Sedekah, Infaq dan Ramadan

Assalamualaikum tuan / puan yang diberkati Allah sekalian.

Ramadan telah menjelma…

Kami ingin kongsikan berkenaan dengan Sedekah, Infaq dan Ramadan.

 

Kita biasa dengar tentang sedekah…

Tapi, pernahkah anda dengar perkataan infaq (infak)?

 

Jika ya… anda tahu apa itu infaq?

Tahu apa keperluan kita untuk berinfaq?

Dan bagaimana pertalian sedekah dan infaq dengan bulan Ramadan?

 

Maksud Sedekah adalah suatu pemberian yang diharapkan pahala padanya daripada Allah Taala.

Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan.

Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah sunat, seperti yang dimaksudkan dalam
al-Quran:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah al-Taubah, (9:60)

Begitu juga keterangan hadis dalam surat yang ditulis oleh Sayyidina Abu Bakar RA:

هَذِهِ فَرِيضَةُ الصَّدَقَةِ الَّتِي فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى المُسْلِمِينَ
Maksudnya: Kefarduan sedekah (yakni zakat) ini ialah seperti mana yang difardukan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum Muslimin.
Hadis riwayat Imam Bukhari (1454)

 

Infaq menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat.

Dalam Surah al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunakan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.

Perkata ‘ينفقون’ dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari, merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung.

 

Justeru, sedeqah dan infaq itu ialah sinonim.

(sumber: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1353-al-kafi-396-beza-makna-sedekah-infaq-dan-zakat)

 

Jadi, apa pula kaitan Infaq dengan Ramadan?

 

Seperti yang kita ketahui,

Infaq adalah salah satu ibadah yang mulia.

 

Ibadah bila dikerjakan dalam bulan Ramadan, akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Kita dianjurkan untuk melakukan lebih banyak ibadah tambahan seperti sedekah dan infaq pada bulan Ramadan.

 

Infaq (Sedekah) adalah salah satu daripada ibadah sunnah yang amat dianjurkan untuk dilakukan pada bulan Ramadan.

 

CMN Academy dengan kerjasama Akademi Al-Qudwah dan JWES Academy menganjurkan satu Program Infak Ramadan di mana 100% dari wang yang diinfak akan digunakan bagi infak pendidikan untuk anak yatim dan asnaf yang memerlukan.

 

 

Kami juga membuka peluang untuk anda menimba ilmu sepanjang Ramadan ini dengan pelbagai perkongsian online melalui Program Virtual Ilmiah Ramadan.

Spread the love