Sains Sekolah Rendah : Kemahiran Mengenalpasti Pembolehubah

 

Jom kita ulangkaji salah satu Kemahiran Proses Sains (KPS) Mengawal Pemboleh Ubah.

 

Kenapa Pelajar Sekolah Rendah perlu kuasai topik Pembolehubah?

Pelajar akan dapat kuasai & jawab soalan TUJUAN, PEMERHATIAN, INFERENS, HIPOTESIS dan KESIMPULAN dengan betul, bila sudah kuasai topik ini.

 

 

Jom kita terus ke topik sebenar.

Apa itu pembolehubah?

 

Ada 3 Jenis Pemboleh Ubah:

 

➊ Pemboleh ubah Dimanipulasi (PM)

Pemboleh Ubah dimanipulasi (PM) adalah perkara yang perlu diubah / ditukar / dibezakan dalam satu eksperimen. Jika tidak diubah / ditukar / dibezakan eksperimen tidak akan berjaya dan ini biasanya menjadi sesuatu yang berbeza dari awal eksperimen. Fakta pemboleh ubah dimanipulasi (PM) boleh digunakan sebagai Inferens.

 

➋ Pemboleh ubah Bergerak balas (PB)

Pemboleh ubah Bergerak balas (PB) adalah Hasil Eksperimen atau Keputusan Penyiasatan yang kita cari. Di akhir penyiasatan, hasil eksperimen yang diukur perlu ditulis Sebagai (PB).. Jadi Pemerhatian perlu dimulakan dengan berdasarkan Pemboleh ubah bergerak balas (PB)

 

➌ Pemboleh ubah DiMalarkan (PDM)

Pemboleh ubah DiMalarkan (PDM) adalah Perkara yang perlu disamakan supaya tidak mempengaruhi keputusan eksperimen. Eksperimen akan terganggu jika semua perkara diubah dan menghasilkan keputusan yang Salah..

 

 

 

SYARAT-SYARAT MENULIS PEMBOLEH UBAH.

 

⑴ Secara umumnya, untuk menulis sesuatu pemboleh ubah ianya mengandungi dua perkara iaitu PARAMETER dan OBJEK. Parameter adalah Ciri bagi pemboleh ubah tersebut.. Pastikan pemboleh ubah kita lengkap dengan parameter untuk mengelakkan kehilangan markah.

⑵ Pemboleh ubah = PARAMETER + OBJEK.. Jika salah satu tidak ada maka jawapan Pemboleh Ubah tidak akan diterima..

⑶ Contoh – contoh PARAMETER + OBJEK:

  •  Isipadu + Air yang tinggal
  •  Masa + Ais melebur
  •  Panjang + Kain
  •  Suhu + Udara kandang
  •  Kuantiti + Anak ayam
  •  Jenis + Permukaan
  •  Bilangan + Tuala
  •  Baka + Kambing
  •  Tempoh + Air mendidih
  •  Jarak + sumber cahaya dari objek
  •  Keadaan + Tanah
  •  Kecerahan + Mentol
  •  Kehadiran + Udara dan Air
  •  Saiz + Ladang
  •  Warna + Bola

 

Contoh soalan:

Apakah PEMBOLEH UBAH dimanipulasi dalam penyiasatan ini?

Apakah PEMBOLEH UBAH bergerakbalas dalam penyiasatan ini?

Apakah PEMBOLEH UBAH dimalarkan dalam penyiasatan ini?

Tuliskan dua maklumat yang dikenal pasti dalam penyiasatan ini.

Berikan satu maklumat dalam penyiasatan ini?

 

CONTOH JAWAPAN SOALAN PEMBOLEH UBAH

 

① Pembolehubah tiada parameter.

Contoh :
Jawapan Salah☒ Air dipanaskan
Jawapan Betul  Masa Air dipanaskan

 

② Pembolehubah ditulis bersama pola/corak perubahan.

Contoh :
Jawapan Salah☒ Saiz Ayam semakin Bertambah
Jawapan Betul  Saiz Ayam

 

③ Tidak tahu kedudukan pembolehubah dalam rangsangan soalan.
Eksperimen mengenai saiz jengkal murid dengan bilangan ukuran Meja (jengkal). Soalan minta PM

Contoh :
Jawapan Salah☒ Bilangan ukuran Meja
Jawapan Betul  Saiz Jengkal Murid

 

④. Untuk soalan berikan satu maklumat, calon menyatakan lebih daripada satu jawapan. Jawapan pertama sahaja disemak

Contoh :
Jawapan Salah☒ Kehadiran udara dan keadaan tikus selepas 2 hari
Jawapan Betul  Keadaan tikus selepas 2 hari

 

⑤ Untuk soalan berikan maklumat, calon menyatakan maklumat yang salah

Contoh :
Jawapan Salah☒ Katak bertambah berbanding belalang
Jawapan Betul  Bilangan katak, Bilangan belalang

 

Semoga bermanfaat ;)

 

Sumber : Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

 

Jika anda perlukan bantuan Home Tuition @ Online Tuition dalam subjek Sains atau apa-apa subjek dan tahap boleh hubungi kami dengan KLIK DI SINI

 

 

Senang je Belajar Bahasa Arab

“Susahnyaa bahasa arab ni, tak faham laaa”

“Susahnya nak ingat..tak boleh masuklah”

Ayat-ayat macam tu biasa sangat kita dengar terutamanya bagi pelajar yang tak dapat score dalam subjek bahasa arab. Susah sangat ke bahasa arab ni sebenarnya sampai tak boleh nak score??

Sebenarnya tak kesah la subjek apa sekali pun sains ke, math, addmath, fizik, bahasa inggeris..semuanya ada cabaran dalam menuntutnya. Ilmu itu nilainya tinggi jadi usaha untuk mempelajarinya juga perlu tinggi. Subjek bahasa arab menjadi susah bukanlah sebab bahasa itu sendiri tetapi “mindset” atau persekitaran dan buah mulut orang yang menyatakan ianya susah. Jadi ramailah yang beranggapan bahasa arab ini susah.

Pertama sekali ubah cara fikir kita, sebab ini lah yang mempengaruhi kita dalam menuntut ilmu. Kalau kita fikir ianya susah maka susah la. Kita akan jadi malas dan tak semangat bila nak belajar sebab dari awal lagi kita dah beranggapan ianya susah. Jadi tukar dan ubah presepsi kita bahawa bahasa arab ini mudah, InsyaAllah Allah akan bantu dan membuka jalan bagi orang-orang yang usaha dalam menuntut ilmu.

Pupuk minat kita dalam belajar bahasa arab, sebab minat itu boleh dibina dengan banyak cara sebenarnya. Kita boleh pelbagaikan cara pembelajaran di luar waktu pembelajaran formal, contohnya zaman kini adalah zaman internet gunakan internet itu sebaik mungkin, kita boleh melayari di YouTube, banyak video-video yang menarik yang boleh kita dapat dari situ. Kita boleh sertai channel-channel di Telegram yang banyak berkongsikan tentang kosa kata bahasa arab, ungkapan-ungkapan yang menarik dalam bahasa arab. Selain itu juga, TikTok juga ada yang berkongsikan tentang bahasa arab yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebenarnya banyak platform yang kita dapat layari di internet cuma perlukan kemahuan dan sedikit usaha untuk mencarinya, bak kata orang maklumat di hujung jari, tekan terus dapat.

Tapi kalau ada yang susah nak hafal tu nak buat macam mana? Sebab bahasa arab ni banyak sangat kena hafal. Memang tak dapat dinafikan sebab bahasa arab ni bahasa yang jarang kita guna sebab tu kadang-kandang agak sukar untuk kita ingat. Tapi itu bukan alasanya, orang yang nak berjaya mesti mencari solusi. Jika diikutkan lebih 3000 kosa kata bahasa arab yang dipinjamkan kepada bahasa melayu. Contohnya, perkataan-perkataan;

kerusi – كرسي (kursiyun), wujud – وجد (wajada), Kuat – قوى (qawiyy), internet – الإنترنت (al-internet), amal – عمل (amal), darjat – درجة (darajah), khabar – خبر (Khabar), soalan – سؤال (suaalun), mungkin – ممكن (mumkinu)

Dan banyak lagi sebenarnya, kalau nak disenaraikan memang panjang la jadinya. Berdasarkan perkataan-perkataan yang dipinjamkan ini sudah banyak membantu kita untuk ingat dan hafal kosa kata bahasa arab. Cara yang lain adalah kerap guna perkataan yang berbeza dalam penulisan atau percakapan. Kebiasaanya pelajar akan guna perkataan yang sama ketika menulis ayat atau karangan contohnya,

يذهب محمد إلى المدرسة (Muhammad sedang pergi ke sekolah)

Cuba tukar perkataan sekolah kepada stadium (مُدَرِّج), pusat membeli belah (مركز تسوق), ladang (مزرعة) atau apa sahaja perkataan yang jarang digunakan. Cara ini dapat membantu mengembangkan lagi penggunaan kosa kata bahasa arab.

 

Selain itu, wajibkan pada diri untuk menghafal sekurang-kurangnya 3 kosa kata yang baru setiap hari. Kita boleh dapatkan dan belajar kosa kata yang baru melalui pembacaan buku, channel Telegram bahasa arab, TikTok, YouTube atau apa-apa aplikasi. Dengan cara ini banyak kosa kata yang kita akan dapat dan boleh praktikan samada dalam penulisan dan percakapan.

 

Terakhir sekali, ini paling penting tuntut ilmu mestilah berguru jika tidak sesatlah jalan. Walaupun kita sudah mempunyai pelbagai kemudahan internet tetapi gurulah sebaik-baik tempat dalam kita menuntut ilmu. Mereka adalah orang-orang yang mahir dalam bidang tersebut jadi sudah pasti lebih mudah kita untuk mempelajarinya jika tidak kita hanya menghafal semata-mata tanpa memahami ilmu tersebut.

Aplikasi yang boleh dilayari ;

  • Youtube CMN Academy atau Madinah Arabic
  • Tiktok cmnacademy atau sirsyazwan
  • Channel Telegram ; Kosa Kata Bahasa Arab, Uslub Nahwu

[Fb Live] KBAT Dalam Sains: Raya ke Naya?

Sempena malam Raya ni kami menjemput Teacher ZY untuk berkongsi “KBAT Dalam Sains: Raya ke Naya?” 😉

KBAT dalam Sains: Raya ke Naya?

Haa, isu hangat beberapa tahun ni tentang soalan KBAT susah sangat kan?

Pelajar yang pandai-pandai pun tak dapat juga jawab soalan-soalan KBAT ni. Sampai berasap kepala.

Habis tu macam mana dengan pelajar yang biasa-biasa? Tak ketinggalan ke?

Apa sebenarnya KBAT ni ye? Memudahkan atau menyusahkan sebenarnya?

Apa cara yang kita sebagai pendidik & ibu bapa boleh lakukan untuk membantu anak kita berjaya dalam berfikir secara kritis?

Apa pula pelajar-pelajar boleh lakukan untuk mengasah minda kita supaya dapat menguasai KBAT ni?

Kalau nak tahu jawapannya, jom malam ni sertai FB LIVE bersama Coach Isa & Teacher ZY bagi merungkai misteri yang menyelubungi KBAT di fb Live: Tutor Profesional Malaysia

 

Untuk join Funtastic Online Tuition secara PERCUMA boleh klik: www.JomOnlineTuition.com

CABARAN SKOR ‘A’ SAINS UPSR: KEMAHIRAN MENTAFSIR DATA [MEMBUAT KESIMPULAN]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Apa khabar Ibu Bapa serta pelajar di luar sana ? 😊

 

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang salah satu Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Mentafsir Data iaitu Membuat KESIMPULAN.

 

Ramai di kalangan Calon UPSR yang masih tidak tahu kaedah yang betul menjawab Soalan KESIMPULAN.. Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi serba sedikit pengalaman mengajar teknik yang mudah difahami untuk menjawab soalan Kesimpulan. Diharap dapat membantu Calon-calon UPSR 2020 yang masih mencari-cari cara menjawab soalan KESIMPULAN.

