Bagaimana Menjadikan Subjek Sains dan Matematik Best? 😃
Kementerian Pendidikan menyasarkan peningkatan pelajar aliran sains kepada 60 peratus menjelang 2020. Dengan itu sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan subjek matematik dan sains yang merupakan subjek yang mendorong kejayaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Kedua-dua subjek ini sama seperti subjek lain, namun kerana persepsi yang menebal selain kemungkinan teknik mengajar yang salah menyebabkan sasaran KPM jauh tersasar.
Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Kreatif Multimedia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Zaleha Abdullah menyatakan kegusarannya kerana peratusan sasaran masih belum tercapai.
Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu perlu dilakukan segera kerana jika dibiarkan, jurang antara pembelajaran sains, matematik dan sastera menjadi tidak seimbang.
Saranan beliau juga supaya guru menggunakan pelbagai medium yang ada seperti penggunaan ICT untuk mengubah corak P&P agar menjadi lebih kreatif, inovatif, menarik serta mampu ‘memikat’ minat pelajar mereka.
STEM merupakan model dan sistem yang dipraktikkan di negara Barat untuk membantu pelajar meminati bidang sains dan matematik, seterusnya menguasai bidang kejuruteraan sains dan teknologi.
Menerusi STEM, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan serta kemahiran dalam empat bidang tersebut. Selain itu ia juga saling berkait rapat dengan proses pembelajaran yang lebih efektif.
Untuk memperkukuhkan STEM memerlukan penglibatan banyak pihak sebenarnya. Jika hanya pihak kementerian dan guru sahaja yang bertungkus-lumus dalam hal ini kesannya agak lambat untuk memastikan sasaran tercapai.
Justeru itu, semua pihak perlu memikirkan pendekatan yang boleh mengatasi fobia pelajar terhadap Matematik terutamanya.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dalam kehidupan anak-anak terutamanya pada usia awal mereka membesar.
Umur 0-4 tahun merupakan satu tahap yang sangat penting, yang boleh kita anggap mereka sebagai span di mana anak-anak mudah menyerap apa yang diberikan pada mereka dan akan dikeluarkan selepas usia tersebut.
Sentuhan dari ibu ayah boleh membantu anak-anak untuk membantu proses pembelajaran anak-anak. Di sini kami nyatakan beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka dalam memastikan pembelajaran untuk STEM berjaya.
Membahagikan kerja rumah secara sama rata di antara ibu dan ayah
Salah tanggap anak-anak kita ialah tugas membaiki adalah tugas ayah (lelaki) dan memasak ialah tugas ibu (perempuan). Jadi bila ada subjek yang melibatkan tugasan yang dianggap tugasan ayah, maka pelajar perempuan tidak akan bersungguh untuk memahaminya dan sebaliknya dengan anak lelaki.
Oleh itu salah faham ini perlu segera dibetulkan. Jadi, tunjukkan kepada anak anda yang ibu juga boleh membaiki dan ayah juga boleh memasak untuk menghilangkan bias jantina dalam pemikiran anak-anak.
Ajari anak mengenal bentuk yang ada di sekeliling mereka
Ini boleh dilakukan dalam apa jua keadaan. Contohnya sambil berjalan-jalan anda boleh kenalkan nama objek dan bentuk objek kepada mereka.
Paling mudah kenalkan kepada mereka tentang objek-objek di sekeliling rumah dahulu. Lakukan berulangkali sehingga mereka benar-benar cerap apa yang mereka lihat.
Anda juga boleh ajarkan mereka perbandingan contohnya beza antara saiz panjang dengan pendek atau kecil dengan besar.
Banyakkan mengguna soalan “apakah” berbanding “mengapakah”
Galakkan anak-anak bertanya soalan apakah berbanding mengapakah walaupun kita tahu secara semulajadinya, anak-anak suka bertanya “mengapa”.
Soalan begini hanya akanmenghasilkan persepsi sama ada jawapan itu betul dan salah. Ini boleh diubah jika kita yang mulakan dulu dengan selalu bertanyakan mereka soalan apakah. Ini secara tidak langsung akan melatih mereka untuk sentiasa menggunakan soalan “apakah“ .
Soalan apakah akan membantu mereka untuk lebih memerhati dan berfikir?
Tunjukkan yang anda sukakan subjek Matematik dan Sains
Ramai ibu bapa suka memberitahu anak-anak yang mereka teruk dalam subjek matematik dan tidak suka subjek ini. Jangan ya ,ibu dan ayah.
Sembunyikan dari anak-anak. Berlakonlah yang anda sukakan matematik dan selalu ceritakan apa kebaikan yang mereka dapat jika dapat menguasai matematik dan sains.
Selain itu anda boleh tunjukkan aplikasi penggunaan subjek berkenaan dalam kehidupan seharian.
Contohnya jika anda perlu mengira sesuatu dengan anak, cuba ajar anak-anak untuk conggakkan dari terus mencapai telefon atau kalkulator. Bila perlakuan ini diulang-ulang lama kelamaan anak-anak akanmengikutinya.
Anda juga boleh berikan anak-anak persoalan matematik yang ringkas bila anda membawanya ke kedai buku atau untuk membeli coklat pada mereka. Minta anak anda kirakan jumlah bayaran dan kira wang baki.
Terangkan pada anak tentang punca dan akibat
Tunjukkan dan terangkan kepada anak hubungan antara punca dan akibat yang ringkas. Contohnya, bagaimana span boleh menyerap air dan minta mereka menerangkan hal yang samaapabila tisu digunakan untuk menyerap air.
Apabila mereka sudah faham minta mereka jelaskan hubungan yang lain contoh hubungan suis dan lampu.
Hubungan yang mudah ini akanmengajar mereka untuk berfikir tentang punca dan akibat sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Lawatan sambil belajar
Anak-anak dapat belajar melalui pengalaman apabila mereka terlibat secara langsung dengan keadaan sebenar.
Anda boleh membawa mereka melawat tempat-tempat seperti zoo, muzium dan taman tema. Lawatan ini secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada pengalaman sebenar tentang apa yang mereka pelajari.
Semasa lawatan ini terangkan mereka tentang hal yang berkaitan seperti habitat dan cara pemakanan pemangsa dan sebagainya yang berkait.
Manfaatkan penggunaan teknologi
Bermula dengan generasi Z dan ke atas, zaman mereka adalah zaman teknologi. Zaman dunia di hujung jari. Generasi ini sangat mudah memahami segala yang berkaitan teknologi.
Selain untuk bermain permainan, teknologi terkini juga menawarkan perjalanan realiti maya untuk anak-anak tanpa perlu keluar daripada rumah.
Teknologi ini membolehkan anak-anak melawat tempat pelancongan di seluruh dunia seperti Tokyo dan Paris dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan alat realiti maya.
Cara ini bukan sahaja menyebabkan anak-anak seronok malahan menjimatkan kos kerana tidak perlu mengeluarkan biaya yang tinggi untuk melawat ke tempat berkenaan.
“Storytelling”
Pembelajaran secara tradisional kadang-kala menyebabkan anak-anak merasa bosan. Apakata cuba tukarkannya dalam bentuk cerita.
Ceritakan kepada anak anda bagaimana kitaran hidup seekor kupu-kupu menggunakan imej dan sebagainya anak-anak bercerita secara spontan.
Contoh, mulakan dengan satu ayat dan minta anak sambungkan supaya menjadi satu cerita yang menarik.
Gunakan filem kegemaran mereka sebagai bahan
Perhatikan filem kegemaran anak-anak yang anda boleh kaitkan dengan pembelajaran. Tonton bersama mereka.
Kemudian, bincangkan elemen-elemen yang boleh anda bincangkan.Contohnya jika anak anda minat cerita adiwira, ceritakan bagaimana ingin mengira kelajuan, bagaimana hendak mengingati formula kelajuan dan sebagainya yang berkaitan.
Penulis buku “Monopoly, Money and You” , Philip E. Orbanes, berkata, permainan Monopoly bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran belajar seperti subjek Matematik, malah ia dapat menggilap kemahiran untuk kehidupan seharian berunding, sosial and interpersonal. Permainan Charades juga mampu mengajar anak-anak berfikir dengan pantas, menggilap kemahiran bahasa dan berfikir secara kritis. Dapatkan permainan yang boleh merangsang minat mereka dan yang terbaik jika ibu dan ayah turut serta dalam permainan tersebut.
Kesimpulannya, untuk memastikan keberkesanan pembelajaran dan untuk memastikan apa yang disasarkan tercapai semua pihak harus berganding bahu dalam hal ini bermula di peringkat asas iaitu di rumah hinggalah ke peringkat kementerian.
Pelbagai program perlu dirangka dan dipraktikkan untuk membantu pelajar mengasah pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam penerokaan, penglibatan diri dan melakukan eksperimen secara langsung dalam segala aspek kehidupan mereka.
Hal ini akan membantu mereka untuk lebih terdedah kepada penggunaan matematik dan sains.
MASIH TERCARI-CARI PROGRAM CUTI SEKOLAH YANG BERMANFAAT & WOW UNTUK AKADEMIK, KENDIRI & SOSIAL ANAK ANDA??
Adakah anak anda suka belajar sains dan matematik dalam keadaan yang menyeronokkan?
Anak anda kurang keyakinan diri, kurang bersosial dan belum mahir berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan tugasan?
Atau anda masih belum merancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak dan hanya ada bayangan yang anak-anak anda akan menghabiskan masa cuti dengan menghadap permainan Gadget sahaja?
Kami ada solusi untuk bantu anda dalam isu ini.
Jom beri anak anda sertai PROGRAM CUTI SEKOLAH : FUNTASTIC SAINS DAN MATEMATIK
Jom tengok apa yang ada dalam program ni…
🎈5 PERKARA MENARIK di FUNTASTIC Sains dan Matematik UPSR 🎈
+ Program berlangsung selama 2 HARI
+ Masa hanya 8 PAGI – 5 PETANG. Sabtu & Ahad.
+ PELBAGAI AKTIVITI menarik & bermanfaat
+ SARAPAN & MAKAN TENGAHARI disediakan
+ Program dijalankan secara INDOOR. Jadi LEBIH SELAMAT & KONDUSIF
Ups… sebentar…
.
Program ini hanya terbuka kepada pelajar berusia 10 hingga 12 TAHUN SAHAJA
Apa yang anak anda akan dapat dalam FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK ini?
.
.
(Matematik)
.
Meransang minda pelajar untuk mengapplikasikan konsep asas yang dipelajari di sekolah dan dipraktikkan pada aktiviti harian.
Antara tajuk Slot: 7UP!! , KU DA BA TA TO, Perang Koordinat dan banyak lagi.
(Sains)
Meransang kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dengan ekperimen ringkas yang menarik berasaskan konsep sains yang dipelajari di sekolah.
Antara Tajuk Slot: Titanic Boat (Ketumpatan), Hot Air Balloon (Hana), MyPlanet (Sistem Suria) dan banyak lagi
Apa Keunikan Program ini??
Melalui program ini, kami juga akan suntik semangat kepimpinan dan bekerjasama di antara pelajar sesuai dengan Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (4C Communication, Collaboration, Critical Thinking & Creativity)
– Mengikut silibus KSSR terkini seperti di sekolah
– Aplikasi KBAT dalam Pembelajaran
– Gaya Santai dan fun learning supaya peserta mudah menyerap pembelajaran
– Menggunakan konsep pembelajaran Hands On dan STEM (Science, Technology Engineering, Maths) yang sedang rancak diperkatakan di Kementerian Pendidikan Malaysia
INFO FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK:
MASA: 8 pagi – 5 petang
TEMPAT: CMN Centre, Jalan Reko Sentral, Kajang
📌30 dan 31 March 2019 (Sabtu & Ahad)
Berapa pula PELABURAN Anda:
Kami ada harga istimewa untuk anda:
RM150 seorang
WOW!!!😱
.
.
Berhenti sebentar!
.
.
Kami ada lagi tawaran ISTIMEWA untuk pendaftaran secara berkumpulan.
Hanya RM97 seorang!!
Nak daftar sekarang??
Ini antara aktiviti yang akan diadakan bersama perserta funtastic math dan fizik…
Jom saksikan sedikit Teaser aktiviti yang dihasilkan oleh Cikgu Isa :-
BONUS ISTIMEWA untuk 20 Pendaftaran terawal!
Funtastic UPSR (Bernilai RM50) Video Panduan UPSR 4 Subjek
=>> WHATSAPP “Funtastic” ke 013-7153776 SEGERA!
=>> WHATSAPP “Funtastic” ke 013-7153776 SEGERA!
=>> WHATSAPP “Funtastic” ke 013-7153776 SEGERA!
PS: Tempat AMAT TERHAD. Daftar segera.
-Shaping Your Child Into A Funtastic Person-