5 Tips Praktikal untuk Mencapai ‘Pemikiran Positif’
Pemikiran yang positif dapat memberi anda lebih banyak keyakinan, meningkatkan mood, bahkan mengurangkan kemungkinan terjadinya keadaan seperti hipertensi, kemurungan dan gangguan yang berkaitan dengan tekanan.
Kita tidak dapat mengawal perkara baik dan buruk yang datang, tetapi kita dapat mengawal pemikiran dan tanggapan kita terhadap sesuatu perkara. Apabila anda berjaya mengubah pemikiran negatif ini menjadi positif, anda akan bangkit menjadi orang yang lebih dewasa dan lebih bijak dalam menghadapi cabaran dalam hidup. Anda juga akan menjadi orang yang kuat dan hebat kerana anda dapat mengawal pemikiran anda sendiri.
Untuk itu, anda perlu mengetahui cara yang betul untuk mengawal pemikiran negatif. Kali ini kami akan kongsikan 5 tips yang berkesan untuk mengubah pemikiran negatif menjadi positif yang boleh anda praktikkan.
1. Mulakan hari dengan kata-kata positif.
Setiap pagi cuba ungkapkan kata-kata yang memberi semangat pada diri. Boleh juga bercakap dengan diri sendiri di cermin, walaupun ianya agak janggal bercakap dengan cermin seperti, “Hari ini akan menjadi hari yang baik” atau “Saya akan menjadi hebat hari ini” kata-kata ini akan memberi kesan positif kepada pemikiran dan meningkatkan keyakinan diri anda. Anda akan kagum betapa hebatnya kata-kata positif ini menjadikan hari anda bertambah baik.
2. Ubah kegagalan menjadi pelajaran.
Manusia tidak sempurna. Anda akan melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan dalam pelbagai bentuk. Apabila anda menghadapi kegagalan cuba lihat pada sisi positif. Sebagai contoh, jika anda gagal dalam peperiksaan, anggap ianya sebagai pembakar semangat untuk anda terus belajar dan memperbaiki kesilapan bukannya menyalahkan diri sehingga boleh menyebabkan stress dan down. Jangan kusutkan pemikiran anda memikirkan kenapa anda gagal, anda perlu fikirkan apa yang akan anda lakukan selepas ini— ubahlah kegagalan anda menjadi pelajaran. Kegagalan bukanlah penamat segala-galanya tetapi ianya aalah permulaan untuk anda mengecapi kejayaan.
3. Ubah Self-Talk yang negatif menjadi positif.
Self-talk yang negatif dapat mempengaruhi diri dengan mudah. Mungkin anda fikir ‘saya sangat teruk dalam hal ini’ atau ‘saya tidak seharusnya mencubanya’. Pemikiran ini akan berubah menjadi perasaan yang terpendam dalam diri anda. Apabila anda mendapati diri anda melakukan hal ini, hentikan dan ganti mesej negatif tersebut dengan yang positif. Contohnya, ‘saya sangat teruk dalam hal ini’ kepada’ saya akan menjadi lebih baik selepas ini’. ‘Saya tidak sepatutnya mencuba’ – mungkin tiada rezeki kali ini, saya akan cuba lain masa’.
4. Fokus pada masa kini.
Bukan hari ini, bukan jam ini, tapi kita bercakap tentang saat yang tepat ini. Mungkin rakan-rakan anda mengejek anda kerana mendapat keputusan peperiksaan yang kurang baik, tetapi adakah yang terjadi pada saat sekarang ini buruk? Lupakan komen-komen negatif yang lalu. Fokus pada satu ini iaitu masa sekarang. Anda akan merasakan diri anda tidak seburuk yang anda bayangkan. Sebilangan besar sumber negatif berasal dari ingatan tentang peristiwa baru-baru ini atau khayalan berlebihan mengenai peristiwa masa depan. Kekal pada masa sekarang dan jangan menoleh ke belakang.
5. Cari rakan, mentor dan orang yang positif.
Apabila anda dikelilingi dengan orang-orang yang positif, anda akan mendengar pandangan positif, cerita positif dan perkataan positif. Kata-kata positif mereka akan tersemat dalam diri dan mempengaruhi pemikiran anda sendiri, yang kemudian mempengaruhi kata-kata dan tingkah laku anda dan turut menyumbang kebaikan kepada kumpulan. Mencari orang yang positif untuk mengisi hidup anda mungkin sukar, tetapi anda perlu menghilangkan perkara negatif dalam hidup anda sebelum ia memakan anda. Lakukan apa yang anda mampu untuk meningkatkan positif orang lain, dan biarkan positifnya mempengaruhi anda dengan cara yang sama.
Setiap orang dalam situasi apa pun dapat menerapkan tips-tips ini dalam kehidupan dan meningkatkan sikap positif diri mereka. Seperti yang anda bayangkan, pemikiran positif memberikan pulangan yang lebih tinggi, jadi semakin kerap anda mempraktikkannya, semakin besar manfaat yang akan anda perolehi.
Semoga bermanfaat. :)