Tip Membina Ayat Untuk Pelajar

Setiap hari, kebanyakan dari kita berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

Betul ke ayat yang kita gunakan ketika kita bercakap dan sama ke dengan apa yang perlu kita tulis bila di sekolah atau dalam peperiksaan?

 

Haaa.. anda tahu tak macam mana nak bina ayat yang sebetulnya? Tak tahu? Atau masih lemah dalam membina ayat…?

Ini tip untuk bina ayat yang baik, bagus dan sempurna khas untuk pelajar!

 

Apa yang perlu dilakukan:

1- Bina ayat gramatis (ayat yang ikut susunan tatabahasa dan struktur yang betul) dan tersusun menggunakan bahan rangsangan yang diberikan.

2- Setiap ayat perlu ada subjek dan predikat.

3- Setiap ayat yang dibina harus menerangkan apa-apa yang terkandung dalam bahan rangsangan. Seperti contoh, satu gambar untuk satu ayat.

4- Gunakan tanda baca/wacana yang betul.

5- Pastikan ejaan yang tepat.

 

Ada pelajar yang masih ‘careless’ dan melakukan kesilapan kecil seperti tersilap ejaan atau tertinggal tanda wacana. Bagi mengurangkan kesilapan kecil yang ada kalanya tak sengaja, boleh baca kembali ayat yang ditulis. Semak semula hasil tulisan untuk lebih ketepatan.

Jom kita belajar dan pratikkan sama-sama!

 

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

BELAJAR MATEMATIK DENGAN SERONOK

Boleh ke belajar Matematik in a fun way?

Best ke subjek Matematik ni?

Jawapannya ialah Ya!

 

Kita boleh belajar subjek Matematik dengan seronok dan tak cepat bosan.

Nak tahu macam mana?

 

Haa.. berikut merupakan beberapa tips macam mana nak menjadikan subjek Matematik ni lebih seronok

 

#1 Belajar melalui nota bergambar

  • Melalui nota bergambar, anak-anak akan lebih mudah ingat
  • Anak-anak menjadi lebih faham konsep-konsep asas Matematik

 

#2 Belajar melalui video

  • Ramai pelajar sekarang sangat suka melihat video.
  • Sebenarnya belajar Matematik juga boleh melalui video, pilih saja yang sesuai & menarik.
  • Anak-anak boleh fahami konsep & soalan dengan video yang boleh ditonton berulang kali

 

#3 Kuiz interaktif/ kaedah “game”

  • Pendekatan seperti ini lebih sesuai dan dekat dengan jiwa anak-anak kerana mereka akan lebih seronok dengan cara pembelajaran secara fun learning
  • Dengan kuiz interaktif atau “game” ini, anak-anak tidak akan rasa terpaksa dan mula menerbitkan rasa seronok ketika menyelesaikan soalan Matematik

 

Dengan tip di atas, anak-anak akan lebih mudah faham untuk menyelesaikan soalan Matematik dan akan rasa lebih seronok untuk mempelajari subjek ini.

Ia juga dapat membantu anak-anak untuk memahami soalan Matematik dengan lebih jelas terutamanya apabila learning tools yang  digunakan adalah menyeronokkan seperti nota visual, gambar dan juga solusi yang menunjukkan penyelesaian “step by step” dalam bentuk video.

 

Nak anak anda ‘bijak’ & kuasai Matematik?

Di CMN Academy, kami menggunakan pelbagai kaedah dan disesuaikan dengan pelajar untuk memberikan impak lebih berkesan dan menyeluruh dalam membantu pelajar lebih faham dan seronok untuk belajar.

 

Jom kami bantu anak-anak anda!

Kami sediakan Tuisyen & pelbagai Modul untuk bantu mereka.

KLIK DI SINI untuk info lanjut

 

Dari Qatar Ke Malaysia : Tuisyen Online Melangkah Sempadan

Inilah salah satu cerita unik pelajar kami,

Pelajar di Qatar, Tutor di Malaysia.

