Sains UPSR – PROSES HIDUP HAIWAN
Organ Pernafasan Haiwan
- Organ Pernafasan Haiwan
- Juga seperti manusia, haiwan menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan wap air.
- Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan
yang berbeza.
Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:
- Peparu
Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu (lungs).
Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.
2. Spirakel
Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.
Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.
3. Insang
Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).
Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang
4. Kulit lembap
- Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit lembap (moist skin).
- Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
- Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
- Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini secara langsung melalui kulit yang lembap