Ciri ciri Guru Best Yang Menjadikan Pelajar Fokus.

Ciri ciri guru best yang menjadikan pelajar fokus.

  1. Perwatakan menarik.

Perwatakan adalah penting untuk memastikan pelajar tidak bosan dalam kelas.dengan elemen ini pelajar akan tertunggu tunggu keunikan akan guru bawa dan juga secara umumnya menyukai perkara yang baru dan juga guru haruslah sentiasa mencuba membawa situasi yang baru dalam sesi pengajaran

  1. Memberi reward sekiranya mendapat jawab soalan.

Dengan cara memberi ganjaran kepada murid merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk melatih murid untuk lebih semangat lagi pergi ke sekolah. Dengan ini murid tidak lagi merasa bosan dan sentiasa untuk pergi ke sekolah dan tiada lagi ponteng kelas. Dan selalunya murid ponteng kelas disebabkan murid merasa bosan, yang hanya di pikiran pelajar ialah belajar benda yang sama dan sebab itulah pelajar ponteng. Dengan cara memberi ganjaran ini merupakan kaedah yang sangat sesuai dan berkesan.

  1. Membuat tugasan / aktiviti diluar kelas.

Ketika selalu belajar di dalam kelas akan membuat pelajar bosan. Untuk memastikan pelajar tidak bosan, guru harus mengambil tindakan iaitu membuat tugasan luar. Kebanyakkan pelajar bosan apabila terperap atau selalu berada dalam kelas. Jadi dengan cara membuat aktiviti luar kelas dapat memberi impak besar untuk pelajar lebih berminat untuk ke sekolah.

  1. Komunikasi dan mudah.

Komunikasi merupakan kaedah penting kerana tanpa kita komunikasi dengan pelajar, akan menjadi lebih susah untuk berinteraksi dengan pelajar. Apabila guru pandai atau mahir dalam berkomunikasi, pelajar akan lebih selesa dan murid lebih menyukai guru yang senang untuk bercakap dengan pelajar dan tidak berasa malu apabila mempunyai sebarang persoalan

  1. Menggunakan sesuatu bahan menarik.

Dengan alat – alat bantu pelajar ini sangat membantu, sesuai untuk meningkatkan pengaruh guru kerana memang sangat menarik untuk mendalami apa mereka belajar. Dengan erti kata lain, guru jangan bergantung kepada buku sahaja, tetapi juga guru harus menggunakan elemen tersendiri untuk mengajar pelajar.

Spread the love
  • 17
    Shares