 

Alhamdulillah, tempohari team kami dapat meluangkan masa bersama pelajar kami dari Qatar yang telah pulang ke Malaysia bersama ibunya.

 

Tuntutan kerjaya bapa Aydin membawa kepada penghijrahan mereka sekeluarga ke Qatar. 

Pada awal 2022, ibu Aydin menghubungi kami untuk membantu anaknya, Aydin belajar beberapa subjek dengan silibus Malaysia.

Kami difahamkan, Aydin bakal mengikut jejak langkah abang-abangnya yang bersekolah asrama di Malaysia bermula 2023.

 

 

Alhamdulillah, dengan tuisyen online tanpa sempadan, kami dapat bantu Aydin selama lebih kurang setahun sehingga beliau dapat diterima masuk ke Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Seremban setelah berjaya melepasi peperiksaan kemasukan Tingkatan 1.

 

Terima kasih kepada tutor yang bersama komited membantu Aydin, Cikgu Syazwani (Bahasa Melayu), Teacher Yaya (English) dan Ustazah Nurwahidah (Mengaji & Bahasa Arab).

Semoga Aydin akan terus cemerlang di sana & dalam kerjaya seterusnya.



Harapnya perkongsian ini membuka mata ibu bapa sekalian sama ada di Malaysia atau tinggal di luar negara, Tuisyen Online kami InsyaAllah dapat membantu anak-anak belajar, alami peningkatan seterusnya cemerlang.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk perbincangan lanjut berkaitan pembelajaran tambahan anak, boleh hubungi kami di 01115775761 atau terus mesej di facebook CMN Academy untuk kami bantu.

Build Self-confidence Dengan Subjek Akaun

 

Macam mana nak build self-confidence dengan subjek Akaun?

“Rasa tak yakinlah cikgu”

“Malu lah cikgu, saya takut jawapan saya salah”

“Seganlah nak berhadapan dengan orang”

Berikut merupakan antara ayat-ayat yang sering didengari dari para pelajar terutamanya yang mempunyai sifat malu yang tebal dalam diri. Namun, semua itu boleh diubah jika kena pada gaya dan tekniknya. Baru-baru ini di dalam perkongsian Live FB bersama Cikgu Akin iaitu speaker Funtastic Prinsip Akaun bersama dua pelajarnya yang terpilih bernama Aisyah Humaira dan Nurul Annisa yang berada di Tingkatan 5 telah berkongsi bagaimana cara-cara untuk membina keyakinan diri di dalam kalangan pelajar terutamanya yang mengambil subjek Akaun. Menurut cikgu Akin, terdapat beberapa perkara yang perlu ditekankan dalam diri seseorang itu untuk membina keyakinan diri. Antaranya ialah;

  1. Create a better communication

Bagi cikgu Akin, kita perlu mendalami personaliti seseorang itu dengan kenali mereka lebih dalam. Sebagai contoh, bukan sahaja perlu bina reputasi antara cikgu dan pelajar. Tetapi, amatlah penting juga untuk para pelajar membina reputasi dengan pelajar juga.

  • Why?

Melalui komunikasi antara cikgu + pelajar, pelajar + pelajar ini akan mewujudkan kesan yang positif di kalangan pelajar. Menurut Aisyah Humaira pelajar Tingkatan 5 dari Sabah mengatakan bahawa melalui communication antara rakan sekumpulan ini, dia dapat bekerjasama dengan group dan kena confident jawab soalan dengan teammate. Bagi Nurul Annisa pula, “saya jadi lebih faham sebab bincang sama-sama, jadi lebih tahu mana betul dan salah.”

