CMN Academy mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza kepada anak-anak tahfiz.

Ustazah Asma yang merupakan Pengurus Operasi di Akedemi Tahfiz Al-Hidayah yang ditubuhkan pada tahun 2000 telah mengambil perkhidmatan CMN Academy sejak tahun 2020 sebelum berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang di keluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akademi Tahfiz Al-Hidayah merupakan sekolah tahfiz bersepadu yang menekankan ilmu Diniyah dan Akademik untuk pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Pada tahun 2020, sebelum berlangsungnya PKP, Ustazah Asma merancang untuk mengambil guru tuisyen daripada luar supaya anak-anak tahfiz dapat merasa persekitaran dan suasana belajar yang berbeza dengan belajar guru-guru di tahfiz. Di samping itu, untuk mengurangkan rasa bosan anak-anak tahfiz dari belajar dengan guru-guru yang sama di tahfiz supaya anak-anak tahfiz lebih seronok belajar.

Sebelum PKP dikuatkuasakan, tutor-tutor daripada CMN Academy sempat mengajar di Tahfiz secara face-to-face. Apabila berlangsungnya PKP, kelas di tahfiz tetap dijalankan tetapi hanya secara online sahaja sehingga bulan Mac 2021. Pada bulan April 2021, tutor-tutor CMN Academy akan Kembali mengajar di tahfiz secara face-to-face.

Sepanjang kelas online berlangsung, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh anak-anak tahfiz seperti kekangan untuk mendapatkan gadjet bagi menghadiri kelas online, kekangan talian internet, dan sebagainya. Namun, kekangan-kekangan tersebut langsung tidak menjejaskan prestasi belajar sesetengah anak-anak tahfiz yang hadir kelas online secara konsisten. Banyak feedback positif yang diberikan oleh anak-anak tahfiz yang hadir kelas online secara konsisten. Antaranya, mereka seronok hadir kelas yang diadakan, tak rasa penat pun belajar dengan tutor-tutor CMN Academy walaupun hanya belajar secara online. Selain itu, ada juga anak-anak tahfiz yang tak sabar dan sentiasa menanti-nantikan kelas untuk bermula, ada masa anak-anak tahfiz sendiri yang bertanya sendiri kepada tutor, bila nak start kelas. Begitu excited dan tak sabarnya anak-anak tahfiz Al-hidayah setiap kali hendak hadir kelas online Bersama tutor-tutor CMN Academy.

Anak-anak tahfiz lebih seronok dan excited belajar dengan tutor-tutor CMN Academy kerana kelas sentiasa berjalan secara interaktif dan wujud komunikasi dua hala antara tutor dan pelajar. Selain itu, aktiviti kuiz yang dijalankan di dalam kelas dengan menggunakan platform Quizizz sangat menarik minat dan keseronokan anak-anak tahfiz untuk belajar sehingga membuatkan mereka berlumba-lumba untuk jawab kuiz tersebut. Jika di sekolah tahfiz, anak-anak tahfiz hanya belajar seperti di sekolah biasa bersama guru-guru di sekolah. Jadi, CMN telah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berbeza untuk anak-anak tahfiz yang membuatkan mereka rasa seronok untuk belajar.

Bagi ustazah Asma, CMN Academy membuatkan anak-anak tahfiz lebih berfikiran terbuka dan dapat membiasakan diri dengan environment di luar tahfiz. Ustazah Asma menyarankan kepada ibu bapa dan sekolah-sekolah tahfiz yang mencari pusat tuisyen atau cikgu untuk mengajar di rumah untuk terus hubungi CMN Academy kerana tutor-tutor CMN Academy semua diberi training untuk menjadi seorang tutor yang baik, bagus, dan mempunyai teknik pengajaran yang berkesan serta teknik  approach pelajar supaya mereka rasa seronok untuk belajar.

 

Hayati Peristiwa Isra’ Mikraj : Peristiwa 27 rejab Nabi Muhammad SWT

“Maha Suci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.” — QS. Al-Isra’ 17: Ayat 1

Peristiwa Isra’ Mikraj ini disambut oleh orang Islam di Malaysia bagi memperingati peristiwa yang sangat luar biasa yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-11 kerasulan Baginda.

Peristiwa ini merupakan kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa serta dilanjutkan menuju Sidratul Muntaha dalam semalam bisa mengingatkan kita kembali pada kuasa dan kebesaran Allah SWT. Hal ini demikian, merupakan perjalanan yang tidak masuk akal bagi mereka yang menggunakan akal semata-mata. Ini kerana jarak perjalanan itu hampir 1,250 kilometer.

Disebabkan itu, ramai dalam kalangan orang yang beriman pada mulanya menjadi kufur disebabkan tidak percaya tentang apa yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah lebih-lebih lagi Baginda mengkhabarkan bahawa perjalanan tersebut hanya mengambil masa tidak sampai semalaman.

Apa itu maksud Isra’ & Mikraj ?

Isra’ merupakan perjalanan Nabi Muhammad dari Masjidil Haram di Mekah menuju Masjidil Aqsa di Jerusalem.

Mikraj adalah perjalanan Nabi dari bumi menuju Sidratul Muntaha, langit ke tujuh yang merupakan tempat tertinggi.

Sebenarnya, Isra’ dan Mikraj merupakan dua peristiwa berbeza. Namun karena dua peristiwa ini terjadi pada waktu yang bersamaan maka disebutlah Isra’ Mikraj.
Kisah ini bermula dimana saat Rasulullah SAW mengisi waktu selepas Isya dengan tidur lebih awal agar dapat bangun sepertiga malam terakhir untuk solat. Namun , pada malam tersebut  malaikat Jibril datang berjumpa dengan Rasulullah SAW lalu mengajak banginda keluar dari rumah untuk melaksanakan Isra’ MIkraj. Rasulullah kemudian menaiki Buraq  menuju ke Masjidil Aqsa.

Saat berada di langit ketujuh, Rasulullah bertemu dengan Nabi Ibrahim. Rasulullah kemudian melanjutkan perjalanan hingga ke langit tertinggi, Sidratul-Muntaha. Di tempat itu, Allah SWT memberikan perintah kepada Nabi Muhammad SAW dan umatnya untuk mendirikan solat 50 kali dalam sehari.

Setelah mengunjungi langit tertinggi, Rasulullah kembali. Ketika sampai di tempat Nabi Musa, beliau ditanya,

“Apa yang telah diwajibkan Rabbmu atas umatmu?” Rasulullah pun menjawab pertanyaan tersebut, lalu Musa meminta Rasulullah untuk menghadap Allah dan meminta keringanan.

Rasulullah pun menuruti permintaan tersebut dan meminta keringanan. Permintaan Rasulullah didengar hingga kewajiban solat menjadi lima kali sehari.

Jika kita perhatikan dan kita selami kisah ini maka kita akan dapati bahawa perintah solat adalah satu perintah yang sangat besar sehingga Allah menjemput nabi menerima sendiri suruhan untuk mengerjakan solat. Disebabkan itulah terdapat banyak ayat yang mana Allah perintahkan supaya manusia sentiasa meminta pertolongan Allah dengan mengerjakan ibadah solat.
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 45:
” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. “
Kisah- kisah ini merungkaikan bahawa kita perlu mendalami kisah kisah zaman nabi dimana untuk kita mengetahui peristiwa istimewa zaman Rasulullah SAW. Hal ini demikian dalam islam menjadi satu kewajiban untuk menuntut ilmu bahawa di dalam alquran dan hadis juga telah menrangkan kewajiban sesorang untuk menuntut ilmu. Hal ini kerana, dengan belajar manusia boleh meningkatkan kemampuan dirinya. Dengan belajar juga, manusia juga dapat mengetahui hal-hal yang sebelumnya tidak ia ketahui.

Dalam sebuah Hadis pun disebutkan tentang keutamaan mempelajari ilmu pengetahuan dalam Islam, Rasulullah SAW bersabda:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Artinya:Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim, no. 2699)

Jadi JOM ramai ramai kita mencari ilmu tentang fardhu ain, mengaji dan ilmu agama secara online atau home tuition dengan CMN Academy !

BELAJAR MENGAJI DIRUMAH ANDA

ATAU SECARA ONLINE

NAK KAMI BANTU ANDA ? JOM TEKAN LINK DIBAWAH !!