Jangan Abaikan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah datang lagi membawa peluang keampunan & pahala yang berlipat ganda kepada umat Islam.

 

Kita dah biasa dengan mengejar pahala di bulan Ramadan. Segala amal ibadah digandakan pada bulan tersebut demi mengejar kebaikan & ganjarannya.

 

Tapi tahukah anda, bulan Zulhijjah juga ada kelebihannya. Ramai yang mungkin lupa atau kurang cakna dalam hal-hal ibadah sunat & kelebihan dalam bulan Zulhijjah.

 

Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 28,

“…  dan hendaklah menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu..”

yang ditafsir para ulama adalah pada 10 hari awal bulan Zulhijjah.

 

“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini – baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”

Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

– Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Ibn Majah & Imam al-Tarmizi, hadis daripada Ibnu Abbas RA.

 

Apa amalan yang disarankan untuk kita lakukan pada bulan Zulhijjah terutamanya pada 10 hari awal bulan ini?

 

1- Berpuasa sunat pada 1 hingga 10 Zulhijjah, terutamanya pada 9 Zulhijjah iaitu hari Arafah.

2- Menggandakan zikir

3- Haji & Umrah bagi yang mampu

4- Ibadah korban sebagai salah satu tanda kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

5- Banyakkan bertaubat

6- Bangun malam atau qiamullail

7- Memperbanyak solat sunat

8- Gandakan sedekah & amalan sunat lain

 

Jadi jom sama-sama kita imarahkan bulan Zulhijjah dengan amalan-amalan sunat!

 

Selamat menyambut bulan Zulhijjah :)

 

 

Spread the love