“Tak perlu komunikasi yang tip top, yang penting ada better communication”Cikgu Akin

  1. Lebih menekankan value yang datang semasa belajar

Bagi cikgu Akin lagi, beliau lebih menekankan nilai yang ada semasa sedang belajar dan antara kesan yang dapat pelajar dapati ialah “lagi nampak kesalahan tu bila present depan kawan-kawan ramai.” – Nurul Annisa

 

Maka, keyakinan diri bukan sahaja penting dalam diri.. Tetapi, mengamalkan rasa positif semasa belajar juga penting untuk memupuk semangat ketika menghadapi subjek yang sukar.

Kesan Besar Ilmu Mata Pelajaran UPKK Kepada Anak-anak

Kebiasaannya golongan-golongan veteran akan peroleh pendidikan agama dengan menghadiri kuliah dan kelas agama di masjid. Ada juga yang merujuk bahan bacaan agama seperti buku, modul, e-book, artikel dan sebagainya untuk panduan dalam pendidikan agama. Jadi, bagaimana pula kanak-kanak yang memerlukan pendidikan agama dari sumber yang sahih dan bimbingan daripada para asatizah. Maka dengan itu, ilmu dalam mata pelajaran UPKK memberi kesan besar kepada kanak-kanak dalam pendidikan agama sejak kecil.

Sejajar dengan itu, ada juga bangsa Cina yang suka menghantar anaknya mempelajari KAFA, hal ini demikian kerana ilmu KAFA dapat membentuk sahsiah anak-anak sekali gus mempelajari agama lain. Oleh hal yang demikian, wajarlah UPKK sangat relevan untuk sekalian manusia mempelajarinya. Terdapat segelintir golongan berkata pelajar UPKK lebih teruk akhlaknya, di sini kita perlu perhatikan bahawa zaman kanak-kanak adalah proses dalam membentuk akhlak dan adab mereka. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesan besar ilmu UPKK kepada kanak-kanak adalah semestinya untuk bekalan masa hadapan mereka. Memastikan pelajar fasih mengaji al-Quran, mereka juga bakal menjadi dewasa dan berumah tangga menjadi ibubapa. Contohnya, adab dengan jiran tetangga, mereka sudah terdidik dari kecil bagaimana dan apa adab terhadap jiran tetangga. Seterusnya, mereka akan menghadapi realiti kehidupan yang berdepan dengan berbagai isu agama, ilmu akidah penting untuk mereka mengharungi kehidupan mereka kelak.

Ilmu dalam mata pelajaran UPKK memfokuskan amali dan penghayatan kepada pelajar bukan sekadar teori yang dipelajari di dalam kelas. Manakala subjek pendidikan Islam di sekolah rendah mengajar ilmu secara asas kepada pelajar. Silibus yang ditetapkan tidak membebankan pelajar kerana mereka hanya mempelajari dua subjek sehari. UPKK menekankan pebelajaran secara amali, contohnya seperti solat sunat jenazah yaitu pelajar akan mempraktikkan teori yang dipelajari.

Terdapat beberapa cabaran UPKK, antara adalah penghayatan ilmu itu sendiri dan bagaimana pelajar boleh aplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas di luar sana. Pelajar itu tidak dikira berjaya walaupun peroleh 8A UPKK tetapi gagal praktikkan apa yang mereka belajar sehingga mencapai A dalam semua mata pelajaran.

Ada beberapa pra syarat bagi mereka yang hendak mendaftar UPKK iaitu telah mempelajari Kafa selam 3 tahun sebelum mendaftar UPKK. Pelajar berkelulusan UPKK dan PSRA mempunyai kelebihan yang tersediri. Pelajar UPKK, mereka boleh mohon mana-mana sekolah menengah di seluruh negeri manakala PSRA pula, mereka akan mempelajari imu agama secara mendalam dan hanya boleh masuk sekolah menengah di negeri Selangor sahaja kerana PSRA adalah di bawah JAIS.

