Teknik Yang Memudahkan Matematik [Tuisyen Di Rumah]

Apakah cara yang terbaik untuk menyelesaikan soalan Matematik?

Bolehkah kita menunjukkan jalan kerja sahaja dan kemudiannya mendedahkan pelajar kepada latihan tubi semata mata?

Adalah latihan tubi serta teknik menjawab sudah memadai untuk menyediakan pelajar?

Adakah kita mengajar Pelajar untuk Solve Problem sahaja ataupun kita menyediakan Pelajar dengan Problem Solving Skills?#

Soalan UPSR 2017.

Bagaimanakah Soalan ini boleh diselesaikan tanpa menggunakan Kaedah Algebra bagi Peringkat Murid Sekolah Rendah?

Apakah Kaitannya Neraca yang seimbang dengan persamaan Matematik?

Persamaan Matematik boleh diterangkan dengan mudah apabila Analogi Neraca Yang Seimbang digunakan.

Apakah yang membuatkan sesuatu persamaan itu seimbang?

Bagaimana Persamaan yang seimbang itu boleh dikaitkan dengan menggunakan Neraca?

 

Apakah yang membuatkan sesuatu neraca itu seimbang?

Ada berapa kaedah atau cara untuk membuatkan sesuatu neraca itu seimbang?

Bagaimanakah Neraca yang seimbang itu boleh di wakilkan menggunakan Bar Model?

Apakah perubahan yang boleh diperhatikan terhadap Bar Model tersebut?

Bagaimanakah Bar Model tersebut membantu anda?

Apakah yang tersurat dan tersirat didalam Rajah Bar Model tersebut?

Apakah yang dapat Pelajar rumuskan daripada Rajah ini?

Jumlah jisim lima biji bola tersebut bersamaan dengan berapa?

Bagaimana Jisim setiap biji boleh tersebut dapat di hitung?

Apakah operasi yang terlibat?

Mengapakah Operasi itu yang dipilih?



Bar Model merupakan Kaedah yang terbaik untuk mendedahkan Pelajar terhadap Algebra.

Apakah kaitannya, persamaan atau perbezaan nya antara Bar Model Method dan Algebra Method?

Berikut Merupakan Soalan Dari Singapura untuk pelajar Darjah 2.

Yer, murid murid di usia muda, telah didedahkan soalan seperti ini.

Soalan Murid Darjah 2 dari Singapura.

 



Buku ini boleh didapati daripada Popular BookStore ataupun MPH.

Sumber: Tutor Rajinder Singh

 

SANGAT RUGI jika anak-anak tidak tahu dan tidak hafal lapan basic asas ini terutama jika mereka berada di tahun 4,5 dan 6.

Pagi ini aku akan kongsi dengan kalian 8 nota yang SANGAT PENTING dan patut anak-anak hafal dan ingat.

Masa cuti sekolah masih berbaki lagi. Tolong, tolong dan tolong minta anak-anak hafal dan ingat semua formula ini ya!

Ramai calon walau dah di tahun enam masih tidak hafal dan ingat formula penting ini menyebabkan ramai yang gagal Matematik atau tidak dapat keputusan yang baik.

PERTAMA.

Penukaran unit asas seperti 1kg = 1000g,
1liter = 1000 ml, 1km = 1000m, 1m = 100cm, 1cm = 10mm, 1 alaf = 1000 tahun,
1 abad = 100 tahun, 1 dekad = 10 tahun,
1 tahun = 12 bulan, 1 minggu = 7 hari,
1 hari = 24 jam, 1 jam = 60 minit dan
1 minit = 60 saat.

Ini basic asas yang murid sepatutnya hafal dan ingat sejak mereka di tahun empat lagi.

 

KEDUA

Hubungan antara Pecahan, Perpuluhan, Peratus, nombor bulat dan unit-unit asas.

SANGAT banyak soalan peperiksaan yang keluar berkaitan dengan unit asas ini. Ini antara perkara yang paling aku tekanan setiap kali mengajar Matematik.

Rujuk gambar pertama itu. Itulah jadual perkaitan yang sangat PERLU DIHAFAL. Contoh soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan adalah seperti berikut :

“Ibu menggunakan 1/8kg tepung untuk membuat sebiji kek. Berapa jisim tepung dalam gram yang digunakan untuk membuat 12 biji kek?”

Jika murid tidak menghafal 1/8kg itu bersama an 125 gram, langkah pengiraan yang memakan masa terpaksa murid lakukan sedangkan jika yang dah hafal jadual ini, mereka hanya perlu darabkan 125g x 12. Terus dapat jawapan. Kecuaian juga banyak dapat di elakkan.

KETIGA

Asas Bentuk 2D dan Bentuk 3D. Topik ini memerlukan murid ingat bilangan sisi lurus, sisi melengkung, bucu, paksi simetri, sudut cakah, tepi, permukaan melengkung dan permukaan rata.

KEEMPAT

Formula asas untuk perimeter, formula luas segi empat dan segi tiga serta formula mencari isipadu.

Masih ramai murid gagal menghafal formula ringkas ini. Ini menyebabkan mereka gagal mendapat markah sedangkan topik ini antara topik hot dalam peperiksaan dan mudah mendapatkan markah.

 

KELIMA

Nisbah dan kadaran. Jika keluar soalan Nisbah dalam peperiksaan, ia umpama markah percuma buat murid-murid. Pastikan anak-anak faham dan ingat topik bonus ini ya!

KEENAM

Pengurusan Data pula memerlukan murid faham dan ingat formula untuk tentukan Julat, Min, Median dan Mod.

Masih ramai murid keliru formula mencari Julat, min, median dan mod. Topik ini juga biasa keluar dalam peperiksaan.

KETUJUH

Kebolehjadian. Topik ini juga seolah ingin memberi markah percuma kepada murid kerana sangat senang. Namun… Tetap juga ada murid yang salah akibat tidak memahami formula asas ini. Ruginya! :'(

Dalam topik ini, murid hanya perlu ingat dan faham 5 perkara sahaja iaitu :

1) Mustahil
2) Besar Kemungkinan
3) Kecil Kemungkinan
4) Sama Kemungkinan
5) Pasti

KELAPAN

Koordinat. Satu lagi topik mudah yang ramai murid dapat cari markah bagi yang kuasai. Dalam topik ini, paling penting murid faham bacaan koordinat bermula dengan paksi X baru baca paksi Y.

Juga penting dalam menulis jawapan dengan betul. Tanda koma dan kurungan WAJIB tulis. Jika tidak, markah terbang melayan begitu sahaja. Ini contoh yang salah dan betul :

3,5 = ❌
(3 5) = ❌
(3,5) = ✔️

Cukuplah dahulu perkongsian aku kali ini. Banyak lagi perlu di jelaskan secara lebih detail sebenarnya, namun ini antara nota yang kalian perlu ambil berat.

Kongsikan nota penting ini dengan kawan-kawan dan saudara mara yang ada anak di tahun 4,5 dan 6 juga. Biar mereka pun pastikan anak-anak mereka hafal dan ingat setiap formula asas ini.

Kita nak berjaya, jangan seorang-seorang sahaja. Heret bersamalah sanak saudara dan kawan-kawan sekali ya!

Aku juga sering berkongsi Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa di Telegram aku :

t.me/MohdFadliSalleh

 

Untuk Download Ebook Soalan Percubaan UPSR untuk anak anda:

 

Spread the love
  • 37
    Shares
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *