3 CARA UNTUK DESIGN KELAS ONLINE

Hai semua, berjumpa kita kembali. Harini saya nak berkongsi dengan semua tentang 3 cara untuk design online class. Haaa, macam mana tu? Kenapa perlu design online class? Jom sama-sama baca artikel ini sampai habis.

Baiklah, cara yang pertama untuk design online class ialah tutor atau tenaga pengajar perlulah ada lesson plan. Apa itu lesson plan? Lesson plan ialah perancangan kita untuk mengajar untuk setiap sesi. Tenaga pengajar perlu untuk tunjuk kepada para pelajar perkara yang mereka akan pelajari jadi dengan itu barulah para pelajar tahu mereka akan belajar tajuk apa atau bab apa pada hari itu. Seterusnya, tenaga pengajar perlu pelbagaikan cara pembelajaran supaya pelajar boleh kekal fokus sehingga habis pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilakukan selain mengajar menggunakan buku, boleh juga masukkan aktiviti permainan menggunakan kahoot atau quizziz. Tenaga pengajar juga boleh sediakan whiteboard untuk menerangkan dengan lebih jelas kepada pelajar.

Cara yang kedua ialah everytime kelas, baca doa. Seperti mana yang kita tahu, doa merupakan senjata paling utama dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Dengan berdoa, nescaya allah akan permudahkan segala urusan yang bakal dibuat. Sama juga dengan kelas, jadinya sebelum belajar, pelajar dan guru boleh membaca doa belajar bersama-sama dengan harapan semoga apa yang dipelajari mudah untuk diingati. Guru boleh meminta pelajar yang berbeza untuk membaca doa supaya semua pelajar dapat merasa untuk lead doa di dalam kelas. Membaca doa dan maksudnya sangat bagus dan penting supaya Allah permudahkan urusan dalam kefahaman belajar.

Seterusnya, cara yang ketiga ialah pendidik diibaratkan sebagai kereta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan ini? Maksudnya pendidik perlu servis diri sebagaimana servis kerta, pendidik perlu improve diri dari segi cara mengajar agar pelajar tidak bosan dan boleh sentiasa fokus. Pendidik boleh variasikan cara mereka mengajar dan tidaklah tertumpu kepada satu cara sahaja. Sebagai contoh, jika pendidik selalu menggunakan buku teks, boleh tukar isi-isi penting dalam buku itu ke slideshow, boleh menggunakan powerpoint atau canva atau sebarang aplikasi yang sama kegunaannya.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat manfaat dan dapat menambah baik untuk sesi pembelajaran pada masa akan datang. Jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan. Selamat mencuba. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang topik ini, boleh klik di sini.

5 TIPS UNTUK KEKAL POSITIF

5 CARA UNTUK KEKAL POSITIF

Dalam hidup ini, kita tak terlepas daripada mengalami tekanan atau stress samada ketika bekerja ataupun belajar. Stress yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita jadi kita perlu tangani dengan secepat mungkin. Hari ini saya nak konsikan tentang 5 cara untuk kekal positif dalam kehidupan seharian. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita jalani hidup dengan lebih tenang dan selesa.

Baiklah, tips yang pertama ialah dengan kita bersabar. Sifat bersabar ini perlu kita pupukkan dalam diri. Dengan adanya sifat sabar dalam diri kita, apa pun dugaan aaupun cabaran yang datang, kita akan lebih kuat untuk menghadapinya. Sepertimana Allah berfirman dalam surah Al-Maarij ayat 5-7, “Maka Bersabarlah Dengan Sabar Yang Baik, sesungguhnya mereka memandang siksaan itu mustahil. Sedangkan Kami memandangnya mungkin terjadi”.

Tips yang kedua ialah kita ubah mindset. Kita perlu ubah mindset ke arah yang lebih positif. Dan setiap kali bangun tidur, penuhilah dengan rasa syukur. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita yang tidak boleh dikira jumlahnya. Ada ketika, saat kita melihat orang lain lebih daripada kita dari semua aspek membuatkan hati menjadi tidak senang, cemburu, dengki atau apa sahaja perasaan negatif. Kalau ada perasaan macam tu, buang jauh-jauh. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bila kita bersyukur, Allah akan melipatgandakan rezeki kita.

Beralih kepada tips ketiga ialah bergaul dengan orang yang positif. Bila kita masuk dalam satu circle orang yang berfikiran positif ini sedikit sebanyak membantu kita untuk kekal konsisten berfikiran positif. Pastikan diri anda sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang positif dari segi tingkah laku, pemikiran mahupun percakapan. Ini mampu membantu diri anda untuk setiasa kekal positif di samping menarik aura-aura positif orang di sekeliling anda dan mengekalkan tenaga anda seharian.

Tips yang keempat yang boleh dikongsikan ialah bercakap perkara yang baik-baik sahaja. Percakapan harian kita kena jaga untuk kita kekal konsisten berfikiran positif & aura positif dalam diri bertambah kuat. Bila kamu berada dalam komuniti bercakap sesuatu yang dapat membantu membina sekililing kamu. Bila kita amalkan ini, automatik aura positif akan kekal dalam diri malah bertambah lagi.

Tips yang terakhir ialah memaafkan. Memaafkan ini bukan lah sahaja memaafkan orang lain tetapi memaafkan diri kita sendiri juga. Selepas kita maafkan diri kita, barulah kita memaafkan orang lain. Dengan cara ini barulah kehidupan kita akan sentiasa positif. Jika susah hendak memafkan orang lain, ingatlah bahawa semua manusia tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan.

Inilah antara tips untuk kita kekal positif dalam kehidupan seharian. Semoga perkongsian ini menbantu untuk meneruskan pekerjaan atau pembelajaran dengan lebih tenang. Jangan lupa berkongsi pada keluarga dan rakan-rakan. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Senang je Belajar Bahasa Arab

“Susahnyaa bahasa arab ni, tak faham laaa”

“Susahnya nak ingat..tak boleh masuklah”

Ayat-ayat macam tu biasa sangat kita dengar terutamanya bagi pelajar yang tak dapat score dalam subjek bahasa arab. Susah sangat ke bahasa arab ni sebenarnya sampai tak boleh nak score??

Sebenarnya tak kesah la subjek apa sekali pun sains ke, math, addmath, fizik, bahasa inggeris..semuanya ada cabaran dalam menuntutnya. Ilmu itu nilainya tinggi jadi usaha untuk mempelajarinya juga perlu tinggi. Subjek bahasa arab menjadi susah bukanlah sebab bahasa itu sendiri tetapi “mindset” atau persekitaran dan buah mulut orang yang menyatakan ianya susah. Jadi ramailah yang beranggapan bahasa arab ini susah.

Pertama sekali ubah cara fikir kita, sebab ini lah yang mempengaruhi kita dalam menuntut ilmu. Kalau kita fikir ianya susah maka susah la. Kita akan jadi malas dan tak semangat bila nak belajar sebab dari awal lagi kita dah beranggapan ianya susah. Jadi tukar dan ubah presepsi kita bahawa bahasa arab ini mudah, InsyaAllah Allah akan bantu dan membuka jalan bagi orang-orang yang usaha dalam menuntut ilmu.

Pupuk minat kita dalam belajar bahasa arab, sebab minat itu boleh dibina dengan banyak cara sebenarnya. Kita boleh pelbagaikan cara pembelajaran di luar waktu pembelajaran formal, contohnya zaman kini adalah zaman internet gunakan internet itu sebaik mungkin, kita boleh melayari di YouTube, banyak video-video yang menarik yang boleh kita dapat dari situ. Kita boleh sertai channel-channel di Telegram yang banyak berkongsikan tentang kosa kata bahasa arab, ungkapan-ungkapan yang menarik dalam bahasa arab. Selain itu juga, TikTok juga ada yang berkongsikan tentang bahasa arab yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebenarnya banyak platform yang kita dapat layari di internet cuma perlukan kemahuan dan sedikit usaha untuk mencarinya, bak kata orang maklumat di hujung jari, tekan terus dapat.

Tapi kalau ada yang susah nak hafal tu nak buat macam mana? Sebab bahasa arab ni banyak sangat kena hafal. Memang tak dapat dinafikan sebab bahasa arab ni bahasa yang jarang kita guna sebab tu kadang-kandang agak sukar untuk kita ingat. Tapi itu bukan alasanya, orang yang nak berjaya mesti mencari solusi. Jika diikutkan lebih 3000 kosa kata bahasa arab yang dipinjamkan kepada bahasa melayu. Contohnya, perkataan-perkataan;

kerusi – كرسي (kursiyun), wujud – وجد (wajada), Kuat – قوى (qawiyy), internet – الإنترنت (al-internet), amal – عمل (amal), darjat – درجة (darajah), khabar – خبر (Khabar), soalan – سؤال (suaalun), mungkin – ممكن (mumkinu)

Dan banyak lagi sebenarnya, kalau nak disenaraikan memang panjang la jadinya. Berdasarkan perkataan-perkataan yang dipinjamkan ini sudah banyak membantu kita untuk ingat dan hafal kosa kata bahasa arab. Cara yang lain adalah kerap guna perkataan yang berbeza dalam penulisan atau percakapan. Kebiasaanya pelajar akan guna perkataan yang sama ketika menulis ayat atau karangan contohnya,

يذهب محمد إلى المدرسة (Muhammad sedang pergi ke sekolah)

Cuba tukar perkataan sekolah kepada stadium (مُدَرِّج), pusat membeli belah (مركز تسوق), ladang (مزرعة) atau apa sahaja perkataan yang jarang digunakan. Cara ini dapat membantu mengembangkan lagi penggunaan kosa kata bahasa arab.

 

Selain itu, wajibkan pada diri untuk menghafal sekurang-kurangnya 3 kosa kata yang baru setiap hari. Kita boleh dapatkan dan belajar kosa kata yang baru melalui pembacaan buku, channel Telegram bahasa arab, TikTok, YouTube atau apa-apa aplikasi. Dengan cara ini banyak kosa kata yang kita akan dapat dan boleh praktikan samada dalam penulisan dan percakapan.

 

Terakhir sekali, ini paling penting tuntut ilmu mestilah berguru jika tidak sesatlah jalan. Walaupun kita sudah mempunyai pelbagai kemudahan internet tetapi gurulah sebaik-baik tempat dalam kita menuntut ilmu. Mereka adalah orang-orang yang mahir dalam bidang tersebut jadi sudah pasti lebih mudah kita untuk mempelajarinya jika tidak kita hanya menghafal semata-mata tanpa memahami ilmu tersebut.

Aplikasi yang boleh dilayari ;

  • Youtube CMN Academy atau Madinah Arabic
  • Tiktok cmnacademy atau sirsyazwan
  • Channel Telegram ; Kosa Kata Bahasa Arab, Uslub Nahwu

Jika PKP Dilaksanakan Semula, Bagaimana Dengan Pelajaran Anak Kita?

Jika dilihat keadaan negara kita masih tak menentu.

Nak ramal keadaan pun tak pasti bagaimana, sejak kes Covid naik turun dan dah mula cecah dua angka kembali serta wujudnya beberapa kluster baru. Menteri Pertahanan, Dato Ismail Sabri juga telah umumkan bahawa jika kes mencapai tiga angka, Perintah Kawalan Pergerakan PKP akan dilaksanakan semula.

 

Bagaimana jika PKP dilaksanakan semula?

Pastinya semua orang perlu berada di rumah masing-masing terutamanya pelajar. Sekolah akan ditutup kembali dan bermula lah semula drama PKP lepas. Pelajar perlu belajar sendiri di rumah, ramai yang hanya main game, tengok kartun dan korea. Jadi bagaimana pelajar nak dapat pembelajaran yang seronok dan berimpak?

 

Ada lagi ibu bapa yang masih risau dan tidak percaya pembelajaran secara online juga berkesan?

Ada yang rasa anak tak boleh fokus selama 1 jam untuk belajar depan laptop atau smartphone.

Persoalannya, jika beri anak main game atau tonton cerita, berapa jam dia boleh bertahan fokus depan gadget?

 

 

Alhamdulillah… kelas Funtastic Online Tuition banyak membantu pelajar bermula dari awal PKP lalu sehingga sekarang. Walaupun sekolah telah dibuka, kami tetap memberikan pembelajaran yang menyeronokkan dan berimpak, yang mudah dihadiri walau di mana pelajar berada.

 

Pelajar lain dah cuba, anak anda bila lagi?

 

Untuk Kelas Percubaan PERCUMA, klik DI SINI untuk kami bantu.

 

Uniknya Bahasa Arab! Jom Belajar Online Gaya Santai Bahasa Arab SPM

Adik2 tahu tak… dalam Bahasa Arab, ada perkataan yang sama erti dalam 1 ayat atau perkataan yang berulang.

Ada 4 jenis perkataan yang berfungsi sebagai persamaan dalam ayat.

Apa 4 jenis perkataan tu?

Dan bagaimana nak gunakannya dalam ayat?

Jom bersama Ustazah Wahidah nak kongsikan topik Persamaan Perkataan.

Kita belajar gaya seronok & santai secara online bersama Ustazah Nurwahidah!

Pastikan adik2 dah bersedia jam 9.30 pagi di Exclusive Online Group Tuition Funtastic Arabic SPM.

Macam mana nak join?
Klik je Exclusive Funtastic Arabic SPM

Group Telegram: Funtastic Arabic SPM

#FuntasticArabicSPM
#BahasaArabSPM
#OnlineTuition