 

🔲 APA ITU KESIMPULAN?

👉 KESIMPULAN adalah penyataan dibuat selepas sesuatu eksperimen dijalankan.

👉 Membuat KESIMPULAN adalah merupakan satu penyataan yang dibuat dengan merangkumi semua maklumat atau data dalam eksperimen yang telah dikumpul.

👉 KESIMPULAN dapat mengesahkan sesuatu hipotesis yang dibuat pada awal eksperimen sama ada benar, separa benar atau pun tidak benar

👉 KESIMPULAN juga adalah aktiviti membuat perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi (PM) dengan pembolehubah yang bergerak balas (PB).

 

🔎 CONTOH SOALAN

👉 Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

👉 Berdasarkan jadual di atas, nyatakan kesimpulan yang boleh dibuat.

 

🔲 CARA MENULIS JAWAPAN

Terdapat 3 situasi SOALAN yang akan mengubah cara menjawab soalan KESIMPULAN:- 

 

1⃣ Cuma ada SATU Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Dimanipulasi (PM) dan Cuma ada SATU Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Bergerakbalas (PB)

Apabila ……..(PM)….…. ___corak___ ,

 

Maka ….…(PB)……..… ___corak___.

Semakin ___corak___ ……..(PM)….….,

Semakin ___corak___ ….…(PB)……..…

*(sila rujuk contoh jawapan dalam gambar yang disediakan)

 

2⃣ Cuma ada SATU Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Dimanipulasi (PM) Tetapi ada DUA Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Bergerakbalas (PB)

APABILA ……..(PM)….…. DARI _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

DAN

 

APABILA ……..(PM)….…. DARI _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

PADA ……..(PM)….…. _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

 

MANAKALA

PADA ……..(PM)….…. _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

 

 

*(sila rujuk contoh dalam gambar yang disediakan)

 

3⃣ TIADA Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Dimanipulasi (PM) Dan TIADA Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Bergerakbalas (PB)

Apabila ……..(PM)….…. ___ FAKTA___ ,

Maka ….…(PB)……..… ___FAKTA___ .

*(sila rujuk contoh jawapan dalam gambar yang disediakan)

🔲 KESALAHAN UMUM MEMBUAT KESIMPULAN

1⃣ Calon menyatakan KESIMPULAN dengan ayat BAHASA MELAYU PEMAHAMAN. (SAYANG CIKGU BM)

✎ Jawapan ✘ ➳ Kesimpulan untuk penyiasatan ini ialah anak ayam bertambah bila bulan bertambah

✎ Jawapan  ➳ Apabila bilangan bulan bertambah, Maka bilangan anak ayam bertambah.

2⃣ Calon menyatakan jawapan dalam bentuk inferens

✎ Jawapan ✘ ➳ Isipadu semakin besar kerana saiz kotak besar

✎ Jawapan  ➳ Apabila Saiz kota bertambah, maka Isipadu kotak bertambah.

3⃣ Jawapan terpesong dari kehendak jawapan.

✎ Jawapan ✘ ➳ Kelajuan dan jenis keretapi adalah berbeza

✎ Jawapan  ➳ Apabila Kemodenan Keretapi bertambah, maka kelajuan keretapi bertambah.

4⃣ Calon tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah

✎ Jawapan ✘ ➳ semakin bertambah haiwan semakin bertambah makanan

✎ Jawapan  ➳ Apabila Saiz haiwan bertambah. Maka jumlah makanan yang diperlukan sehari oleh haiwan bertambah.

5⃣ Calon tidak meletakkan pola atau corak dalam kesimpulan

✎ Jawapan ✘ ➳ Apabila bilangan mentol maka kecerahan mentol terang

✎ Jawapan  ➳ Apabila bilangan mentol bertambah maka kecerahan mentol berkurang

6⃣ Calon salah menulis salah satu pemboleh ubah.

✎ Jawapan ✘ ➳ Apabila jenis haiwan bertambah maka bilangan telur yang dihasilkan bertambah.

✎ Jawapan  ➳ Apabila Bilangan telur dihasilkan bertambah Maka bilangan anak haiwan yang selamat bertambah.

7⃣ Calon menulis data yang tidak diberikan

✎ Jawapan ✘ ➳ Apabila bilangan murid bertambah maka panjang meja bertambah

✎ Jawapan  ➳ Apabila Panjang jari Murid bertambah maka ukuran panjang meja (jengkal) berkurang.

8⃣ Calon Menulis jawapan untuk soalan tujuan.

✎ Jawapan ✘ ➳ untuk menyiasat suhu persekitaran dengan bilangan tomato

✎ Jawapan  ➳ Apabila suhu persekitaraan berkurang, maka bilangan tomato bertambah.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon-calon UPSR 2020

 

Credit : PHT Cikgu Shahrul

 

Cuti sekolah dah bermula 

 

Ibu bapa masih belum ada “plan” untuk mengisi masa lapang anak-anak pada hari cuti  ❓

 

Nak anak-anak spend masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyeronokkan dan pastinya menambah ilmu pengetahuan ?

 

KAMI ADA BERITA BAIK UNTUK IBU BAPA DI LUAR SANA 📢📢📢

 

Sempena cuti sekolah kami ada menganjurkan beberapa program untuk bantu anak anda minat belajar dalam subjek MATH & SAINS iaitu…

 

Program Cuti Sekolah (PCS) yang bakal mengubah persepsi anak anda terhadap pembelajaran 

 

Pendaftaran masih dibuka ‼ Tempat adalah terhad ‼ 

 

PROGRAM CUTI SEKOLAH (PCS) FUNTASTIC SCIENCE & MATHS 2020

 

Pernah atau tidak anak anda mengadu…

 

“Abang tak reti la nak buat kerja sekolah subjek math ni” 📚

 

“Adik tak suka belajar sains, BOSAN” 🥱

 

Kesiankan anak-anak kita. Kebiasaannya, anak tak faham, tak minat belajar atau tak reti jawab soalan sebab mereka tak faham konsep dan belajar secara tradisional… Mereka hanya baca dan faham. 😴

 

Jika persoalan di atas ada pada anak anda, insha Allah kami ada cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah seperti berikut.

 

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi cuti sekolah akan bermula 💃🕺

 

Ibu bapa masih belum ada plan untuk mengisi masa lapang anak-anak pada hari cuti nanti ❓❓❓

 

Nak anak-anak spend masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyeronokkan dan pastinya menambah ilmu pengetahuan ?

 

KAMI ADA BERITA BAIK UNTUK IBU BAPA DI LUAR SANA 📢📢📢

 

Sempena cuti sekolah kami ada menganjurkan beberapa program untuk bantu anak anda minat belajar dalam subjek MATH & SAINS iaitu…

 

Program Cuti Sekolah (PCS) yang bakal mengubah persepsi anak anda terhadap pembelajaran 

 

 

Pendaftaran masih dibuka Tempat adalah terhad ‼ 

 

Apa yang menariknya, tahun ni kami akan fokuskan kepada tema STEM + UPSR “BEYOND EXPECTATION LEARNING”

 

 

 

 

 

Funstatic Sains Tahun 5 : Tenaga

(A) Sumber Tenaga

  1. Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja.
  2. Hidupan memerlukan tenaga untuk menjalani proses hidup dan menjalani aktiviti seharian.

  3. Benda bukan hidup memerlukan tenaga untuk berfungsi dan menjadikannya boleh digunakan.

  4. Matahari ialah sumber tenaga utama.

Picture

(B) Pelbagai Bentuk Tenaga

  1. Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita. 
Picture

(C) Perubahan Bentuk Tenaga

  1. Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
  2. Simbol (->) bermaksud “berubah kepada”, (+) bermaksud “dan”.
Picture

(D) Sumber Tenaga Boleh dan Tidak Boleh Diperbaharui

  1. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah:

    1. Sumber tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan.
    2. Sumber tenaga yang boleh diganti selepas habis digunakan.
    3. Contoh: Matahari, Air, Ombak, Angin, Makanan, Biojisim.

  2. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah:

    1. Sumber tenaga yang tidak boleh dijana daripada sumber kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan.
    2. Sumber tenaga yang tidak boleh diganti selepas habis digunakan.
    3. Contoh: Petroleum, Gas Asli, Arang Batu, Bahan Nuklear, Bateri.

  3. Tenaga elektrik dapat dijana daripada sumber bahan api fosil dan nuklear. Caranya:

    1. Bahan api/ nuklear dibakar.
    2. Air menjadi stim.
    3. Menggerakkan turbin.
    4. Generator menjana elektrik.



 (E) Berhemah Menggunakan Tenaga

  1. Kita perlu berhemah menggunakan tenaga kerana kebanyakan tenaga dihasilkan oleh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

  2. Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana untuk:

    1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
    2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
    3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

  3. Langkah-Langkah menjimatkan tenaga:

    1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
    2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
    3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
    4. Kitar semula bahan yang terbuang. 

Picture

Sains UPSR – PROSES HIDUP HAIWAN

Organ Pernafasan Haiwan

 

  • Organ Pernafasan Haiwan
  • Juga seperti manusia, haiwan menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan wap air.
  • Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan
    yang berbeza.

Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:

  1. Peparu

Image result for SISTEM PERNAFASAN

Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu (lungs).

Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.

2. Spirakel

Image result for SPIRAKEL

Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.

Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.

3. Insang

Image result for insang

Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).

Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang

4. Kulit lembap

Image result for kulit lembab pernafasan

  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit   lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
  • Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap

 

Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan

Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan

(A) Gerak Balas Tumbuhan

  1. Tumbuhan bergerak balas terhadap 4 jenis rangsangan, iaitu cahaya Matahariairgraviti dan sentuhan.
  2. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akarpucukdaun dan bunga.
  3. Bahagian tumbuhan akan bergerak sama ada ke arah atau menjauhi rangsangan.

Picture

 
(B) Fotosintesis

  1. Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
  2. Proses fotosintesis memerlukan cahaya Mataharikarbon dioksidaair dan klorofil.

Picture

 
(C) Hasil Fotosintesis

  1. Tumbuhan menggunakan tenaga daripada matahari untuk menukar air dan karbon dioksida kepada kanji dan oksigen.
  2. Kanji membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk pertumbuhan, pengeluaran bunga, buah dan biji benih.
  3. Oksigen dibebaskan ke persekitaran melalui liang halus pada daun.
  4. Rumus fotosintesis:

Picture


(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain

  1. Tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia dan haiwan bernafas.
  2. Tumbuhan membekalkan sumber makanan kepada manusia dan haiwan.
Picture

[Nota] Sains UPSR: Proses Hidup Manusia

⭕ NOTA SAINS : PROSES PERNAFASAN MANUSIA ⭕

 

1. PERNAFASAN MANUSIA

▪ Bernafas merupakan satu proses hidup manusia. Manusia menggunakan hidung, trakea dan juga paru-paru untuk bernafas. Paru-paru ialah organ pernafasan yang menjalankan pertukaran oksigen dan karbon dioksida.

 

Organ Yang Terlibat Semasa Bernafas :

▪ HIDUNG

▪ TRAKEA

▪ PARU-PARU

 

Proses semasa manusia menarik nafas :

🔘 Udara masuk dari : Hidung 👉🏻 Trakea 👉🏻 Paru-paru

 

🔘 Apabila manusia menyedut udara masuk ke dalam badan :

Paru-paru mengembang.

Dada naik dan mengembang.

Diafragma mengendur dan turun ke bawah.

 

🔘 Apabila manusia mengeluarkan udara dari badan :

▪ Paru-paru mengecut.

▪ Dada menurun dan mengempis.

▪ Diafragma mengecut dan naik ke atas.

 

🔘 Udara yang dihembus keluar dari paru-paru mengandungi banyak karbon dioksida.

 

🔘 Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun setiap satu minit.

 

🔘 Apabila seseorang aktif, kadar pernafasannya meningkat kerana dia memerlukan tenaga yang banyak.

 

2. PERKUMUHAN

▪ Perkumuhan merupakan satu proses penyingkiran hasil bahan buangan dari tubuh badan.

▪ Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak disingkirkan daripada tubuh badan.

 

Terdapat TIGA organ perkumuhan :

GINJAL

PARU-PARU

KULIT

 

Setiap organ mengumuhkan hasil perkumuhan yang berlainan iaitu :

Ginjal

▪ Ginjal menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk air kencing, urea dan garam.

Paru-paru

▪ Paru-paru membebaskan karbon dioksida dan wap air.

Kulit

▪ Kulit menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk peluh, air berlebihan dan garam.

 

3. PENYAHTINJAAN

▪ Penyahtinjaan merupakan satu proses menyingkirkan sisa makanan keluar melalui dubur sebagai tinja.

▪ Tinja ialah sisa makanan yang tidak dapat dihadam oleh perut kita.

▪ Jika penyahtinjaan tidak disingkirkan, bahan tersebut akan berkumpul dalam tubuh badan kita. Ia boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu.

▪ Penyahtinjaan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.

 

Pelbagai penyakit boleh berlaku sekiranya penyahtinjaan tidak berlaku, antaranya ialah :

❌ Kita boleh menghidapi masalah batu karang atau kencing berdarah.

❌ Kita boleh menghidapi masalah usus tersumbat atau kanser usus.

 

4. GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

▪ Manusia bergerak balas terhadap rangsangan. Rangsangan ialah perubahan yang dapat dikesan oleh manusia.

 

Manusia dapat merangsang dan bergerak balas dengan menggunakan LIMA deria :

▪ KULIT

▪ MATA

▪ TELINGA

▪ HIDUNG

▪ LIDAH

 

Kulit

▪ Kulit bergerak balas terhadap panas dan sejuk.

Mata

▪ Mata bergerak balas terhadap penglihatan.

Telinga

▪ Telinga bergerak balas terhadap bunyi.

Hidung

▪ Hidung bergerak balas terhadap bau.

Lidah

▪ Lidah bergerak balas terhadap rasa.

 

5. PEMBIAKAN

▪ Pembiakan ialah satu proses melahirkan anak atau baka.

▪ Manusia perlu membiak untuk menambahkan bilangan dan memastikan spesies manusia terus wujud di dunia ini.

 

Anak-anak akan mewarisi ciri-ciri persamaan daripada ibu bapa mereka, seperti :

▪ Warna kulit.

▪ Jenis rambut.

▪ Rupa paras.

6. TABIAT BURUK YANG MENGANCAM PROSES HIDUP MANUSIA

▪ Tabiat buruk akan mengganggu proses hidup manusia.

 

Contoh tabiat buruk ialah :

▪ MEROKOK

▪ MINUM MINUMAN BERALKOHOL

▪ MAKAN MAKANAN BERLEMAK

▪ PENYALAHGUNAAN DADAH

▪ MENGHIDU GAM

 

Kesan daripada melakukan tabiat buruk tersebut akan menyebabkan :

Merokok

▪ Merosakkan peparu.

Minum Minuman Beralkohol

▪ Kesukaran berjalan dengan betul dan penglihatan yang kabur.

Makan Makanan Berlemak

▪ Menyebabkan diabetes.

Penyalahgunaan Dadah

▪ Kerosakan otak dan halusinasi

Menghidu Gam

▪ Halusinasi dan pening.

7. AMALAN HIDUP SIHAT

▪ Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

 

Contoh amalan gaya hidup sihat :

▪ Mengambil makanan yang sihat.

▪ Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

▪ Beriadah.

▪ Tidur yang mencukupi.

▪ Minum lapan gelas air sehari.

 

Semoga bermanfaat !

 

Jika anda perlukan nak tingkatkan lagi kefahaman Sains, boleh join Tuisyen Sains UPSR secara Online KLIK DI SINI

 

KESALAHAN UMUM INFERENS

 

Inferens ialah penerangan mengenai hasil sesuatu eksperimen atau mengapa sesuatu itu terjadi. Apa saja teori, konsep atau fakta Sains yang dipelajari dalam sukatan matapelajaran Sains sekolah rendah, boleh digunakan sebagai inferens.

INFERENS MEWAKILI PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN.

Terdapat 3 jenis inferens:

a) Inferens bebas – Memberi alasan / sebab yang munasabah tanpa had.
Apa saja perkara yang ada di dalam minda, perkara yang difikirkan, perkara atau perkataan yang tidak dinyatakan dalam soalan (teori, konsep atau fakta Sains), boleh digunakan sebagai inferens.

b) Inferens terkawal – Memberi alasan / sebab berdasarkan sesuatu rangsangan atau pemerhatian tambahan yang diberi.

c) Inferens perbandingan – Memberi alasan / sebab dengan membandingkan pemerhatian lain yang diberi. JIKA TIADA PERBANDINGAN, JAWAPAN SALAH


Cara menjawab INFERENS yang betul adalah:

A) Pemboleh ubah bergerak balas dan huraiannya (pemerhatian) kerana perkara yang difikirkan yang boleh dijadikan sebagai faktor/sebab untuk menerangkan pemerhatian.

B) Tidak perlu menyatakan pemerhatian (jika pemerhatian telah dinyatakan atau soalan pemerhatian telah ditanya pada soalan sebelumnya), hanya nyatakan terus inferens. MESTI DIMULAKAN DENGAN KERANA

Berikut adalah beberapa contoh kesalahan umum INFERENS yang sering dilakukan oleh murid dalam menulis INFERENS.

1) Terdapat 2 buah akuarium iaitu akuarium A dan B, yang mempunyai saiz yang sama. 2 ekor ikan diletakkan di dalam kedua-dua buah akuarium tetapi terdapat lapisan minyak di dalam akuarium B.

Inferens SALAH:
Ikan di dalam akuarium B mati kerana ada lapisan minyak.

Inferens BETUL::
Ikan di dalam akuarium B mati kerana tiada udara untuk bernafas

2) Terdapat 2 buah ladang labu yang pokoknya ditanam pada jarak yang berbeza menghasilkan purata berat labu yang berlainan.

Inferens SALAH::
Purata berat labu di ladang A lebih berat kerana jarak tanaman lebih jauh

Inferens BETUL::
Purata berat labu di ladang A lebih berat kerana kurang persaingan ruang/ air/ nutrient berbanding di ladang B

3) Dalam satu penyiasatan 2 mentol disusun dalam litar bersiri dan litar selari. Salah satu mentol dalam litar telah pecah. Berdasarkan pemerhatian, tuliskan inferens yang sesuai

Inferens SALAH::
Mentol di litar bersiri tidak menyala apabila salah satu mentol terbakar kerana mentol disambungkan secara bersiri

Inferens BETUL::
Mentol di litar bersiri tidak menyala apabila salah satu mentol terbakar kerana terdapat satu aliran elektrik sahaja dalam litar bersiri.

4) Satu pemerhatian dilakukan terhadap pengembangan doh yang telah dicampurkan dengan 2 sudu yis. Nyatakan inferens kamu diatas perubahan yang berlaku pada pemerhatian tersebut.

Inferens SALAH::
Doh mengembang kerana dicampurkan dengan yis

Inferens BETUL::
Doh mengembang kerana yis / mikroorganisma bernafas.

5) Satu penyiasatan terhadap 2 kepingan roti P dan Q selepas dibiarkan selama beberapa hari. Roti P tidak direnjiskan air manakala roti Q direnjiskan air.

Nyatakan inferens kamu diatas perubahan yang berlaku pada pemerhatian tersebut.

Inferens SALAH::
Roti Q berkulat kerana direnjiskan air.
Roti P berkeadaan baik kerana ia roti kering.

Inferens BETUL::
Roti Q berkulat kerana mikroorganisma bertumbuh dengan air.
Roti P berkeadaan baik kerana mikroorganisma tidak boleh bertumbuh tanpa air.

6) Satu penyiasatan dilakukan dengan mencatatkan perubahan panjang bayang-bayang dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Nyatakan inferens tentang perubahan panjang bayang-bayang.

Inferens SALAH::
Panjang bayang-bayang berubah kerana masa bertambah

Inferens BETUL::
Panjang bayang-bayang berubah kerana bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak anak-anak dalam menjawab soalan INFERENS dengan betul dan tepat.

 

Sumber : Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul