Bina Keyakinan Diri Bermula dari Pakaian

Pakaian menjadi titik keyakinan dalam diri seseorang individu yang sering memperbaiki imej mereka. Seperti yang kita boleh lihat, apabila seseorang itu sudah berkahwin, mereka sudah tidak memikirkan tentang imej mereka lagi dan beranggap penampilan bukan keutamaan mereka. Justeru, pemakaianlah yang menjadi first impression diri mereka terhadap orang sekeliling dengan pembawakan visual. Penggayaan pakaian tidak memerlukan kos yang tinggi atau high maintenance  kerana brand tidak dapat menilai penampilan individu. Oleh itu, individu itu sendiri yang perlu bijak menggayakan pakaiannya. Setiap orang ada hak untuk bergaya dengan cita rasa masing-masing.

 

Tips Penggayaan Pakaian

  1. Pemilihan Warna

Kepentingan pemilihan warna pada pakaian seperti tudung akan menyebabkan keserian kulit wajah seseorang itu sama ada semakin gelap atau berseri. Kadang mereka berminat dengan warna tertentu tetapi ia tidak menjamin kesesuian pada diri mereka. Tidak semua warna sesuai dengan individu itu, jadi antara langkah yang perlu dibuat sebelum membuat keputusan adalah memilih sendiri, minta pertolongan dengan bertanyakan pendapat mereka dan cuba pada diri sendiri sama ada sesuai atau sebaliknya. Antara warna yang selamat untuk dipilih adalah warna tanah dan warna hitam. Bagi golongan yang berkulit cerah, mereka sesuai dengan warna gelap manakala golongan yang berkulit sedang-sedang, mereka sesuai mengenakan warna lembut.

Warna block juga menjadi salah satu pilihan beberapa individu yang yakin dan berani untuk dipakai kerana mereka bijak memadankan warna.  Menghadiri majlis juga perlu kepada pemilihan warna yang sesuai mengiut jenis majlis. Bagi baju yang bercorak, pemilihan warna tudung hendaklah berdasarkan warna yang paling sikit pada baju itu supaya tidak nampak berat dipandangan orang yang melihatnya.

  1. Corak & Bentuk Tubuh Badan

Corak pakaian juga memainkan peranan yang penting dalam menggayakan pakaian. Hal ini kerana setiap individu mempunyai warna kulit, bentuk badan dan ketinggian yang berbeza-beza. Bagi golongan yang memiliki bdan yang berisi, mereka dicadangkan untuk memilih corak-corak yang kecil seperti bunga, polka dot dan sebagainya. Perkara ini akan membuatkan mereka terlihat lebih kecil kerana orang disekeliling mereka tertumpu kepada corak yang kecil. Manakala golongan yang memiliki badan yang kurus perlu memilih corak pakaian yang besar agar mereka terlihat sedikit melebar. Contohnya, pakaian bercorak batik disarankan memilih corak bunga yang menjalar ke atas, pakaian bercorak jalur pula mengambil jalur secara menegak.

  1. Mix & Match (Padanan)

Padanan dalam pemakaian memerlukan kepada percubaan, yang mana membuat padanan secara bersebelahan contohnya memandankan tudungdan baju kemudian sarung pada diri. Bagi yang mengenakan baju yang tdaik bercorak, jadi tudung mestilah yang bercorak untuk menaikkan seri dan seimbangkan warna. Begitu juga sebaliknya, tidak sesuai bagi padanan baju dan tudung yang bercorak. Kadang ada orang yang yakin dengan padanan baju dan seluar yang berbeza tetapi disebabkan dia memiliki keyakinan yang tinggi, maka orang sekeliling dapat rasakan aura keyakinan individu itu.

Kesimpulannya, cara pemakaian bukan sahaja memberi impak kepada perhatian orang sekeliling malah ia memberi kesan kepada diri sendiri, cara berjalan, cara duduk, tubuh badan, komunikasi dan sebagainya

3 Jenis Nota Pelajaran

 

Membuat nota adalah salah satu cara belajar yang efektif. Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar akan mendapatkan 65% dengan membuat nota, manakala pelajar yang bergantung kepada daya ingatan di dalam kelas hanya mendapat 25%.

 

Antara kelebihan membuat nota adalah memberi kefahaman dan dapat menguatkan ingatan. Nota boleh dilakukan dengan pelbagai cara tetapi mempunyai manfaat yang sama.

 

1) Peta Minda / Peta i-Think

Bagi pelajar yang menyukai benda kreatif, bergambar dan berwarna, nota jenis ini sangat sesuai. Nota ini juga dapat menggerakkan fungsi otak kanan (membuat peta) dan menggabungkan fungsi otak kiri (menulis isi-isi penting).

 

2) Point formNota ini sama dengan nota jenis pertama, iaitu mencari dan menulis isi penting. Perbezaan untuk nota jenis kedua adalah ia berbentuk ‘direct’ dan tidak memerlukan gambar seperti peta i-Think. Sesetengah pelajar menyukai nota jenis ini kerana ia lebih cepat dan pantas untuk dibuat.

 

3) Menyalin semula    Nota jenis ini selalunya digunakan oleh pelajar sekolah rendah, dimana mereka perlu menyalin semula apa yang ditulis oleh guru. Nota ini bekerja dengan cara apabila individu menyalin, mereka sebenarnya membaca perkara tersebut. Secara tidak langsung, otak dapat menangkap dan mengingat apa yang ditulis.

 

Selamat belajar dengan nota masing-masing. All the best ! 😊

.

5 Tips Praktikal untuk Mencapai ‘Pemikiran Positif’

Pemikiran yang positif dapat memberi anda lebih banyak keyakinan, meningkatkan mood, bahkan mengurangkan kemungkinan terjadinya keadaan seperti hipertensi, kemurungan dan gangguan yang berkaitan dengan tekanan.

Kita tidak dapat mengawal perkara baik dan buruk yang datang, tetapi kita dapat mengawal pemikiran dan tanggapan kita terhadap sesuatu perkara. Apabila anda berjaya mengubah pemikiran negatif ini menjadi positif, anda akan bangkit menjadi orang yang lebih dewasa dan lebih bijak dalam menghadapi cabaran dalam hidup. Anda juga akan menjadi orang yang kuat dan hebat kerana anda dapat mengawal pemikiran anda sendiri.

Untuk itu, anda perlu mengetahui cara yang betul untuk mengawal pemikiran negatif. Kali ini kami akan kongsikan 5 tips yang berkesan untuk mengubah pemikiran negatif menjadi positif yang boleh anda praktikkan.

 

1. Mulakan hari dengan kata-kata positif.

Setiap pagi  cuba ungkapkan kata-kata yang memberi semangat pada diri. Boleh juga bercakap dengan diri sendiri di cermin, walaupun ianya agak janggal bercakap dengan cermin seperti, “Hari ini akan menjadi hari yang baik” atau “Saya akan menjadi hebat hari ini” kata-kata ini akan memberi kesan positif kepada pemikiran dan meningkatkan keyakinan diri anda. Anda akan kagum betapa hebatnya kata-kata positif ini menjadikan hari anda bertambah baik.

 

2. Ubah kegagalan menjadi pelajaran.

Manusia tidak sempurna. Anda akan melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan dalam pelbagai bentuk. Apabila anda menghadapi kegagalan cuba lihat pada sisi positif. Sebagai contoh, jika anda gagal dalam peperiksaan, anggap ianya sebagai pembakar semangat untuk anda terus belajar dan memperbaiki kesilapan bukannya menyalahkan diri sehingga boleh menyebabkan stress dan down. Jangan kusutkan pemikiran anda memikirkan kenapa anda gagal, anda perlu fikirkan apa yang akan anda lakukan selepas ini— ubahlah kegagalan anda menjadi pelajaran. Kegagalan bukanlah penamat segala-galanya tetapi ianya aalah permulaan untuk anda mengecapi kejayaan.

 

3. Ubah Self-Talk yang negatif menjadi positif.

Self-talk yang negatif dapat mempengaruhi diri dengan mudah. Mungkin anda fikir ‘saya sangat teruk dalam hal ini’ atau ‘saya tidak seharusnya mencubanya’. Pemikiran ini akan berubah menjadi perasaan yang terpendam dalam diri anda. Apabila anda mendapati diri anda melakukan hal ini, hentikan dan ganti mesej negatif tersebut dengan yang positif. Contohnya, ‘saya sangat teruk dalam hal ini’  kepada’ saya akan menjadi lebih baik selepas ini’. ‘Saya tidak sepatutnya mencuba’  – mungkin tiada rezeki kali ini, saya akan cuba lain masa’.

 

4. Fokus pada masa kini.

Bukan hari ini, bukan jam ini, tapi kita bercakap tentang saat yang tepat ini. Mungkin rakan-rakan anda  mengejek anda kerana mendapat keputusan peperiksaan yang kurang baik, tetapi adakah yang terjadi pada saat sekarang ini buruk? Lupakan komen-komen negatif yang lalu. Fokus pada satu ini iaitu masa sekarang. Anda akan merasakan diri anda tidak seburuk yang anda bayangkan. Sebilangan besar sumber negatif berasal dari ingatan tentang peristiwa baru-baru ini atau khayalan berlebihan mengenai peristiwa masa depan. Kekal pada masa sekarang dan jangan menoleh ke belakang.

 

5. Cari rakan, mentor dan orang yang positif.

Apabila anda dikelilingi dengan orang-orang yang  positif, anda akan mendengar pandangan positif, cerita positif dan perkataan positif. Kata-kata positif mereka akan tersemat dalam diri dan mempengaruhi pemikiran anda sendiri, yang kemudian mempengaruhi kata-kata dan tingkah laku anda dan turut menyumbang kebaikan kepada kumpulan. Mencari orang yang positif untuk mengisi hidup anda mungkin sukar, tetapi anda perlu menghilangkan perkara negatif dalam hidup anda sebelum ia memakan anda. Lakukan apa yang anda mampu untuk meningkatkan positif orang lain, dan biarkan positifnya mempengaruhi anda dengan cara yang sama.

 

Setiap orang dalam situasi apa pun dapat menerapkan tips-tips ini dalam kehidupan dan meningkatkan sikap positif diri mereka. Seperti yang anda bayangkan, pemikiran positif memberikan pulangan yang lebih tinggi, jadi semakin kerap anda mempraktikkannya, semakin besar manfaat yang akan anda perolehi.

Semoga bermanfaat. :)