Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Remaja…
Kini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik kepada masyarakat terutamanya golongan remaja?
Anda tahu tak apa yang kebaikan dapat dalam menggunakan telefon pintar ?
- Telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi.
- Kita juga boleh menggunakan telefon pintar ini untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan pelajaran. Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita tidak dapat berada di dalam kelas.
- Dan juga semua perkara penting yang di sampaikan oleh para guru dan pensyarah dapat di ketahui dengan cepat dan mudah serta hubungan dengan rakan-rakan.
- Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet. Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru masing-masing.
- Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda. Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas.
‘ Adik-adik tahu tak bukan kebaikan sahaja yang kita dapat bila kita menggunakan telefon pintar , ada juga keburukannya’.
Antara keburukannya ialah :
- Gajet telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran malah akan memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi.
- Yang ini boleh menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling.
- Ia akan pembaziran wang kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.
- Aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub.
- Hal ini boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini.
- Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa depan mereka.
Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri.