Peristiwa yang berlaku dalam bulan Zulkaedah

Hai, semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Haaaa, sekarang kan kita dalam bulan Zulkaedah jadi nak share sikit tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi dalm bulan Zulkaedah. Pertama sekali, jom kita kenal ape itu Zulkaedah. Zulkaedah merupakan bulan ke-11 dalam kalendar takwin hijrah. Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan.

Baiklah, antara peristiwa penting dalam bulan Zulkaedah ialah terjadinya Perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani. Sebab-sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyah ialah, Nabi Muhammad SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginanNya Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu menunaikan ibadah umrah. Terdapat pelbagai kesan dan hikmah daripada Perjanjian Hudaibiyah ini yang boleh kita pelajari.

Peristiwa kedua ialah berlakunya peperangan Bani Quraizah. Perang ini telah berlaku pada akhir bulan Zulkaedah. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ia telah berlaku pada tahun ke-5 Hijrah, iaitu selepas perang Ahzab. Peperangan ini berlaku akibat kedegilan kaum yahudi yang melanggar isi perjanjian antara orang Islam dan yahudi. Kaum Muslimin yang pada awalnya telah meletakkan senjata, kembali ke medan perang disebabkan oleh pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Bani Quraizah. Pada hari ke-25, kaum Bani Quraizah telah menyerah kalah setelah dikepung oleh 3000 pejuang Islam. Salah satu iktibar yang boleh didapati daripada peristiwa ini ialah jangan mudah untuk memberikan peluang kepada golongan yang memerangi Islam untuk mencari kesalahan kita dan dijadikan fitnah serta bahan dalam memerangi minda umat Islam.

Peristiwa yang terakhir yang ingin dikongsikan ialah berlakunya Haji Wida’ atau Haji Wada’. Secara amnya, Haji Wida’ ini merupakan ibadah haji yang dilakukan oleh Nabi Muhammad pada bulan Zulhijjah 10 Hijrah. Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhirnya pada haji terakhir ini sebelum wafat. Haji ini merupakan haji pertama Nabi Muhammad setelah dilantik menjadi rasul. Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida’, baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Berikut adalah kisah-kisah yang berlaku dalam bulan Zulkaedah. Semoga dapat manfaat dan jangan lupa berkongsi ilmu ini kepada orang sekeliling.

 

 

5 TIPS UNTUK KEKAL POSITIF

5 CARA UNTUK KEKAL POSITIF

Dalam hidup ini, kita tak terlepas daripada mengalami tekanan atau stress samada ketika bekerja ataupun belajar. Stress yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita jadi kita perlu tangani dengan secepat mungkin. Hari ini saya nak konsikan tentang 5 cara untuk kekal positif dalam kehidupan seharian. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita jalani hidup dengan lebih tenang dan selesa.

Baiklah, tips yang pertama ialah dengan kita bersabar. Sifat bersabar ini perlu kita pupukkan dalam diri. Dengan adanya sifat sabar dalam diri kita, apa pun dugaan aaupun cabaran yang datang, kita akan lebih kuat untuk menghadapinya. Sepertimana Allah berfirman dalam surah Al-Maarij ayat 5-7, “Maka Bersabarlah Dengan Sabar Yang Baik, sesungguhnya mereka memandang siksaan itu mustahil. Sedangkan Kami memandangnya mungkin terjadi”.

Tips yang kedua ialah kita ubah mindset. Kita perlu ubah mindset ke arah yang lebih positif. Dan setiap kali bangun tidur, penuhilah dengan rasa syukur. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita yang tidak boleh dikira jumlahnya. Ada ketika, saat kita melihat orang lain lebih daripada kita dari semua aspek membuatkan hati menjadi tidak senang, cemburu, dengki atau apa sahaja perasaan negatif. Kalau ada perasaan macam tu, buang jauh-jauh. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bila kita bersyukur, Allah akan melipatgandakan rezeki kita.

Beralih kepada tips ketiga ialah bergaul dengan orang yang positif. Bila kita masuk dalam satu circle orang yang berfikiran positif ini sedikit sebanyak membantu kita untuk kekal konsisten berfikiran positif. Pastikan diri anda sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang positif dari segi tingkah laku, pemikiran mahupun percakapan. Ini mampu membantu diri anda untuk setiasa kekal positif di samping menarik aura-aura positif orang di sekeliling anda dan mengekalkan tenaga anda seharian.

Tips yang keempat yang boleh dikongsikan ialah bercakap perkara yang baik-baik sahaja. Percakapan harian kita kena jaga untuk kita kekal konsisten berfikiran positif & aura positif dalam diri bertambah kuat. Bila kamu berada dalam komuniti bercakap sesuatu yang dapat membantu membina sekililing kamu. Bila kita amalkan ini, automatik aura positif akan kekal dalam diri malah bertambah lagi.

Tips yang terakhir ialah memaafkan. Memaafkan ini bukan lah sahaja memaafkan orang lain tetapi memaafkan diri kita sendiri juga. Selepas kita maafkan diri kita, barulah kita memaafkan orang lain. Dengan cara ini barulah kehidupan kita akan sentiasa positif. Jika susah hendak memafkan orang lain, ingatlah bahawa semua manusia tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan.

Inilah antara tips untuk kita kekal positif dalam kehidupan seharian. Semoga perkongsian ini menbantu untuk meneruskan pekerjaan atau pembelajaran dengan lebih tenang. Jangan lupa berkongsi pada keluarga dan rakan-rakan. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.