Dari Gagal ke A-, Sikap ‘Tak Give Up’ Antara Resipi Kejayaan SPM Husna

Tahniah kepada Husna dari Bangi yang berjaya dapat 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2022.

Yang ‘best’nya, keputusan Prinsip Akaun meningkat mendadak dari gagal masa trial, bila SPM dapat A-!

 

 

Sebenarnya, Husna salah seorang pelajar Prinsip Akaun yang ambil kelas tuisyen bersama Cikgu Akin.

Sebelum ambil kelas ni, Husna mengaku tiada asas yang kuat.

Silibus Form 4 pun tak dikuasai apatah lagi Form 5.

Dalam fikiran Husna, beliau berfikir tak boleh buat, tak boleh buat.

Tapi dalam masa sama, terfikir juga kalau gagal spm ni, susah ni.

Jadi, walaupun agak lambat, Husna tetap ambil kelas tuisyen.

 

Husna mula belajar bersama Cikgu Akin pada Ogos 2022, kira-kira 6 bulan sebelum SPM.

Walaupun penat dengan kelas di sekolah & kelas tuisyen yang banyak, namun Husna tak pernah nak mengeluh atau nak cuba batalkan kelas. Husna juga tak pernah ‘give up’ untuk terus belajar & berusaha walaupun masa trial, result masih gagal.

Dari Ogos beliau bersama Cikgu Akin berusaha untuk cover silibus form 4 & form 5, Alhamdulillah nampak peningkatan demi peningkatan terutamanya dalam kefahaman.

Kata Husna, ‘method’ yang Cikgu Akin ajar memang berbeza, dan buatkan beliau lebih jelas & mudah faham dengan pelbagai teknik contohnya piramid akaun.

 

Tak kira apa pun permulaan kita, jika kita terus berusaha sebaiknya, InsyaAllah kejayaan akan datang kepada kita.

Semoga perkongsian kisah Husna ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi yang dapat meniup semangat kita terutamanya pelajar yang bakal mengambil SPM 2023 dan 2024.

 

Adik-adik yang nak ambil subjek Akaun SPM 2023 & 2024 dah kuasai belum asas tu?

Nak Cikgu Akin bantu dengan kelas & modul istimewa?

 

Anda pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 yang akan ambil paper Prinsip Akaun?

Atau anda ibubapa yang ada anak Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 yang ambil subjek Akaun?

 

Kami di CMN Academy bersama Cikgu Akin amat komited untuk membantu pelajar Tingkatan 4 & Tingkatan 5 untuk belajar Prinsip Akaun dengan lebih mudah faham dengan modul yang dibangunkan sendiri oleh Cikgu Akin.

 

Alhamdulillah, kami telah berjaya membantu ramai pelajar meningkatkan prestasi dan merubah ‘result’ mereka.

Nak kami bantu anda juga?

KLIK DISINI untuk kami bantu.

 

Build Self-confidence Dengan Subjek Akaun

 

Macam mana nak build self-confidence dengan subjek Akaun?

“Rasa tak yakinlah cikgu”

“Malu lah cikgu, saya takut jawapan saya salah”

“Seganlah nak berhadapan dengan orang”

Berikut merupakan antara ayat-ayat yang sering didengari dari para pelajar terutamanya yang mempunyai sifat malu yang tebal dalam diri. Namun, semua itu boleh diubah jika kena pada gaya dan tekniknya. Baru-baru ini di dalam perkongsian Live FB bersama Cikgu Akin iaitu speaker Funtastic Prinsip Akaun bersama dua pelajarnya yang terpilih bernama Aisyah Humaira dan Nurul Annisa yang berada di Tingkatan 5 telah berkongsi bagaimana cara-cara untuk membina keyakinan diri di dalam kalangan pelajar terutamanya yang mengambil subjek Akaun. Menurut cikgu Akin, terdapat beberapa perkara yang perlu ditekankan dalam diri seseorang itu untuk membina keyakinan diri. Antaranya ialah;

  1. Create a better communication

Bagi cikgu Akin, kita perlu mendalami personaliti seseorang itu dengan kenali mereka lebih dalam. Sebagai contoh, bukan sahaja perlu bina reputasi antara cikgu dan pelajar. Tetapi, amatlah penting juga untuk para pelajar membina reputasi dengan pelajar juga.

  • Why?

Melalui komunikasi antara cikgu + pelajar, pelajar + pelajar ini akan mewujudkan kesan yang positif di kalangan pelajar. Menurut Aisyah Humaira pelajar Tingkatan 5 dari Sabah mengatakan bahawa melalui communication antara rakan sekumpulan ini, dia dapat bekerjasama dengan group dan kena confident jawab soalan dengan teammate. Bagi Nurul Annisa pula, “saya jadi lebih faham sebab bincang sama-sama, jadi lebih tahu mana betul dan salah.”

“Tak perlu komunikasi yang tip top, yang penting ada better communication”Cikgu Akin

  1. Lebih menekankan value yang datang semasa belajar

Bagi cikgu Akin lagi, beliau lebih menekankan nilai yang ada semasa sedang belajar dan antara kesan yang dapat pelajar dapati ialah “lagi nampak kesalahan tu bila present depan kawan-kawan ramai.” – Nurul Annisa

 

Maka, keyakinan diri bukan sahaja penting dalam diri.. Tetapi, mengamalkan rasa positif semasa belajar juga penting untuk memupuk semangat ketika menghadapi subjek yang sukar.

Atasi Ketakutan Terhadap Matematik

Majoriti pelajar sekolah, apabila ditanya “kenapa tak suka subjek matematik?” mereka akan kata, “sebab kena kira-kira, sebab banyak nombor dan ada yang kata susah”. Jadi, bagaimana kita atasi ketakutan pelajar-pelajar terhadap subjek matematik. Hal ini kerana, apabila sudah tertanam rasa tak suka, tak minat dan tak seronok, maka proses kefahaman pembelajaran akan menurun sebab pelajar-pelajar sudah block minda mereka bahawa matematik ni susah.

Ada sesetengah pelajar yang menghafal jalan pengiraan yang mana ia membuatkan mereka akan confius apabila jalan pengiraan soalan yang dihafal ditukar sedikit. Minda mereka akan tersangkut dengan soalan tersebut walhal kaedahnya lebih kurang sama. Cara belajar mereka juga memainkan peranan yang penting, contohnya kurang membuat latihan dan tidak konsisten kerana matematik memang subjek yang memerlukan kepada banyaknya latihan. Jika mereka tidak rajin membuat latihan maka ia akan menjadikan pelajar lupa dengan topik yang lepas kerana setiap topi dalam subjek matematik saling berkait, jika satu topik tidak dikuasai maka topik akan datang mereka tidak akan faham.

Selain itu, cara untuk atasi ketakutan terhadap matematik adalah dengan mengaitkan subjek dengan persekitaran atau kehidupan seharian, menggunakan bahasa yang lebih santai dan mudah difaham daripada petikan soalan yang panjang. Contohnya, menggantikan x kepada gula-gula dan y sebagai coklat, ia akan menjelaskan lagi bayangan pelajar-pelajar. Jenis penyampaian kepada pelajar yang pelbagai bukan sekadar mengajar tetapi wujudkan aktiviti atau gamifikasi sebagai gambaran topik pembelajaran disamping pelajar dapat peroleh input dari aktiviti tersebut. Bagaimana pula nak mengukur kefahaman pelajar dalam pembelajaran? Pelajar tersebut perlu berkongsi kepada rakannya yang lain yang lihat sama ada rakannya faham atau tidak apa yang diajar.

Seterusnya, menyalin semula setiap apa yang dilafazkan oleh cikgu bukan sekadar mendengar bagi menguatkan ingatan pelajar. Peranan ibubapa sejak anak mereka kecil lagi mendedahkan anak-anak mereka dengan nombor-nombor, contohnya permainan cashier, saidina, jutaria dan lain-lain mainan yang berkaitan dengan kewangan atau pengiraan. Permainan jutaria membantu anak-anak mengurus kewangan mereka sama ada melabur atau menyimpan semasa permainan dijalankan. Memahami konsep utama matematik juga dapat mengatasi ketakutan pelajar terhadap subjek matematik supaya tidak tersangkut dengan topik yang akan datang serta menguasai semua topik tanpa memilih tajuk yang paling digemari.

Kesimpulannya, ketakutan pelajar terhadap matematik dapat diatasi dengan membantu mereka latihan menjawab soalan kerana soalan yang bakal ditanya nanti lebih kurang sama Cuma ditukar sedikit. Peajar juga perlu mencabar diri mereka sendiri dalam mengharungi ketakutan ini dengan bersaing dengan rakan sekelas, jika rakan kita boleh buat pasti kita boleh buat juga.

