7 Faktor Kenapa Sekolah Berasrama Penuh Jadi Pilihan

Inilah isu yang dihadapi oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya bagi pelajar yang bakal menduduki UPSR dan tingkatan 4 pada tahun ini. Ekoran daripada tiada peperiksaan, ramai yang tertanya kemana mereka ini akan melangkah untuk seterusnya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga turut disarankan untuk adakan penilaian khas bagi pemilihan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Menurut KPM, ujian penilaian khas tetap akan diadakan bagi kemasukan pelajar ke SBP. Penilaian dari segi penglibatan pelajar dalam Kokurikulum juga turut di ambil kira. Di bawah disediakan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh KPM:

Kenyataan dari KPM Sambungan Kenyataan KPM Kenapa sekolah berasrama penuh menjadi pilihan?

7 Sebab Kenapa Sekolah Berasrama Penuh.

Ini yang saya nak kupas untuk adik-adik pelajar dengan ibu bapa dekat luar sana. Antara kelebihan kenapa sekolah berasrama penuh dan bukan sekolah harian biasa. Jika ditanya anak-anak yang ingin berjaya dengan cemerlang, tentunya mereka cenderung untuk pilih ke SBP. Jom saya ceritakan kenapa dan bagaimana untuk realisasikan impian itu.

Pertama, adik-adik boleh latih diri untuk lebih berdikari jika berada di SBP. Berdikari dari segi kekemasan bilik, pakaian, katil, susun buku, jadual dan semua aspek lain kerana ibu ayah dah tak ada dekat asrama tu tau. Jadi, adik-adik yang akan buat sendri dari A-Z. Percayalah, bila dah boleh buat semua tu sendiri, adik-adik pasti tak jadi cengeng lagi dengan mak ayah.

Kedua, makanan sudah tersedia tau adik-adik. Tunggu untuk bergerak ke dewan makan kemudian ambil makanan, duduk baca doa dan ngap sahaja. Wahh..seronok kan? Makan pulak bukan sekali dua je, boleh cakap asyik makan je. Dari hidangan sarapan, makan tengahari, petang, malam dan supper. Apa pulak supper tu? Haa.. Supper tu makan malam sebelum tidur, biasanya lepas ‘PREP’. Teruskan pembacaan kalau nak tahu apa itu PREP

Ketiga, latih diri untuk lebih berdisiplin. Berdisiplin dekat sini, bukan sekadar pergi balik sekolah saja, tapi dari banyak aspek. Aspek paling utama ialah dari segi time management. Adik-adik bukan boleh seronok-seronok senang lenang je dekat bilik tu.

Kehidupan di asrama penuh ni, sudah ditetapkan perjalanan setiap masa. Ingat, masa itu emas, malas itu membunuh!. Adik-adik perlu mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak asrama seperti solat berjemaah di surau, PREP, waktu makan, waktu riadah, waktu tidur dan waktu untuk semua pelajar kosongkan asrama.

Baik..sekarang saya akan jelaskan apa itu PREP untuk adik-adik semua. PREP ialah singkatan kepada preparation. Preparation untuk apa? Preparation untuk belajar. Biasanya PREP akan diadakan pada waktu selepas habis pembelajaran pada belah tengahari dan juga malam sebelum waktu makan supper.

Adik-adik kena ingat, jika duk bersenang lenang kat bilik, memang tunggu hukuman dari warden asrama la jawabnya. Warden ni akan pantau setiap aktiviti yang wajib untuk adik-adik lakukan. Nampak tak? Dorang ni sayang adik-adik. Nak tengok berjaya la katakan.

Keempat, secara tak langsung, berlakunya penjimatan masa dan kos. Tahu kenapa? Masa untuk ke kelas pendek, masa untuk belajar banyak dan kos untuk pergi dan hantar adik ke sekolah pun dah jimat (terutama untuk ibu ayah adik). Jadi, banyak masa yang adik-adik boleh gunakan untuk menelaah dan disamping bantu ibu ayah adik juga.

Kelima, ada sesetengah SBP menyediakan peluang untuk lawatan ke luar negara. Jauh perjalanan, luas pemandangan kan? Bukan pergi untuk seronok semata tau, tapi untuk tingkatkan ilmu adik-adik. Bertukar pandangan, idea dan banyak lagi. Nak tahu lebih, kena belajar betul-betul dan layakkan diri masuk SBP ya.

Keenam, peluang untuk belajar bahasa ketiga atau lebih dekat lagi dikenali bahasa asing. Bahasa asing ni kebiasaannya di universiti, tapi inilah kenapa SBP lebih menjadi pilihan. Adik-adik sudah di perkenalkan dengan bahasa seperti Mandarin, Perancis, Jerman, Arab dan Jepun. Penguasaan bahasa asing ni boleh bantu adik-adik dalam bidang kerjaya masa hadapan nanti tau.

Ketujuh, bersaing dengan pelajar lain. Bersaing di sini adalah dari segi akademik dan sahsiah diri. Tetapi bersaing secara sihat tau. Kelebihannya apabila kita lihat orang lain dapat keputusan yang cemerlang, tentunya kita pun nak jugak. Bila tengok orang lain belajar, tentunya kita turut sama terbakar untuk belajar. Semangat positif yang dibawa tentunya akan terasa aura kepada kita. Bukan itu sahaja, adik-adik boleh rujuk dengan kawan-kawan untuk belajar. Ada tu, belajar secara berkumpulan.

Haa..Macam mana? Semangat ke semangat sangat untuk ke SBP ni?

Adik-adik…serta Ibu Ayah diluar sana..kita semua dikejutkan dengan Pandemik Covid 19. Tapi, tidak semestinya kita perlu berhenti di sini. Perjuangan untuk terus melangkah berjaya perlu diteruskan.

Wahai ibu ayah, apa tindakan anda untuk anak-anak ke SBP?

Terfikirkah anda inisiatif untuk beri pendidikan lebih dek kerana waktu sekolah juga sudah terganggu. Dorongan anda untuk anak-anak amat diperlukan ketika ini.

Adik-adik pula bagaimana? Apa persediaan adik-adik untuk ke SBP? cukup atau tidak?

Jadi di sini, tindakan Ibu Ayah dan adik-adik sendiri perlu di gandakan.

Apakah Pecutan terakhir sebelum ujian ke SBP diadakan?

Di bawah disediakan 5 pecutan terakhir yang boleh dilakukan.

5 Pecutan Teakhir untuk melayakkan diri ke SBP

Tahu tak apa ‘DUIT’ tu? Bukan duit yang adik-adik beli jajan tu tau. Tapi…

D: Doa ll U: Usaha ll I: Ikhtiar ll T: Tawakal

‘DUIT’ ni perkara paling penting. Tanpanya, adik-adik tidak akan dapat capai apa yang adik-adik impikan.

Baiklah, sampai ke penghujung dah. Semoga artikel ini dapat menyuntik semangat adik-adik yang bercita-cita untuk ke SBP yang seharusnya menduduki ujian UPSR, namun teah dibatalakan.

Ayuh bertindak sebelum terlambat. Semoga adik-adik berjaya melepasi ujian yang bakal diadakan kelak dan seterusnya berjaya melayakkan diri ke SBP.

Spread the love