Kebaikan Dan Keburukan Instagram
KEBAIKAN
Teknologi
Teknologi baru boleh menjadi aset untuk perniagaan. Penggunaan telefon pintar dan komputer riba dapat mempengaruhi lain perniagaan. Sebagai contoh, teknologi mudah alih menjadikan komunikasi antara kalangan pekerja lebih mudah dan berkesan.
Pasaran Luas
Penggunaan media baru dalam perniagaan boleh menarik lebih ramai pelanggan berbanding sebelum ini. Pelbagai kaedah promosi mudah dilakukan melalui giveaway atau freebie. Promosi ini dapat menarik beratus-ratus atau beribu-ribu pelanggan melalui sosial media seperti Facebook dan e-mel serta mesej teks. bermakna bahawa perniagaan boleh menghantar mesej kepada pengguna ini dengan hanya sentuhan butang.
Maklumat lebih cepat
Melalui media digital, syarikat-syarikat bole menyalurkan maklumat kepada orang ramai dengan lebih pantas., syarikat kini boleh membuat promosi menarik melalui e-mel, rangkaian sosial, laman web mereka dan iklan Internet.
KEBURUKAN
Enggan bersosial
sebagai pengguna internet dikatogerikan sebagai golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya
Menyemai sifat malas
Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan seseorang menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti aktiviti yang berfaedah. Aktiviti berfaedah seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak dapat sambutan. Pengguna kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pengguna akan jadi malas kerana badan tidak aktif. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pengguna.
Terdedah kepada jenayah siber
Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Isu ini amat membimbangkan sekiranya berlaku masalah seperti pelajar menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah secara berleluasa, menukar sumber maklumat di institusi dan sebagainya. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya.