6 Tip Mudah Ajar Anak Minat Matematik

6 Tip Mudah Ajar Anak Minat Matematik

Subjek Matematik dianggap subjek yang paling sukar di sekolah di kalangan pelajar. Disebabkan pandangan inilah ramai pelajar yang terkandas dan tidak dapat menguasai subjek ini walaupun asas yang mudah.

Matematik sebenarnya sangat mudah kerana ia satu subjek yang penggunaannya paling praktikal dalam kehidupan seharian kita. Masa, wang, ukuran dan sebagainya adalah sesuatu yang kita gunakan selalu.

Cuba fikirkan satu aktiviti yang tidak memerlukan Matematik dalam kehidupan kita. Bermula dengan aktiviti tidur, kita gunakan untuk mengira jam berapa kita perlu bangun untuk memastikan kita mendapat tidur yang secukupnya, sehinggalah kepada aktiviti makan, untuk mengira berapa kunyahan yang perlu atau untuk mengira kalori yang diperlukan berdasarkan berat badan kita dan sebagainya.

Matematik lebih dekat lagi dengan Islam. Allah swt menganjurkan agar kita bangun melakukan qiyamulai di sepertiga (1/30) malam. Jika tidak pandai Matematik, bolehkah kita menganggarkan jam berapa sepertiga malam tersebut?

Rukun Islam ada 5, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu sehari semalam, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi yang mampu.

Agak-agaknya mampukah kita untuk mengira zakat jika kita tidak faham peratusan dalam matematik atau mampukah kita mengatur perbelanjaan dan pendapatan agar dapat diperuntukkan untuk menunaikan haji nanti.

Konsep ini perlu kita fahami agar kita dapat terangkan pada anak-anak tentang kepentingan mempelajari Matematik dalam hidup mereka.

Untuk aktiviti seharian pula lagilah kita perlukan Matematik seperti untuk berbelanja, merancang perbelanjaan dan juga dalam pelaburan.

Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin kita perlu memastikan anak-anak menyukai subjek ini supaya dapat membantu mereka menguasai subjek ini dari awal lagi.

Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melahirkan rasa gembira dan seronok dalam diri anak-anak untuk mempelajari subjek Matematik.

Bina Kefahaman Yang Benar Tentang Matematik

Kadang kala tanpa disedari sikap ibu bapa yang tidak menggemari Matematik turut menjadi punca utama anak-anak tidak menyukai Matematik. Selain itu, kaedah yang digunakan juga turut menjadi punca kepada masalah ini.

Matematik adalah satu subjek yang kita ketahui banyak konsep yang perlu difahami dan formula yang perlu diingati justeru ibu bapa perlu mencari kaedah yang terbaik untuk memperkenalkan Matematik dengan kaedah yang menyeronokkan agar anak-anak seronok belajar Matematik.

Usaha ini perlu diberi pendedahan semasa anak masih kecil lagi. Minat anak-anak boleh dipupuk seawal yang mungkin melalui aktiviti harian mereka. Luangkan atau gunakan masa bersama mereka untuk menerangkan tentang konsep asas Matematik.

Contohnya, mintakan anak untuk mengambil dua biji limau kemudian minta dia ambilkan lagi dua biji limau dan bahagikan dengan berapa orang yang ada. Disini kita boleh ajarkan konsep tambah dan pecahan kepada mereka..

 

Kaitkan Segalanya Dengan Matematik

Kita sebagai ibu bapa atau guru tidak boleh menghadkan minda kita dengan menyatakan bahawa untuk mengajar Matematik perlu di rumah atau di sekolah sahaja, perlu ada di meja atau sebagainya.

Disebabkan hidup ini dikelilingi Matematik, anda boleh setiap masa ajari anak anda dengan Matematik. Contohnya, jika anda dalam perjalanan menaiki kenderaan, sambil memandu cuba tanyakan anak berdasarkan papan tanda berapa jauh lagi perjalanan, dalam masa yang sama cuba ajarkan anak menukar unit dari kilometer kepada meter.

Jika anda sedang bersiar-siar dengan anak-anak di taman, cuba tanyakan mereka berapa buah bilangan buaian yang ada di taman (konsep tambah dan berapa buah yang rosak, kira jumlah yang boleh digunakan. Mudah bukan?

 

Bawa Anak-Anak Membeli-Belah 

Anak-anak sangat gembira ketika di bawa membeli belah. Gunakan masa ini sebaiknya untuk menerangkan asas Matematik kepada mereka. Antara yang boleh kita ajarkan ialah konsep mahal dan murah, berapa keping wang lima ringgit perlu diberikan jika membeli barang bernilai RM10 dan sebagainya.

Untuk anak-anak tahap dua atau sekolah menengah boleh kenalkan pada mereka konsep diskaun dan belajar mengira harga barangan setelah diberi

 

Ajar Anak Melalui Aktiviti 

Anak-anak sebenarnya sangat gembira jika kita sebagai ibu bapa melibatkan mereka semasa di dapur terutama anak-anak perempuan. Semasa memasak kita boleh ajarkan unit ukuran yang merupakan salah satu asas dalam penguasaan Matematik.

Untuk anak-anak yang lebih dewasa cuba ajarkan mereka bagaimana ingin menukarkan unit kilogram kepada gram apabila ingin menimbang tepung gandum contohnya. Bagi anak-anak yang masih kecil cuba ajarkan konsep tambah dan tolak, contohnya apabila membantu menyusun pinggan dan gelas untuk hidangan makan malam.

Belajar Melalui Permainan

Anak-anak sangat suka bermain, apa kata jika gunakan ini sebagai satu peluang. Melalui permainan seperti Monopoly atau dam ular, ibu bapa boleh mengajar anak-anak mencongak, menambah dan juga menolak. Jika diberi soalan tentang untung dan rugi menggunakan buku, hanya anak-anak yang fokus tinggi dapat memahaminya berbanding jika bermain Monopoly, mereka belajar dalam suasana yang amat menyeronokkan. Selain itu, terdapat pelbagai aplikasi matematik yang boleh di muat turun untuk anak-anak agar mereka dapat memahami konsep asas Matematik dalam suasana yang menarik.

 

Ransangan Melalui Muzik

Muzik merupakan salah satu kaedah berkesan untuk membantu anak-anak dalam pembelajaran. Kanak-kanak akan lebih mudah untuk menghafal jika di bantu dengan muzik. Anda boleh samada mengubah sendiri lirik lagu yang anak-anak minat untuk ditukarkan kepada hafalan anak-anak atau anda boleh layari internet untuk mendapatkan video berkaitan. Hafalan sifir sangat sesuai jika dihafal menggunakan muzik.

Kesimpulannya, kita harus tanam dalam diri kita terlebih dahulu bahawa Matematik itu mudah. Kemudian serapkan fahaman ini dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi. Tekankan pada mereka bahwa Matematik ada dalam semua subjek dan Matematik digunakan dalam kehidupan seharian kita. Masa, wang, ukuran, bilangan semuanya adalah yang kita tempuhi setiap hari.

Dalam masa yang sama, sangat penting untuk ibu bapa menjadikan proses pembelajaran Matematik samada secara langsung atau tidak langsung berjalan dalam keadaan yang menyeronokkan, bukan dalam paksaan atau suasana yang menekan, kerana ini akan menyebabkan mereka akan terus beranggapan bahawa Matematik itu susah dan sukar.

Masih Keliru Dengan Keperluan STEM & PAK-21 Dalam Pembelajaran?

STEM dalam PAK21

STEM dan PAK21 merupakan akronim yang sangat popular dalam pendidikan di Malaysia pada masa ini. Ada yang menerimanya secara positif untuk memastikan anak-anak Malaysia meningkat maju setaraf dengan anak-anak di negara maju. Tak kurang juga yang mempersoalkan kewajaran kita terlalu mengikut trend dunia sehingga terlalu membebankan anak-anak dan guru. Ibu bapa pula ramai yang masih keliru dan hanya menggunakan keputusan peperiksaan sebagai satu-satunya kayu ukur kemenjadian anak mereka hasil pembelajaran di sekolah.

