Atasi Ketakutan Terhadap Matematik

Majoriti pelajar sekolah, apabila ditanya “kenapa tak suka subjek matematik?” mereka akan kata, “sebab kena kira-kira, sebab banyak nombor dan ada yang kata susah”. Jadi, bagaimana kita atasi ketakutan pelajar-pelajar terhadap subjek matematik. Hal ini kerana, apabila sudah tertanam rasa tak suka, tak minat dan tak seronok, maka proses kefahaman pembelajaran akan menurun sebab pelajar-pelajar sudah block minda mereka bahawa matematik ni susah.

Ada sesetengah pelajar yang menghafal jalan pengiraan yang mana ia membuatkan mereka akan confius apabila jalan pengiraan soalan yang dihafal ditukar sedikit. Minda mereka akan tersangkut dengan soalan tersebut walhal kaedahnya lebih kurang sama. Cara belajar mereka juga memainkan peranan yang penting, contohnya kurang membuat latihan dan tidak konsisten kerana matematik memang subjek yang memerlukan kepada banyaknya latihan. Jika mereka tidak rajin membuat latihan maka ia akan menjadikan pelajar lupa dengan topik yang lepas kerana setiap topi dalam subjek matematik saling berkait, jika satu topik tidak dikuasai maka topik akan datang mereka tidak akan faham.

Selain itu, cara untuk atasi ketakutan terhadap matematik adalah dengan mengaitkan subjek dengan persekitaran atau kehidupan seharian, menggunakan bahasa yang lebih santai dan mudah difaham daripada petikan soalan yang panjang. Contohnya, menggantikan x kepada gula-gula dan y sebagai coklat, ia akan menjelaskan lagi bayangan pelajar-pelajar. Jenis penyampaian kepada pelajar yang pelbagai bukan sekadar mengajar tetapi wujudkan aktiviti atau gamifikasi sebagai gambaran topik pembelajaran disamping pelajar dapat peroleh input dari aktiviti tersebut. Bagaimana pula nak mengukur kefahaman pelajar dalam pembelajaran? Pelajar tersebut perlu berkongsi kepada rakannya yang lain yang lihat sama ada rakannya faham atau tidak apa yang diajar.

Seterusnya, menyalin semula setiap apa yang dilafazkan oleh cikgu bukan sekadar mendengar bagi menguatkan ingatan pelajar. Peranan ibubapa sejak anak mereka kecil lagi mendedahkan anak-anak mereka dengan nombor-nombor, contohnya permainan cashier, saidina, jutaria dan lain-lain mainan yang berkaitan dengan kewangan atau pengiraan. Permainan jutaria membantu anak-anak mengurus kewangan mereka sama ada melabur atau menyimpan semasa permainan dijalankan. Memahami konsep utama matematik juga dapat mengatasi ketakutan pelajar terhadap subjek matematik supaya tidak tersangkut dengan topik yang akan datang serta menguasai semua topik tanpa memilih tajuk yang paling digemari.

Kesimpulannya, ketakutan pelajar terhadap matematik dapat diatasi dengan membantu mereka latihan menjawab soalan kerana soalan yang bakal ditanya nanti lebih kurang sama Cuma ditukar sedikit. Peajar juga perlu mencabar diri mereka sendiri dalam mengharungi ketakutan ini dengan bersaing dengan rakan sekelas, jika rakan kita boleh buat pasti kita boleh buat juga.

4 Tips Nak Jadi Top Student di Sekolah

Setiap sekolah di dunia semestinya ada top student atau pelajar berprestasi tinggi, atau boleh dikatakan pelajar harapan sekolah. Sekolah juga akan memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan ini untuk mencapai penanda aras sekolah dalam peperiksaan besar. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pelajar lain yang mahukan mereka tergolong dalam kelompok top student di sekolah?

 

Antara tips yang bakal dikongsikan kepada pelajar-pelajar di luar sana, bagaimana hendak menjadi top student:

  1. Fokus semasa dalam kelas

Pelajar mestilah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Menyalin segala nota yang ditulis oleh guru di papan putih sambil mendengar penerangan guru di samping mencatat segala apa yang diucapoleh guru. Jika ada masa lapang atau tiada guru, rebut peluang untuk siapkan homework di sekolah. Hal ini kerana, pelajar kurang belajar di rumah disebabkan smart phone. All out dekat sekolah, study, hafal, lakukan latihan.

