Persediaan Awal, Pastikan kecemerlangan PPSR 2019

Pelbagai aspek persediaan perlu diambil kira bagi murid yang kali pertama menduduki peperiksaan besar. Tidak terkecuali calon yang bakal menduduki Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) tahun ini. Bukan sahaja membabitkan aspek prestasi akademik, tetapi juga mengambil kira pelbagai aspek lain seperti tahap kesihatan dan kerohanian.

 

Hari peperiksaan adalah tempoh waktu yang amat penting bagi pelajar-pelajar yang masih bersekolah atau mengikuti pengajian. Saat yang pasti dilalui oleh setiap orang daripada kita semua bukan? Oleh itu, murid – murid perlulah membuat persediaan awal dan sentiasa peka dengan tarikh peperiksaan tersebut. Berikut adalah jadual peperiksaan :

Di samping pembelajaran ilmiah, terdapat faktor-faktor lain yang membantu kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan tersebut.

Antara faktor tersebut ialah persediaan:
(a) mental
(b) emosi
(c) fizikal

Persediaan Mental
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Para pelajar sering menganggap peperiksaan adalah sesuatu yang membebankan dan perlu dijauhi. Peperiksaan sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan negatif pelajar seperti membosankan, susah, takut gagal, tidak boleh buat, tertekan, dan sebagainya. Oleh itu, persediaan mental sebelum menghadapi peperiksaan amat penting supaya peperiksaan yang dilalui berlangsung dengan lancar dan penuh yakin. Selalulah berfikir secara positif dan berpandangan jauh. Katakan dalam diri kamu bahawa dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja, kamu akan menggapai sebuah kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.

Untuk berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan keras kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Hayatilah peribahasa ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’ maka pasti kamu akan merasakan peperiksaan yang dilalui bukan sesuatu yang membebankan, tetapi jambatan menuju kebahagiaan. Justeru, belajarlah mencintai peperiksaan dan ujian bulanan yang diadakan sepanjang tahun di sekolah.

Anggaplah peperiksaan tersebut dapat membantu kamu dalam menjawab peperiksaan yang sebenar kerana melalui peperiksaan sahajalah kamu dapat mengukur sejauh mana kamu mempelajari sesuatu ilmu. Janganlah sesekali membuat cubaan untuk menipu kerana sampai bila – bilapun kita akan berasa takut untuk mengetahui potensi diri kita yang sebenar!

Persediaan Emosi
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Persediaan emosi amat penting dalam menghadapi peperiksaan. Gagal dan lulus seseorang pelajar sedikit sebanyak dipengaruhi oleh emosi pelajar, sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung. Terdapat juga pelajar cemerlang yang tidak dapat mencapai matlamat kecemerlangan peperiksaan yang diimpikan kerana gangguan emosi. Perkara ini amat merugikan dan perlulah diatasi sebelum keadaaan menjadi semakin parah.

Gangguan emosi boleh berpunca daripada keretakan rumah tangga antara ibu dan bapa, kematian orang tersayang, pergaduhan dan sebagainya. Seandainya pelajar menghadapi masalah emosi, atasilah segera, jangan biarkan berlarutan. Jika kamu tidak dapat menyelesaikannya sendiri, maka carilah orang yang dipercayai dapat membantu seperti kaum keluarga iaitu abang, kakak, adik, ayah atau ibu. Jika di sekolah, pelajar boleh berkongsi sebarang masalah dengan guru kaunseling.

Kesediaan mereka mendengar adalah ubat yang paling mujarab walaupun ia tidak dapat mengubat penyakit emosi sepenuhnya. Biarlah kita dapat menghadapi peperiksaan terbesar ini dengan perasaan yang tenang kerana ianya dapat memudahkan dan menenangkan semasa menjawab soalan – soalan kelak. Jangan diseksa emosi mereka kerana mereka hanyalah insan yang lemah yang memerlukan kasih sayang sepenuhnya dari kita sebagai ahli keluarga.

Persediaan Fizikal
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Persediaan fizikal juga perlu bagi memastikan pelajar mencapai tahap persediaan emosi dan mental bagi menghadapi peperiksaan. Persediaan fizikal adalah mempunyai tubuh badan yang sihat. Pelajar perlu mempunyai tubuh badan yang sihat ketika menghadapi peperiksaan, juga ketika berada di sekolah. Tubuh badan yang tidak sihat akan mengganggu mental dan emosi pelajar, seterusnya mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar.

Di samping memiliki tubuh badan yang sihat, kita juga hendaklah menjaga pemakanan serta mendapat tidur yang cukup. Tidur yang cukup amat penting, lebih-lebih lagi ketika peperiksaan semakin hampir. Kurangnya tidur boleh mengganggu kesihatan fizikal, seterusnya mengganggu proses menjalani peperiksaan.

Murid yang berada di Tahun Enam 2018 perlu membuat persediaan awal agar tidak tercicir atau cemas di saat akhir melalui persediaan awal yang dilakukan. Calon PPSR 2019 boleh mengambil inisiatif S.E.D.I.A iaitu :

  • S untuk Sikap,
  • E (Energy/tenaga),
  • D (Doa),
  • I (Ilmu)
  • A (Akhlak).

 

Persediaan awal bukan sahaja untuk meraih keputusan cemerlang tapi dapat membentuk keperibadian positif melalui disiplin diri tidak kira dalam mengulang kaji atau aktiviti sosial harian seseorang calon PPSR 2019. Pembentukan keperibadian yang positif sejak kecil lagi nescaya boleh dibawa hingga ke dewasa kelak jikalau dipraktik dan diamalkan dari awal lagi.

Calon perlu sentiasa bersikap positif seperti jujur pada diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling bagi membentuk sahsiah terpuji seterusnya mengenal pasti kekuatan serta kelemahan diri. Selepas mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, beusahalah memperbaikinya. Bagi calon yang menghadapi masalah boleh berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah masing-masing untuk mendapatkan nasihat atau panduan.

 

Spread the love