Tak Dapat Masuk SBP Atau MRSM… Apa Pilihan Lain Pelajar?
Baru-baru ini, pelajar dan ibubapa Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang memohon untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2024 ni dah boleh semak keputusan sama ada diterima atau tidak. Ramai ibu bapa yang menaruh harapan untuk anak mereka berjaya melanjutkan persekolahan di SBP atau MRSM. Tak kurang juga pelajar sendiri yang memasang impian untuk melangkah ke Sekolah Berasrama Penuh atau Maktab Rendah Sains Mara, terutamanya jika ada rakan rapat yang berjaya masuk atau abang kakak yang pernah masuk ke SBP atau MRSM tersebut.
Tapi bukan semua yang kita nak kita dapat. Ada pelajar atau ibu bapa yang kecewa dan bersedih bila permohonan mereka tidak berjaya. Tak dapat masuk SBP atau MRSM bukan penghalang kejayaan seorang pelajar, juga bukan titik akhir pembelajaran seorang pelajar. Masih ada lagi sinar lain yang mungkin lebih sesuai dan pelajar dapat meneruskan pembelajaran mencapai kejayaan.
Ini beberapa peluang lain yang boleh diambil oleh pelajar yang tak dapat masuk SBP dan MRSM.
Sekolah Menengah Kebangsaan SMK
Pilihan popular pelajar untuk meneruskan pembelajaran peringkat menengah. Di Sekolah Menengah Kebangsaan, pelajar boleh memilih aliran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan masing-masing. Antara aliran yang menjadi pilihan adalah sains, seni, perdagangan dan teknikal. Cuma, ada aliran yang hanya ditawarkan di sesetengah sekolah saja.
Sekolah Menengah Agama SMA atau Sekolah Agama Menengah SAM
Pilihan bagi mereka yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi dalam bidang berkaitan agama Islam.
Sekolah Menengah Teknik atau Kolej TVET
(dahulu dikenali sebagai Sekolah Vokasional atau Kolej Vokasional)
Ramai berpendapat Sekolah Menengah Teknik ni tempat ‘mencampak’ pelajar yang kurang prestasi dalam pelajaran. Tapi tahukah anda, Sekolah Menengah Teknik atau Kolej TVET ni sangat bagus bagi pelajar yang nak terus ada spesific bidang, yang dah ada minat dalam bidang-bidang teknikal atau kemahiran. Mereka yang ‘grad’ dari sini berpotensi untuk mempunyai kemahiran yang tinggi dan boleh terus masuk ke bidang pekerjaan yang sesuai. Nak further study dalam bidang yang sama pun lagi terbaik!
Sekolah Swasta
Bagi anda yang agak ‘berada’, boleh lah masukkan anak anda ke sekolah swasta. Sekolah swasta biasanya mempunyai silibus yang agak berlainan dari sekolah menengah biasa. Ada sekolah swasta yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kelas atau aliran yang mereka minat untuk ceburi. Ini menggalakkan peningkatan potensi pelajar dan pelajar tak rasa bosan terpaksa belajar subjek yang mereka tak begitu minat.
Maahad Tahfiz atau Akademi Al-Quran
Pilihan terbaik bagi pelajar yang nak terus menghafal Al-Quran. Ada orang mungkin agak skeptikal dengan Maahad Tahfiz atau Akademi Al-Quran. Mereka berfikir yang pelajar di sini, bila keluar hanya boleh jadi ustaz atau ustazah. Tapi jika kita kaji balik, ramai profesional kini yang ‘lahir’ daripada Maahad Tahfiz atau Akademi Al-Quran. Mereka ini ada yang jadi doktor, jurutera, guru dan pelbagai lagi. Pelajar yang dapat menghafal Al-Quran dan mendalaminya biasanya mempunyai ingatan yang kuat dan disiplin yang tinggi.
Apa pun pilihan anda, kami ucapkan semoga berjaya!
Kejayaan bukan terhenti bila tak dapat ke SBP dan MRSM, tapi ternoktah bila kita berhenti berusaha. Teruskan usaha dan belajar bersungguh-sungguh walau dimana saja anda dapat masuk. Perhatian dan sokongan daripada ibu bapa juga amat penting bagi meningkatkan semangat pelajar. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah mengambil pembelajaran tambahan yang berfokus di rumah menggunakan wang yang telah diagih sebelumnya untuk ke SBP dan MRSM.
BACA : KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA HOME TUITION