4 Tips Nak Jadi Top Student di Sekolah

Setiap sekolah di dunia semestinya ada top student atau pelajar berprestasi tinggi, atau boleh dikatakan pelajar harapan sekolah. Sekolah juga akan memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan ini untuk mencapai penanda aras sekolah dalam peperiksaan besar. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pelajar lain yang mahukan mereka tergolong dalam kelompok top student di sekolah?

 

Antara tips yang bakal dikongsikan kepada pelajar-pelajar di luar sana, bagaimana hendak menjadi top student:

  1. Fokus semasa dalam kelas

Pelajar mestilah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Menyalin segala nota yang ditulis oleh guru di papan putih sambil mendengar penerangan guru di samping mencatat segala apa yang diucapoleh guru. Jika ada masa lapang atau tiada guru, rebut peluang untuk siapkan homework di sekolah. Hal ini kerana, pelajar kurang belajar di rumah disebabkan smart phone. All out dekat sekolah, study, hafal, lakukan latihan.

 

  1. Kawan rapat atau geng

Berusaha rapat dan mencari geng yang rajin belajar. Geng kita sendiri contohnya, masing-masing ada kemahiran bagi setiap subjek, ada yang mahir matematik, ada yang mahir bahasa inggeris, mahir sains. Hal ini demikian kerana, kawan rapat tidak semestinya sentiasa dengan hiburan, apabila waktu belajar mereka akan belajar sungguh. Kalau kita belajar dengan kawan sendiri, pendekatan atau penerangan kawan lebih mudah, santai dan simple untuk kita faham.

 

  1. Cari cara belajar tersendiri

Cara belajar setiap pelajar berbeza mengikut karakter masing-masing. Ada pelajar yang boleh belajar secara sendirian, berkumpulan, sambil mendengar, melalui lukisan, lisan dan sebagainya. Kita sendiri perlu kenalpasti diri sendiri boleh belajar dengan cara yang bagaimana. Contohnya, mencipta rentak lagu sendiri untuk subjek yang perlu menghafal untuk lebih mudah ingat, mereka komek untuk subjek sejarah, memerlukan kepada bercakap untuk ingat.

 

  1. Jaga hubungan dengan Allah dan mahkluk

Menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Menambahkan amalan seperti menunaikan solat-solat sunat dengan konsisten. Pemakanan juga salah satu faktor pembelajaran juga, tidak semua makanan kita boleh makan terutama apabila pelajar mengambil subjek pengajian Islam. Wujudkan suasana yang positif di sekolah dan di rumah. Menjaga hubungan dengan makhluk, contohnya sebelum gerak ke sekolah salam dan cium ibubapa, sentiasa perbetulkan niat kerana Allah atau boleh praktis bercakap dengan haiwan walaupun mereka tak faham.

 

Akhir sekali, pelajar yang rajin belajar, bawa buku kemana sahaja tidak sama karakternya dengan standard student, jadi tips yang pertama ini boleh membantu mereka menjadi top student di sekolah. Terkadang semasa di kelas cikgu akan lontarkan kata-kata yang mana pelajar akan ingat sampai bila-bila.

Bagaimana Jadikan Al-Quran Sebagai Keutamaan Terutamanya Pada Anak-Anak

Tidak dapat dinafikan, antara cabaran zaman kini adalah menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan. Dalam arus hambatan mengejar kecemerlangan akademik, upaya menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan, dirasakan payah.

Di kacamata seorang yang lahir di tahun 1980-an, jika suatu masa dulu, kita di zaman kanak-kanak pasti ada masa dengan Al-Quran, sama ada dengan ibubapa di rumah, atau kanak-kanak keluar rumah berguru dengan orang lain. Budaya ini berlaku di mana-mana.

Lepas Maghrib, anak-anak ‘kilik’ Al-Quran. Guru Al-Quran ‘kilik’ rotan. Kaum bapa ke surau masjid dengar pengajian. Ibu-ibu juga mengaji Al-Quran. Tiada rancangan televisyen yang menjadi tarikan. Hinggakan TV digelar ‘peti Setan’. Pergi tengok wayang bagai tempah tiket ke Jahanam. Ya, dulu teknologi yang ada bertujuan hiburan selain informasi yang hanya jadi tempelan.

 

Kini, perubahan amat ketara sekali. Teknologi yang menjadikan seseorang kenal Al-Quran. Pelbagai aplikasi, dan saluran yang menjadikan pembelajaran Al-Quran jadi mudah. Namun, Cabaran untuk menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan tetap menjadi sesuatu yang sukar. Di mana tarikan lain lebih menambat hati dan kesukaan.

PdPr menempatkan diri dalam teknologi bagi menyalurkan pendidikan terutama di waktu pandemik berlarutan. Kekangan masa dan peranti menjadi cabaran besar. Dalam pada itu, di rumah sekalipun, ibubapa semakin sibuk. Nak dihantar keluar, pandemik masih di tahap yang tidak selamat. Maka tidak banyak pilihan dalam merealisasikan Al-Quran sebagai keutamaan.

 

Sebagai warga pendidik Al-Quran di dua zaman yang berbeza ini, berikut adalah antara panduan umum yang boleh diusahakan:

 

1) ‘Al-Quran Hour’ di rumah.

Ibubapa berusaha jadikan rumah sebagai Madrasah Al-Quran anak-anak. Sekurang-kurangnya ibubapa peruntukkan masa yang tetap, dijadualkan secara harian, atau mingguan khas untuk ajar & semak Al-Quran ahli keluarga.

Ini juga boleh dijalankan walau berlainan rumah. Selain menghubungi ahli keluarga secara whatsapp group, Google Meet, Zoom dan sebagainya, jadualkan ‘We-Time For Al-Quran’ secara tetap. Ala-ala Gathering Time yang khas untuk Al-Quran. Isikan dengan bacaan Al-Quran , semakan, atau apa sahaja yang berkaitan Al-Quran.

Ada yang permulaanya dengan perhimpunan online Sesi Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat Keluarga. Dari situ, kembangkan dengan jadikan ia rutin bulanan akhirnya mingguan. Tambah atau selang-selikan dengan pembelajaran Al-Quran. Jemput guru Al-Quran secara online untuk invite masuk secara berkala sebagai bimbingan juga suatu yang boleh diusahakan.

 

2) Kelas Mengaji Online.

Ini dilihat sebagai pilihan terakhir. Memandangkan anak-anak telah banyak menghadap gajet untuk PdPr. Pun begitu, Ibubapa berhak membuat penilaian daripada lambakan kelas mengaji online yang ada. Pilih yang serasi dengan pembelajaran anak-anak. Pelbagai pendekatan pembelajaran yang digunakpakai oleh guru Al-Quran online.

Kesimpulannya, nak seribu daya, tak nak apakan daya. Tak menafikan, ramai di kalangan ibubapa yang mahir Al-Quran, cuma untuk mengajar anak-anak sendiri itu yang mencabar kerana ‘bonding’ yang sedia ada, atau lain-lain sebab. Apapun, usahakan berterusan pelbagai cara & langkah tanpa putus asa demi menjadikan Al-Quran sebagai keutamaan dalam hidup seluruh ahli keluarga.

Hebatlah kerana menjadikan Al-Quran No.1! Allah nilai usaha, bukan natijahnya semata-mata. Permulaan itu payah, Tapi manis pada kesungguhan yang berterusan tanpa putus asa.

 

Dalam musim Olimpik ni, kata-kata “Majulah Sukan Untuk Negara” kan.

Tapi untuk Al-Quran, usahakan tanpa musim. “Majulah Usaha Demi Al-Quran”

Aci?

 

Nak cari pembelajaran Mengaji online, boleh cuba:

(Mingguan) https://funtastic.cmnacademy.com

Nak cuba yang ni pun boleh:

(Bulanan) https://cmnacademy.com/quraniconline/

3 CARA UNTUK DESIGN KELAS ONLINE

Hai semua, berjumpa kita kembali. Harini saya nak berkongsi dengan semua tentang 3 cara untuk design online class. Haaa, macam mana tu? Kenapa perlu design online class? Jom sama-sama baca artikel ini sampai habis.

Baiklah, cara yang pertama untuk design online class ialah tutor atau tenaga pengajar perlulah ada lesson plan. Apa itu lesson plan? Lesson plan ialah perancangan kita untuk mengajar untuk setiap sesi. Tenaga pengajar perlu untuk tunjuk kepada para pelajar perkara yang mereka akan pelajari jadi dengan itu barulah para pelajar tahu mereka akan belajar tajuk apa atau bab apa pada hari itu. Seterusnya, tenaga pengajar perlu pelbagaikan cara pembelajaran supaya pelajar boleh kekal fokus sehingga habis pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilakukan selain mengajar menggunakan buku, boleh juga masukkan aktiviti permainan menggunakan kahoot atau quizziz. Tenaga pengajar juga boleh sediakan whiteboard untuk menerangkan dengan lebih jelas kepada pelajar.

Cara yang kedua ialah everytime kelas, baca doa. Seperti mana yang kita tahu, doa merupakan senjata paling utama dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Dengan berdoa, nescaya allah akan permudahkan segala urusan yang bakal dibuat. Sama juga dengan kelas, jadinya sebelum belajar, pelajar dan guru boleh membaca doa belajar bersama-sama dengan harapan semoga apa yang dipelajari mudah untuk diingati. Guru boleh meminta pelajar yang berbeza untuk membaca doa supaya semua pelajar dapat merasa untuk lead doa di dalam kelas. Membaca doa dan maksudnya sangat bagus dan penting supaya Allah permudahkan urusan dalam kefahaman belajar.

Seterusnya, cara yang ketiga ialah pendidik diibaratkan sebagai kereta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan ini? Maksudnya pendidik perlu servis diri sebagaimana servis kerta, pendidik perlu improve diri dari segi cara mengajar agar pelajar tidak bosan dan boleh sentiasa fokus. Pendidik boleh variasikan cara mereka mengajar dan tidaklah tertumpu kepada satu cara sahaja. Sebagai contoh, jika pendidik selalu menggunakan buku teks, boleh tukar isi-isi penting dalam buku itu ke slideshow, boleh menggunakan powerpoint atau canva atau sebarang aplikasi yang sama kegunaannya.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat manfaat dan dapat menambah baik untuk sesi pembelajaran pada masa akan datang. Jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan. Selamat mencuba. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang topik ini, boleh klik di sini.

Tips belajar online secara efektif

Perkongsian harini tentang cara-cara untuk fokus ketika sesi pembelajaran. Sekarangkan kita semua belajar secara atas talian, jadinya kita perlu fokus sehingaa 200%, tapi macam mana? Haa, jom baca bersama-sama.

Baiklah, yang pertama sekali kita mestilah perlu ada jadual harian. Apa itu jadual harian? Jadual harian bermaksud apa yang kita nak lakukan hari itu, daripada pagi sehingga petang atau malam. Jadi, kita boleh catatkan dalam buku ataupun di atas kertas dan tampal di meja belajar kita. Dengan cara ini, diri kita sudah tahu perkara apa yang hendak dilakukan tanpa membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan pun merupakan satu langkah yang penting supaya kita tidak tertinggal tugasan ataupun ujian.

Beralih kepada cara kedua iaitu penyediaan tempat belajar yang selesa dan kondusif. Dalam usaha untuk menjadikan pembelajaran atas talian ini berjaya kita haruslah menyediakan tempat belajar yang selesa seperti mengasingkan tempat tidur kerana katil merupakan musuh utama ketika sesi pembelajaran. Kita perlu memastikan segala alatan untuk belajar seperti buku teks, alat tulis, buku nota, laptop atau telefon bimbit dalam keadaan yang baik supaya boleh kekal focus di dalam kelas. Internet juga merupakan salah satu permasalahan utama jadi perlulah mencari tempat yang sesuai dengan kelajuan internet.

Cara yang ketiga ialah membuat nota sendiri. Nota sendiri dapat membantu kita dalam belajar terutamanya ketika musim peperiksaan. Tapi bagaimana mahu membuat nota sendiri? Antara tips yang dapat dikongsikan  adalah menggunakan pen yang berlainan warna termasuklah highlighter untuk point penting seperti isi-isi utama dalam sesuatu topik. Jika tiada pen berwarna-warni, kitab oleh menggunakan kertas yang berlainan waran untuk menjadikan nota itu ceria. Seterusnya, kita boleh mencipta akronim sendiri, dengan cara ini, lebih mudah untuk kita faham dan ingat.

Akhir sekali, tips yang keempat ialah sentiasa aktif di dalam kelas supaya tidak mengantuk. Aktif ini tidaklah bermaksud perlu berdiri atau berlari, tetapi aktif ini bermaksud sentiasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Jika terdapat sesuatu perkara yang tidak faham, terus bertanya kepada guru tersebut. Ingatlah bahawa jika kita bertanya, bukan kita sahaja yang faham, malahan rakan-rakan kelas kita juga akan turut faham.

Sekarang, anda sudah tahu. Semoga pembelajaran anda berjalan dengan lancar dan selamat mencuba cara-cara di atas. Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan.

Peristiwa yang berlaku dalam bulan Zulkaedah

Hai, semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Haaaa, sekarang kan kita dalam bulan Zulkaedah jadi nak share sikit tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi dalm bulan Zulkaedah. Pertama sekali, jom kita kenal ape itu Zulkaedah. Zulkaedah merupakan bulan ke-11 dalam kalendar takwin hijrah. Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan.

Baiklah, antara peristiwa penting dalam bulan Zulkaedah ialah terjadinya Perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani. Sebab-sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyah ialah, Nabi Muhammad SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginanNya Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu menunaikan ibadah umrah. Terdapat pelbagai kesan dan hikmah daripada Perjanjian Hudaibiyah ini yang boleh kita pelajari.

Peristiwa kedua ialah berlakunya peperangan Bani Quraizah. Perang ini telah berlaku pada akhir bulan Zulkaedah. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ia telah berlaku pada tahun ke-5 Hijrah, iaitu selepas perang Ahzab. Peperangan ini berlaku akibat kedegilan kaum yahudi yang melanggar isi perjanjian antara orang Islam dan yahudi. Kaum Muslimin yang pada awalnya telah meletakkan senjata, kembali ke medan perang disebabkan oleh pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Bani Quraizah. Pada hari ke-25, kaum Bani Quraizah telah menyerah kalah setelah dikepung oleh 3000 pejuang Islam. Salah satu iktibar yang boleh didapati daripada peristiwa ini ialah jangan mudah untuk memberikan peluang kepada golongan yang memerangi Islam untuk mencari kesalahan kita dan dijadikan fitnah serta bahan dalam memerangi minda umat Islam.

Peristiwa yang terakhir yang ingin dikongsikan ialah berlakunya Haji Wida’ atau Haji Wada’. Secara amnya, Haji Wida’ ini merupakan ibadah haji yang dilakukan oleh Nabi Muhammad pada bulan Zulhijjah 10 Hijrah. Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhirnya pada haji terakhir ini sebelum wafat. Haji ini merupakan haji pertama Nabi Muhammad setelah dilantik menjadi rasul. Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida’, baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Berikut adalah kisah-kisah yang berlaku dalam bulan Zulkaedah. Semoga dapat manfaat dan jangan lupa berkongsi ilmu ini kepada orang sekeliling.