CMN Academy mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza kepada anak-anak tahfiz.

Ustazah Asma yang merupakan Pengurus Operasi di Akedemi Tahfiz Al-Hidayah yang ditubuhkan pada tahun 2000 telah mengambil perkhidmatan CMN Academy sejak tahun 2020 sebelum berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang di keluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akademi Tahfiz Al-Hidayah merupakan sekolah tahfiz bersepadu yang menekankan ilmu Diniyah dan Akademik untuk pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Pada tahun 2020, sebelum berlangsungnya PKP, Ustazah Asma merancang untuk mengambil guru tuisyen daripada luar supaya anak-anak tahfiz dapat merasa persekitaran dan suasana belajar yang berbeza dengan belajar guru-guru di tahfiz. Di samping itu, untuk mengurangkan rasa bosan anak-anak tahfiz dari belajar dengan guru-guru yang sama di tahfiz supaya anak-anak tahfiz lebih seronok belajar.

Sebelum PKP dikuatkuasakan, tutor-tutor daripada CMN Academy sempat mengajar di Tahfiz secara face-to-face. Apabila berlangsungnya PKP, kelas di tahfiz tetap dijalankan tetapi hanya secara online sahaja sehingga bulan Mac 2021. Pada bulan April 2021, tutor-tutor CMN Academy akan Kembali mengajar di tahfiz secara face-to-face.

Sepanjang kelas online berlangsung, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh anak-anak tahfiz seperti kekangan untuk mendapatkan gadjet bagi menghadiri kelas online, kekangan talian internet, dan sebagainya. Namun, kekangan-kekangan tersebut langsung tidak menjejaskan prestasi belajar sesetengah anak-anak tahfiz yang hadir kelas online secara konsisten. Banyak feedback positif yang diberikan oleh anak-anak tahfiz yang hadir kelas online secara konsisten. Antaranya, mereka seronok hadir kelas yang diadakan, tak rasa penat pun belajar dengan tutor-tutor CMN Academy walaupun hanya belajar secara online. Selain itu, ada juga anak-anak tahfiz yang tak sabar dan sentiasa menanti-nantikan kelas untuk bermula, ada masa anak-anak tahfiz sendiri yang bertanya sendiri kepada tutor, bila nak start kelas. Begitu excited dan tak sabarnya anak-anak tahfiz Al-hidayah setiap kali hendak hadir kelas online Bersama tutor-tutor CMN Academy.

Anak-anak tahfiz lebih seronok dan excited belajar dengan tutor-tutor CMN Academy kerana kelas sentiasa berjalan secara interaktif dan wujud komunikasi dua hala antara tutor dan pelajar. Selain itu, aktiviti kuiz yang dijalankan di dalam kelas dengan menggunakan platform Quizizz sangat menarik minat dan keseronokan anak-anak tahfiz untuk belajar sehingga membuatkan mereka berlumba-lumba untuk jawab kuiz tersebut. Jika di sekolah tahfiz, anak-anak tahfiz hanya belajar seperti di sekolah biasa bersama guru-guru di sekolah. Jadi, CMN telah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berbeza untuk anak-anak tahfiz yang membuatkan mereka rasa seronok untuk belajar.

Bagi ustazah Asma, CMN Academy membuatkan anak-anak tahfiz lebih berfikiran terbuka dan dapat membiasakan diri dengan environment di luar tahfiz. Ustazah Asma menyarankan kepada ibu bapa dan sekolah-sekolah tahfiz yang mencari pusat tuisyen atau cikgu untuk mengajar di rumah untuk terus hubungi CMN Academy kerana tutor-tutor CMN Academy semua diberi training untuk menjadi seorang tutor yang baik, bagus, dan mempunyai teknik pengajaran yang berkesan serta teknik  approach pelajar supaya mereka rasa seronok untuk belajar.

 

Belajar Secara Online Kerana Tiada Pilihan? Terokai Kebaikannya Dan Bagaimana Cara Pemilihan Tutor Yang Terbaik.

Apakah pandangan anda terhadap pembelajaran secara online? Adakah semata memenuhi kehendak keadaan semasa dimana sekali lagi perintah kawalan pergerakan dikenakan. Tindakan ini adalah kurang tepat. Kenapa? Teruskan pembacaan.

Pembelajaran secara online adalah satu tindakan yang sangat bijak diambil oleh ibu bapa dan pelajar. Sebenarnya, ramai yang tidak sedar akan kehadiran pembelajaran secara online ini. Ianya telah wujud sebelum kita dikejutkan dengan Pandemik Covid 19.

