Perkongsian harini tentang cara-cara untuk fokus ketika sesi pembelajaran. Sekarangkan kita semua belajar secara atas talian, jadinya kita perlu fokus sehingaa 200%, tapi macam mana? Haa, jom baca bersama-sama.
Baiklah, yang pertama sekali kita mestilah perlu ada jadual harian. Apa itu jadual harian? Jadual harian bermaksud apa yang kita nak lakukan hari itu, daripada pagi sehingga petang atau malam. Jadi, kita boleh catatkan dalam buku ataupun di atas kertas dan tampal di meja belajar kita. Dengan cara ini, diri kita sudah tahu perkara apa yang hendak dilakukan tanpa membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan pun merupakan satu langkah yang penting supaya kita tidak tertinggal tugasan ataupun ujian.
Beralih kepada cara kedua iaitu penyediaan tempat belajar yang selesa dan kondusif. Dalam usaha untuk menjadikan pembelajaran atas talian ini berjaya kita haruslah menyediakan tempat belajar yang selesa seperti mengasingkan tempat tidur kerana katil merupakan musuh utama ketika sesi pembelajaran. Kita perlu memastikan segala alatan untuk belajar seperti buku teks, alat tulis, buku nota, laptop atau telefon bimbit dalam keadaan yang baik supaya boleh kekal focus di dalam kelas. Internet juga merupakan salah satu permasalahan utama jadi perlulah mencari tempat yang sesuai dengan kelajuan internet.
Cara yang ketiga ialah membuat nota sendiri. Nota sendiri dapat membantu kita dalam belajar terutamanya ketika musim peperiksaan. Tapi bagaimana mahu membuat nota sendiri? Antara tips yang dapat dikongsikan adalah menggunakan pen yang berlainan warna termasuklah highlighter untuk point penting seperti isi-isi utama dalam sesuatu topik. Jika tiada pen berwarna-warni, kitab oleh menggunakan kertas yang berlainan waran untuk menjadikan nota itu ceria. Seterusnya, kita boleh mencipta akronim sendiri, dengan cara ini, lebih mudah untuk kita faham dan ingat.
Akhir sekali, tips yang keempat ialah sentiasa aktif di dalam kelas supaya tidak mengantuk. Aktif ini tidaklah bermaksud perlu berdiri atau berlari, tetapi aktif ini bermaksud sentiasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Jika terdapat sesuatu perkara yang tidak faham, terus bertanya kepada guru tersebut. Ingatlah bahawa jika kita bertanya, bukan kita sahaja yang faham, malahan rakan-rakan kelas kita juga akan turut faham.
Sekarang, anda sudah tahu. Semoga pembelajaran anda berjalan dengan lancar dan selamat mencuba cara-cara di atas. Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan.