menapis dahulu dan membandingkan CMN Academy dengan pusat tuisyen lain bagi mendapatkan home tutor yang terbaik untuk anaknya. Akhirnya puan Noraishah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat CMN Academy kerana melihat maklum balas dan testimoni daripada klien-klien yang menggunakan khidmat tutor CMN Academy yang banyak menunjukkan peningkatan gred peperikasaan anak-anak mereka.

Puan Noraishah ingin meningkatkan gred peperiksaan anaknya, Aqil Haidar terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu.  Aqil Haidar lebih memerlukan cikgu Bahasa Melayu kerana Aqil susah untuk skor subjek Bahasa Melayu berbanding dengan subjek Sains, Math, dan Bahasa Inggeris. Setelah mengetahui requirement yang dikemukakan oleh puan Noraishah, admin CMN Academy memberi profil tutor iaitu Cikgu Seri. Pada mulanya, puan Noraishah tidak yakin dan mahu mencuba menggunakan khidmat Cikgu Seri. Apabila beberapa kelas dijalankan Bersama Cikgu Seri, anak puan Noraishah mula rasa seronok dan excited untuk belajar. Pada mulanya, sebelum PkP, puan Noraishah ingin anaknya skor untuk UPSR. Tetapi apabila PKP berkuatkuasa, banyak pelan pembelajaran telah berubah sehingga peperiksaan UPSR dimansuhkan, puan Noraishah tetap meneruskan pembelajaran anaknya dengan CMN Academy tetapi berfokus kepada untuk mendapatkan tempat di sekolah MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Aqil haidar menyatakan perasaannya semasa mula-mula belajar bersama Cikgu Seri, pada mulanya dia berasa malu dan takut. Tetapi Cikgu Seri pandai mengambil hati dan membuatkan Aqil Haidar hilang rasa takut dan rasa seronok belajar bersamanya dengan membuat aktiviti-aktiviti menarik seperti membuat eksperimen untuk mengajar subjek sains. Apabila dah dekat dengan Tarikh peperiksaan atau ujian, Cikgu Seri lebih fokuskan dengan membuat Latihan, kuiz, dan dalam masa yang sama, Cikgu Seri akan terangkan apa-apa yang mengelirukan Aqil Haidar. Bagi Aqil, pembelajaran bersama home tutor dan bersama cikgu-cikgu di sekolah sangat berbeza. Di sekolah cikgu-cikgu akan mengajar secara menyeluruh dan tidak dapat focus kepada setiap pelajar. Manakala belajar di rumah bersama home tutor pula sangat berkesan kerana Aqil dapat bertanya terus apa-apa bahagian yang tidak difahami kepada Cikgu Seri.

Setelah beberapa bulan menggunakan khidmat home tutor CMN Academy bersama Cikgu Seri, terdapat peningkatan dalam keputusan peperiksaan akhir tahun Aqil Haidar berbanding dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun terutamanya subjek Bahasa Melayu yang difokuskan. Aqil Haidar lebih mahir dalam membuat karangan Bahasa Melayu. Aqil juga pernah mendapat markah tertinggi di dalam kelas dalam subjek Bahasa Melayu kerana menggunakan tips-tips yang diajar oleh Cikgu Seri.

Bagi puan Noraishah, CMN Academy membuatkan anaknya lebih seronok dan bersemangat Ketika belajar kerana dapat tutor yang pandai mengambil hati dan membuatkan suasana belajar berasa seronok dan luar biasa. Puan Noraishah menyarankan kepada ibu bapa yang mencari pusat tuisyen atau cikgu untuk mengajar di rumah untuk terus hubungi CMN Academy kerana tutor-tutor CMN Academy semua diberi training untuk menjadi seorang tutor yang baik, bagus, dan mempunyai Teknik pengajaran yang berkesan serta Teknik  approach pelajar supaya mereka seronok belajar.

Kebaikan kelas tuisyen kepada pelajar sekolah

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pusat tuisyen di negara ini bertambah dengan pesat bagai, cendawan tumbuh selepas hujan. Sejak kebelakangan ini, kelas tuisyen sudah menjadi sebahagian daripada budaya warga pelajar kita. Seseorang pelajar mengganggap dirinya tidak lengkap tanpa menghadiri kelas tuisyen. Dengan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan pusat tuisyen merupakan sekolah kedua untuk para pelajar pada hari ini.

Dengan menghadiri kelas tuisyen, para pelajar mempersiapkan diri mereka ke arah peperiksaan. Hal ini demikian kerana mereka mendapat bimbingan intensif bagi setiap mata pelajaran daripada guru-guru tuisyen. Guru-guru tuisyen dapat memberikan tumpuan yang lebih dan mengukuhkan pemahaman para pelajar kerana bilangan pelajar di dalam kelas tuisyen adalah kecil. Oleh itu, guru tuisyen mudah untuk menyelesaikan masalah dan kekaburan yang dihadapi oleh pelajar.

Selain itu, pelajar sekolah sekarang sering dibebankan dengan pelbagai tugasan seperti folio dan kerja kursus sehingga mereka tidak sempat untuk mengulang kaji pelajaran. Pelajar-pelajar sewajarnya membuat ulang kaji secara konsisten untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, kelas tuisyen dapat memberikan peluang untuk para pelajar menelaah pelajaran. Mereka juga dibimbing menerusi kaedah latih tubi bagi membiasakan diri dengan bentuk soalan peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan sebenar.

Sebagai kesimpulan, kewujudan pusat tuisyen lebih  banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pusat tuisyen di negara kita harus dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa agar mutu pengajaran serta bimbingan selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang.

Kebaikan Internet dalam Kalangan Masyarakat

 

Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, internet menjadi perkara penting dalam kehidupan kita. Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian perhubungan dunia yang telah mengecilkan dunia selain televisyen. Ianya juga memberi banyak kebaikan kepada masyarakat kerana penggunaannya yang meluas dan maklumat tanpa sempadan. Semua perkara dapat dilakukan dengan adanya internet. Masyarakat tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas serta dari mana-mana sahaja mahupun luar negara atau dalam negara. Masyarakat perlulah menggunakannya dengan sebaik mungkin dan elakkan diri daripada menjadi katak di bawah tempurung.

Pertamanya, kegunaan internet yang utama adalah mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Internet sememangnya membolehkan kita mencari maklumat dalam masa yang singkat. Sama ada kita mencari dengan menggunakan telefon pintar atau komputer, hanya ada satu keperluan yang membolehkan kita melayari internet iaitu hubungan internet. Pada zaman ini, perkara ini menjadi satu kewajipan sehingga pada tahap remaja. Mereka sudah giat menggunakannya untuk berhubung dengan kawan-kawan mereka. Remaja juga boleh mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Internet juga merupakan perkara yang ‘mesti ada’ dalam kalangan orang yang bekerja. Ianya memudahkan pencarian dan pengumpulan maklumat kepada sesiapa yang menggunakannya.

Seterusnya, internet dapat berkomunikasi di antara jarak jauh dan jarak dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Internet memudahkan perhubungan kita dengan saudara mara kita yang jauh. Kemudahan perhubungan internet seperti ‘Facebook’, ‘Twiter’, ’email’ dan lain-lain dapat menghubungkan kita dengan seseorang di mana-mana sahaja. Berikutan itu, dengan adanya kemudahan internet, keselamatan juga terjamin. Tamsilnya, ibu bapa yang menghantar anaknya untuk belajar di luar negara selalu berhubung menggunakan perkhidmatan ‘skype’. Ibu bapa boleh berhubung dengan anak malah boleh melihat wajah mereka juga. Internet amat penting bagi mengekalkan hubungan yang erat kerana air dicincang tidak akan putus.

Selain itu, internet membenarkan ibu bapa mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak secara cepat dan berkesan. Ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga tidak mempunyai masa untuk melihat prestasi anak-anak di sekolah. Ibu bapa haruslah mengetahui pencapaian anak dalam pelajaran supaya kebajikan mereka tidak terabai dan mereka akan rasa disayangi oleh ibu bapa yang sibuk mencari duit untuk menampung perbelanjaan seharian. Internet boleh membaiki perkara berikut dengan mewujudkan sebuah laman web khas untuk mengetahui rekod pencapaian anak di sekolah. Tamsilnya, laman web SAPS disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak secara atas talian.

Selanjutnya, kebaikan internet juga adalah memudahkan urusan pembelian barang sekali gus menjimatkan masa, tenaga dan kos. Masyarakat sekarang semakin sibuk dengan rutin harian mereka iaitu bekerja untuk mencari rezeki supaya dapat mengurangkan beban inflasi yang meningkat pada kebelakangan ini. Lanjutan daripada isi sebelumnya, kebanyakan masyarakat tiada masa untuk meluangkan sedikit masa untuk beriadah. Internet memberi jalan lain yang memudahkan kehidupan masyarakat dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan lain. Bagi seseorang yang tidak mempunyai masa untuk beriadah atau membuat urusan lain, Internet boleh memudahkan urusan pembelian barang terutamanya barang runcit.

Kesimpulannya, penggunaan internet sememangnya jelas memberikan seribu satu faedah atau manfaat kepada kita. Oleh itu, sebagai masyarakat yang berminda kelas pertama, kita perlulah memanfaatkan penggunaan internet dalam menimba ilmu pengetahuan khasnya. Dalam era serba moden ini, kita janganlah ketinggalan umpama katak bawah tempurung kerana penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang.

 

 

Kebaikan Amalan Menabung

 

Menabung ialah amalan menyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bank. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.

 

  1. Simpanan untuk masa hadapan ialah faedah menabung adalah dapat membekalkan sebuah keluarga atau individu dengan sumber kewangan untuk kegunaan masa depan. Hal ini demikian kerana wang boleh dianggap segalanya pada zaman kini.
  2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan. Setiap orang perl sedar bahawa keperluan duit semasa waktu kecemasan juga membuatkan amalan menabung itu sangat penting. Hal ini kerana manusia tidak dapat menjagka pada bilaa masa mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos perbelanjaan.
  3. Amalan agar tidak menjadi membazir. Menabung dapat menjauhkan diri daripada sikap pembaziran.Hal ini kerana dengan menyimpan wang, ianya mempunyai kesan termasuk dapat memupuk nilai-nilai murni seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan kita.
  4. Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak.Amalan menabung yang disemai oleh ibubapa dapat dijadikan contoh teladan kepada anak mereka.Perkara ini bermaksud sesebuah keluarga yang mengambil berat tentang amalan menabung.
  5. Dijadikan bank kecil,tidak mengharapkan orang lain untuk memberi wang. Selain itu, dengan mengamalkan sikap menabung secara konsisten, ianya dapat menangani segala masalah.

Kelebihan Membaca !!

 

Adik-adik suka membaca buku ?

ermm mungkin setengah sahaja suka membaca buku, mungkin setengah itu suka main gajet.

 

JOM tengok kelebihan membaca:-

 

  1. Membaca akan meningkatkan ingatan anda. Sekiranya anda tidak menggunakan ingatan, ingatan anda akhirnya menjadi lemah. Permainan seperti silang kata akan mengurangkan risiko anda menyanyi pada usia tua. Walaupun bacaan bukanlah sejenis permainan, ia boleh membantu menghulurkan otot memori dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan permainan yang berbeza yang menggunakan ingatan. Ini kerana membaca memerlukan memori lebih lanjut mengenai apa yang anda baca. Secara tidak langsung akan meningkatkan kekuatan ingatan anda.
  2. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
  3. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.
  4. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.
  5. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.
  6. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.
  7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.