Kebaikan Dan Keburukan Facebook

 

Kebaikan facebook

-Perniagaan

Facebook dikenali sebagai alat perantara untuk mendapatkan target pasaran perniagaan. Amat mudah sekiranya kita ingin mnyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan. Contohnya, kita dapat memuat naikkan gambar barangan yang hendak di jual di laman sosial Facebook kita ataupun membuat “fan page” untuk jualan barangan supaya mudah untuk pengguna Facebook mengikuti setiap aktiviti yang kita kongsikan. Ini kerana Facebook dijadikan alat komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dengan itu boleh la menggunakan kesempatan tersebut untuk mempromosikan barangan terbaru kita.

Langkah yang paling berkesan untuk mempromosikan barang jualan kita di Facebook ialah harus berkongsi barang jualan atau berkongsi sesuatu di Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari supaya memastikan kita “visible” pada diri rakan-rakan di facebook. Langkah seterusnya harus mengutamakan kandungan berbanding membuat promosi semata-mata dengan memasukkan maklumat seperti di bahagian status supaya rakan-rakan di Facebook sedar akan kewujudan kita.

-Untuk penambahan ilmu pengetahuan

Dengan rangkaian yang begitu meluas dan pantas, Facebook sangat baik digunakan untuk berdakwah serta berkongsi ilmu pengetahuan. Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea disamping menambahkan ilmu pengetahuan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat melalui perbincangan, forum atau berkongsi isi-isi yang menarik yang boleh dibincangkan bersama rakan-rakan. Selain itu, Facebook juga boleh menubuhkan kumpulan untuk berkongsi minat bersama rakan-rakan kenalan contonhnya seperti menubuhkan kumpulan “Karate-Do”. Dari kumpulan itu, kita akan dapat pelbagai maklumat yang menarik tentang teknik-teknik seni mempertahankan diri hasil daripada perbincangan serta perkongsian ahli-ahli kumpulan tersebut.

Penggunaan Facebook juga turut popular dikalangan mahasiswa dan mahasiswi untuk berkongsi ilmu dan dijadikan sebagai saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkaitan dengan akademik. Ia juga turut boleh berkongsi ilmu pengetahuan dengan kawan di luar Negara serta boleh berbual secara online dengan mereka. Dari situ, kita boleh berkongsi tentang cara hidup mereka ataupun budaya mereka.

-Jarak jauh

Facebook juga memiliki banyak kelebihan yang disediakan untuk memudahkan pengguna menghubungi rakan-rakan atau saudara mara yang berada di luar Negara mahupun di dalam Negara. Hal ini sangat menjimatkan kos kerana kos untuk menghubungi kawasan di luar Negara adalah sangat mahal. Dengan mempunyai internet, segala perkhidmatan di facebook boleh digunakan secara percuma. Antara yang disediakan oleh Facebook adalah “video call”. Di situ, kita boleh menghubungi rakan atau saudara mara yang jauh di perantauan sambil melihat mereka disana melalui “video call” tersebut. Dengan adanya aplikasi itu adalah satu kepuasan oleh pengguna kerana dapat berborak sambil bersemuka.

Selain daripada itu, Facebook juga menyediakan “chatting Messager”. Melalui “Chat” kita dapat berborak dengan rakan-rakan sambil berkongsi cerita, pelajaran mahupun perbincangan dan juga boleh menubuhkan kumpulan berbincangan di “Chat” tersebut. “Chat” juga memiliki “emotion” kartun yang comel-comel serta kita juga dapat berkongsi gambar mahupun video bersama rakan-rakan kita. Ia juga amat memudahkan lagi kita untuk menghubungi rakan serta saudara mara yang jauh dengan mengunakan aplikasi yang disediakan oleh Facebook ini. Hal yang demikian, dengan cara ini dapat lagi mengeratkan hubungan kita bersama orang-orang yang tersayang yang berada jauh diluar Negara.

 

Keburukan Facebook

-Menyebarkan Fitnah

Bagi sesetengah pengguna Facebook yang menyalahgunakan ruangan faceboook untuk menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah dan menyampaikan berita yang tidak benar tentang seseorang akan menimbulkan pergaduhan seandainya tidak dicegah. Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media sosial seperti Facebook bukan perjuangan tetapi telah bertindak sebagai seorang yang pengecut.

Facebook juga dijadikan sebagai tempat luah perasaan dan kebanyakkan daripada remaja-remaja zaman sekarang yang suka melepaskan marah dengan membuat status untuk diketahui oleh orang ramai. Tidakkah mereka ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman Facebook. Hal ini juga boleh menimbulkan pergaduhan dikalangan mereka. Menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.

Selain itu, mereka juga boleh membuat penyamaran identiti kerana Facebook boleh menutup maklumat peribadi daripada dikenali orang ramai malah mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan maklumat serta memuat naikkan gambar orang lain. Disebabkan perkara ini boleh menimbulkan fitnah kepada tuan empunya gambar atau maklumat peribadi yang disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

-Mencari keuntungan dengan penipuan

Sekarang banyak berlaku kes pernipuan di laman sosial Facebook terutamanya dari segi perniagaan online. Pihak yang malas bekerja dan mengambil cara mudah untuk mengaut keuntungan dengan menipu orang ramai melalui perniagaan ini. Ramai pengguna Facebook yang suka membeli secara online terpedaya dengan kata-kata penjual yang suka menipu.

Pihak yang tidak bertanggungjawab sangat berani melakukan penipuan seperti itu secara berulang kali dengan menggunakan identiti yang berlainan tanpa rasa bersalah. Walaupun sudah dibuat report pihak polis masih berani melakukan perkara seperti itu.  Mereka menggunakan identiti yang lain dan memuat naikkan gambar barangan jualan dengan meletakkan harga yang murah sehingga menarik perhatian pembeli. Sesudah di buat bayaran oleh pembeli, mereka menghilangkan diri tanpa menghantar barang yang dipesan oleh pembeli. Hal ini, menyebabkan kemarahan orang ramai dan mengakibatkan penganiayaan terhadap pembeli-pembeli online.

Bahayanya membeli secara online kerana kita tidak mengenali orang yang menjual barangan tersebut. Pihak yang tidak bertanggungjawab juga selalu menggunakan identiti lain untuk menyembunyikan diri mereka. Kita hanya menghubungi mereka melalui laman sosial sahaja dan mempercayai 100% terhadap mereka. Oleh kerana itu, untuk selamat membeli secara online haruslah menyiasat terlebih dahulu laman sosial si penjual samada sudah popular dengan pujian pelanggan ataupun testimoni daripada pelanggan.

-Keseronokan Dunia

Kajian mendapati penggunaan jaringan media sosial juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan kanak dan remaja belasan tahun. Mereka mudah mengalami keresahan, kemurungan dan masalah psikologi lain. Mereka juga terdedah kepada masalah kesihatan pada masa jangka panjang. Selain keburukan tersebut, Facebook juga didapati punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah hilang fokus dan memberi kesan negatif terhadap prestasi pembelajaran. Beberapa kajian mendapati pelajar sekolah menjenguk Facebook sekurang-kurangnya setiap lima belas minit sekali mencapai gred yang rendah.

Spread the love