Projek Tuisyen Asnaf Yayasan

 

Perbincangan dengan En Syafiq, wakil Yayasan Peneraju Bumiputera bagi Pembelajaran Tuisyen dan Pendidikan Holistik untuk Pelajar Asnaf yang juga merupakan kerjasama bersama Yayasan Negeri Sembilan.

Antara pengisian Projek Tunas Azam ini bukan sahaja Tuisyen Akademik, namun merangkumi Program ‘Nurture & Develop’ untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam akademik, namun bersedia untuk menghadapi dunia Kerjaya dan kehidupan yang lebih mencabar selepas ini.

Disebabkan itu juga, Projek ini mengambil masa beberapa tahun dengan mengikuti Timeline yang dirancang untuk mencapai objektifnya.

Antara program yang dikenalpasti penting untuk anak-anak ini adalah berkaitan:

  • Sahsiah & Jatidiri
  • Pengurusan Kewangan
  • Strategi Pembelajaran
  • Halatuju Kerjaya
  • Pembangunan Komunikasi

dan banyak lagi.

 

Semoga dipermudahkan Allah untuk memberikan yang terbaik kepada yang memerlukan.

Mohon doakan.

 

Spread the love