Atasi Ketakutan Terhadap Matematik

Majoriti pelajar sekolah, apabila ditanya “kenapa tak suka subjek matematik?” mereka akan kata, “sebab kena kira-kira, sebab banyak nombor dan ada yang kata susah”. Jadi, bagaimana kita atasi ketakutan pelajar-pelajar terhadap subjek matematik. Hal ini kerana, apabila sudah tertanam rasa tak suka, tak minat dan tak seronok, maka proses kefahaman pembelajaran akan menurun sebab pelajar-pelajar sudah block minda mereka bahawa matematik ni susah.

Ada sesetengah pelajar yang menghafal jalan pengiraan yang mana ia membuatkan mereka akan confius apabila jalan pengiraan soalan yang dihafal ditukar sedikit. Minda mereka akan tersangkut dengan soalan tersebut walhal kaedahnya lebih kurang sama. Cara belajar mereka juga memainkan peranan yang penting, contohnya kurang membuat latihan dan tidak konsisten kerana matematik memang subjek yang memerlukan kepada banyaknya latihan. Jika mereka tidak rajin membuat latihan maka ia akan menjadikan pelajar lupa dengan topik yang lepas kerana setiap topi dalam subjek matematik saling berkait, jika satu topik tidak dikuasai maka topik akan datang mereka tidak akan faham.

Selain itu, cara untuk atasi ketakutan terhadap matematik adalah dengan mengaitkan subjek dengan persekitaran atau kehidupan seharian, menggunakan bahasa yang lebih santai dan mudah difaham daripada petikan soalan yang panjang. Contohnya, menggantikan x kepada gula-gula dan y sebagai coklat, ia akan menjelaskan lagi bayangan pelajar-pelajar. Jenis penyampaian kepada pelajar yang pelbagai bukan sekadar mengajar tetapi wujudkan aktiviti atau gamifikasi sebagai gambaran topik pembelajaran disamping pelajar dapat peroleh input dari aktiviti tersebut. Bagaimana pula nak mengukur kefahaman pelajar dalam pembelajaran? Pelajar tersebut perlu berkongsi kepada rakannya yang lain yang lihat sama ada rakannya faham atau tidak apa yang diajar.

Seterusnya, menyalin semula setiap apa yang dilafazkan oleh cikgu bukan sekadar mendengar bagi menguatkan ingatan pelajar. Peranan ibubapa sejak anak mereka kecil lagi mendedahkan anak-anak mereka dengan nombor-nombor, contohnya permainan cashier, saidina, jutaria dan lain-lain mainan yang berkaitan dengan kewangan atau pengiraan. Permainan jutaria membantu anak-anak mengurus kewangan mereka sama ada melabur atau menyimpan semasa permainan dijalankan. Memahami konsep utama matematik juga dapat mengatasi ketakutan pelajar terhadap subjek matematik supaya tidak tersangkut dengan topik yang akan datang serta menguasai semua topik tanpa memilih tajuk yang paling digemari.

Kesimpulannya, ketakutan pelajar terhadap matematik dapat diatasi dengan membantu mereka latihan menjawab soalan kerana soalan yang bakal ditanya nanti lebih kurang sama Cuma ditukar sedikit. Peajar juga perlu mencabar diri mereka sendiri dalam mengharungi ketakutan ini dengan bersaing dengan rakan sekelas, jika rakan kita boleh buat pasti kita boleh buat juga.

Asal Belajar Je Stress, Asal Stress je Belajar

Kita sebagai pelajar pasti akan rasa tertekan semasa belajar, tidak dapat dinafikan. Setiap orang semestinya sudah/akan/sedang alami zaman pembelajaran. Bahkan alam pekerjaan pun akan alami tertekan dengan kerja yang tidak akan pernah habis selamanya. Jadi, bagaimana kita atasi perkara ini untuk mengelakkan dari penyakit mental.

Antara tips untuk mengurangkan stress semasa belajar adalah:

  1. Bijak memilih kawan, kawan yang sekepala dengan diri kita. Contohnya, kalau diri kita jenis yang masuk air jadi pergi pada kawan yang masuk air tetapi dalam masa yang sama boleh belajar sama-sama. Perkara akan bantu hidupkan surrounding atau vibe yang ceria, apabila datang ke sekolah, kita akan kurang tertekan sebab ada kawan gelak tawa. Kalau diri kita jenis yang belajar secara solo, boleh cuba dengar lagu atau instrumen semasa belajar, yang menjadikan suasana tu ada.
  2. Sentiasa betulkan niat belajar, apa tujuan kita belajar sebenarnya? Kenapa perlu belajar? Perlu bersusah payah belajar. Tiada pembelajaran yang mudah, sedangkan berjalan juga perlu kepada latihan dan proses yang lama untuk kita berjalan semasa kecil dahulu. Salah satu tujuan belajar kita adalah kerana ibubapa, keluarga dan untuk diri kita sendiri.
  3. Enjoy the moment, ada beberapa orang akan berkata “nanti kamu semua akan rindu waktu sekolah”. Kita yang masih bersekolah mesti tidak dapat perasaan yang demikian, nanti satu ketika pasti akan rindu zaman sekolah, selalu dimarahi guru-guru, didenda kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah, hari sukan dan all the moment memang taidak dapat disenaraikan banyaknya kenangan-kenangan sekolah. Jadi, belajar je sekejap, tak rugi pun.

Sebenarnya, zaman sekolah ini lah yang terpaling seronok sebab kita tak perlu bersusah payah fikir tentang ekonomi. Tugas kita sebagai pelajar sekolah hanya belajar sahaja, that’s it. Apabila kita dah kea lam pekerjaan, kita perlu fikir banyak benda. Kesimpulannya, sentiasa enjoy dalam setiap apa jua keadaan kita sekarang.

Cara Menguatkan Ingatan Kita

Terdapat lebih 10 cara untuk kita tingkatkan ingatan yang dinyatakan oleh Coon(2002) merujuk kepada buku Pengantar Psikologi. Berikut adalah 3 cara terawal dalam meningkatkan daya ingatan kita.

  1. Menghafal, satu teknik ingatan dengan paksaan yang membuatkan kita ingat. Semas amenghafal disarankan untuk berhenti banyak kali dan cuba mengulang apa yang dihafal. Menurut kajian, skor ingatan yang terbaik adalah kelompok pelajar yang menggunakan 80% daripada masa untuk menghafal dan selebihnya iaitu 20% membaca.
  2. Ulangan, sama seperti rutin harian kita yang mana setiap pagi kita akan mengulang aktiviti pagi iaitu mandi, gosok pagi, masak dan sebagainya pada setiap hari tanpa tertinggal. Semakin banyak ulangan yang dilakukan, semakin kuat kemungkinan apa yang diulang.
  3. Pilihan, menurut cendekiawan Belanda, menyatakan bahawa jala ikan itu ibarat ingatan yang baik. Petani menjala di laut dengan tangkapan ikan yang bersaic besar dan kecil tetapi hanya memilih ikan bersaiz besar manakala ikan bersaiz kecil dilepaskan semula. Sama juga dengan pembelajaran, memilih isi-isi penting dalam buku teks. Menghafal isi-isi penting sahaja tidak perlu menanda terlalku banyak huraian kerana ia akan mengelirukan.

Jadi, ini sedikit sebanyak tips bagaimana hendak meningkatkan daya ingatan kita dalam pembelajaran.

Tips Didik Anak Gemar Membaca

Pasti ada dalam kalangan ibubapa yang risau tentang pembacaan anak-anak yang masih merangkak-rangkak. Anak-anak akan naik sekolah rendah tetapi masih tidak mengenali huruf-huruf walhal ia adalah perkara asas yang perlu dikuasai oleh anak-anak. Walaupun anak-anak sudah mengikuti kelas khas tetapi kurang efektif kerana dengan pelajar yang ramai dalam satu kelas membuatkan anak mereka tidak boleh fokus di dalam kelas.

Jadi, kelas one-to-one adalah salah satu inisiatif untuk anak-anak fasih membaca kerana cikgu akan fokus pada seorang pelajar sahaja. Wujudkan satu waktu dengan tempoh yang sekejap dalam 10-15 minit untuk anak-anak membaca secara konsisten. Mengenalpasti level anak-anak berada di tahap yang mana dan merancang banyak plan atau strategi untuk ditukar-tukar jika tidak bersesuaian.

Antara tips didik anak gemar mebaca adalah:

  1. Mini perpustakaan

Mewujudkan satu sudut di dalam rumah untuk mini perpustakaan dengan mempamerka buku-buku di rak, ada meja dan kerusi untuk mudah membaca. Kesannya, wujudnya suasana dan boleh mempengaruhi anak-anak dengan mini perpustakaan yang menarik, lebih mudah mengajak mereka membaca. Ada juga anak-anak yang memperoleh anugerah Nilam di sekolah. Ia juga dapat memupuk semangat membaca mereka dengan bahan bacaan yang berwarna dan penuh gambar.

  1. Perpustakaan luar

Mengajak anak-anak ke perpustakaan awam yang terdekat untuk mendedahkan mereka dengan lebih banyak bahan bacaan. Di perpustakaan juga banyak menganjurkan program-program yang menarik daa ada disediakan penghargaan, jadi ia akan menaikkan lagi dorongan dan minat membaca anak-anak. Lebih tumpukan kepada bahan bacaan secara fizikal kerana ia adalah realistik atau buku yang kita boleh selak dan pegang.

  1. Bawa ke kedai buku

Mendedahkan anak-anak dengan bahan bacaan baru dan fresh kerana sekarang terdapat lambakan buku-buku yang menarik untuk tingkatkan minat membaca mereka. Biarkan mereka memilih bahan bacaan mereka. Bagaimana pula jika mereka memilih buku yang tidak sesuai dengan mereka? Contohnya seperti komik, ia tidak menjadi masalah kerana dari situ kita boleh ambil peluang untuk kenalpasti minat mereka. Ada kanak-kanak yang gemar melukis dan sekali dengan dialog seperti komik.

  1. Dari kandungan ibu lagi

Tanggungjawab seorang ibu juga penting untuk menjaga kandungan mereka dengan sentiasa mengaji al-Quran semasa mengandung menurut Islam. Dari situ anak-anak akan lebih teransang, menurut perspektif barat tentang pembacaan ibu mengandung.

Kesimpulan, untuk membentuk anak-anak yang fasih membaca boleh dikata mudah dengan beberapa cara tetapi yang lebih sukar adalah membentuk anak-anak yang gemar membaca itu boleh menjadi satu cabaran yang besar.

4 Tips Nak Jadi Top Student di Sekolah

Setiap sekolah di dunia semestinya ada top student atau pelajar berprestasi tinggi, atau boleh dikatakan pelajar harapan sekolah. Sekolah juga akan memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan ini untuk mencapai penanda aras sekolah dalam peperiksaan besar. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pelajar lain yang mahukan mereka tergolong dalam kelompok top student di sekolah?

 

Antara tips yang bakal dikongsikan kepada pelajar-pelajar di luar sana, bagaimana hendak menjadi top student:

  1. Fokus semasa dalam kelas

Pelajar mestilah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Menyalin segala nota yang ditulis oleh guru di papan putih sambil mendengar penerangan guru di samping mencatat segala apa yang diucapoleh guru. Jika ada masa lapang atau tiada guru, rebut peluang untuk siapkan homework di sekolah. Hal ini kerana, pelajar kurang belajar di rumah disebabkan smart phone. All out dekat sekolah, study, hafal, lakukan latihan.

 

  1. Kawan rapat atau geng

Berusaha rapat dan mencari geng yang rajin belajar. Geng kita sendiri contohnya, masing-masing ada kemahiran bagi setiap subjek, ada yang mahir matematik, ada yang mahir bahasa inggeris, mahir sains. Hal ini demikian kerana, kawan rapat tidak semestinya sentiasa dengan hiburan, apabila waktu belajar mereka akan belajar sungguh. Kalau kita belajar dengan kawan sendiri, pendekatan atau penerangan kawan lebih mudah, santai dan simple untuk kita faham.

 

  1. Cari cara belajar tersendiri

Cara belajar setiap pelajar berbeza mengikut karakter masing-masing. Ada pelajar yang boleh belajar secara sendirian, berkumpulan, sambil mendengar, melalui lukisan, lisan dan sebagainya. Kita sendiri perlu kenalpasti diri sendiri boleh belajar dengan cara yang bagaimana. Contohnya, mencipta rentak lagu sendiri untuk subjek yang perlu menghafal untuk lebih mudah ingat, mereka komek untuk subjek sejarah, memerlukan kepada bercakap untuk ingat.

 

  1. Jaga hubungan dengan Allah dan mahkluk

Menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Menambahkan amalan seperti menunaikan solat-solat sunat dengan konsisten. Pemakanan juga salah satu faktor pembelajaran juga, tidak semua makanan kita boleh makan terutama apabila pelajar mengambil subjek pengajian Islam. Wujudkan suasana yang positif di sekolah dan di rumah. Menjaga hubungan dengan makhluk, contohnya sebelum gerak ke sekolah salam dan cium ibubapa, sentiasa perbetulkan niat kerana Allah atau boleh praktis bercakap dengan haiwan walaupun mereka tak faham.

 

Akhir sekali, pelajar yang rajin belajar, bawa buku kemana sahaja tidak sama karakternya dengan standard student, jadi tips yang pertama ini boleh membantu mereka menjadi top student di sekolah. Terkadang semasa di kelas cikgu akan lontarkan kata-kata yang mana pelajar akan ingat sampai bila-bila.

3 Formula Matematik Gaya Santai

3 Formula Matematik Gaya Santai

 

Cara berfikir kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah berbeza. Jadi, pendekatan untuk setiap peringkat umur juga berbeza. Kaedah pembelajaran sekolah rendah lain, kalau sekolah menengah pula berbeza begitu juga peringkat universiti. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pendidik hendak mengajar pelajar-pelajar mereka.

 

Antara 3 formula gaya santai untuk subjek matematik adalah:

 

  1. Kenali pelajar kita

Guru bukan sahaja mengajar malah mereka juga boleh menjadi seorang kaunselor, ibubapa, kawan, perawat dan sebagainya kepada para pelajar. Conothnya, mendengar luahan para pelajar sebelum memulakan pembelajaran, mengambil tahu tentang keadaan mereka dan mata pelajar juga memainkan peranan untuk guru kenal pelajar-pelajar. Pelajar sekolah rendah mereka cenderung kepada lawak jenaka manakala sekolah menengah pulalebih kepada pendekatan seorang kawan. Kemudian, memberitahu ibubapa tentang tahap pembelajaran anak-anak mereka supaya ibubapa cakna. Hal ini demikian kerana karakter setiap pelajar berbeza-beza maka para pendidik perlu kenal pasti karakter-karakter pelaar.

 

  1. Pelbagaikan aktiviti

Antara aktiviti yang boleh disenaraikan adalah latihan, lazim, hafal, origami, hand on, eksperimen, inquiry, explore, join venture dan banyak lagi. Untuk menarikkan lagi aktiviti yang kita akan buat di kelas, ambil tahu apa minat pelajar. Kini, pada kebiasaannya pelajar gemar bermain video game, jadi masukkan unsur-unsur game ke dalam aktiviti pembelajaran. Menggunakan bahan atau probs semasa kelas boleh bantu kefahaman pelajar dengan lebih baik sebab ia realistik atau sesuatu yang wujud dan boleh disentuh. Jika pelajar mengambil masa yang lama dalam pembelajaran, pendidik perlu dorong mereka lebih laju. Contoh aktiviti lain, minta pelajar tanya kepada guru supaya minda mereka lebih aktif.

 

  1. Reward

Apabila sesuatu perkara akan diberikan reward atau ganjaran maka perkara itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga dapat ganjaran yang dijanjikan. Pendidik boleh wujudkan reward semasa dalam kelas untuk tarik perhatian dan fokus pelajar. Antara reward yang boleh diberi adalah playtime, reward tidak semestinya dengan barang. Contohnya, reward memuatnaik gambar pelajar yang peroleh reward di display picture (DP) Whatsapp pendidik sebagai ganjaran atau reward pelajar tersebut selama 24 jam. Tidak semestinya pelajar sahaja perlu reward guruk tetapi guru juga boleh beri reward kepada pelajar. Boleh jadi reward yang pendidik beri kepada pelajar membuatkan mereka ingat sampai bila-bila dan ia merupakan nikmat atau reward seorang pendidik.

 

Untuk tambah baik skill mendidik, pendidik perlu kembangkan lagi networking untuk sama-sama berkongsi cara mendidik daripada para pendidik yang lain.

Method Pelajar Lemah Maximize Kemampuan Semasa PDPR

Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah PDPR sudah menjadi satu fenomena baru terhadap pelajar sekolah disebabkan penularan wabak Covid-19. Hal ini menjadikan pelajar sekolah belajar di rumah masing-masing.  Dengan itu, terdapat beberapa metod untuk memaksimumkan kemampuan pelajar yang lemah dalam budaya pembelajaran sekarang.

Antaranya adalah menggunakan teknologi kini untuk mengembangkan lagi potensi pelajar dengan usaha yang sungguh. Menggunakan langganan internet untuk mengakses youtube, google dan sebagainya. Apabila pelajar sekolah mencari bahan pembelajaran di google, mereka akan peroleh banyak bahan maklumat yang menarik seperti nota ringkas dan peta minda. Contohnya, dalam subjek bahasa arab pelajar boleh belajar perkataan baru di dalam lagu, cerita dan movie.

Pembelajaran bukan hanya di sekolah malah ia wujud di sekeliling sahaja. Mind set pelajar disekat dengan unsur negatif yang beranggapan susah nak skor dalam sesetengah subjek seperti subjek prinsip akaun. Kegagalan itu bukan satu kesalahan tetapi ia adalah pemangkin semangat untuk lebih usaha denga lebih keras. Ia akan mengasah critical thinking pelajar sekolah dalam mengharungi masalah mereka. Bagi subjek bahasa arab, tidak asing bagi orang Islam dengan bahasa arab kerana setiap hari kita akan bertutur bahasa arab dalam beribadah, berzikir, berdoa. Begitu juga prinsip akaun, secara praktikalnya berada di dalam rumah seperti aset, bil air, bil air, mantainence.

Penggunaan visualization dalam pembelajaran membantu pelajar memaksimumkan lagi kemampuan semasa PDPR. Pembelajaran dengan bantuan gambar atau video boleh mengaktifkan potensi-potensi pelajar. Tidak hanya bergantung kepada buku teks kerana banyak lagi bahan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami terutama pada era zaman globalisasi ini.

Kesimpulannya, setiap pelajar pasti ada potensi yang luar biasa hanya kesedaran dan kesungguhan yang dapat membuktikannya.

3 Rahsia Hasilkan Pelajar KBAT

Secara alaminya, KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi tentu ada dalam diri setiap pelajar cuma perlu kepada latihan. Menurut Teacher Zy, Speaker Funtastic Sains dalam perkongsian live FB, selalu menanyakan soalan ibarat latihan aerobik minda kerana persoalan datang dari pelbagai arah yang tidak perlu difikir sebelum ni.

 

Formula 3 I

  1. Interest

Sebagai seorang tutor, perlu kepada mengenalpasti minat pelajar mereka agar dapat meraikan dan support minat mereka untuk diarahkan kepada pelajaran mereka. Hal ini kerana pelajaran dan minat pelajar pasti bersangkutan antara satu sama lain. Contohnya, pelajar Teacher Zy iaitu Kodiswaran yang meminati superhero mereka bertanyakan soalan berkaitan minat mereka itu kepadanya. Logik ke Ironman superhero sebab Ironman cipta mesinnya sendiri? Dengan itu, perkaitannya adalah Ironman menggunakan teknologi untuk menjadi hebat, terbang dan menguasai dunia, jadi ia peril kepada mempelajari ilmu tentang teknologi.

Bijak bermain dengan emosi pelajar-pelajar agar suasana belajar tidak membosankan dan sentiasa wujud perasaan ingin tahu dalam kalangan mereka dalam pelajaran.

 

  1. Inquiry

Teacher Zy juga berkongsi tentang Inquiry adalah salah satu elemen penting dalam membentuk pelajar KBAT. Tidak mengamalkan spoon-feed kepada pelajar dengan menyuruh menghafal tetapi perlu kepada memahami  melalui pertanyaan. Pertanyaan itu dijawab dengan pertanyaan semula untuk mereka lebih berfikir dan ketahui jawapannya. Contohnya, mendedahkan topik yang bakal dipelajari dengan bahasa kiasan untuk pelajar berfikir disebalik ayat tersebut dan pelajar sendiri akan tentukan apa yang mereka mahu belajar. Mewujudkan reaksi dan tindakan pelajar dalam kelas yang mana tutor bergerak seiring dengn pelajar atau mengikut rentak mereka untuk sampai kepada peringkat seterusnya. Menggunakan soalan menkonsepsi atau perbandingan antara dua gambar semasa dalam kelas.

 

  1. Imagination

Seterusnya, menekankan 3 perkara dalam imagination iaitu Games (Entertaintment), Game-based learning (Leaning objectives) dan Gamification (Game elements). Teacher Zy menerangkan games atau hiburan pelajar yang biasa dilakukan kemudian game tersebut akan diolah menjadi learning objectives dengan menggunakan ciri-ciri game untuk dimasukkan dalam pelajaran yang merupakan gamification. Perkara ini ada kaitan juga dengan minat-minat pelajar. Tidak semua KBAT mesti sesuatu yang masuk akan malah ada juga yang tidak masuk akal.

 

Kesimpulannya, pelajar akan banyak bertanya soalan yang tidak pernah ditanya atau terfikir sebelum ini. Sekali gus akan membantu tingkatkan kualiti minda kedua-dua pihak sama ada tutor atau pelajar kerana masing-masing berusaha untuk merungkaikan persoalan.

 

Belajar Tuisyen Online Dengan Seronok Bersama Speaker Funtastic

Pencarian Tuisyen Online

Belajar Tuisyen Online bukanlah suatu kebiasaan bagi Puan Melyssa. Puan Melyssa merupakan seorang Pegawai IT di sebuah Bank terkemuka di Malaysia.

Pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2021 yang lalu, anaknya Iqbal tingkatan 4 terpaksa belajar di rumah (pdpr) ekoran penutupan Sekolah.

Belajar sendiri di rumah untuk subjek elektif seperti Prinsip Akaun bukanlah suatu yang mudah. Akibatnya, Iqbal banyak ketinggalan dan kurang pemahaman suatu subjek.

Mengenangkan keperluan anaknya, Puan Melyssa mengambil langkah bijak dengan mencari tuisyen secara online. Akhirnya, pencarian tersebut menemukannya dengan Funtastic Online Tuisyen CMN Academy.

Bermula ‘Journey’ bersama Funtastic

Iqbal mulai dengan menyertai kelas percubaan secara percuma bagi subjek Prinsip Akaun dan Sains. 

 

Iqbal, Shamil dan Airell semasa belajar tuisyen online Prinsip Akaun

 

Pendekatan ‘fun learning’ dan kreatif membuatkan Iqbal terus mendaftar sebagai pelajar bersama keluarga Funtasticker.

Berpuas hati dengan cara pengajaran speaker Funtastic, Puan Melyssa telah mewar-warkan tuisyen ini kepada rakan – rakannya.

Ia membuatkan Shamil dan Airell yang merupakan rakan sekolahnya turut menyertai kelas Funtastic.

Apabila ditanya apa yang membuatkan beliau merekomen kepada ramai orang?

Puan Melyssa menjawab ‘Saya nampak peningkatan anak saya. Saya sangat berpuas hati. Benda bagus memang saya akan sebarkan!’

Cikgu Akin banyak memberikan tips-tips untuk peperiksaan. Teknik belajar Prinsip Akaun secara visual membuatkan mereka mudah faham konsep subjek tersebut. Selain itu, Cikgu Akin juga ada mengeluarkan modul digital 7 Checklist EZI Formula Akaun secara percuma.

Teacher Zy yang sentiasa menggunakan eksperimen, aktiviti dan ‘games’. Rata – rata pelajar pasti akan teruja setiap kali kelas Teacher Zy. Pelajar lebih mudah faham dan seronok belajar dengan pendekatan tersebut.

Selain belajar dalam kelas Funtastic Online Tuition, Speaker – speaker Funtastic turut melaksanakan Seminar Best SPM sebagai ‘added value’ buat pelajar – pelajar. 

 

Belajar Tuisyen Online Kelas Sains bersama Teacher Zy

 

Dianugerahkan ‘Special Mention’

Pada hujung Tahun 2021, CMN Academy menganjurkan ‘Special Mention’ untuk menghargai pelajar – pelajar. Iqbal telah dianugerahkan ‘Best Manners Award’. Ini kerana sikapnya yang baik dan suka menolong cikgu dan rakan – rakan semasa kelas.

 

‘Special Mention’

 

Mana jatuhnya kuah jika bukan ke nasi. Puan Melyssa juga sudi menjadi tetamu jemputan berkongsi ilmu kepada warga Tutor Professional Malaysia dalam sesi TPM Talkshow.

Iqbal, Shamil dan Airell baru sahaja selesai menduduki SPM. Mereka rasa bersyukur kerana sepanjang 2 tahun, mereka sempat belajar topik Tingkatan 4 dan 5. Walaupun mereka ketinggalan di sekolah, tidak menghalang mereka untuk berusaha belajar. Dengan bimbingan Cikgu Akin dan Teacher Zy.

Kami mendoakan semoga Iqbal dan rakan – rakannya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Insha Allah menurut Puan Melyssa, selepas Iqbal habis belajar, beliau mahu adik Iqbal pula menyertai keluarga CMN Academy.

Tips belajar online secara efektif

Perkongsian harini tentang cara-cara untuk fokus ketika sesi pembelajaran. Sekarangkan kita semua belajar secara atas talian, jadinya kita perlu fokus sehingaa 200%, tapi macam mana? Haa, jom baca bersama-sama.

Baiklah, yang pertama sekali kita mestilah perlu ada jadual harian. Apa itu jadual harian? Jadual harian bermaksud apa yang kita nak lakukan hari itu, daripada pagi sehingga petang atau malam. Jadi, kita boleh catatkan dalam buku ataupun di atas kertas dan tampal di meja belajar kita. Dengan cara ini, diri kita sudah tahu perkara apa yang hendak dilakukan tanpa membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan pun merupakan satu langkah yang penting supaya kita tidak tertinggal tugasan ataupun ujian.

Beralih kepada cara kedua iaitu penyediaan tempat belajar yang selesa dan kondusif. Dalam usaha untuk menjadikan pembelajaran atas talian ini berjaya kita haruslah menyediakan tempat belajar yang selesa seperti mengasingkan tempat tidur kerana katil merupakan musuh utama ketika sesi pembelajaran. Kita perlu memastikan segala alatan untuk belajar seperti buku teks, alat tulis, buku nota, laptop atau telefon bimbit dalam keadaan yang baik supaya boleh kekal focus di dalam kelas. Internet juga merupakan salah satu permasalahan utama jadi perlulah mencari tempat yang sesuai dengan kelajuan internet.

Cara yang ketiga ialah membuat nota sendiri. Nota sendiri dapat membantu kita dalam belajar terutamanya ketika musim peperiksaan. Tapi bagaimana mahu membuat nota sendiri? Antara tips yang dapat dikongsikan  adalah menggunakan pen yang berlainan warna termasuklah highlighter untuk point penting seperti isi-isi utama dalam sesuatu topik. Jika tiada pen berwarna-warni, kitab oleh menggunakan kertas yang berlainan waran untuk menjadikan nota itu ceria. Seterusnya, kita boleh mencipta akronim sendiri, dengan cara ini, lebih mudah untuk kita faham dan ingat.

Akhir sekali, tips yang keempat ialah sentiasa aktif di dalam kelas supaya tidak mengantuk. Aktif ini tidaklah bermaksud perlu berdiri atau berlari, tetapi aktif ini bermaksud sentiasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Jika terdapat sesuatu perkara yang tidak faham, terus bertanya kepada guru tersebut. Ingatlah bahawa jika kita bertanya, bukan kita sahaja yang faham, malahan rakan-rakan kelas kita juga akan turut faham.

Sekarang, anda sudah tahu. Semoga pembelajaran anda berjalan dengan lancar dan selamat mencuba cara-cara di atas. Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan.