Atasi Ketakutan Terhadap Matematik

Majoriti pelajar sekolah, apabila ditanya “kenapa tak suka subjek matematik?” mereka akan kata, “sebab kena kira-kira, sebab banyak nombor dan ada yang kata susah”. Jadi, bagaimana kita atasi ketakutan pelajar-pelajar terhadap subjek matematik. Hal ini kerana, apabila sudah tertanam rasa tak suka, tak minat dan tak seronok, maka proses kefahaman pembelajaran akan menurun sebab pelajar-pelajar sudah block minda mereka bahawa matematik ni susah.

Ada sesetengah pelajar yang menghafal jalan pengiraan yang mana ia membuatkan mereka akan confius apabila jalan pengiraan soalan yang dihafal ditukar sedikit. Minda mereka akan tersangkut dengan soalan tersebut walhal kaedahnya lebih kurang sama. Cara belajar mereka juga memainkan peranan yang penting, contohnya kurang membuat latihan dan tidak konsisten kerana matematik memang subjek yang memerlukan kepada banyaknya latihan. Jika mereka tidak rajin membuat latihan maka ia akan menjadikan pelajar lupa dengan topik yang lepas kerana setiap topi dalam subjek matematik saling berkait, jika satu topik tidak dikuasai maka topik akan datang mereka tidak akan faham.

Selain itu, cara untuk atasi ketakutan terhadap matematik adalah dengan mengaitkan subjek dengan persekitaran atau kehidupan seharian, menggunakan bahasa yang lebih santai dan mudah difaham daripada petikan soalan yang panjang. Contohnya, menggantikan x kepada gula-gula dan y sebagai coklat, ia akan menjelaskan lagi bayangan pelajar-pelajar. Jenis penyampaian kepada pelajar yang pelbagai bukan sekadar mengajar tetapi wujudkan aktiviti atau gamifikasi sebagai gambaran topik pembelajaran disamping pelajar dapat peroleh input dari aktiviti tersebut. Bagaimana pula nak mengukur kefahaman pelajar dalam pembelajaran? Pelajar tersebut perlu berkongsi kepada rakannya yang lain yang lihat sama ada rakannya faham atau tidak apa yang diajar.

Seterusnya, menyalin semula setiap apa yang dilafazkan oleh cikgu bukan sekadar mendengar bagi menguatkan ingatan pelajar. Peranan ibubapa sejak anak mereka kecil lagi mendedahkan anak-anak mereka dengan nombor-nombor, contohnya permainan cashier, saidina, jutaria dan lain-lain mainan yang berkaitan dengan kewangan atau pengiraan. Permainan jutaria membantu anak-anak mengurus kewangan mereka sama ada melabur atau menyimpan semasa permainan dijalankan. Memahami konsep utama matematik juga dapat mengatasi ketakutan pelajar terhadap subjek matematik supaya tidak tersangkut dengan topik yang akan datang serta menguasai semua topik tanpa memilih tajuk yang paling digemari.

Kesimpulannya, ketakutan pelajar terhadap matematik dapat diatasi dengan membantu mereka latihan menjawab soalan kerana soalan yang bakal ditanya nanti lebih kurang sama Cuma ditukar sedikit. Peajar juga perlu mencabar diri mereka sendiri dalam mengharungi ketakutan ini dengan bersaing dengan rakan sekelas, jika rakan kita boleh buat pasti kita boleh buat juga.

Spread the love