Pendapat dan respon yang sering di dengari adalah anak-anak tidak dapat menguasai dengan baik kaedah pembelajaran sebegini. Namun, adakah anda sebagai ibu bapa telah mengkaji punca terjadinya perkara ini?

Pembelajaran secara online mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun, bukan secara melihat video di you tube semata. Pendekatan secara live dan secara melihat video yang telah dirakam ada perbezaannya.

Pembelajaran secara live lebih dekat dengan anak-anak pelajar kerana mereka boleh bertanya secara terus. Anak pelajar lebih cepat memberi respon. Suasana pembelajaran juga tidak kaku.

Adakah benar tidak kaku? Proses pemilihan Tutor juga penting. Tutor yang berpengalaman sahaja mungkin tidak mencukupi. Pemilihan dari segi latar belakang dan profil Tutor tersebut perlu diambil kira.

Pilihan Tutor yang tepat pastinya akan membuatkan anak-anak pelajar lebih teruja untuk belajar. Elemen ‘funtastic’ mainkan peranan utama semasa live. Anak-anak tidak cepat bosan dan kemungkinan terasa seperti mahu masuk dalam skrin pembelajaran. Kenapa? Kerana mereka terlalu  teruja.

Pembelajaran Matematik UPSR oleh Cikgu Nurul Seperti Di Tepi Pantai Dan Santai.

Penggunaan Objek-Objek Kreatif Oleh Cikgu Nurul.

Teruja dengan peralatan yang digunakan oleh Tutor mereka semasa sesi live. Contohnya Tutor yang mengajar subjek sains dan kemudian menunjukkan tindak balas sesuatu bahan. Pastinya pelajar terasa ingin melihat lebih dekat kan?

Sesi Pembelajaran Subjek Sains Bersama Teacher Zy

Bayangkan jika subjek sains hanya sekadar tunjukkan silibus, bercakap dan kemudian terus beri tugasan kepada anak pelajar. Bagaimana reaksi anak pelajar semasa kelas itu? Pastinya kelas itu suram dan pelajar juga hanya sekadar melihat buku dan kemudian kelas habis ditemani dengan tugasan yang belum tentu boleh di siapkan.

Kekangan masa juga adalah perkara utama jika kapasiti pelajar di dalam satu kelas online (berkumpulan) itu terlalu ramai. Di sebabkan itu, fokus terhadap anak pelajar juga akan kurang.

Sekali lagi, pemilihan kelas secara online yang tepat perlu di titikberatkan. Pemilihan kapasiti yang tidak terlalu ramai dalam satu kelas online juga adalah faktor yang mempengaruhi emosi anak-anak untuk belajar secara online. Perkara ini akan memecahkan rasa ragu-ragu dan tidak yakin dalam diri mereka.

Pembelajaran Online Secara Berkumpulan (Besar)

Semakin kecil kumpulan pelajar, semakin tinggi tahap tumpuan yang Tutor boleh berikan kepada anak pelajar. Bayangkan jika kapasiti yang terlalu besar, bagaimana anak- anak pelajar ingin bertanyakan soalan?

Pembelajaran Secara Online (Kumpulan Kecil)

Keadaan di dalam kelas biasa secara offline sudah cukup menggambarkan apabila Tutor bertanyakan soalan. Masing-masing berebut mahu jawab soalan yang dilontarkan. Bagaimana pula keadaannya jika secara online?

Pastinya suara setiap pelajar akan bertindih. Di tambah pula dengan rangkaian internet yang tidak kuat. Tutor tidak dapat melihat dengan jelas dan kemudian anak pelajar pastinya terus berdiam diri dan merasa sedikit ketinggalan.

Situasi ini merupakan perkara yang sememangnya yang perlu di elakkan. Elakkan anak pelajar merasa kecewa dengan keadaan kelas yang berlangsung.

Kelas yang berlangsung secara live merupakan satu kaedah yang lebih mesra dan dekat. Bukan sahaja dekat dengan anak pelajar, tetapi dekat dengan ibu bapa juga.

Sesi pembelajaran ini juga boleh di lihat oleh ibu bapa sekaligus boleh di nilai keberkesanannya. Keserasian anak-anak dengan Tutor juga boleh di lihat semasa kelas berlangsung.