4 Tips Nak Jadi Top Student di Sekolah

Setiap sekolah di dunia semestinya ada top student atau pelajar berprestasi tinggi, atau boleh dikatakan pelajar harapan sekolah. Sekolah juga akan memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan ini untuk mencapai penanda aras sekolah dalam peperiksaan besar. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pelajar lain yang mahukan mereka tergolong dalam kelompok top student di sekolah?

 

Antara tips yang bakal dikongsikan kepada pelajar-pelajar di luar sana, bagaimana hendak menjadi top student:

  1. Fokus semasa dalam kelas

Pelajar mestilah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Menyalin segala nota yang ditulis oleh guru di papan putih sambil mendengar penerangan guru di samping mencatat segala apa yang diucapoleh guru. Jika ada masa lapang atau tiada guru, rebut peluang untuk siapkan homework di sekolah. Hal ini kerana, pelajar kurang belajar di rumah disebabkan smart phone. All out dekat sekolah, study, hafal, lakukan latihan.

 

  1. Kawan rapat atau geng

Berusaha rapat dan mencari geng yang rajin belajar. Geng kita sendiri contohnya, masing-masing ada kemahiran bagi setiap subjek, ada yang mahir matematik, ada yang mahir bahasa inggeris, mahir sains. Hal ini demikian kerana, kawan rapat tidak semestinya sentiasa dengan hiburan, apabila waktu belajar mereka akan belajar sungguh. Kalau kita belajar dengan kawan sendiri, pendekatan atau penerangan kawan lebih mudah, santai dan simple untuk kita faham.

 

  1. Cari cara belajar tersendiri

Cara belajar setiap pelajar berbeza mengikut karakter masing-masing. Ada pelajar yang boleh belajar secara sendirian, berkumpulan, sambil mendengar, melalui lukisan, lisan dan sebagainya. Kita sendiri perlu kenalpasti diri sendiri boleh belajar dengan cara yang bagaimana. Contohnya, mencipta rentak lagu sendiri untuk subjek yang perlu menghafal untuk lebih mudah ingat, mereka komek untuk subjek sejarah, memerlukan kepada bercakap untuk ingat.

 

  1. Jaga hubungan dengan Allah dan mahkluk

Menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Menambahkan amalan seperti menunaikan solat-solat sunat dengan konsisten. Pemakanan juga salah satu faktor pembelajaran juga, tidak semua makanan kita boleh makan terutama apabila pelajar mengambil subjek pengajian Islam. Wujudkan suasana yang positif di sekolah dan di rumah. Menjaga hubungan dengan makhluk, contohnya sebelum gerak ke sekolah salam dan cium ibubapa, sentiasa perbetulkan niat kerana Allah atau boleh praktis bercakap dengan haiwan walaupun mereka tak faham.

 

Akhir sekali, pelajar yang rajin belajar, bawa buku kemana sahaja tidak sama karakternya dengan standard student, jadi tips yang pertama ini boleh membantu mereka menjadi top student di sekolah. Terkadang semasa di kelas cikgu akan lontarkan kata-kata yang mana pelajar akan ingat sampai bila-bila.

Tips belajar online secara efektif

Perkongsian harini tentang cara-cara untuk fokus ketika sesi pembelajaran. Sekarangkan kita semua belajar secara atas talian, jadinya kita perlu fokus sehingaa 200%, tapi macam mana? Haa, jom baca bersama-sama.

Baiklah, yang pertama sekali kita mestilah perlu ada jadual harian. Apa itu jadual harian? Jadual harian bermaksud apa yang kita nak lakukan hari itu, daripada pagi sehingga petang atau malam. Jadi, kita boleh catatkan dalam buku ataupun di atas kertas dan tampal di meja belajar kita. Dengan cara ini, diri kita sudah tahu perkara apa yang hendak dilakukan tanpa membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan pun merupakan satu langkah yang penting supaya kita tidak tertinggal tugasan ataupun ujian.

Beralih kepada cara kedua iaitu penyediaan tempat belajar yang selesa dan kondusif. Dalam usaha untuk menjadikan pembelajaran atas talian ini berjaya kita haruslah menyediakan tempat belajar yang selesa seperti mengasingkan tempat tidur kerana katil merupakan musuh utama ketika sesi pembelajaran. Kita perlu memastikan segala alatan untuk belajar seperti buku teks, alat tulis, buku nota, laptop atau telefon bimbit dalam keadaan yang baik supaya boleh kekal focus di dalam kelas. Internet juga merupakan salah satu permasalahan utama jadi perlulah mencari tempat yang sesuai dengan kelajuan internet.

Cara yang ketiga ialah membuat nota sendiri. Nota sendiri dapat membantu kita dalam belajar terutamanya ketika musim peperiksaan. Tapi bagaimana mahu membuat nota sendiri? Antara tips yang dapat dikongsikan  adalah menggunakan pen yang berlainan warna termasuklah highlighter untuk point penting seperti isi-isi utama dalam sesuatu topik. Jika tiada pen berwarna-warni, kitab oleh menggunakan kertas yang berlainan waran untuk menjadikan nota itu ceria. Seterusnya, kita boleh mencipta akronim sendiri, dengan cara ini, lebih mudah untuk kita faham dan ingat.

Akhir sekali, tips yang keempat ialah sentiasa aktif di dalam kelas supaya tidak mengantuk. Aktif ini tidaklah bermaksud perlu berdiri atau berlari, tetapi aktif ini bermaksud sentiasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Jika terdapat sesuatu perkara yang tidak faham, terus bertanya kepada guru tersebut. Ingatlah bahawa jika kita bertanya, bukan kita sahaja yang faham, malahan rakan-rakan kelas kita juga akan turut faham.

Sekarang, anda sudah tahu. Semoga pembelajaran anda berjalan dengan lancar dan selamat mencuba cara-cara di atas. Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan.

5 TIPS UNTUK KEKAL POSITIF

5 CARA UNTUK KEKAL POSITIF

Dalam hidup ini, kita tak terlepas daripada mengalami tekanan atau stress samada ketika bekerja ataupun belajar. Stress yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita jadi kita perlu tangani dengan secepat mungkin. Hari ini saya nak konsikan tentang 5 cara untuk kekal positif dalam kehidupan seharian. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita jalani hidup dengan lebih tenang dan selesa.

Baiklah, tips yang pertama ialah dengan kita bersabar. Sifat bersabar ini perlu kita pupukkan dalam diri. Dengan adanya sifat sabar dalam diri kita, apa pun dugaan aaupun cabaran yang datang, kita akan lebih kuat untuk menghadapinya. Sepertimana Allah berfirman dalam surah Al-Maarij ayat 5-7, “Maka Bersabarlah Dengan Sabar Yang Baik, sesungguhnya mereka memandang siksaan itu mustahil. Sedangkan Kami memandangnya mungkin terjadi”.

Tips yang kedua ialah kita ubah mindset. Kita perlu ubah mindset ke arah yang lebih positif. Dan setiap kali bangun tidur, penuhilah dengan rasa syukur. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita yang tidak boleh dikira jumlahnya. Ada ketika, saat kita melihat orang lain lebih daripada kita dari semua aspek membuatkan hati menjadi tidak senang, cemburu, dengki atau apa sahaja perasaan negatif. Kalau ada perasaan macam tu, buang jauh-jauh. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bila kita bersyukur, Allah akan melipatgandakan rezeki kita.

Beralih kepada tips ketiga ialah bergaul dengan orang yang positif. Bila kita masuk dalam satu circle orang yang berfikiran positif ini sedikit sebanyak membantu kita untuk kekal konsisten berfikiran positif. Pastikan diri anda sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang positif dari segi tingkah laku, pemikiran mahupun percakapan. Ini mampu membantu diri anda untuk setiasa kekal positif di samping menarik aura-aura positif orang di sekeliling anda dan mengekalkan tenaga anda seharian.

Tips yang keempat yang boleh dikongsikan ialah bercakap perkara yang baik-baik sahaja. Percakapan harian kita kena jaga untuk kita kekal konsisten berfikiran positif & aura positif dalam diri bertambah kuat. Bila kamu berada dalam komuniti bercakap sesuatu yang dapat membantu membina sekililing kamu. Bila kita amalkan ini, automatik aura positif akan kekal dalam diri malah bertambah lagi.

