Kebaikan Amalan Menabung
Menabung ialah amalan menyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bank. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.
- Simpanan untuk masa hadapan ialah faedah menabung adalah dapat membekalkan sebuah keluarga atau individu dengan sumber kewangan untuk kegunaan masa depan. Hal ini demikian kerana wang boleh dianggap segalanya pada zaman kini.
- Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan. Setiap orang perl sedar bahawa keperluan duit semasa waktu kecemasan juga membuatkan amalan menabung itu sangat penting. Hal ini kerana manusia tidak dapat menjagka pada bilaa masa mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos perbelanjaan.
- Amalan agar tidak menjadi membazir. Menabung dapat menjauhkan diri daripada sikap pembaziran.Hal ini kerana dengan menyimpan wang, ianya mempunyai kesan termasuk dapat memupuk nilai-nilai murni seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan kita.
- Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak.Amalan menabung yang disemai oleh ibubapa dapat dijadikan contoh teladan kepada anak mereka.Perkara ini bermaksud sesebuah keluarga yang mengambil berat tentang amalan menabung.
- Dijadikan bank kecil,tidak mengharapkan orang lain untuk memberi wang. Selain itu, dengan mengamalkan sikap menabung secara konsisten, ianya dapat menangani segala masalah.