Exam Dibatalkan! Apa Ibu Bapa & Pelajar Nak Buat?

“Hoooreyyy!! Merdeka!! Mak tahun ni exam takde… boleh Boboy sambung main games jer?”

 

Menteri Kanan Pendidikan menerusi satu sidang media telah memaklumkan bahawa exam besar pada tahun ini dibatalkan.

 

Apa??

UPSR & PT3 dibatalkan? SPM ditunda ke tahun hadapan!

Haa..sudah.

 

Nak buat macam mana ni? Anak-anak dah “Horey!” la.. “Esok raya” la.. “Merdeka” laa….

Takkan nak biar anak-anak duduk saja tak belajar kan?

Adakah maksud belajar tu sekadar untuk peperiksaan? Atau sebenarnya untuk kehidupan?

 

Jom dengar apa kata Founder CMN Academy, Tuan Mohd Noor tentang perkara ini.

 

 

Kami ada menyediakan Online Tuition berkumpulan secara PERCUMA yang mana menitik beratkan pembelajaran menyeronokkan (fun learning) dan pembelajaran Beyond-A di mana bukan belajar semata-mata untuk peperiksaan, malah kehidupan.

 

 

 

 

 

 

Group Funtastic Online Tuition Percuma Untuk Pelajar 2021

 

Berikutan  PKP, pembelajaran pelajar yang terjejas, CMN Academy telah mengambil inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar join Group secara PERCUMA disamping memudahkan para Guru dan Ibu Bapa sempena 2021 ini.

Tutor-tutor yang profesional dari CMN Academy telah berganding bahu menyediakan pembelajaran Funtastic Online Tuition untuk membantu mengurangkan beban ibu bapa, guru-guru dalam pendidikan anak-anak.  

GROUP ONLINE TUITION & MENGAJI ONLINE PERCUMA UNTUK PELAJAR MALAYSIA SEMASA PKP

Sempena PKP ini CMN Academy dan Tutor Profesional Malaysia mendapat rungutan dan kebimbangan ibu bapa terhadap prestasi dan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

Ini antara feedback yang telah diberikan oleh ibu bapa terhadap Online Tuition oleh Team Funtastic.

Pernah terfikir untuk beri anak tuisyen secara online?

Kali ini memang peluang terbaik untuk anak-anak anda dapatkan perkongsian daripada tutor berpengalaman dalam subjek yang dikongsikan. 

 

Macam mana nak join??

Senang sangat tau!

Kami senaraikan Group Funtastic Online Tuition Percuma, anda hanya perlu join mengikut level.

Mudah kan?
 

online tuition matematik tambahan

 

Klik link di bawah sekarang mengikut group Telegram subjek dan tahap 👍. Kami akan 

CMN Academy turut menyuarakan harapan agar pembelajaran ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh ibu bapa, guru-guru disamping memberikan pembelajaran yang baik kepada anak-anak.

Semoga dapat memberi manfaat kepada anda sekeluarga terutamanya pada waktu genting ini.

Semoga kebaikan yang kita lakukan akan menghindarkan diri kita dan keluarga dari wabak ini.

Jom sama-sama bantu SHARE kan artikel ini :)

Teknik Menulis Karangan Bahasa Melayu Gaya PRO

Adik-adik ini adalah contoh teknik bagaimana untuk membuat karangan dengan baik

JOM KITA MULA…!

1. Merangka karangan

  • Adik-adik harus baca soalan/tajuk dengan jelas dan fahami setiap soalan/tajuk yang diberi.
  • Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.

Adik-adik tidak boleh menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang akan diperiksa ialah karangan itu, bukan rangkanya.

2. Menyusun rangka karangan

  • Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi adik-adik mencari isi.
  • Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
  • Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
  • Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
  • Isi penting jangan diulang-ulang.

3. Menulis karangan

  • Semasa menulis karangan adik-adik mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
  • Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
  1. Perenggan Pendahuluan
  2. Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
  3. Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
  4. Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
  5. Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
  6. Perenggan Penutup

4. Menyemak karangan

  • Setelah habis menulis karangan adik-adik perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan adik-adik yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
  • Haruslah baca berulang kali untuk  memastikan ketepatan karangan adik-adik.

5. Secara umum peruntukan masa untuk menulis karangan

Masa yang diperuntukan untuk menulis karangan ialah selama 30 minit . Seperti yang dinyatakan dibawah :

  • 4 minit mencari isi
  • 24 minit menulis karangan
  • 2 minit menyemak semula karangan
  • Jumlah = 30 minit

Haa adik-adik dah tahu kan teknik untuk menulis karangan . Semoga teknik menulis karangan ini bermanfaat untuk adik-adik . JUMPA LAGI……

 

Projek Tuisyen Asnaf Yayasan

 

Perbincangan dengan En Syafiq, wakil Yayasan Peneraju Bumiputera bagi Pembelajaran Tuisyen dan Pendidikan Holistik untuk Pelajar Asnaf yang juga merupakan kerjasama bersama Yayasan Negeri Sembilan.

Antara pengisian Projek Tunas Azam ini bukan sahaja Tuisyen Akademik, namun merangkumi Program ‘Nurture & Develop’ untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam akademik, namun bersedia untuk menghadapi dunia Kerjaya dan kehidupan yang lebih mencabar selepas ini.

Disebabkan itu juga, Projek ini mengambil masa beberapa tahun dengan mengikuti Timeline yang dirancang untuk mencapai objektifnya.

Antara program yang dikenalpasti penting untuk anak-anak ini adalah berkaitan:

  • Sahsiah & Jatidiri
  • Pengurusan Kewangan
  • Strategi Pembelajaran
  • Halatuju Kerjaya
  • Pembangunan Komunikasi

dan banyak lagi.

 

Semoga dipermudahkan Allah untuk memberikan yang terbaik kepada yang memerlukan.

Mohon doakan.