Tips yang terakhir ialah memaafkan. Memaafkan ini bukan lah sahaja memaafkan orang lain tetapi memaafkan diri kita sendiri juga. Selepas kita maafkan diri kita, barulah kita memaafkan orang lain. Dengan cara ini barulah kehidupan kita akan sentiasa positif. Jika susah hendak memafkan orang lain, ingatlah bahawa semua manusia tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan.

Inilah antara tips untuk kita kekal positif dalam kehidupan seharian. Semoga perkongsian ini menbantu untuk meneruskan pekerjaan atau pembelajaran dengan lebih tenang. Jangan lupa berkongsi pada keluarga dan rakan-rakan. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

4 TIPS KUASAI SATU BAHASA

“Cikgu, susahnya nak ingat subjek ni”

“Ustazah, banyaknya benda nak kene hafal ni”

Mesti selalu dengarkan keluhan ini daripada pelajar-pelajar sekolah? Jom baca perkongsian ini tentang 4 tips untuk kuasai satu bahasa.

  1. Guru Muda / Mentor Mentee

Sistem guru muda atau mentor mentee ini merupakan tips yang paling berkesan untuk kita menguasai sesuatu subjek. Secara khususnya mentor ditakrifkan sebagai pembimbing atau tutor, manakala mentee pula ditakrifkan sebagai individu yang kurang pengetahuan dan pengalaman atau pelajar yang kurang dalam pelajaran. Mentor mempunyai peranan utama untuk menasihat mentee pada masa yang tepat, menunjukkan contoh yang baik dan membantu mentee dalam pembelajaran mereka. Secara umumnya, mentor terlibat sebagai pembimbing secara berterusan sehingga mentee itu mempunyai peningkatan dalam pelajaran.

 

  1. Membuat nota ringkas

Haaa, apa itu nota ringkas? Nota ringkas ini bermaksud nota yang sudah dipendekkan ataupun nota yang sudah disimpulkan menggunakan “key word” atau akronim ataupun “main point” yang telah dikenalpasti. Tujuan kita membuat nota ringkas ini adalah untuk senang bagi kita apabila ingin revise kembali sesuatu subjek atau tajuk dan tidak perlu untuk membawa buku teks kemana-mana, hanya perlukan beberapa kertas sahaja. Bak kata orang putih, “all in one”.

 

  1. Kuiz/Soal jawab

Para pelajar boleh melakukan kaedah soal jawab atau bermain kuiz bersama kawan-kawan untuk menguatkan lagi ingatan masing-masing. Bermula dengan membaca nota, kemudian masing-masing menyediakan soalan daripada tajuk yang berbeza dan meminta rakan untuk menjawab. Cara ini sangat bagus untuk menguji ingatan.

 

  1. Kerohanian/Berdoa

Ketenangan ini boleh diraih antaranya dengan solat wajib awal waktu, solat taubat, solat hajat, membaca al-quran dan berzikir. Hati yang banyak berzikir akan memperoleh ketenangan. Bermunajat kepada Allah dengan solat taubat, hajat dan tahajjud dan mohonlah doa kepada Allah agar campakkan rasa senang belajar, ketenangan hati dan ingatan yang kuat. Apabila musin peperiksaan, doalah kepada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

Ini antara tips yang boleh bantu dalam menguasai sesuatu subjek. Jika aplikasikan tips-tips ini dalam semua subjek, tidak mustahil kejayaan milik kita. Selamat mencuba.

Haa, nak tau lebih lanjut lagi tentang topik ini,boleh klik di sini.

4 Langkah Efektif Menguasai Subjek Membaca dalam masa 1 hari.

Subjek-subjek membaca yang terdapat di sekolah antaranya ialah Biologi dan Sejarah. Kebanyakan pelajar kurang gemar kepada subjek membaca kerana cepat merasa bosan dan banyak istilah yang perlu diingati.

1) Mengetahui objektif bab yang ingin dipelajari

Lazimnya, di bahagian awal setiap bab, akan ditulis objektif atau tujuan pembelajaran bagi bab tersebut. Apa yang pelajar akan dapat bila mempelajari bab itu. Jadi, sebagai pelajar haruslah membaca objektif pembelajaran supaya timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita sekaligus melahirkan rasa ‘excited’ untuk belajar.

2) Baca rumusan di akhir bab

Di akhir setiap bab, akan ada rumusan bagi keseluruhan bab tersebut. Jadi apabila kita membacanya, kita sudah mendapat gambaran awal dan info tentang apa yang kita akan pelajari.

3) Baca bab dengan teliti dan tulis

Catat isi penting yang terkandung dalam bab tersebut. Tidak perlu hias dengan cantik, hanya sekadar catat supaya kita cakna.

4) Soal jawab secara berpasangan

Bina soalan-soalan daripada bab tersebut dan cari jawapan dengan merujuk bab tersebut.

Namun, ini adalah antara cara-cara yang efektif yang boleh kita lakukan untuk menguasai subjek yang memerlukan kita untuk membaca supaya faham. Banyak lagi cara yang boleh kita gunakan dan kita sebagai pelajar haruslah sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu.

 

 

Adik Aqil dapat markah tertinggi di dalam kelas selepas ambil Home Tuition !

Kali ini kami nak kongsikan kisah Puan Noraishah yang merupakan ibu kepada Aqil Haidar, calon UPSR 2020.

Sebelum puan Noraishah menggunakan khidmat CMN Academy, puan Noraishah pernah mengambil personal tutor lain tetapi personal tutor tersebut bukan dibawah tuition centre. Setelah berhenti menggunakan khidmat personal tutor tersebut, puan Noraishah mencari personal tutor lain yang boleh membantu anaknya, Aqil Haidar dalam pembelajaran. Pada mulanya puan Noraishah menapis dahulu dan membandingkan CMN Academy dengan pusat tuisyen lain bagi mendapatkan home tutor yang terbaik untuk anaknya. Akhirnya puan Noraishah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat CMN Academy kerana melihat maklum balas dan testimoni daripada klien-klien yang menggunakan khidmat tutor CMN Academy yang banyak menunjukkan peningkatan gred peperikasaan anak-anak mereka.

Puan Noraishah ingin meningkatkan gred peperiksaan anaknya, Aqil Haidar terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu.  Aqil Haidar lebih memerlukan cikgu Bahasa Melayu kerana Aqil susah untuk skor subjek Bahasa Melayu berbanding dengan subjek Sains, Math, dan Bahasa Inggeris. Setelah mengetahui requirement yang dikemukakan oleh puan Noraishah, admin CMN Academy memberi profil tutor iaitu Cikgu Seri. Pada mulanya, puan Noraishah tidak yakin dan mahu mencuba menggunakan khidmat Cikgu Seri. Apabila beberapa kelas dijalankan Bersama Cikgu Seri, anak puan Noraishah mula rasa seronok dan excited untuk belajar. Pada mulanya, sebelum PkP, puan Noraishah ingin anaknya skor untuk UPSR. Tetapi apabila PKP berkuatkuasa, banyak pelan pembelajaran telah berubah sehingga peperiksaan UPSR dimansuhkan, puan Noraishah tetap meneruskan pembelajaran anaknya dengan CMN Academy tetapi berfokus kepada untuk mendapatkan tempat di sekolah MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Aqil haidar menyatakan perasaannya semasa mula-mula belajar bersama Cikgu Seri, pada mulanya dia berasa malu dan takut. Tetapi Cikgu Seri pandai mengambil hati dan membuatkan Aqil Haidar hilang rasa takut dan rasa seronok belajar bersamanya dengan membuat aktiviti-aktiviti menarik seperti membuat eksperimen untuk mengajar subjek sains. Apabila dah dekat dengan Tarikh peperiksaan atau ujian, Cikgu Seri lebih fokuskan dengan membuat Latihan, kuiz, dan dalam masa yang sama, Cikgu Seri akan terangkan apa-apa yang mengelirukan Aqil Haidar. Bagi Aqil, pembelajaran bersama home tutor dan bersama cikgu-cikgu di sekolah sangat berbeza. Di sekolah cikgu-cikgu akan mengajar secara menyeluruh dan tidak dapat focus kepada setiap pelajar. Manakala belajar di rumah bersama home tutor pula sangat berkesan kerana Aqil dapat bertanya terus apa-apa bahagian yang tidak difahami kepada Cikgu Seri.

Setelah beberapa bulan menggunakan khidmat home tutor CMN Academy bersama Cikgu Seri, terdapat peningkatan dalam keputusan peperiksaan akhir tahun Aqil Haidar berbanding dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun terutamanya subjek Bahasa Melayu yang difokuskan. Aqil Haidar lebih mahir dalam membuat karangan Bahasa Melayu. Aqil juga pernah mendapat markah tertinggi di dalam kelas dalam subjek Bahasa Melayu kerana menggunakan tips-tips yang diajar oleh Cikgu Seri.

Bagi puan Noraishah, CMN Academy membuatkan anaknya lebih seronok dan bersemangat Ketika belajar kerana dapat tutor yang pandai mengambil hati dan membuatkan suasana belajar berasa seronok dan luar biasa. Puan Noraishah menyarankan kepada ibu bapa yang mencari pusat tuisyen atau cikgu untuk mengajar di rumah untuk terus hubungi CMN Academy kerana tutor-tutor CMN Academy semua diberi training untuk menjadi seorang tutor yang baik, bagus, dan mempunyai Teknik pengajaran yang berkesan serta Teknik  approach pelajar supaya mereka seronok belajar.

Bagaimana Tutor Funtastic Bantu Pengetua Sekolah Dalam Melahirkan Pelajar Yang Berdaya Saing Untuk Ke Sekolah Berasrama Penuh?

Apa kaitan belajar dengan belajar untuk ke asrama penuh? Adik-adik perlu ingat, apabila ada niat untuk melangkah ke asrama penuh, adik2 perlu gandakan usaha dalam pembelajaran.

Asrama penuh sinonim dengan pemilihan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan ko kurikum. Dalam menghadapi isu Covid-19, pelajar tetap harus teruskan pembelajaran. Ingat…Asrama Penuh di hadapan okay.

Belajar online ni tak best larh! Rasa kurang faham larh! Rasa bosan larh! Haa..ini yang selalu di dengari dari adik-adik saat kita dalam isu Pandemik Covid-19. Adik-adik, cuba buang semua perkataan negatif ni. Ubah ayat jadi, belajar online ni best larh! senang je nak faham ditambah dengan infografik menarik! Alahhh..kelas da habis larh..tengah seronok belajar ni..

Adik-adik nampak tak betapa menariknya jika ada dalam kepala adik-adik seperti diatas. Jadi, teruskan belajar walaupun secara Online. Cari platform yang adik-adik suka untuk belajar.

Seterusnya, saya ingin kongsikan pada adik-adik salah satu platform yang disedikan oleh CMN Academy untuk pembelajaran secara online yang dikenali dengan nama Funtastic Online Learning. Dari namanya sudah menggambarkan Fun Learning kan. Adik-adik mesti suka kelas ni. Jom kita lihat antara keebihan yang ada pada Funtastic Online Learning ni.

Apa kelebihan belajar secara Funtastic Online dengan CMN Academy?

4 Kelebihan Belajar Funtastic Online dengan CMN Academy

 

Ramai yang telah mengikuti kelas online Funtastic Leraning ini. Apa yang membuatkan CMN Academy teruja adalah penglibatan dari sebuah sekolah yang mana pengetuanya sendiri yang membuat permintaan untuk kelas online secara funtastic. Tidak lain dan tidak bukan, tentunya untuk membantu pelajarnya dalam menampakkan cita-cita untuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

CMN Academy ada bertanya feedback pembelajaran secara online kepada pengetua tersebut.

Pengetua Sekolah Tahfiz Jalan Gurney Kuala Lumpur, Puan Asma Asmat berkata pembelajaran kelas online dari CMN Academy TERBAIK!

Pengetua sekolah itu juga memanjatkan rasa syukur kerana pelajarnya seronok mengikuti kelas online yang sudah diadakan. Bukan itu sahaja, kelas untuk Matematik dan Sains juga telah di book khas untuk pelajarnya untuk slot seterusnya.

Sehubungan perkara ini, CMN Academy juga berbesar hati jika ada sekolah-sekolah yang memerlukan khidmat latihan atau pembelajaran secara online untuk disampaikan kepada pelajar, pendidik atau ibu bapa bagi membina kesedaran kepentingan pembelajaran secara online pada ketika kita dilanda virus Covid-19 ini.

CMN Academy amat berbesar hati untuk menerima jemputan dan sebarang pertanyaan mengenai kelas Funtastic Online Learning ini. Boleh terus ke:

Jemputan Kelas Funtastic Online

ATAU

Terus layari web Pelajar Berjaya