Melalui aktiviti dalam PAK21, murid dilatih untuk berfikir secara kritikal, kreatif, berkolaborasi dan berkomunikasi. Pembelajaran bersepadu STEM pula bermaksud penyepaduan elemen sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi dalam PdP yang menggunakan konteks dunia sebenar dan pendekatan hands-on.

Bagi kebanyakan guru, tugas melaksanakan pembelajaran bersepadu STEM dalam PAK21 bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi, terdapat terlalu banyak topik yang perlu diajar dalam masa yang terhad.

STEM perlu dilihat sebagai satu cara untuk mengayakan kurikulum. Mulakan dengan aktiviti yang mudah terlebih dahulu untuk menerapkan elemen PAK21 seperti kolaborasi dan komunikasi. Peruntukan setengah jam seminggu untuk aktiviti STEM. Contohnya Cabaran Marshmallow untuk membentuk kolaborasi dalam kalangan murid. Dalam aktiviti ini, murid diberikan satu marshmallow, beberapa batang spaghetti, sedikit pita pelekat dan tali. Mereka diminta bekerjasama dalam satu pasukan yang terdiri daripada 2-4 murid untuk membina menara yang paling tinggi yang puncaknya adalah marshmallow. Setiap kumpulan diberikan 15 minit untuk menyiapkan cabaran ini.

Pada akhir aktiviti, guru berbincang dengan murid tentang bagaimana ahli kumpulan berkomunikasi, strategi yang digunakan dan bagaimana mereka boleh menambah baik menara yang dibina dalam aktiviti seterusnya.

Aktiviti STEM ini membantu murid memahami bahawa kerjasama dalam pasukan dan komunikasi adalah kemahiran dunia sebenar yang penting dan perlu dikuasai. Melalui aktiviti seperti ini murid sedar bahawa terdapat pelbagai cara dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Cabaran STEM mini seperti ini dapat membina asas untuk murid menjadi pemikir yang lebih baik (better thinker). Terdapat pelbagai cara lain untuk menyepadukan STEM dalam PAK21. Sebagai contoh, dalam topik berkaitan elektrik, murid diminta bekerja dalam kumpulan untuk membina lampu suluh dengan menggunakan pengetahuan tentang litar, bateri, suis dan mentol.

Mereka bermula dengan mendapatkan maklumat lanjut melalui pembacaan (elemen bacaan, bahasa) dan kemudian melakar model lampu suluh berdasarkan skala (math, seni) dan kemudian membina lampu suluh sebenar (sains, teknologi). Seterusnya mereka diminta menerangkan kenapa lampu suluh mereka lebih baik daripada lampu suluh dalam pasaran dan menjawab sebarang persoalan yang timbul.

Aktiviti ini dapat menunjukkan dengan jelas bagaimana pembelajaran bersepadu STEM dijalankan dan bagaimana ia membentuk kemahiran PAK21 dalam kalangan murid.
Maklumat lebih lanjut terdapat pada link ini.

https://teacher-blog.education.com/integrating-stem-into-the-21st-century-classroom-7c0e764ff59