Respon Anak Pelajar Terhadap Pembelajaran Add Maths Oleh Sir Raj

Respon Anak Pelajar UPSR Yang Menyertai Seminar Best Online UPSR (1)

 

Respon Anak Pelajar UPSR Yang Menyertai Seminar Best Online UPSR (2)

 

Respon Anak Pelajar UPSR Yang Menyertai Seminar Best Online UPSR (2)

 

Respon Anak Pelajar UPSR Yang Menyertai Seminar Best Online UPSR (3)

 

Respon Anak Pelajar UPSR Yang Menyertai Seminar Best Online UPSR (4)

Respon Mengenai Funtastic Online Tuition (1)

 

Respon Mengenai Funtastic Online Tuition (2)

 

Respon Mengenai Funtastic Online Tuition (3)

 

Respon Klien Terhadap Pembelajaran Online Bersama CMN Academy

Internet yang tidak stabil juga menjadi kerisauan kepada ibu bapa pelajar. Risau jika ada penyampaian dari Tutor yang tidak dapat di dengari dengan jelas. Jadi, dapatkan rekod pembelajaran yang berlangsung dari Tutor anak anda.

Pembelajaran yang di rekod ini kemudiannya boleh diulangkaji semula oleh anak-anak. Proses ulangkaji ini boleh dilakukan seberapa banyak kali yang anak-anak pelajar inginkan.

Kebaikan belajar secara online yang tersenarai diatas merupakan proses dalaman pembelajaran secara online. Baca terlebih dahulu kebaikannya yang secara umum dan fizikal di sini 5 Kebaikan Belajar Online.

Pastinya ibu bapa dan pelajar inginkan kelas yang boleh menarik minat belajar dan kemudian berikan impak yang berkesan terhadap pembelajaran. Segalanya ada di sini Online Tuisyen Percuma Untuk Rakyat Malaysia.

“Lakukan persediaan pembelajaran awal. Anda adalah penentu masa depan anda”.

 

Jom Buat Makanan Sambil Belajar Matematik!

UKURAN & SUKATAN PART 1

Siapa kat sini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni, selalu sangat masuk dapur ? 🙋

Haa, yang kerap buka tutup peti sejuk lagilah….

Kalau peti sejuk tu boleh bersuara, pasti dah menjerit dah dia..
“Nak cari makanan apa lagi ???” 😆

Ok, gurau-gurau je ya cuti2 ni 😉

So apa kata kita ubah tabiat kita yang suka cari makanan dengan kita buat sendiri makanan..

Best ke best ? 😁😁

Jadi, apa kaitan topik ini dengan nak buat makanan sendiri ni, Chegu Nurul ?

Sebelum masuk kelas Chegu Nurul, apa kata kita fikir sejenak..😁

“Jika kita diberikan 6 bungkus tepung dengan setiap bungkusnya berjisim 0.59kg. Kemudian tepung itu dicampurkan dan dituangkan secara sama banyak ke dalam 4 buah bekas untuk buat 4 biji kek…

Adik-adik rasa, berapa gram tepung yang digunakan untuk nak buat satu kek je ?”

Nak tahu apa strategi yang kita boleh gunakan untuk selesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah ini ?

Jom bersama Chegu Nurul di Kelas Eksklusif Online Funtastic Matematik UPSR

Pastikan adik-adik ready dengan soalan2 yang bakal dibongkarkan nanti ya 😉

Jumpa nanti!😉

Nak join??

 

Whatapp ‘Nama_ECFuntasticMathUPSR’ ke 011-13172015

 


#ExclusiveOnlineTuition
#FuntasticMatematikUPSR2020
#CMNAcademy

Kebaikan Dan Keburukan Media Sosial

 

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “Instagram”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia.

 

 

Kebaikan sosial media :-

 

  1. Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain.
  2. Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.
  3. Seterusnya, kebaikan medial sosial ialah kemudahan untuk menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
  4. Di samping itu, kebaikan media sosial ialah perkongsikan maklumat dan ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu.

 

Keburukan Berikut :-

 

  1. Penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut.
  2. Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.
  3. Menulis status peribadi yang kurang wajar mungkin mencetuskan perbalahan sesama pengguna media sosial.  Apatah lagi jika status peribadi itu menular dan menjadi bahan kutukan dan kejian masyarakat.  Pengguna akan mengalami stres yang berpanjangan akibat tindakan memuat naik status yang boleh dijadikan bahan fitnah.

 

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.