Tips Didik Anak Gemar Membaca
Pasti ada dalam kalangan ibubapa yang risau tentang pembacaan anak-anak yang masih merangkak-rangkak. Anak-anak akan naik sekolah rendah tetapi masih tidak mengenali huruf-huruf walhal ia adalah perkara asas yang perlu dikuasai oleh anak-anak. Walaupun anak-anak sudah mengikuti kelas khas tetapi kurang efektif kerana dengan pelajar yang ramai dalam satu kelas membuatkan anak mereka tidak boleh fokus di dalam kelas.
Jadi, kelas one-to-one adalah salah satu inisiatif untuk anak-anak fasih membaca kerana cikgu akan fokus pada seorang pelajar sahaja. Wujudkan satu waktu dengan tempoh yang sekejap dalam 10-15 minit untuk anak-anak membaca secara konsisten. Mengenalpasti level anak-anak berada di tahap yang mana dan merancang banyak plan atau strategi untuk ditukar-tukar jika tidak bersesuaian.
Antara tips didik anak gemar mebaca adalah:
- Mini perpustakaan
Mewujudkan satu sudut di dalam rumah untuk mini perpustakaan dengan mempamerka buku-buku di rak, ada meja dan kerusi untuk mudah membaca. Kesannya, wujudnya suasana dan boleh mempengaruhi anak-anak dengan mini perpustakaan yang menarik, lebih mudah mengajak mereka membaca. Ada juga anak-anak yang memperoleh anugerah Nilam di sekolah. Ia juga dapat memupuk semangat membaca mereka dengan bahan bacaan yang berwarna dan penuh gambar.
- Perpustakaan luar
Mengajak anak-anak ke perpustakaan awam yang terdekat untuk mendedahkan mereka dengan lebih banyak bahan bacaan. Di perpustakaan juga banyak menganjurkan program-program yang menarik daa ada disediakan penghargaan, jadi ia akan menaikkan lagi dorongan dan minat membaca anak-anak. Lebih tumpukan kepada bahan bacaan secara fizikal kerana ia adalah realistik atau buku yang kita boleh selak dan pegang.
- Bawa ke kedai buku
Mendedahkan anak-anak dengan bahan bacaan baru dan fresh kerana sekarang terdapat lambakan buku-buku yang menarik untuk tingkatkan minat membaca mereka. Biarkan mereka memilih bahan bacaan mereka. Bagaimana pula jika mereka memilih buku yang tidak sesuai dengan mereka? Contohnya seperti komik, ia tidak menjadi masalah kerana dari situ kita boleh ambil peluang untuk kenalpasti minat mereka. Ada kanak-kanak yang gemar melukis dan sekali dengan dialog seperti komik.
- Dari kandungan ibu lagi
Tanggungjawab seorang ibu juga penting untuk menjaga kandungan mereka dengan sentiasa mengaji al-Quran semasa mengandung menurut Islam. Dari situ anak-anak akan lebih teransang, menurut perspektif barat tentang pembacaan ibu mengandung.
Kesimpulan, untuk membentuk anak-anak yang fasih membaca boleh dikata mudah dengan beberapa cara tetapi yang lebih sukar adalah membentuk anak-anak yang gemar membaca itu boleh menjadi satu cabaran yang besar.