Dr Ihsan Ismail

Ketua Unit Latihan

Pusat STEM Negara

#PendidikanMenerusiPenerokaan

Promosi Ramadan Raya Home Tuition CMN Academy

[PERCUMA] PROMOSI RAMADAN RAYA HOME TUITION CMN ACADEMY! DAPATKAN BUKU ISTIMEWA PERCUMA DENGAN SETIAP PENDAFTARAN TUISYEN DI RUMAH!
.
.
Anak tengah exam pertengahan tahun?
Result sebelum ni macam tak berapa ok je…
.
Ada rasa macam ni?
.
“Risaunya nak tengok result exam mid year ni..”
.
Nak bantu anak mula kelas selepas raya?
Atau bermula Ramadan ini?
.
.
Jom kami bantu anak anda belajar lebih seronok, berfokus & meningkat dalam keputusannya.
.
.
Kami dah bantu ramai pelajar BELAJAR…
✔️ Secara berfokus, santai dan seronok di rumah
✔️ Subjek yang perlukan bantuan dalam masa dan hari pilihan
✔️ Dengan cara lebih menarik, sesuai dan efektif dengan diri pelajar
✔️ Berteraskan silibus semasa dan kbat
✔️ Seterusnya meningkat potensi dan result
.
.
Kami juga dah bantu ramai ibu bapa…
+ Monitor apa yang pelajar belajar & diajar
+ Tahu pencapaian pelajar dari masa ke masa
+ Jimat petrol, masa dan tenaga
.
.
Yang paling BEST…
Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini, kami nak bagi …
.
PERCUMA salah satu dari buku berikut :
.
Modul Funtastic Sains, Modul Funtastic Matematik atau Nota Journal ‘Yakin Sebelum Berjaya’
.
.
WOW!
.
.
TERHAD kepada 30 ORANG PERTAMA saja tau!
.
dan sehingga 14 Jun 2019 saja.
.
.
Nak dapatkan TAWARAN ISTIMEWA ini?
.
>> Whatsapp “RR” ke 01132742922 Sekarang! <<
>> Whatsapp “RR” ke 01132742922 Sekarang! <<
>> Whatsapp “RR” ke 01132742922 Sekarang! <<
.

[Bengkel STEM] Bagaimana Mengaitkan Topik Sains Dengan Dunia Realiti?

#Guru_Sains
#Kuala_Selangor
#STEM

Apa itu ketumpatan?
Dan bagaimana mencari ketumpatan Telur Ayam?

Umumnya mencari ketumpatan sesuatu objek/bahan kita perlu ketahui jisim dan Isipadu.

Tetapi didalam Aktiviti ini, Cabarannya adalah TANPA menggunakan Penimbang Berat untuk mencari jisim dan tanpa menggunakan Kaedah Sesaran Air untuk mencari Isipadu telur.

•Jadi Apa yang perlu dilakukan?

•Kaedah apa yang boleh digunakan?

•Bagaimana Kaedah itu boleh membantu mencari jisim dan Isipadu?

•Kenapa kaedah itu yang dipilih?

•Bagaimana nak mendapatkan ukuran bacaan jisim dan isipadu telur ayam yang jitu

Ini lah cabarannya.

Dan jawapan yang diperolehi itu, baru lah kita gunakan penimbang dan kaedah sesaran air untuk melihat perbezaan nilai yang diperolehi.

•Berapakah perbezaan nya?

• Kenapa wujudnya perbezaan bacaan ini?

• Apakah yang boleh dibuat untuk menggurangkan relay bacaan yang diperolehi?

Itu lah antara beberapa cabaran yang dilalui.

Yang menariknya, Guru Guru berjaya melaksanakan aktiviti ini sebagai “Team Avengers” yang hebat.

Kerjasama yang ditonjolkan untuk mencari Penyelesaian harus dipuji.

Sesi yang bersahaja Dan santai yang sekali sekala diselitkan dengan elemen didik hibur memeriahkan susanna Bengel ini.

Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Che Hasni yang menjemput CMN Academy ( https://cmnacademy.com ) untuk mengendalikan sesi perkongsian ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada Coach Mohd Noor Mohd Tahir yang menjemput saya Rajinder Singh a.k.a Tutor Raj untuk bersama sama didalam sesi ini.

Dan Sesi Pengenalan oleh Mohamad Isa Bin Idris adalah merupakan mangkin yang menyemarakkan keindahan Bengkel ini dengan Aktiviti menarik yang menekankan 4C.

Malahan sesi Coach Mohd Noor Mohd Tahir dengan prop prop bahan terbuang untuk Projek Based Learning juga amat menarik untuk diikuti.

Tak lupa juga kepada Cikgu Hasriza Mohd Nasir Dan juga Cikgu Nurul Nabihah Razali yang turut Serta membantu menceriakan Bengkel ini.

Teringat kata kata semangat mereka “Support Support Support” untuk memberikan semangat kepada setiap kumpulan yang membuat pembentangan.

Semoga sesi ini dapat memberikan Keindahan Problem Solving Skills dan cara PAK21 yang diamalkan untuk menonjolkan 4C.

Terima Kasih Semua, Terima Kasih PPD Kuala Selangor yang sudi menjemput CMN Academy untuk sesi perkongsian ini.

Ini merupakan jemputan kedua oleh PPD, sebelum ini kami dijemput oleh PPD Rompin oleh Cikgu Zarina Madzhar. Terima Kasih Cikgu Zarina kerana memberikan kepercayaan Dan juga kesempatan kepada CMN Academy untuk berkongsi sesi Matematik dengan Guru Guru hebat daripada Rompin Pahang.

Terima Kasih.

 

Sumber #Tutor_Raj

Teknik Memikat Hati Pelajar Belajar Sains

Teknik Memikat Hati Pelajar Minat Subjek Sains

Bak kata orang-orang tua, `melentur buluh biarlah dari rebung’, begitu jugalah dengan memupuk minat Sains seharusnya bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

  

Pelbagai usaha dijalankan supaya Sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat itu, kemajuan dan kejayaan dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan.

Mata pelajaran Sains merupakan antara satu subjek yang sering menjadi tumpuan. Bagi pelajar yang meminati mata pelajaran ini, tempoh 1 jam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dilihat sangat tidak mencukupi. Banyak perkara yang hendak dilakukan dan perlu dipelajari dalam tempoh tersebut (SITUASI 1).

Namun bagi pelajar yang tidak meminati mata pelajaran Sains, 1 jam tersebut merupakan satu tempoh penyeksaan yang sangat mengerikan (SITUASI 2)..

Jadi bagaimana KITA sebagai Tutor Sains mewujudkan SITUASI 1 dalam pembelajaran kita… Berikut adalah beberapa cadangan teknik pengajaran yang dapat menarik minat pelajar… 

 

TEKNIK 1:  AKTIVITI HANDS-ON 

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Pelajar sukakan pembelajaran yang bergerak dan tidak membosankan. Teknik pengajaran tradisional yang biasanya hanya interaksi tutor kepada pelajar, ‘chalk and talk’ kelihatan semakin ketinggalan zaman. Guru perlu ubah sedikit proses pengajaran dengan memperbanyakkan aktiviti hands-on. 

 

Aktiviti hands-on boleh dipelbagaikan dalam bentuk membina model, melakukan eksperimen, mewarna gambar rajah dan aktiviti lain. Tentu pembelajaran jadi tidak membosankan jika pelajar aktif belajar. Pembelajaran Sains akan jadi menyeronokkan.. Insyaallah

 

TEKNIK 2: TEKNIK PENYOALAN MINDS-ON

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

 

Teknik penyoalan guru di Minds-on dalam kelas juga memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar untuk meminati mata pelajaran Sains. Tutor yang baik, akan mampu memberikan soalan yang mampu mencabar minda pelajar. Soalan yang baik pula akan mampu merangsang pelaajr untuk berfikir dan mencari jawapan dengan pelbagai cara. 

 

Aktiviti Minds-on juga akan berlaku apabila tutor mewujudkan aoalan-soalan KBAT dalam sesi pembelajaran yang mengajak pelajar-pelajar memberi respon, pandangan dan pendapat dalam sesuatu tajuk. Proses berfikir dan mencari jawapan ini akan membantu pelajar untuk jatuh cinta kepada subjek Sains. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta!

 

TEKNIK 3 : PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Boleh dikatakan hampir setiap pelajar pasti terdedah dengan teknologi maklumat dan gajet terkini. Sesuai dengan zaman mereka, salah satu lagi cara untuk menarik minat pelajar minat kepada mata pelajaran Sains adalah dengan menjalankan pembelajaran Sains melalui Teknologi.

Tutor boleh memberi tugasan dalam bentuk penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar. Sebagai contohnya, memberi link Youtube untuk tontonan video ilmiah di rumah ataupun tugasan menghasilkan persembahan bagi subtopik tertentu dalam bentuk video.

Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram juga boleh digunakan dalam penghantaran hasil kerja pelajar kepada tutor. Pembelajaran akan jadi lebih menarik kerana selari dengan peredaran zaman.

 

TEKNIK 4:  SAINS ITU MENYERONOKKAN

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Kebanyakan murid tidak meminati mata pelajaran Sains kerana melihat Sains sebagai sesuatu yang asing bagi mereka. Sesuatu yang hanya boleh dibayangkan sahaja. Jika guru dapat mengubah persepsi murid ini dengan memberikan sesuatu yang mereka dapat lihat, sentuh, rasa dan alami sendiri, tentunya ia akan memberi pengalaman berbeza kepada pelajar.

Penggunaan bahan yang ada di sekeliling kita bagi menggantikan penggunaan bahan yang kelihatan terlalu saintifik, juga mampu mendekatkan lagi Sains dengan pelajar. Jika bahan tersebut mereka kenal, lebih dekat dengan mereka, pasti pembelajaran Sains akan jadi lebih menarik. Aktiviti Pembelajaran Abad 21 boleh dijalankan dengan lebih efektif jika tutor dapat mencari idea menarik minat pelajar.

 

Begitulah serba sedikit perkongsian Cikgu untuk menarik minat murid-murid mempelajari Sains Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para pendidik dalam menambahbaik aktiviti pengajaran Sains di sekolah mahupun di kelas tuisyen..

#YakinSebelumBerjaya

#CMNAcademy

Mudahnya Belajar Sains!

Yakinkan Diri, SAINS Bukan Mata Pelajaran Yang SUSAH

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Pengetahuan Sains telah dikenal pasti sebagai salah satu cabang ilmu yang memerlukan pemahaman pada peringkat terawal, dan disertai dengan pengamatan yang terperinci dan pemahaman konsep asas yang bersesuaian. Oleh itu pembelajaran sains hari ini sepatutnya berbeza pendekatannya dengan pembelajaran sebelum ini.

Sains adalah merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya, melibatkan proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat.

Seperti proses bagi memperoleh maklumat lain, sains bermula dengan pengalaman, diikuti mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.Ia perlu lebih realistik dan bermakna di mana teori dan aplikasi sesuatu ilmu sains itu perlu seiring, barulah ilmu sains itu dapat di’internalize’ dengan lebih berkesan. Jadi pelajar akan mudah berkata “ooh.. begitu..” dan seterusnya dapat menyambung ilmu itu dengan sendiri… “.. jadi kalau saya buat begini, begitulah akan terjadi, ya?”.

Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yang sangat menarik dan mudah dipelajari sekiranya dipelajari dengan teknik yang betul. Ini bermakna ilmu itu telah dihayati dan mereka dapat membina aplikasi atau ilmu baru di atasnya secara sendiri. Bukan dengan penghafalan semata-mata,

Berikut Cikgu kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk belajar dengan cemerlang dalam mata pelajaran Sains.

☛ Letakkan Keseronokan Belajar SAINS Dalam Fikiran

Kalau sebelum mula belajar Sains, sebelum menjawab soalan Sains Anda dah kata susah macam mana nak Cemerlang?? Letakkan dalam Fikiran anda “Belajar Sains Itu Seronok” , “Aku Akan Dapat A Untuk SAINS”… Itu akan menjadi satu motivasi pada diri sendiri untuk berjaya.

 

☛ Belajar Sains Setiap Hari.

Tiada Jalan Singkat Untuk Berjaya Dalam Pelajaran… Tidak kisah Bagaimana, bila dan dimana, Anda perlu belajar Sains pada setiap Hari. Jangan hanya bersemangat mempelajari subjek-subjek lain dan mengabaikan Sains. Setiap hari perlu siapkan latihan Sains yang diberikan dan tidak menunggu sehingga Tarikh peperiksaan hampir tiba. Sains perlu diingat dan diulang setiap hari…

☛ Buat Ulangkaji Selalu.

Tidak Mahu Mengulangkaji Tetapi Mahu Cemerlang… Itu tindakan yang Kurang Bijak. Sepatutnya jangan biarkan topik-topik Sains bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Mengulangkaji awal supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yang belum diulangkaji. Jadi, kena mula study awal-awal. Bukan last minutes! Ambil Mudah dalam belajar macam mana nak Capai Kejayaan!!!

☛ Cuba Jawab Semua Bentuk Soalan.

Belakang Parang Jika Di Asah Akan Tajam Juga… Anda perlu cuba menjawab semua bentuk soalan Sains, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau KBAT. Jangan hanya memilih bentuk-bentuk soalan yang anda sukai sahaja.

Beli buku kerja yang menyediakan model jawapan. Dengan cara begini, anda boleh membandingkan jawapan anda dengan contoh/model jawapan yang disediakan. Korbankanlah sedikit wang untuk membeli buku latihan, yang nak BERJAYA tu KITA kan… jadi KITA lah yang perlu Berkorban…

☛ Beli buku-buku soalan tahun-tahun lepas.

Alah Bisa Tegal Biasa… Ini TIPS untuk mereka yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR… Tujuan beli buku-buku ini adalah supaya anda dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu bentuk-bentuk soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan.

Cuba jawab soalan-soalan ini selalu supaya secara tidak langsung anda akan tahu teknik menjawab soalan yang sebenar. Kemungkin soalan yang sama akan berulang dalam bentuk yang sedikit berbeza.

Dengan cara ini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dalam proses mencari jawapan, anda secara tidak langsung telah membuat mengulang kaji dan mengingati point-point penting bagi topik tersebut.

☛ Beri Tumpuan

Untuk merawat seorang pesakit, mula-mula sekali kita perlu merawat mindanya… Jika anda masih ingat perkara pertama yang Cikgu kongsikan tadi ialah meletakkan SAINS dalam fikiran… Bila Sains dalam fikiran dah ada motivasi untuk dapat A barulah semangat untuk belajar Sains dengan betul dapat dilaksana…

Beri Tumpuan 100% semasa guru mengajar Sains di kelas. Sifat sambil lewa semasa belajar pasti MERUGIKAN anda!!!! Tumpuan yang penuh akan memudahkan anda mempelajari ilmu yang baru dan dapat menambah Keyakinan anda untuk Cemerlang dalam Sains.

Sebenarnya jika anda telah Belajar Sains dengan cara yang betul dan sesuai, anda sebenarnya akan dapat menjawab Soalan Sains dengan lebih baik. Sekiranya anda mengalami masalah untuk memahami sesuatu topik dalam subjek Sains. anda Perlulah segera berjumpa dengan guru-guru sains untuk bertanyakan soalan. Lebih rajin anda Bertanya lebih besar peluang anda untuk dapat A untuk subjek SAINS.

 

Kredit: Tutor Cikgu Shahrul

Belajar Dengan Seronok Di Bengkel ‘Funtastic STEM’

Bermain ke belajar ni?

Salah ke bermain semasa belajar?

 

‘Fun Learning’ atau dalam Bahasa Melayunya ‘pembelajaran secara menyeronokkan’ diaplikasikan untuk pelajar lebih minat dan tidak bosan semasa belajar. Kaedah ini boleh juga membuatkan pelajar minat dengan subjek berkenaan, seterusnya tingkatkan pencapaiannya.

Fun Learning sebenarnya bukan benda baru dalam pengajaran, cuma ia kurang ditekankan atau disebut sebelum ini. Kami di CMN Academy amat menekankan Fun Learning dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

 

Fun Learning menjadikan proses PdP lebih menarik, seronok, berimpak & tak bosan. Ada juga program di sekolah atau program cuti sekolah yang menerapkan Fun Learning dalam modul mereka.

 

Kami juga memberikan latihan, bukan sahaja kepada tutor dan guru, malah kami membuka Bengkel Funtastic STEM kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk program bersama pelajar.

 

Bagi yang belum tahu, Jumaat ini akan diadakan satu program bersama Pelajar-Pelajar UPSR Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2) sempena Minggu Sains 2019. Kami telah merangka pelbagai aktiviti menarik dan ‘hands-on’ untuk pelajar lebih seronok, faham dan ingat apa yang dipelajari dalam subjek Sains dan Matematik.

 

Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat dan sinar kepada pelajar dan guru di sekolah ini untuk lebih cemerlang.

 

Jom Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur! Jumpa Anda Di Sana Ye.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Anda dah hadir ke PBAKL2019 yang sedang berlangsung di PWTC sekarang?
Tahu ke ESOK dah hari terakhir?
LAST CALL!!
Esok kami akan ada di Booth 3114 (Booth SifufBads Press) dalam jam 1-3 petang.
Jadi, esok juga HARI TERAKHIR anda boleh dapatkan pelbagai buku & modul keluaran kami dengan HARGA SUPER DUPER AWESOME!
Diskaun memang tak payah cakap, banyak kami potong.
Kami juga berikan pelbagai BONUS dan BAUCER PERCUMA untuk setiap pembelian buku/modul kami.
Kami ada bawakan 6 buku/modul untuk anda:
  • Combo Modul Funtastic Sains & Matematik 
  • Buku Fenomena Home Tutor Beyond Expectation
  • Buku Mahir Arab Dari AlQuran
  • Modul Tajwid Infografik plus Buku Latihan
  • Kad Imbas Kenali Hijaiyah
Jadinya, rugi sangat jika anda tak ambil peluang ini untuk berbelanja dengan JIMAT!
Kami tunggu anda sampai esok 😉
Jika anda jauh atau tidak dapat ke sana, tapi nak dapatkan harga dan bonus menarik sempena PBAKL2019 ini, boleh klik DI SINI.
*Harga tak termasuk kos postage ye.
Untuk pertanyaan, boleh klik DI SINI.
#PBAKL2019

3 Tips Jadikan Al Quran Sesuatu Yang Menyeronokkan

Assalamualaikum
Anda pernah ada isu ni tak?
Anda nak bagi anak yang terbaik, untuk dunia & bekalan akhirat. Juga untuk didik anak jadi soleh & solehah.
Anda nak ajak atau suruh anak mengaji, tapi anak pula keluar banyak alasan… anak lagi suka main game di gajet atau menonton tv. Atau biasa dengar anak cakap bosan atau tak suka mengaji?
Ataupun anda sendiri yang rasa malasnye nak mengaji?
Nak tahu bagaimana jadikan Al-Quran atau sesi mengaji sesuatu yang menyeronokkan?
Ini dia kami bawakan perkongsian daripada Sheikh Sulaiman, salah seorang tutor CMN Academy tentang bagaimana nak jadikan mengaji Al-Quran itu dah tak bosan lagi terutamanya bagi anak-anak.
Semoga bermanfaat untuk anda & keluarga!
Selamat menonton!

3 Tip Bagaimana Pelajar Boleh Kuasai Subjek Sains & Matematik dan Program Pengukuhan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pernah atau tidak, anak anda mengadu…
“Mama, bosan la belajar sains ni. Tah ape2 tah… Adik tak paham!”
“Abang tak reti la buat math ni.”
Kesian kan anak-anak kita.
Kebiasaannya, anak ni tak faham, tak minat atau tak reti jawab soalan sebab tak faham konsep dan belajar dengan cara tradisional… hanya baca dan hafal.
Jadi, kami nak kongsikan 3 Tips Bagaimana Pelajar Boleh Kuasai Subjek Sains & Matematik ni.
Pertama, faham konsep asas.
Kedua, kaitkan dengan kehidupan seharian dan benda/kejadian sekeliling.
Ketiga, buat aktiviti hands-on.
Nak tahu lebih detail?
Kami ada anjurkan program yang cover ketiga-tiga bahagian tersebut untuk pelajar tahun 3-6. Program terdekat adalah Funtastic Sains & Matematik pada 30 & 31 Mac ini (Sabtu & Ahad) bertempat di Kajang.
Maklumat lanjut & pendaftaran boleh dibuat sebelum 29hb Mac dengan klik DI SINI
Kami menantikan kehadiran anak anda untuk kami bantu dengan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.