 

  1. Kawan rapat atau geng

Berusaha rapat dan mencari geng yang rajin belajar. Geng kita sendiri contohnya, masing-masing ada kemahiran bagi setiap subjek, ada yang mahir matematik, ada yang mahir bahasa inggeris, mahir sains. Hal ini demikian kerana, kawan rapat tidak semestinya sentiasa dengan hiburan, apabila waktu belajar mereka akan belajar sungguh. Kalau kita belajar dengan kawan sendiri, pendekatan atau penerangan kawan lebih mudah, santai dan simple untuk kita faham.

 

  1. Cari cara belajar tersendiri

Cara belajar setiap pelajar berbeza mengikut karakter masing-masing. Ada pelajar yang boleh belajar secara sendirian, berkumpulan, sambil mendengar, melalui lukisan, lisan dan sebagainya. Kita sendiri perlu kenalpasti diri sendiri boleh belajar dengan cara yang bagaimana. Contohnya, mencipta rentak lagu sendiri untuk subjek yang perlu menghafal untuk lebih mudah ingat, mereka komek untuk subjek sejarah, memerlukan kepada bercakap untuk ingat.

 

  1. Jaga hubungan dengan Allah dan mahkluk

Menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Menambahkan amalan seperti menunaikan solat-solat sunat dengan konsisten. Pemakanan juga salah satu faktor pembelajaran juga, tidak semua makanan kita boleh makan terutama apabila pelajar mengambil subjek pengajian Islam. Wujudkan suasana yang positif di sekolah dan di rumah. Menjaga hubungan dengan makhluk, contohnya sebelum gerak ke sekolah salam dan cium ibubapa, sentiasa perbetulkan niat kerana Allah atau boleh praktis bercakap dengan haiwan walaupun mereka tak faham.

 

Akhir sekali, pelajar yang rajin belajar, bawa buku kemana sahaja tidak sama karakternya dengan standard student, jadi tips yang pertama ini boleh membantu mereka menjadi top student di sekolah. Terkadang semasa di kelas cikgu akan lontarkan kata-kata yang mana pelajar akan ingat sampai bila-bila.

3 Formula Matematik Gaya Santai

3 Formula Matematik Gaya Santai

 

Cara berfikir kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah berbeza. Jadi, pendekatan untuk setiap peringkat umur juga berbeza. Kaedah pembelajaran sekolah rendah lain, kalau sekolah menengah pula berbeza begitu juga peringkat universiti. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pendidik hendak mengajar pelajar-pelajar mereka.

 

Antara 3 formula gaya santai untuk subjek matematik adalah:

 

  1. Kenali pelajar kita

Guru bukan sahaja mengajar malah mereka juga boleh menjadi seorang kaunselor, ibubapa, kawan, perawat dan sebagainya kepada para pelajar. Conothnya, mendengar luahan para pelajar sebelum memulakan pembelajaran, mengambil tahu tentang keadaan mereka dan mata pelajar juga memainkan peranan untuk guru kenal pelajar-pelajar. Pelajar sekolah rendah mereka cenderung kepada lawak jenaka manakala sekolah menengah pulalebih kepada pendekatan seorang kawan. Kemudian, memberitahu ibubapa tentang tahap pembelajaran anak-anak mereka supaya ibubapa cakna. Hal ini demikian kerana karakter setiap pelajar berbeza-beza maka para pendidik perlu kenal pasti karakter-karakter pelaar.

 

  1. Pelbagaikan aktiviti

Antara aktiviti yang boleh disenaraikan adalah latihan, lazim, hafal, origami, hand on, eksperimen, inquiry, explore, join venture dan banyak lagi. Untuk menarikkan lagi aktiviti yang kita akan buat di kelas, ambil tahu apa minat pelajar. Kini, pada kebiasaannya pelajar gemar bermain video game, jadi masukkan unsur-unsur game ke dalam aktiviti pembelajaran. Menggunakan bahan atau probs semasa kelas boleh bantu kefahaman pelajar dengan lebih baik sebab ia realistik atau sesuatu yang wujud dan boleh disentuh. Jika pelajar mengambil masa yang lama dalam pembelajaran, pendidik perlu dorong mereka lebih laju. Contoh aktiviti lain, minta pelajar tanya kepada guru supaya minda mereka lebih aktif.

 

  1. Reward

Apabila sesuatu perkara akan diberikan reward atau ganjaran maka perkara itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga dapat ganjaran yang dijanjikan. Pendidik boleh wujudkan reward semasa dalam kelas untuk tarik perhatian dan fokus pelajar. Antara reward yang boleh diberi adalah playtime, reward tidak semestinya dengan barang. Contohnya, reward memuatnaik gambar pelajar yang peroleh reward di display picture (DP) Whatsapp pendidik sebagai ganjaran atau reward pelajar tersebut selama 24 jam. Tidak semestinya pelajar sahaja perlu reward guruk tetapi guru juga boleh beri reward kepada pelajar. Boleh jadi reward yang pendidik beri kepada pelajar membuatkan mereka ingat sampai bila-bila dan ia merupakan nikmat atau reward seorang pendidik.

 

Untuk tambah baik skill mendidik, pendidik perlu kembangkan lagi networking untuk sama-sama berkongsi cara mendidik daripada para pendidik yang lain.

3 CARA UNTUK DESIGN KELAS ONLINE

Hai semua, berjumpa kita kembali. Harini saya nak berkongsi dengan semua tentang 3 cara untuk design online class. Haaa, macam mana tu? Kenapa perlu design online class? Jom sama-sama baca artikel ini sampai habis.

Baiklah, cara yang pertama untuk design online class ialah tutor atau tenaga pengajar perlulah ada lesson plan. Apa itu lesson plan? Lesson plan ialah perancangan kita untuk mengajar untuk setiap sesi. Tenaga pengajar perlu untuk tunjuk kepada para pelajar perkara yang mereka akan pelajari jadi dengan itu barulah para pelajar tahu mereka akan belajar tajuk apa atau bab apa pada hari itu. Seterusnya, tenaga pengajar perlu pelbagaikan cara pembelajaran supaya pelajar boleh kekal fokus sehingga habis pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilakukan selain mengajar menggunakan buku, boleh juga masukkan aktiviti permainan menggunakan kahoot atau quizziz. Tenaga pengajar juga boleh sediakan whiteboard untuk menerangkan dengan lebih jelas kepada pelajar.

Cara yang kedua ialah everytime kelas, baca doa. Seperti mana yang kita tahu, doa merupakan senjata paling utama dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Dengan berdoa, nescaya allah akan permudahkan segala urusan yang bakal dibuat. Sama juga dengan kelas, jadinya sebelum belajar, pelajar dan guru boleh membaca doa belajar bersama-sama dengan harapan semoga apa yang dipelajari mudah untuk diingati. Guru boleh meminta pelajar yang berbeza untuk membaca doa supaya semua pelajar dapat merasa untuk lead doa di dalam kelas. Membaca doa dan maksudnya sangat bagus dan penting supaya Allah permudahkan urusan dalam kefahaman belajar.

Seterusnya, cara yang ketiga ialah pendidik diibaratkan sebagai kereta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan ini? Maksudnya pendidik perlu servis diri sebagaimana servis kerta, pendidik perlu improve diri dari segi cara mengajar agar pelajar tidak bosan dan boleh sentiasa fokus. Pendidik boleh variasikan cara mereka mengajar dan tidaklah tertumpu kepada satu cara sahaja. Sebagai contoh, jika pendidik selalu menggunakan buku teks, boleh tukar isi-isi penting dalam buku itu ke slideshow, boleh menggunakan powerpoint atau canva atau sebarang aplikasi yang sama kegunaannya.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat manfaat dan dapat menambah baik untuk sesi pembelajaran pada masa akan datang. Jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan. Selamat mencuba. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang topik ini, boleh klik di sini.

Nak Hadam Subjek Kimia Susah? Lakukan Tips Mudah Ini Untuk Belajar Kimia.

23 September 2020- Team Funtastic dari CMN Academy berkesempatan berkongsi dalam Seminar BEST SPM (Funtastic  Kimia) untuk pelajar SPM di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar bersama lebih kurang 90 orang pelajar SPM.

Cikgu Ruzanna Manap atau nama manja Cikgu Zanna, speaker Funtastic Kimia berkongsi tentang salah satu topik menarik dalam Kimia iaitu ‘Chemical Bonding’.

Pada permulaannya, suasana pelajar agak pasif kerana dalam keadaan ‘social distance’.

Walaubagaimanapun, apabila ‘warm up’ dengan aktiviti ice-breaking bersama Coach Isa, alhamdulillah.. Kesannya sangat positif dan superb. Maklum la bila terkena penangan Cikgu Zanna kan.

Tidak dinafikan cabaran ketika satu dunia di landa Virus Covid 19, namun ianya tidak mematahkan semangat yang ada untuk teruskan penyampaian ilmu kepada anak pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun 2020.

Semangat anak pelajar SMTTJ ini sangat luar biasa. Ya lah..pastinya nak Skor Beyond A untuk pencapaian SPM. Di tambah lagi pembelajaran sebelum ini tergendala.

Sekolah ditutup ekoran kes Virus Covid 19. Namun kami amat yakin pembelajaran di rumah tetap diteruskan pada ketika itu.

Respon yang diberikan oleh pelajar sewaktu bengkel ini berlangsung sangat baik. Lebih-lebih lagi dengan adanya hos yang menceriakan suasana iaitu Coach Isa yang merupakan Trainer CMN Academy.

Keadaan tidak suram dan anak pelajar nampaknya sudah bersiap sedia untuk berada di momentum bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Masakan tidak, peluang menyertai Seminar BEST ini adalah PERCUMA kerana ditaja 100% oleh Universiti of Cyberjaya dalam Kempen #YakinSebelumSPM.

Anak-anak pelajar tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran, tapi hanya perlu siap sedia untuk tambah pengetahuan dan belajar aplikasikan teknik-teknik pintas dan pantas dari Cikgu Zanna.

Gaya pengajaran Cikgu Zanna gunakan amat menarik minat pelajar. Lihat gambar diatas, gayanya seperti peninju dah bertangankan sarung merah besar begitu kan 😃

Ini adalah teknik penyampaian yang digunakan oleh Cikgu Zanna bagi membantu pemahaman anak pelajar dengan lebih senang, cepat dan mudah.

Anak pelajar sangat teruja dengan gaya persembahannya. Respon yang dberikan oleh mereka sangat bagus yang mana menandakan mereka faham dan teruja dengan bengkel yang diadakan.

Cikgu Zanna juga turut pantau anak pelajar dari meja ke meja untuk perhatikan sama ada apa yang di sampaikan olehnya dapat di aplikasikan oleh anak pelajar SMTTJ ini.

Cara begini sangat membantu anak pelajar yang tidak dapat ‘capture’ atau pun tidak faham sesetengah perkara yang di sampaikan. Ianya lebih memudahkan pelajar untuk terus bertanya dan dapatkan jawapan terhadap persoalan yang tidak terjawab oleh mereka.

Jelas sekali gelagat anak pelajar yang sangat teruja dengan gaya pembelajaran yang disampaikan. Jari masing-masing seperti menari mengikut rentak. Formula yang disampaikan sangat mudah untuk diaplikasi.

Selesai sahaja Seminar BEST SPM, tidak ketinggalan juga feedback terbaik dari anak pelajar yang menyatakan belajar dengan Cikgu Zanna dapat memudahkan, menambahkan dan membantu kefahaman mereka mengenai ikatan kimia. Bukan itu sahaja, note-note kecil dibawah diberikan:

Alhamdulillah sambutan yang hangat di kalangan sekolah-sekolah secara offline dan online sangat mengujakan.

 

Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah mula dilaksanakan. Keadaan ini membantutkan sedikit untuk bergerak ke sekolah. Jadi, peluang untuk sertai kelas secara online masih diteruskan.

Jom Tonton Tips Mudah Untuk Belajar Kimia. Pasti selepas ini adik-adik lebih mudah untuk faham subjek ini.

Klik di sini Tips Mudah Belajar Kimia.

Nak join Seminar BEST SPM khusus untuk subjek Kimia & Addmaths seperti yang Cikgu Zanna ajar di SMTTJ dengan Diskaun 50% Sempena Bulan Trial SPM?

Klik link Nak Join Seminar BEST SPM

Bonus untuk Pelajar SPM rasai kehangatan Seminar Best SPM 2020. Klik pada gambar dan Subscribe Video.

 

Bagi pihak sekolah yang ingin mendapatkan Tajaan dari University of Cyberjaya boleh whatsapp ‘TajaanSekolahBESTSPM’ ke 011-13172015.

Yakin Sebelum SPM ✅

Online Tuition Add Maths Percuma Sempena Kempen ‘Stay At Home’

Berkesan ke Online Tuition ni? 🧐

Online Tuition Funtastic Add Maths bersama Tutor Raj agak menarik sebab bukan sahaja pelajar, malah warga Pendidik pun ada join. 😊

Ada Teknik Visual Add Maths yang lain dari yang lain. Wow!

Boleh tengok respon peserta yang join menerusi online.

Untuk next class Hari Ahad (10 pagi – 12 tengahari) pula, secara PERCUMA sahaja, Boleh Whatsapp ‘Nama_FAM’ ke 011-1317 2015

Untuk Tonton Video Kelas Online sebelum ini boleh klik Tuisyen Online Matematik Tambahan

#OnlineTuition
#FuntasticAddMath

Kenapa Dari Penang Ke Putrajaya, Masih ‘Setia’ Dengan Home Tuition?

Kisah ini adalah kisah benar…

Kali ini kami nak ceritakan kisah Puan Sharifah yang awal dulu telah mengambil home tuition untuk anak pertamanya untuk subjek SPM dan anak keduanya di Pulau Pinang.

Ibu kepada 2 orang anak ini, yang merupakan pegawai kerajaan berkata, beliau merasakan home tuition ini amat membantu anak beliau dalam pelajaran.

 

Walaupun terpaksa berpindah ke Putrajaya atas sebab kerjaya, puan tidak pernah mengabaikan soal pendidikan anak.

Beliau kembali menghubungi dan mengambil home tuition untuk membantu pelajaran anaknya terutamanya dalam subjek-subjek Sains Tulen. Alhamdulillah, peningkatan yang dialami anaknya sangat besar.

Bayangkan, dari subjek yang selalunya F, boleh dapat C dalam SPM!

Apatah lagi subjek-subjek yang biasanya kredit, semua ada peningkatan.

Yang bestnya, anak ini kurang minat subjek Sains Tulen, tapi boleh belajar dengan baik & alami peningkatan yang besar!

 

Nak dengar sendiri apa yang puan rasa tentang Home Tuition ni?

Jom tonton video ni ;)

 

 

Berminat dapatkan Home Tuition untuk anak?

Klik gambar di bawah untuk kami bantu

Kebaikan Internet dalam Kalangan Masyarakat

 

Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, internet menjadi perkara penting dalam kehidupan kita. Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian perhubungan dunia yang telah mengecilkan dunia selain televisyen. Ianya juga memberi banyak kebaikan kepada masyarakat kerana penggunaannya yang meluas dan maklumat tanpa sempadan. Semua perkara dapat dilakukan dengan adanya internet. Masyarakat tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas serta dari mana-mana sahaja mahupun luar negara atau dalam negara. Masyarakat perlulah menggunakannya dengan sebaik mungkin dan elakkan diri daripada menjadi katak di bawah tempurung.

Pertamanya, kegunaan internet yang utama adalah mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Internet sememangnya membolehkan kita mencari maklumat dalam masa yang singkat. Sama ada kita mencari dengan menggunakan telefon pintar atau komputer, hanya ada satu keperluan yang membolehkan kita melayari internet iaitu hubungan internet. Pada zaman ini, perkara ini menjadi satu kewajipan sehingga pada tahap remaja. Mereka sudah giat menggunakannya untuk berhubung dengan kawan-kawan mereka. Remaja juga boleh mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Internet juga merupakan perkara yang ‘mesti ada’ dalam kalangan orang yang bekerja. Ianya memudahkan pencarian dan pengumpulan maklumat kepada sesiapa yang menggunakannya.

Seterusnya, internet dapat berkomunikasi di antara jarak jauh dan jarak dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Internet memudahkan perhubungan kita dengan saudara mara kita yang jauh. Kemudahan perhubungan internet seperti ‘Facebook’, ‘Twiter’, ’email’ dan lain-lain dapat menghubungkan kita dengan seseorang di mana-mana sahaja. Berikutan itu, dengan adanya kemudahan internet, keselamatan juga terjamin. Tamsilnya, ibu bapa yang menghantar anaknya untuk belajar di luar negara selalu berhubung menggunakan perkhidmatan ‘skype’. Ibu bapa boleh berhubung dengan anak malah boleh melihat wajah mereka juga. Internet amat penting bagi mengekalkan hubungan yang erat kerana air dicincang tidak akan putus.

Selain itu, internet membenarkan ibu bapa mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak secara cepat dan berkesan. Ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga tidak mempunyai masa untuk melihat prestasi anak-anak di sekolah. Ibu bapa haruslah mengetahui pencapaian anak dalam pelajaran supaya kebajikan mereka tidak terabai dan mereka akan rasa disayangi oleh ibu bapa yang sibuk mencari duit untuk menampung perbelanjaan seharian. Internet boleh membaiki perkara berikut dengan mewujudkan sebuah laman web khas untuk mengetahui rekod pencapaian anak di sekolah. Tamsilnya, laman web SAPS disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak secara atas talian.

Selanjutnya, kebaikan internet juga adalah memudahkan urusan pembelian barang sekali gus menjimatkan masa, tenaga dan kos. Masyarakat sekarang semakin sibuk dengan rutin harian mereka iaitu bekerja untuk mencari rezeki supaya dapat mengurangkan beban inflasi yang meningkat pada kebelakangan ini. Lanjutan daripada isi sebelumnya, kebanyakan masyarakat tiada masa untuk meluangkan sedikit masa untuk beriadah. Internet memberi jalan lain yang memudahkan kehidupan masyarakat dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan lain. Bagi seseorang yang tidak mempunyai masa untuk beriadah atau membuat urusan lain, Internet boleh memudahkan urusan pembelian barang terutamanya barang runcit.

Kesimpulannya, penggunaan internet sememangnya jelas memberikan seribu satu faedah atau manfaat kepada kita. Oleh itu, sebagai masyarakat yang berminda kelas pertama, kita perlulah memanfaatkan penggunaan internet dalam menimba ilmu pengetahuan khasnya. Dalam era serba moden ini, kita janganlah ketinggalan umpama katak bawah tempurung kerana penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang.

 

 

Kebaikan Dan Keburukan Media Sosial

 

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “Instagram”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia.

 

 

Kebaikan sosial media :-

 

  1. Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain.
  2. Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.
  3. Seterusnya, kebaikan medial sosial ialah kemudahan untuk menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
  4. Di samping itu, kebaikan media sosial ialah perkongsikan maklumat dan ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu.

 

Keburukan Berikut :-

 

  1. Penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut.
  2. Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.
  3. Menulis status peribadi yang kurang wajar mungkin mencetuskan perbalahan sesama pengguna media sosial.  Apatah lagi jika status peribadi itu menular dan menjadi bahan kutukan dan kejian masyarakat.  Pengguna akan mengalami stres yang berpanjangan akibat tindakan memuat naik status yang boleh dijadikan bahan fitnah.

 

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Remaja…

 

 

 

Kini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik kepada masyarakat terutamanya golongan remaja?

Anda tahu tak apa yang kebaikan dapat dalam menggunakan telefon pintar ?

 

  • Telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi.

 

  • Kita juga boleh menggunakan telefon pintar ini untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan pelajaran. Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita tidak dapat berada di dalam kelas.

 

  • Dan juga semua perkara penting yang di sampaikan oleh para guru dan pensyarah dapat di ketahui dengan cepat dan mudah serta hubungan dengan rakan-rakan.

 

  • Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet. Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru masing-masing.

 

  • Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda. Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas.

 

‘ Adik-adik tahu tak bukan kebaikan sahaja yang kita dapat bila kita menggunakan telefon pintar , ada juga keburukannya’.

 

Antara keburukannya ialah :

 

  • Gajet telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran malah akan memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi.

 

  • Yang ini boleh menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling.

 

  • Ia akan pembaziran wang kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.

 

  • Aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub.

 

  • Hal ini boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini.

 

  • Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa depan mereka.

 

Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri.